Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

13 March 2013

Adam Harith

Assalamualaikum.

Hai kakak-kakak dan makcik-makcik! Nama saya Adam Harith! Banyak benda saya dah pandai buat sekarang.
  1. Merangkak dah lajuuu.. (Sangat-sangatt)
  2. Mula pandai berdiri berpaut pada dinding, almari, kabinet, kerusi, kalau tak jumpa benda-benda yang boleh untuk berpaut...... Saya akan panjat badan sape-sape yang ada depan saya.
  3. Suka makan aiskrim! Saya sangatt excited dengan benda-benda sejukk! Nganga je mulut saya.
  4. Saya suka buat bising, kalau ibu tak bawak pergi jalan-jalan petang-petang.
  5. Saya suka tengok Upin & Ipin atau apa-apa sahaja kartun!
  6. Saya suka cium budak-budak sebaya dengan saya dan anak-anak patung dan juga gambar-gambar kartun... Hanya akan buat itu, bila orang bagi signal dengan cakap "sayangggg dia.."
  7. Gigi saya ada sebatang je.. Dah makin membesar! (suka2!)
  8. Saya suka berendam dalam besen yang dipenuhi air.. (Makteh saya rajin rendam saya!) Seronoklah saya, main tepuk-tepuk air!!
  9. Saya dah tahu apa itu 'motor'! Saya excited dengan motor sebab saya tahu boleh bawak saya p jalan-jalan!
  10. Saya selalu kalau ibu tak bawak pergi jalan-jalan, saya akan buat perangai merengek-rengek, tapi bila nampak ibu pakai tudung, saya senyum dan tersengih sampai ke telinga! Hik3! (Terkena juga ibu saya dengan trick saya!)
  11. Saya suka buat protes dengan jilat lantai! Hihi
  12. Kalau abah tak mau layan saya..... saya gigit ibu jari kaki dia!





09 March 2013

Getah Skrap

Assalamualaikum.

Hari ni punya aktiviti.. "Angkat getah".. Hehe. Wangiii~








Money, money!

03 March 2013

Suara Budak Nyaring~



Assalamualaikum.

Wow! Macam dah agak lama tak pergi kenduri kahwin orang. Tadi pergi kenduri kahwin sedara mara kat kampung ni.

Sambil-sambil tunggu pengantin lelaki sampai, aku pun masuk dalam rumah orang kenduri tu. Duduk-duduk melongo nengok orang ramai. Haha.

Tiba-tiba...

“Makteh!!! Makteh bila nak kahwin?.........” Tanya si adik Ain kepada aku. Dalam hati berkata-kata, “budak kecik ni dah kenapa.. pakai speaker ke apa?”

Serentak mendengarkan pertanyaan budak kecik itu, orang ramai dalam rumah tu tergelak-gelakkan aku.

Oh, okey. *Merah padam muka aku*

Haishh! Macam lah tak boleh nak tanya dekat rumah. Dalam keramaian orang tu jugaklah dia sibuk-sibuk nak tanya.


With mak!


15 February 2013

Surat Dari Hati Kecil Untuk Abah


Aku berharap abah balik..

Gila apa? Abah kan dah takde. Macam mana nak balik semula. Huu. 

Tak tahu lah kenapa hari ni aku berangan-angan nak abah balik. Jaga kami semua. Kenapa abah tinggalkan kitaorang semua terkontang-kanting kat sini? Abah tak tahu ke kitaorang susah abah takde? Kenapa abah biarkan mak yang tanggung semua nya? Eeeeiii. Tak reti-reti ke nak balik? Bila abah takde semua benda mak nak kena pikul. Abah tak kan tak tahu anak-anak abah ni semua suka menyusahkan mak? Suka buat perangai, suka lawan mak. Kalau abah ada, baru kami ni reti nak takut. Boleh jugak abah pukul dan rotan kami ni supaya tak degil. 

Abah tahu tak, aku ni anak perempuan? Selalu kena berhati-hati dan berwaspada ke mana saje aku nak pergi. Kalau abah ada, boleh jugak abah jadi pelindung. Boleh jugak abah pastikan keselamatan anak-anak abah. Tapi, aku terpaksa beranikan diri untuk buat semua benda tanpa abah. Walaupun aku perempuan, aku beranikan jugak diri. Aku kuatkan jugak diri yang tak berapa nak kuat ni.

Kalau abah ada, takdelah aku nak ke mana-mana minta kawan yang temankan. Pastinya aku akan pilih abah untuk temankan. Takdelah aku akan menyusahkan kawan-kawan. Abah tahu tak, aku malu setiap kali aku minta pertolongan dari kawan-kawan? Abah tahu takkkkkk??? Huu.

