Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

15 January 2013

Cik Kak Oii, jangan pentingkan diri boleh??

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Baiklah, hari ini aku cuma nak update cerita pasal semalam. Okey, semalam aku buat apa? Semalam aku teman kakak aku kat hospital jaga anak dia "Mat Faris". Oleh kerana tiba-tiba ada pak guard naik kat wad kanak-kanak dan kemudiannya menyuruh aku keluar sebab tak boleh 2 orang jaga pesakit katanya, maka aku pun keluar dengan hati membuak-buak rasa nak tumbuk je pak guard tu. Haih!. Ggrr..

Tapi, aku paham lah. Tu dah memang kerja dia kan. Jadi, aku pun pergi la surau sebab dah tak tahu mana nak tuju. Maka, duduk dalam surau tengok-tengok sekeliling surau sambil hati berkata-kata, "emm, kemasnya surau ni.. bagus, bagus..".. Aku pun laju je tangan pegang handphone, amek gambor.

Kemudian, masuk pula seorang wanita dengan tergesa-gesa untuk solat Zuhur. Macam mana aku tahu dia nak solat Zuhur? Hahah! Bagus punya soalan. Sebab jam time tu baru pukul 2.30 petang. Takkan dia nak solat Asar kot.. Wanita itu masuk dengan muka yang mencuka masamnya.. Aku kononnya senyum-senyum la kat wanita tu. Tapi, hampeh. Cuka jugak yang dia bagi. Haha. Okey lah tu. Daripada dia bagi jeling kan. Hati pun berkata-kata la lagi, "masamnya orang ni.. dia sedih kot mungkin suami/ anak/ sedara-mara dia sakit.."..

Okey. Kemudian, wanita tu pun pegi amek wudhuk. Amek telekong. Amek sejadah. Kali ni, tergesa-gesa lagi. Then, dia solat. Lepas solat, dengan tergesa-gesa lagi dia bukak telekong, lipat kain telekong, letak dekat rak. *Ternganga-nganga aku menengoknya*.. Kemudian, dia melipat sejadah. Jap lagi aku tunjuk macam mana dia lipat telekong dan sejadah. Start dari amek wudhuk sampai la lipat sejadah semuanya tergesa-gesa kecuali tettttt! Hah. Ada maso pulak wanita tu duk depan cermin 3,4 minit pakai tudung. Bersolek-solek. Hmmm...

Baiklah. Nampak gambor kat atas ni? Ada beza kan A dengan B? Masa mula-mula aku masuk tu A tu la yang aku amek gambar. Kemas kan?  B tu adalah telekong yang dilipat oleh wanita itu. Kain tu, dia bolot-bolot gitu je. Aku dah mula rasa tak senang hati. Geram melanda diri. Haha. *Sila lipat semula sebagaimana anda mengambilnya.* Ada faham??

Manakala gambar A pula merupakan sejadah yang dilipat oleh wanita tersebut. *Macam tak percaya je benda ni jadi depan aku. Macam kebetulan je. Mungkin nak suh aku pesan-berpesan kepada kawan-kawan semua*.. Jadi, kalau memang dah takde masa atau MALASS sangat nak melipat sejadah, letaklah elok-elok. Kasi nampak kemas sikit macam gambar di B tu! Yang A tu buruk benor cik kak oii.

Okey, point utama nak bagitau kat sini adalah, jangan pentingkan diri sendiri untuk beribadat. Apa maksudnya? Ok, anda beruntung kerana menjadi orang yang beribadat dalam surau yang kemas dan bersih. Manakala, orang seterusnya beribadat dalam surau yang dah diselerakkan oleh anda! Bagus bukan?! Apakah perasaan anda bila anda sudah penat-penat mengemas rumah, tiba-tiba orang lain selerakkan? Marah kan?!

Mungkin anda mengejar masa, tapi rasanya tak menjadi 1 kesalahan untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kekemasan surau/ masjid *tempat kita solat tu kan*.. Ya, memang akan ada cleaner yang akan cuci, kemas dan bersihkan. Tapi, apa pula tanggungjawab anda sebagai pengguna? Apa guna anda bersolat, tapi di akhirnya buat perangai macam tu.

