Showing posts with label Info Terkini. Show all posts
Showing posts with label Info Terkini. Show all posts

26 March 2013

First Day!


Assalamualaikum

Sunyinya rasa bila ahli keluarga takde depan mata. Hati dah basah-basah je. Susah betul nak kering. Huhu. Alhamdulillah, tadi hari pertama aku bekerja.

Perasaan, hmph! Ala-ala macam first time masuk praktikal dulu. Tapi, okey sikit la. Haha. Memang aku la orang yang paling cuak, paling nerves, paling tak tahu, paling blurr.. Semua akulah! Macam-macam lah perasaan ada.

Tapi, aku takdelah excited mana. Biasa-biasa je. Tadi, banyak benda la belajar, tapi masalahnya susah betul nak masuk dalam kepala ni. Entah kenapa! Haha. Blurr tak kesudah. Aku akan slow sikitlah buat kerja baru-baru masuk ni. Lantaklah. Haha. Lanyak je. Janji buat kerja baik-baik. Slow pun takpe. Kan? Kan?

Besok dah start la jalan kaki pergi balik kerja. Harap-harap boleh kurus! *mission jalan kaki, itu la* Apa yang penting, semoga Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik aku ke/dari tempat kerja. Semoga aku mampu buat kerja dengan baik dan cekap. In shaa Allah..

Jadi, kenalah pelan-pelan kayuh. Semua orang start kerja akan bermula dari ZERO. Zero kan boleh jadi HERO. Hero kan boleh jadi PRO.. Hehe..

Doakan saya.. =)

23 March 2013

Dah dapat kerja!


Assalamualaikum dan Selamat pagi!


Alhamdulillah, semalam dapat call dan diberitahu saya dah confirm dapat kerja! Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih juga kepada semua yang selalu mendoakan. :)


In Shaa Allah, next week hari Selasa kena lapor diri. Cuma sekarang, rasa berdebar-debar sebab this is my first experience dapat kerja yang betul-betul. Sebelum ni cuma ada pengalaman buat kerja-kerja biasa je. Paling banyak beri impact dan pelajaran ialah time praktikal di Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu. Memang banyak benda yang boleh dipelajari.


Semoga segala urusan kerja dan keselamatan saya sentiasa dipelihara oleh Allah SWT, dan begitu juga dengan anda semua. Aamiin.


Kerja di CELCOM tu saya dah tolak dah. Sebab Kelly Agency create problems yang menyebabkan saya jadi serik nak berurusan dengan mereka. Rasa teraniaya pun ada juga. Malas dah nak cerita pasal mereka. Harap-harap, mereka tak ulang benda yang sama pada orang lain.


Takpelah. Harap-harap urusan sehari-hari kita sentiasa dipermudahkan olehNya. Aamiin.


Take care!

21 March 2013

Result SPM hari ini!

Assalamualaikum!

Huuii.. Bedebornya rase!! Kih3.. Hari ni kan result SPM keluar.. Dup dap, dup dap jantung saya. Hehe. Adik saya yang bongsu pun amek result hari ni la. Entah berapa la dia dapat agaknya. Harap-harap, okey lah. Hihi.

Teringat pulak time nak amek result SPM dulu-dulu kala. Dalam bas pun berdebar-debar saya. Tak senang duduk. Takut ada subjek yang failed je! Hehe. Tapi, Alhamdulillah. Okey-okey belake.

Hari ni birthday Naqhie la. Aku selalu wish birthday dia. Hua3. Naqhie tu classmate dekat MZMS dulu. Happy birthday Naqhie!

20 March 2013

Nak Bagitahu...

Assalamualaikum..

Just nak bagitahu;
Saya tak jadi kerja dekat Kuala Lumpur dengan CELCOM tu. Semalam Kelly Agency yang menguruskan proses recruitment CELCOM tu baru telefon. Suruh datang sign contract. Nak tahu, pukul berapa diorang telefon? Pukul 4.30 petang. Encik tu suruh datang hari ni sepatutnya. Tapi, mak dah tak bagi sebab diorang sebelum ni banyak sangat masalahnya. Sebulan tunggu. Eeeii. Tapi, entah kenapa rasa LEGA bila mak cakap tak payah pergi. Hahaha.

Erm. Saya rasa saya tak dapat kerja dekat Kolej Cosmopoint Kuantan tu. Walaupun orang tu cakap saya dapat, tapi still there is no calling or updates from them. Jadi, saya just assume saya tak dapat. Hehe. And again, I don't know why, I feel released if I don't get it! Fuuh.