Abah tahu tak, aku teringin nak abah ada di sisi setiap kali aku sedih, setiap kali aku rasa nak menangis. Setiap kali aku rasa tak berdaya, setiap kali aku rasa kecewa. Kalau boleh, aku nak abah lah jadi orang pertama dengan mak yang akan dengar berita-berita gembira dari aku. Dulu masa konvo abah tak ada. Mak duduk dalam dewan sorang-sorang, abah pergi mana? Sepatutnya kerusi sebelah mak abah yang duduk. Eeeeiii. 

Sepatutnya aku pergi sekolah, abah yang hantar. Tapi, abah pergi mana? Abah takde pun. Semuanya aku kena buat sendiri. Sejak dari bangku sekolah tadika lagi sampai lah sekarang, aku nak pergi interview pun abah takde teman aku. Abah tahu tak??? Aku takut bila kena jalan kaki pergi sekolah sorang-sorang? Abah tahu tak, aku takut nak pergi interview sorang-sorang? Abah tahu tak, aku terpaksa tebalkan muka tumpang kawan-kawan pergi sekolah? Aku selalu menyusahkan diorang, abah...

Abah, tahu tak aku selalu pinjam duit kawan-kawan bila aku takde duit? Aku tak sampai hati nak mintak pada mak. Abah tahu tak, mak banyak tanggungan? Siang malam mak menjahit, nak cari duit lebih, abah tahu tak? Kenapa abah tak tolong mak?? 

Abah tahu tak, aku perlukan doa abah di sepanjang hidup aku? Huu. Mana abah?? 

Abah.... Kenapa abah pergi? Huuu.. Abah tak kesian dekat anak abah ni ke? Aku perlukan abah untuk tegur aku. Aku perlukan abah untuk share apa masalah yang membelenggu aku. Aku perlukan ‘marah’ abah tu supaya aku jadi anak yang baik. Abah, tak tahu ke aku rindu kata-kata nasihat abah? 
Abah.. Tak tahu kenapa hari ni terasa aku ini banyak menyusahkan orang lain. Abah, tahu tak aku jadi geram dengan budak-budak yang kurang ajar dengan ayah diorang. Diorang tak reti nak beruntung. Ada ayah marah, tapi diorang tak puas hati. Ada ayah, tapi semuanya nak ayah diorang yang buat. Mengada-ngada. Belum lagi pasal duit. Semua benda nak claim dengan mak ayah masing-masing. Tak malu. Tak cukup lagi ke duit belanja selama ni yang mak ayah diorang dah bagi? Tahulah kaya, tapi kesianlah dekat mak ayah tu. Selfish sangat! Huh. 

Diorang beruntung ada ayah yang bekerja keras tanggung kehidupan diorang sekeluarga. 

Eleh.. Huhuhu..

Takpe abah. Hakikatnya, abah tenanglah di sana. In Shaa Allah, aku akan doakan abah hari-hari. Walaupun, aku belum capai tahap anak paling solehah dan mithali, tapi aku akan usahakan. 

Takpe abah. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan? Allah itu Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Abah takde pun takpe. Abah tak payah risau sebab aku dah ada pelindung. Hehe. Aku yakin dengan Dia abah. Dah hampir 18 tahun abah takde, Dialah yang jaga aku abah. Time aku tido pun dia jaga aku abah. Apatah lagi time aku sakit, dia nak hapuskan dosa-dosa aku abah. Aku rasa aku lagi selamat dengan Dia abah. Alhamdulillah, time kasih Allah. Syukur, Alhamdulillah.