Mungkin pada pandangan orang lain ini isu yang kecik. Suka hati koranglah! Bagi aku, benda ni tak boleh diamalkan. Aku memang pantang! Eeeii. Tak paham akuu. Jujurnya, memang aku nak tegur je wanita tu. Tapi, melihatkan air muka dia yang macam tengah bermasalah tu, tak jadi. Doa dalam hati je, moga dia sedar suatu hari nanti.

Okey. Kalau tak boleh nak tegur si pelaku, orang seterusnya yang nampak, tolonglah kemaskan telekong dan sejadah tu. Biar surau/ masjid kita kemas dan bersih. Kalau x, nanti kita jugak yang sibuk duk complaint kotorlah, busuklah, tak kemaslah, itulah, inilah. Bagi penampor sebijik baru tahu. Hahaha. *justkidding*.

Aku boleh share kat sini pasal *wanita itu* sebab aku tak kenal dia, dia tak kenal aku dan korang yang baca pun tak kenal dia. Apa yang pasti, kita satu rumpun, SEAGAMA!

P/S: Marilah bersama-sama menjaga kebersihan walau di mana jua anda berada, terutamanya tempat kita beribadat. =)

Sekian sahaja, cerita SENSASI  untuk hari ini. 


01 January 2013

No Good Feelings~

They already get their jobs, but then why easily talking arrogantly to me. I hated that! It seems like I’m the one who is not useful. Don’t you understand that I’m doing my effort too to get the job? I’m very sensitive when people talking about the job. Hish. Tired. Tired. Tired. And I’m tired enough.

You should be praise and grateful to Allah because He gave your REZEKI earlier than me. Don’t you know that I am very stressful? I kept inside all of my feelings toward your words. Keep pushing me to do this and to do that.
Yes. I admitted that I’m not good enough at anything. I felt stress and down. Those feelings always made me crying inside. Whenever I can’t hold into it anymore, the tears just came out! It shows that I’m really angry with the words. But, I really don’t know what to say because people still don’t get it!

Sigh! I’m just writing here so that I can express my feeling. I hope and I pray may Allah give me the job soon. Aamiin. Even I didn’t get it; I will put my own effort to get the other job until I get it! So, I just want to ask, “Are you really good at your work? Or are you really do your work well enough?”.. Or you just open your PC and online Facebook? Or you just are talking nonsense with your friends at the office?

So. People, please. Don’t speak, don’t talk and don’t act like I’m not doing my effort to get the job. Many things happen to me lately. It was started when I sick and being hospitalized, then I have to recover after suffered all those thing! It takes time too.

But, it’s okay. I strongly believe that Allah will answer my wishes one day. To make people understand it is quite impossible, except they have gone through the same situation, then they will understand.

Haissh. Today is 1st of January 2013; I should not start my new year with this kind of emotion. Or maybe I should take it as my motivation for this year, perhaps. Do not give up!

                                    I wish HAPPY NEW YEAR to everybody!

                                                             May Allah bless you all!


12 December 2012

Selalu Tak Dapat Feedback

Salam. Feedback pasai apa pulak nih? I'm little bit disappointed with someone. Saya kan jenis yang memang tak konfiden dengan diri sendiri, jadi selalulah minta pendapat-pendapat orang lain. Tapi, orang-orang tersebut bukanlah sembarangan orang. Orang yang berpengalaman mengenai apa yang ditanya. Malangnya, dan sedihnya benda yang tak penting mereka bagi feedback sungguh-sungguh. Tapi, benda yang penting bagi saya, senyap- sunyi. No answers. So, I guest maybe it is important to me, but not for them. Never mind. Tak boleh nak salahkan mereka ye tak? Hehe. So, tak perlu rasanya nak mengharapkan sangat orang bagi feedback apa yang kita tanya. Pelan-pelan cuba berfikiran positif pada diri sendiri dan juga orang lain. Pelan-pelan yakin dengan diri ye.

Ariyoss...

Love,
shakila

07 December 2012

25 November 2012

Mereka sepatutnya Respect!

