08 March 2013

Interview Kesekian Kalinya

Assalamualaikum

Pagi tadi tengah mengonlinekan diri, tiba-tiba ada dapat call dari sebuah kolej ni.

Dulu, diorang tak bagi gaji basic pada staf unit sales apa ntah. Tapi, benda tu dah jadi isu dekat HQ dorang. Dan akhirnya, dorang decide untuk bagi gaji basic dah sekarang.

Tapi, tadi Encik tu call bukan offer jawatan dalam unit sales, tapi kaunselor. Aku harap kali ini, dorang telus untuk ambil aku sebagai pekerja dekat situ dan mereka menjanjikan ada gaji basic. That's good lah. Syukur kalau benar apa yang diperkatakan.

Semoga aku dapat jawatan tu. Isnin ni interview di Kuantan. Aku excited jugaklah sebab offer dekat negeri sendiri. Harap-harap Allah permudahkan jalan aku kali ini. Semoga Encik tu dilembutkan hati untuk terima aku. Tolonggglahh encik!! :(

Tapi, walau bagaimanapun aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Kalau dapat, syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun it's okey.. Syukur, Alhamdulillah jugak. Sekurang-kurangnya tambah lagi satu experience interview kerja. :)
 
Aku berserah je kepada Allah SWT yang menentukan.

No comments:

Post a Comment