Takpe abah. Bila abah takde, sebenarnya kami belajar berdikari. Mak pun jadi lebih kuat dari dulu. Abah mesti tak tahu kan, yang mak sekarang ni dah ada muscle dekat lengan dia. Dah boleh kalah dah Malik Noor tu. Urat-urat pada tangan mak, dah boleh challenge urat-urat tangan abah dah. Hehe.
Takpe abah. Walaupun abah takde, Alhamdulillah rezeki anak-anak abah dan mak murah. Ngah dah kahwin, ada 3 orang anak dah. Suami ngah pun baik orangnya abah. Ngah sekarang dah tak macam dulu. Ngah siap pakai stoking dah sekarang ni abah. Dulu, ngah pun hidup susah jugak abah. Alaa, macam kita dulu-dulu. Hidup menumpang dekat rumah orang. Abah ingat tak? Tapi, sekarang ngah dah ada rumah sendiri. Cantik abah. Hehe. Alhamdulillah. Abang Ej pun dah ada kerjaya. Jadi cikgu. Cikgu Sains, Biologi. Abah bangga tak? Abang Ej dah buatkan rumah cantik sikit untuk mak dan kami semua duduk. Abang Ej pun dah kahwin, abah. Isteri dia cantik. Rapat pulak tu dengan mak. Abah, Abang Ej baru je tahun lepas dapat anak sulung, comell. Hehe. Adam Harith, nama dia. Alhamdulillah. Akak pulak, dah bekerjaya. Tercapai jugak hasrat dia nak jadi Interior Designer. Tapi, latest dia dah berhenti kerja tengah cari kerja kat tempat lain pulak. Aku? Aku dah grad bah, bulan 10 2012 dulu kat UTM. Aku amek Psikologi, abah. Hehe. Result aku, Alhamdulillah okey je abah. Tapi, lambat sikit dapat kerja. In Shaa Allah baru nak pergi interview, abah. Abang pulak, dah besar panjang sekarang abah. Dah tak putih macam dulu. Haha. Degil dia masih sama je. Bekeng. Ritu dia kerja, tapi baru berhenti. Alaa, macam abah tak tahu kan anak abah yang sorang tu kan tak boleh berenggang jauh-jauh dari mak. Last, adik. Abah tak sempat jumpa adik lagi kan? Adik gelap macam abah. Hitam-hitam manis gitu. Adik baru habis SPM abah. Tengah menunggu keputusan la tu. Ritu UPSR, adik dapat 5A, PMR dia dapat 8A abah. Tapi, SPM ni tak tahu lagi abah. Alhamdulillah, kami dah besar-besar belaka abah. 

Takpe abah. Memang, bila abah takde kami susah. Tapi, kalau tak susah kami tak belajar rasa bersyukur. Sesusah-susah kami, ada lagi orang lain yang lagi susah, kan abah? Susah lah yang mengajar kami untuk berusaha memperbaiki kehidupan.

Takpe abah. Bila abah dah takde, buat kami selalu jejakkan kaki ke kubur. Di mana disitu jugaklah tempat kami semua akan tinggal suatu hari nanti. Bila pergi jenguk abah, buat aku teringat akan mati. Sayu tu memanglah sayu. Tapi, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati kan abah. 

Astaghfirullahalazim..

“Abah, semoga abah tenang di sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam golongan orang yang Islam dan beriman. Semoga Abah dilindungi dari segala azab siksa. Moga kita sama-sama beroleh ganjaran syurga. Aamiin..”

Semoga kita jumpa lagi nanti, abah..






14 February 2013

Getting Better

Assalamualaikum

May Allah blessed our day. Just want to update you about Faris's latest condition. He is getting better, syukur Alhamdulillah. Next week he will starting his day to school. But, he can't do writing yet.








30 January 2013

Aduhaii Emak

Errkkss! Mak aku dah kenapa. Tiba-tiba semalam tanya bila aku nak kahwin? Aduhai emak. Awat tak bagi statement "Kila, bulan depan nikah". Hahahaha.

Faris dah balik rumah

Assalamualaikum.

Hey. Hey. Hey. Hey. Apa khabar kamu semua? Hehe. Mood happy ni. Alhamdulillah. Faris dah discharge hari ni. Dah balik rumah dah. Semalam operate tampal kulit peha pada tangan, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Cuma after keluar dari bilik bedah tu, dia ada muntah-muntah sikit. Kesan ubat bius sebelum tu. Tapi, lepas tu dia dah okey semula, cuma dia banyak tido la semalam.

Dan hari ni dah ada dekat rumah dah dia. Terhincut-hincut jalan sebab sakit kat peha tu. Okey, itu sahajalah update Faris. In Shaa Allah, nanti akan sembuh sepenuhnya. :) Terima kasih kepada saudara-mara, kaum- kerabat, orang-orang kampung, kawan-kawan umi dan abah dia yang sentiasa ambil berat dan ambil tahu perkembangan Faris. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul.. =)

Assalamualaikum..