Sejak kebelakangan ni, saya macam tak berapa gemar nak tengok TV. Why? Why? Sebabnya... Saya rasa artis-artis kebanyakannya, x respect penonton yg ada tengok TV ni ha. Selamba je nak pakai terbuka sana, terbuka sini. Kontot sana kontot sini. Diorang kan public figure? Terpampang dalam TV apa yang diorang pakai. Rasa dah macam menonton artis-artis Barat pulak. Saya bukan nak hentam mereka, tapi macam dah keterlaluan. They should learn how to respect their audiences, by not showing the sexiness of their body to the public. Moga sama-sama diberi petunjuk dan dibukakan pintu hati untuk terima kebaikan. Aamiin.

P/S: I'm not perfect too. Just doing little thing that can bring good to us.

19 September 2012

Aduhaii Handphone.. Bikin Aku Sedih...

Waaaa.. Hari ni aku rasa macam nak nangis sangat-sangat.
Banyak betul perkataan 'bodoh betul handset ni' keluar dari mulut aku.
(nampak sangat aku yang bodoh sebab cakap handset tu bodoh kan....huhu)
Aku nak nangis sebab baru je 2 minggu yang lalu mak bagi duit RM120 untuk baiki handphone tu.
Dan handphone tu dah pun elok semula.
Tapi, tadi tiba-tiba je dia jadi macam dulu balik.
Lepas dibaiki, aku jaga elok dan tak pernah terjatuh pun lagi.
Oh, sedih.
Baru je terlintas dekat fikiran beberapa saat sebelum kerosakan berlaku 'janganlah handphone ni rosak lagi, aku syg betol kat die.. dah la tengah takde duit ni.. nasib baiklah mak ade.. sungguh-sungguh mak suh aku g baiki handphone tu...'
Tapi, nak buat macam mana.
Tengah tolak slide nak reply mesej,
tup-tup bergegar-gegar gambor kat screen tu..
Lama-lama, terus gelap-gelita.
Sedih...
Aku sayang sangat kat handphone tu..
Sebab dia kaler PINK*
Huu..
Lagipun batery die tak kong lagi boleh tahan 3 hari x caj.
Dia baru je setahun dengan aku.
Tupun aku gune tak sampai setahun jugak, sebab rosak dah 2kali.
Yela, dulu aku ni ganas.
Turun naik bas g kelas.
Terjatuh-jatuh handphone.

1st time rosak, sebulan aku tunggu baru siap.
Macam handphone mahal sangat je lama diorang nak baiki.
Kali ke-2 rosak anta baiki terus siap sehari tu jugak.
Tapi, sekarang...
Dia rosak lagiiiiiiiiiiiii....
Huuu...
Sampai aku rasa nak hayun je dia ke dinding!
Haih. Tapi, tak boleh. Aku kata aku sayang dia. Allah nak uji lah sejauh mana tahap sayang aku kat dia. Allah nak tengok sebanyak mana yang aku sanggup spend kan untuk HP tu.

Kalaulah aku guna HP 3310 tu je, mungkin dah banyak duit aku boleh dermakan untuk orang-orang yang memerlukan. Ini tak, sibuk nak handphone cantek-cantek, tapi selalu jugak rosak. =( 
Balik-balik banyak jugak duit yang keluar nak baiki saje.

Jadi, nak menenangkan diri ni. Aku pun yakinkan diri....
'Ini ujian kecil... Ini ujian kecil...'

Jadi, jangan beli handphone Sony Ericsson. Dia cantik, tapi cepat rosak compared to NOKIA. 
(Tapi, Nokia mahal la.. hehe)

13 September 2012

Sobbs sobss dalam hati..

Last last week, aku pegi la ronda-ronda 1 kampung naik motor dengan Adik Ain si "ekor panjang" sebab nak g ajak orang-orang datang kenduri. 

Then, singgah la rumah toki sedara, namanya Aki Seman.

Kila: Assalamualaikum.....! 
Anaknya: Waalaikumussalam..
Kila: Mak ada?
Anaknya: Maaaakkk!.......................kila datang.
Isteri Aki Seman: Awak datang mana? Kome tido tadi...

Salam salam....

Kila: Takde, datang dari rumah.. nak ajak Aki Seman sekeluarga datang rumah hari Ahad ni, ada kenduri sikit.
Aki Seman: Ngape?? ......... Awak nak bertunang ke? 
Kila: Eh, xde la aki. Lambat lagi kome nak bertunangnya... Hehe..

