Assalamualaikum..
Just nak bagitahu;
Saya tak jadi kerja dekat Kuala Lumpur dengan CELCOM tu. Semalam Kelly Agency yang menguruskan proses recruitment CELCOM tu baru telefon. Suruh datang sign contract. Nak tahu, pukul berapa diorang telefon? Pukul 4.30 petang. Encik tu suruh datang hari ni sepatutnya. Tapi, mak dah tak bagi sebab diorang sebelum ni banyak sangat masalahnya. Sebulan tunggu. Eeeii. Tapi, entah kenapa rasa LEGA bila mak cakap tak payah pergi. Hahaha.
Erm. Saya rasa saya tak dapat kerja dekat Kolej Cosmopoint Kuantan tu. Walaupun orang tu cakap saya dapat, tapi still there is no calling or updates from them. Jadi, saya just assume saya tak dapat. Hehe. And again, I don't know why, I feel released if I don't get it! Fuuh.
Mak suruh saya amek lesen dulu, baru pergi cari kerja. Haa, amek. Mak suruh amek lesen kereta & motor sekaligus! (Kalau Allah izinkan). Mak kata, takpe dapat lambat kerja. In Shaa Allah, ada rezekinya nanti. "Awak muda lagi.." (Dah banyak kali ni menangis depan mak. Haha. Buat malu je.)
Sekarang, tengah malas nak apply kerja dah. Berehat sebentar, untuk recharge cas-cas positive balik. Huhu. Sebab banyak sangat negatifnya dalam kepala, hati, dan mulut ni ha.
Saya sebenarnya, ada cita-cita dari dulu nak further study di peringkat Master dekat UKM. Nak. Nak. :( Walaupun ada orang cakap kat saya, "buat apa belajar tinggi-tinggi, kerjanya tak tahu lagi dapat ke tak.." Saya nak je jawab, "saya memang eager nak belajar sebab saya banyak lagi benda yang saya tak tahu dan perlu belajar.." Tapi, rasanya macam saya akan pentingkan diri kalau saya pergi sekarang. Sebab nanti mesti banyak nak pakai duit untuk adik masuk U pulak bulan 6 ni kan? Takpe lah, sabar la dulu. Hihi.
Saya rasa lega jugaklah bila orang yang selalu push saya cari kerja sana sini tu, macam dah mula nak faham yang semua benda ni bergantung pada rezeki yang Allah beri.
Sekian sahaja untuk hari ini.
Have a nice day!
No comments:
Post a Comment