First of all, "Salam Maulidur Rasul". Hari kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Allahuma solli 'ala sayyidina muhammad. In Shaa Allah, mari beramai-ramai perbanyakkan berselawat ye. =)

Okey. Malam ni time aku rest sekejap sebelum sambung duty aku pada esok hari. Duty menjaga Mat Payih lar. Hehe. Seronok jugak dapat duk kat hospital tu. Bukan seronok sebab Mat Payih sakit, tapi seronok tengok telatah budak-budak dalam wad kanak-kanak tu. Owsemmm habisss. Menjerit, merauungg, mengamuk, apa lagi? Hah. Itu memang dah kerja diorang. Yang paling best semua nak berebut-rebut, "kakak! kakak!". Haha, seronok nye. Perasan artist sekejappp aku. Hihi. Suruh aku kaler buku Upin & Ipin lah, ajak main Lego la.. Hmpph.. Aku pun melayannn je la.. "Canteklah kakak kaler, nak jugak!!! Kakak kaler la yang saya pulak!!".. Hoooiii.. Masing-masing berebut nak suh aku mengaler buku Upin & Ipin diorang kan. Haha. Tapi, seronok jugaklah sebenarnya.. Hari-hari jumpa Mat Payih, adik Bukhari, adik Irfan, adik Syafik, adik Omar, adik Saiful.. Dah jadi macam kanak-kanak pulak aku. Bila aku tak datang, masing-masing sibuk tanya kat abang ipar aku "kakak tak datang ke?".. Hehehe.. Senyum lebar aku bila tau budak-budak ni mencari aku. Hihihii.. Suka kawan dengan aku lah tu budak-budak tu. Layannnn..~ Hahahh.

Okey, update terkini Mat Payih, emotionally almost completely stable. Yeah, Alhamdulillah. Hehe. Tapi, next week tak tahulah pulak. Sebab next week kalau tak silap, hari Selasa dia ada operation untuk tampal kulit peha ke tangan dia. Doktor kata kalau tak tampal, nanti akan amek masa almost one year untuk completely sembuh tangan dia. Doakan Muhammad Faris cepat sembuh ye. Time kasih. =) Tahun ni dia nak UPSR. Dah dekat 3 minggu tak pergi sekolah tu. Risau pulak.

Hari ni, ada gambar Mat Payih lagi kalau korang sudi nak jenguk. Nak jenguk di Hospital Temerloh ni jauh pulak kan? Hehe.


Cool.. Main game je.. Hari ni dah tak menangis.. Alhamdulillah, dah makin kuat budak ni. :)

Hari ni berair sikit. Semalam dia banyak minum air agaknya.



Rilek je. Moga Mat Payih jadi lelaki yang kuat.

Seronok dapat turun bawah, jumpa adik. Dah lama terperuk kat atas dalam wad.


Sekian sahaja untuk hari ini. Nanti jumpa lagi. Take care! :)

23 January 2013

Revealed!

Assalamualaikum..

Okey.. Ambik masa sikit yang ada ni untuk update.. Of course hot news pasai Mat Payih lagi.. Jap lagi lepas Asar nak p hospital lagi.. Oooo.. Banyak nye "lagi".. Hahah.

Semalam update gambar-gambar Mat Payih.. Tapi, macam biasa je kan?? Kan?? Kan?? Okey, tadi pagi Doktor bukak dah balutan Mat Payih.. Dan! Yang paling best, Mat Payih suh amek gambar tangan dia.. Mata aku pun O_O... Bulat macam tak percaya.. "Pucuk dicita ulam mendatang".. Setiap kali doktor bukak balutan dia, aku dah bersiap sedia dengan handset, "camera".. Hehehe.. Selalu takde peluang dan tak dapat kebenaran Mat Payih.. Apa pun, respect giler la sebab Mat Payih kuat! Alhamdulillah...

Baiklah.. Aku nak share gambar yang aku amek pagi tadi.. Siapa yang tak kuat semangat JANGAN TENGOK!! Dah bagi amaran kan???!!!. Nak tengok jugak? Kuatkan semangat yerr... Dan, doakan Muhammad Faris... Tenkiu... =)





Tujuan gambar ini diupload adalah untuk memberi peringatan sekiranya adik-adik, atau anak-anak mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan segera bawa mereka untuk dapatkan rawatan. Macam Mat Payih, terrrrlambatt sikit.. Huu.. Jadi, kalau lambat terukk sikit la perubatannya.. Terpaksa lalui "kesakitan" dulu baru "kesembuhan" di akhirnya..

22 January 2013

Mat Payih Lagi

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Rasa macam dah lama tak update, walaupun baru 5 hari. Hehe. Rindu pada blog ini.. Sorii. Sorii. Mungkin sebab sebelum ni hari-hari aku update, tu pasal walaupun 5 hari terasa lama..

Aku menghilang ke mana selama 5 hari tu? Ooh.. Aku bz ulang- alik ke hospital.. Jaga dan menjenguk Mat Payih kesayangan tu la.. Hehe.. Alhamdulillah, secara emosinya dia dah makin baik.. Dah mula nak bergurau senda.. Tapi, tangan dia baru ada sedikit improvement lah kata doktor.. Lambat sikit baiknya, tapi In Shaa Allah akan tumbuh balik kulit dan daging yang dipotong masa operation dulu.. Dulu, emosi dia tak stabil.. Setiap kali dia tengok tangan dia, dia akan tanya "abah... macam ni ke tangan saya?..."... Kemudian, dia akan menangis, meraung-raung..