Mak suruh saya amek lesen dulu, baru pergi cari kerja. Haa, amek. Mak suruh amek lesen kereta & motor sekaligus! (Kalau Allah izinkan). Mak kata, takpe dapat lambat kerja. In Shaa Allah, ada rezekinya nanti. "Awak muda lagi.." (Dah banyak kali ni menangis depan mak. Haha. Buat malu je.)
Sekarang, tengah malas nak apply kerja dah. Berehat sebentar, untuk recharge cas-cas positive balik. Huhu. Sebab banyak sangat negatifnya dalam kepala, hati, dan mulut ni ha.

Saya sebenarnya, ada cita-cita dari dulu nak further study di peringkat Master dekat UKM. Nak. Nak. :( Walaupun ada orang cakap kat saya, "buat apa belajar tinggi-tinggi, kerjanya tak tahu lagi dapat ke tak.." Saya nak je jawab, "saya memang eager nak belajar sebab saya banyak lagi benda yang saya tak tahu dan perlu belajar.."  Tapi, rasanya macam saya akan pentingkan diri kalau saya pergi sekarang. Sebab nanti mesti banyak nak pakai duit untuk adik masuk U pulak bulan 6 ni kan? Takpe lah, sabar la dulu. Hihi. 

Saya rasa lega jugaklah bila orang yang selalu push saya cari kerja sana sini tu, macam dah mula nak faham yang semua benda ni bergantung pada rezeki yang Allah beri.
 
Sekian sahaja untuk hari ini.

Have a nice day!

09 March 2013

Inovasi Baru

Assalamualaikum... Sebagai pembuka kata.

Saya rasa orang zaman moden sekarang sangat bagus dalam melakukan pembaharuan dan inovasi. Terutama sekali para peniaga.

Anda jangan terkejut kalau dulu orang buat 'Kuih Koci' balut menggunakan daun pisang. Tapi, zaman sekarang kan leceh nak buat semua tu. Nak kena cari daun pisang lagi, nak kena layurkan atas api pulak. Then, nak lap bagi bersih lagi. Banyak kerja kan?

Kuih Koci
Jadi, saya rasa agak kagum lah dengan peniaga sekarang yang pandai menggunakan cara yang lebih pantas dan mudah untuk menyediakan 'Kuih Koci' untuk dijual.

Caranya, dengan hanya menggunakan bekas plastik kecil seperti berikut;





Kuih Koci zaman modenisasi
Tetapi, macam yang mak selalu kata lah "yang ori tak sama dengan yang dah diubahsuai".. Bila dilihat balik, memang betul pun. Sebab penggunaan daun pisang untuk balut kuih Koci tu yang menambah rasa sedap kuih tersebut semasa proses mengukus, yang sebenarnya lah menurut orang-orang yang dah lebih makan garam dari kita.

Tapi, pun tak salah jugak sekiranya ada pembaharuan. :)

03 March 2013

Lahad Datu..

Rasanya..
Telah dan sedang kecoh di dada-dada akhbar, media dan corong-corong radio mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu..
Aku..
Tak boleh nak pandai-pandai membuat spekulasi apa punca, bagaimana, kenapa, mengapa, siapa dalang dan sebagainya..
Sebabnya..
Aku tak berada di tempat di mana berlakunya apa yang berlaku sekarang..
Kehairanan..
Bila mana, orang yang duduknya di Pahang, duduknya di Kuala Lumpur, duduknya di Johor Bahru  tapi dengan yakin bercakap tentang siapa dalang, apa punca dan bla..bla..blaa...
Hanya bergantung kepada berita-berita sensasi di kaca-kaca televisyen tidak memadai untuk membuktikan apa yang belum terbukti apa kebenarannya..
Melainkan..
Andai diri kita ini..
Kaki kita ini berpijak di Lahad Datu..
Mata kita ini melihat di Lahad Datu..
Telinga kita ini mendengar di Lahad Datu...
Walaupun kedatangan pilihanraya makin mendekati,
Tak usahlah dipolitikkan hal sebegini yang sedang mengancam keselamatan dalam negara..
Nampak sangat ketidakpandaiannya di situ..
Pelik.. Pelik.. Ternyata pelik..

Semoga penduduk di Lahad Datu dan keseluruhan negeri Sabah terselamat dari segala ancaman bahaya.. Semoga Allah selamatkan pejuang-pejuang negara yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Aamiin..