09 March 2013

Inovasi Baru

Assalamualaikum... Sebagai pembuka kata.

Saya rasa orang zaman moden sekarang sangat bagus dalam melakukan pembaharuan dan inovasi. Terutama sekali para peniaga.

Anda jangan terkejut kalau dulu orang buat 'Kuih Koci' balut menggunakan daun pisang. Tapi, zaman sekarang kan leceh nak buat semua tu. Nak kena cari daun pisang lagi, nak kena layurkan atas api pulak. Then, nak lap bagi bersih lagi. Banyak kerja kan?

Kuih Koci
Jadi, saya rasa agak kagum lah dengan peniaga sekarang yang pandai menggunakan cara yang lebih pantas dan mudah untuk menyediakan 'Kuih Koci' untuk dijual.

Caranya, dengan hanya menggunakan bekas plastik kecil seperti berikut;





Kuih Koci zaman modenisasi
Tetapi, macam yang mak selalu kata lah "yang ori tak sama dengan yang dah diubahsuai".. Bila dilihat balik, memang betul pun. Sebab penggunaan daun pisang untuk balut kuih Koci tu yang menambah rasa sedap kuih tersebut semasa proses mengukus, yang sebenarnya lah menurut orang-orang yang dah lebih makan garam dari kita.

Tapi, pun tak salah jugak sekiranya ada pembaharuan. :)

No comments:

Post a Comment