01 March 2013

I'm Back, Home!



Assalamualaikum.

Kesukaran demi kesukaran dilalui. Tapi, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang lagi susah. Sepatutnya diri bersyukur dengan apa yang ada dan dilalui. Sekurang-kurangnya, masih diberi peluang bagaimana susahnya hidup di dunia yang sementara ini. Jika kau tak rasa kau tak tahu Shakila.

Bersendirian aku kenangkan, dan aku fikirkan apa ya hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini? Pengajaran? Barangkali ini caranya Allah mahu mendidik?

Teringat pula pada tembok batu yang terukir tulisan “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Getus hati, “percaya”. 

Barangkali, Allah sedang menguji apa yang aku percaya walau kepercayaan itu aku sendiri tak tahu keutuhannya dan kekuatannya.

Barangkali, ini caranya bagaimana Allah mahu mengajar aku menjadi orang yang lebih kuat dan tough! Aamiin. Mungkin Allah itu tahu aku belum bersedia sesedianya dan belum kuat sekuat-kuatnya untuk berhadapan dan bersemuka dengan pelbagai cabaran yang lebih getir di masa akan datang.

Bersangka baik dengan Allah, itu sahaja yang aku boleh lakukan. Doa, semoga semuanya baik-baik dan mematangkan akal dan fikiran. 

I'm back home! Yes, aku balik kampung dulu. Sementara cik agency tu call bagitahu bila exact date masuk kerja. :)

No comments:

Post a Comment