Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

21 March 2013

Result SPM hari ini!

Assalamualaikum!

Huuii.. Bedebornya rase!! Kih3.. Hari ni kan result SPM keluar.. Dup dap, dup dap jantung saya. Hehe. Adik saya yang bongsu pun amek result hari ni la. Entah berapa la dia dapat agaknya. Harap-harap, okey lah. Hihi.

Teringat pulak time nak amek result SPM dulu-dulu kala. Dalam bas pun berdebar-debar saya. Tak senang duduk. Takut ada subjek yang failed je! Hehe. Tapi, Alhamdulillah. Okey-okey belake.

Hari ni birthday Naqhie la. Aku selalu wish birthday dia. Hua3. Naqhie tu classmate dekat MZMS dulu. Happy birthday Naqhie!

20 March 2013

Nak Bagitahu...

Assalamualaikum..

Just nak bagitahu;
Saya tak jadi kerja dekat Kuala Lumpur dengan CELCOM tu. Semalam Kelly Agency yang menguruskan proses recruitment CELCOM tu baru telefon. Suruh datang sign contract. Nak tahu, pukul berapa diorang telefon? Pukul 4.30 petang. Encik tu suruh datang hari ni sepatutnya. Tapi, mak dah tak bagi sebab diorang sebelum ni banyak sangat masalahnya. Sebulan tunggu. Eeeii. Tapi, entah kenapa rasa LEGA bila mak cakap tak payah pergi. Hahaha.

Erm. Saya rasa saya tak dapat kerja dekat Kolej Cosmopoint Kuantan tu. Walaupun orang tu cakap saya dapat, tapi still there is no calling or updates from them. Jadi, saya just assume saya tak dapat. Hehe. And again, I don't know why, I feel released if I don't get it! Fuuh.

Mak suruh saya amek lesen dulu, baru pergi cari kerja. Haa, amek. Mak suruh amek lesen kereta & motor sekaligus! (Kalau Allah izinkan). Mak kata, takpe dapat lambat kerja. In Shaa Allah, ada rezekinya nanti. "Awak muda lagi.." (Dah banyak kali ni menangis depan mak. Haha. Buat malu je.)
Sekarang, tengah malas nak apply kerja dah. Berehat sebentar, untuk recharge cas-cas positive balik. Huhu. Sebab banyak sangat negatifnya dalam kepala, hati, dan mulut ni ha.

Saya sebenarnya, ada cita-cita dari dulu nak further study di peringkat Master dekat UKM. Nak. Nak. :( Walaupun ada orang cakap kat saya, "buat apa belajar tinggi-tinggi, kerjanya tak tahu lagi dapat ke tak.." Saya nak je jawab, "saya memang eager nak belajar sebab saya banyak lagi benda yang saya tak tahu dan perlu belajar.."  Tapi, rasanya macam saya akan pentingkan diri kalau saya pergi sekarang. Sebab nanti mesti banyak nak pakai duit untuk adik masuk U pulak bulan 6 ni kan? Takpe lah, sabar la dulu. Hihi. 

Saya rasa lega jugaklah bila orang yang selalu push saya cari kerja sana sini tu, macam dah mula nak faham yang semua benda ni bergantung pada rezeki yang Allah beri.
 
Sekian sahaja untuk hari ini.

Have a nice day!

08 March 2013

Interview Kesekian Kalinya

Assalamualaikum

Pagi tadi tengah mengonlinekan diri, tiba-tiba ada dapat call dari sebuah kolej ni.

Dulu, diorang tak bagi gaji basic pada staf unit sales apa ntah. Tapi, benda tu dah jadi isu dekat HQ dorang. Dan akhirnya, dorang decide untuk bagi gaji basic dah sekarang.

Tapi, tadi Encik tu call bukan offer jawatan dalam unit sales, tapi kaunselor. Aku harap kali ini, dorang telus untuk ambil aku sebagai pekerja dekat situ dan mereka menjanjikan ada gaji basic. That's good lah. Syukur kalau benar apa yang diperkatakan.

Semoga aku dapat jawatan tu. Isnin ni interview di Kuantan. Aku excited jugaklah sebab offer dekat negeri sendiri. Harap-harap Allah permudahkan jalan aku kali ini. Semoga Encik tu dilembutkan hati untuk terima aku. Tolonggglahh encik!! :(

Tapi, walau bagaimanapun aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Kalau dapat, syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun it's okey.. Syukur, Alhamdulillah jugak. Sekurang-kurangnya tambah lagi satu experience interview kerja. :)
 
Aku berserah je kepada Allah SWT yang menentukan.

06 January 2013

Happy Birthday Azu!

Assalamualaikum.

Syukur, Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberi kesihatan dan keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Hari ini juga merupakan hari istimewa. Istimewa buat Noor Azura binti Aris, kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-23!

Bila dikenangkan, rindu rasanya pada Azu. Rindu pada gelak tawanya yang mampu menggegarkan  satu blok kolej. Tak pernah aku jumpa orang yang gelak ketawa macam Azu kalau ada sesuatu perkara yang melucukan baginya. Telatah dan kata-katanya sering menghiburkan orang di sekelilingnya. Namun, tak semua apa yang dizahirkan Azu menunjukkan apa yang terkandung dalam hatinya. Dugaan, cubaan, ujian, musibah dan pelbagai masalah yang dihadapi, kelihatannya semakin mematangkan Azu sebagai seorang insan.

Mungkin kami dah tak rapat seperti dulu, tapi Azu tetap sahabat, rakan, kawan dan teman yang selalu ada dalam hati dan ingatan ini selagi Allah panjangkan usia. Kenangan-kenangan selama kita bertemu akan tetap terpahat dalam memori.(Mood: Sobss... sobss.. oh, sedih pula) :(

Buat Noor Azura Binti Aris;

Happy Birthday to you!
Kita doakan semoga Azu panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yang baik, dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa lindungi kehidupan Azu sekeluarga. Semoga Allah ketemukan jua Azu dengan jodoh yang terbaik.
Azu,
Jaga diri baik-baik.
Semoga Azu akan menjadi orang yang hebat-hebat dan tak gentar pada ujian dan dugaan.
Seandainya selama ini ada perbuatan-perbuatan kita yang tak senang di pandangan mata Azu, ataupun perbuatan dan tutur kata yang mengguris hati, ampun dan maaf dari kita.
Terima kasih kerana pernah menjadi teman suka dan duka.
Semoga Azu bahagia, ceria dan gembira selalu! 
Ooo, pecah pulak gambar bila dah masuk blog. Sorry.

28 August 2012

Selamat hari Raya

Assalamualaikum…
 
Rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua kawan-kawan dan saudara mara. Semoga setiap amalan dan kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang lalu mendapat berkat dan diterima Allah SWT. So, how’s your raya? Mesti meriah kan.

Alhamdulillah. Raya tahun 2012 ni, dapat beraya dengan ahli keluarga baru bersama Adam Harith. =)

Cuma, sedih sikit sebab belum dapat kerja lagi setakat ini. Jadi, belum dapat lagi nak bagi duit raya untuk mak, adik, dan anak-anak sedara. Tapi, takpe masih percaya pada rezeki dan ketentuan Allah Yang Maha Agung.

Jadi, sekarang ni masih lagi sedang berusaha mencari dan meng’apply mana-mana jawatan kosong yang sesuai. Sambil-sambil tu, terasa pulak nak buat blog baru lagi. =)