3 hari yang lepas, that was the first time aku beranikan diri untuk tengok sendiri lengan dia lepas doktor bukak balutan.. Sebelum bukak tu, bukan main hepy lagi Mat Payih.. Siap ajak aku lawan main game lagi.. Tupp, tupp.. Doktor datang nak tengok tangan.. Masa doktor bukak tu, dia dah start mengalir air mata.. Tak lama lepas tu, menangis.. Mungkin terasa ngiluu sebab aircond sangat sejuk time tu.. Cuba korang bayangkan tangan korang di hiris, nampak daging merah-merah tu.. Lepas tu terdedah pada suhu aircond yang sejuk.. Uuuu.. Ngilu tak? Hehe.. Agak susah la nak tenangkan dia, kebetulan time tu aku yang jaga. Bila kita suruh dia bersabar, nak tahu apa jawapannya?? "BUKAN MAKTEH YANG SAKIT..SAYA YANG RASA SAKIT..".. Oh, okey.. Dalam hati pun mengiyakan sebenarnya.. Memang kita boleh cakap macam-macam untuk bantu tenangkan dia, tapi sakit tu dia yang rasa kan?.. Hmm.. Kesian jugak..

Aku tak dapat nak amek gambar tangan dia, sebab dia marah sudahh.. huu.. Entah macam mana la aku boleh berani tengok.. Semua orang yang datang tengok time tu menunjukkan ekspresi muka ngeri sambil ketap bibir dan menampakkan kerut-kerut di dahi.. Ayat yang biasa keluar dari mulut pelawat "Ya Allah..." Mungkin sebab kita rasa seram kan.. Tapi, In Shaa Allah akan sembuh jua.. Agak lama jugak Mat Payih meraung suruh doktor balut semula tangan dia.. Dia tak sanggup nak tengok dah.. Tapi, time tu doktor pulak lambat balut sebab nak tunggu doktor pakar masukkan tiub pada tangan dia tu untuk sedut air bisa dan darah-darah kotor..

Okeylah.. Kat bawah ni adalah beberapa gambar kat hospital untuk tatapan anda.


Kuning tu span yg doktor guna untuk serap darah dgn air



Nampak span kuning dgn biru dlm lengan? Kalau angkat span tu, akan nampak daging mat payih. =(






17 January 2013

Mery

Salam.

Hai semua.. Kat sebelah ni kakak aku yer.. Single-mingle lagi tu.. Hehe.. Muka kami tak sama kan? Aku anak angkat? Haissshh.. Bukanlah! Memang wajah kami jauh beza, malah takde iras-iras pun.. Mungkin sebab aku ikut muka ayah, dan akak banyak amek muka mak agaknya.. Mungkinlah.. Aku pun tak tahu.. Dah Allah jadikan kami lain, lainlah kan.. Heee.. 

Okey.. Kenapa tiba-tiba update entry pasai dia pulak nih? Hihi.. Sebab tadi petang dia baru balik ke KL.. Jadi, I xdek kawan kat rumah ni nak berjimba-jimba.. Hahah! Sunyi sepi sikit suasana.. Ooh, tiap kali dia mau pulang ke KL, dalam hati ni agak touching la jugak yang sebenaunya.. Haha.. Saja pura-pura cool macam takde pape kan..

Lately, akak aku ni macam sensitif sikit bila orang asik tanya dia pasal kawin.. Mungkin sebab kawan-kawan sekeliling dia dah ramai yang mendirikan rumah tangga, tinggal dia sorang je. Ye. Ye. Aku terrsangattt lah paham perasaannya itu.. Walaupun kadang-kadang aku pun turut sama buat-buat tak paham.. Haha.. Dia selalu layannn je bila orang tanya dia macam-macam pasal kahwin.. Tapi, kalau korang nak tahu.. Dia sebenarnya cuba bersabar dengan pertanyaan anda semua.. Kalau nak diikutkan rasa geraammm, mau tertekan dia rasanya.. Haih, manusia di sekeliling macam tak tahu je yang jodoh tu kan Allah SWT dah tetapkan dan dah aturkan bila masa, tarikh, dan hari dia akan berkahwin.. Bising je.. Hahah! 

Jadi, sila lah berhenti menanyakan soalan-soalan berkenaan hal tersebut ye.. Kami tahu dan faham anda di luar sana mengambil berat..
Terima kasih..