Orang kata... “Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...”
Baru-baru ini, aku ternampak kelibat orang yang aku pernah kenal suatu masa dulu. Dah tersangat lain dari dulu kala.
Dah tak segagah seperti dulu. Dah tak sekuat seperti dulu. Dah tak sesihat seperti dulu. Dah tak seceria seperti dulu. Dah tak berupaya bercakap seperti dulu. Dah tak berupaya berjalan seperti dulu. Wajah yang ceria, wajah yang selalu tersenyum dah terbenam dek terserlahnya kesedihan dan kesuraman.
Aku..
Terkesima melihatkan perubahan yang seperti itu. Tak aku dapat bayangkan hidup nya yang dahulu dah bertukar wajah.
Aku..
Termuhasabah seketika. Tersentak aku melihat keadaan kau.
Aku..
Hanya mampu memandang dari kejauhan. Hanya doa aku iringkan agar kau setabah manusiawi lain yang ditimpa ujian yang hampir serupa.
Aku..
Berharap, supaya kau terus melangkah gagah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Moga Allah kurniakan kekuatan supaya kau lebih bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari.
Aku..
Terasa sedih melihat keadaan kau yang sekarang. Memang benarlah, kuasa Tuhan (Allah SWT) tak dapat untuk kita tidakkan.
Oleh itu, mari kita sama-sama beringat, rezeki, kesihatan dan kesenangan Allah boleh berikan kepada kita bila-bila masa, dan Allah jua berkuasa untuk menariknya bila-bila masa. Sebagai hamba, marilah mensyukuri apa yang ada disekeliling kehidupan kita. Di samping itu, berusaha jugalah untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan berguna. Dari segi apa? Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu hidup sebegini..
No comments:
Post a Comment