Assalamualaikum.
Wow! Macam dah
agak lama tak pergi kenduri kahwin orang. Tadi pergi kenduri kahwin sedara mara
kat kampung ni.
Sambil-sambil
tunggu pengantin lelaki sampai, aku pun masuk dalam rumah orang kenduri tu.
Duduk-duduk melongo nengok orang ramai. Haha.
Tiba-tiba...
“Makteh!!! Makteh bila nak
kahwin?.........” Tanya
si adik Ain kepada aku. Dalam hati berkata-kata, “budak kecik ni dah kenapa.. pakai speaker ke apa?”
Serentak
mendengarkan pertanyaan budak kecik itu, orang ramai dalam rumah tu
tergelak-gelakkan aku.
Oh, okey. *Merah
padam muka aku*
Haishh! Macam
lah tak boleh nak tanya dekat rumah. Dalam keramaian orang tu jugaklah dia
sibuk-sibuk nak tanya.
With mak! |
sape kawen tu weh kila
ReplyDeleteanak makcik sare.. munirah tu
ReplyDelete