Tiba-tiba...

Aki Seman: OOoh.. Ingat kenduri awak nak bertunang... Hehehehehe.. (Aki gelak-gelak) .............................. Dan pada waktu tu, aki ketawa sambil tepuk-tepuk dan usap-usap bahu aku.

Tapp!*****

Pada waktu tu jugak, dek kerana tangan yang tepuk bahu aku tu, .............. tiba-tiba, ada satu perasaan sebak datang dengan tiba-tiba. Rasa rinduuu yang teramat sangat. Sebab aku dah lama sangat tak rasa belaian tapak tangan seorang ayah. Rasa kehilangan sesuatu yang orang lain ada, dan aku takde. Sobss.. Sobbss.. ABAHHHHHHHHHH........... =(  Ouhh~ Touching seketika time tu. Dah bergenang air mata tu. Tapi, macam biasalah, aku kan terer bab-bab cover line ni. 

Tapi, tengah menulis ni pun kesat-kesat air mata... =,(

18 August 2012

Vespa Biru Abah

Huu..5hb Ogos ri tu genap la 17 tahun pemergian abah tersayang.. perginya meninggalkan adik dalam kandungan mak yg sudah hampir 9 bulan..kalau dulu aku selalu tgok mak bersedih..tp kini x lagi..mak aku seorang wanita yg hebat..mak kuat! Mak mampu harungi mcm2 kesusahan utk besarkan anak-anak die..mak sanggup bersusah-payah toreh pokok getah smate2 nk bg mkn anak2 die..Alhamdulillah..Allah berikan aku mak yg tahu erti tanggungjawab..mak la ibu… mak la abah..sbb 2 aku sgt syg mak wlupun aku x reti nk tunjuk mcm mne sygnye aku kt mak..


Dulu waktu kecik2 abah slalu bwk aku, akak ngn adik jalan2 ronda2 kampung..tepat pkul 5 kami ber3 akan tgu abah balik depan pintu umh..dh maklum abah konpem bwk g jalan2 punye..wlupun abah penat keja..yela abah cume keja wt jalan..buruh jer..bukannye kontraktor.. kami adik-beradik x mcm org lain..hidup sng…nk maen ape saje abaha dorg mesti dan pasti akan belikan..x mcm kami..kami cume maen pondok2 gune kotak2 yg da x gune..kami main tanah campur ngn air untuk ganti tanah liat..kami gune daun untuk main duit2..kami redah belukar utk cari kayu yg bole buat buaian..meriah kn kami? Wlupun x senang mcm org lain..tp kami seronok..kami jarang dpt mkn aiskrim..gula2…tp kadang2 bile ade duit abah belikan..bukan main seronoknya kami..


Yea2!!!! Abah balik! Abah balik!! Ni la yg kami ber3 selalu jeritkan bile dgr jek bunyik vespa abah naek bukit menderam2 bunyiknya..yela seronok sbb bole g jenjalan..dh mlm x bole jln2 sbb x bole tgal mak kt umah..sbb rumah kami gelap..xde lampu neon bagai..kami cume pakai pelita tuk terangkan rumah..2pun pelita cume ade dua..kalu minyak gas abes..lilin je la.. rase bersemangat bile tgok abg dan kakak2 aku wt kja sekolah dorg cume gune pelita..yela..kwn2 dorg yg lain siap ade lampu meja study g..ktorg mane ade sume 2..meja study pun xde..jadi kt lantai je la tmpt kami meniarap menulis dan membace…wlupun mase 2 aku baru je 5 tahun..seronok bile tgok bdk2 lain tiap kali mkn dpt minum air sejuk2..


tp kami x dpt sume 2…kami cume minum air masak je..sbb umah kami xde peti ais..cian mak sbb xbole simpan brg2 masak dlm peti.. kalu bdk2 lain seronok tgok cite katun kt tv kami hanya mampu memandang..sbb umah kami xde tv.. best…hari2 kami melukis..kami conteng buku2 akak yg dh x gune..huu..tp satu hari kami tunggu abah balik..kami tunggu2…tp abah x balik2..rupe2nye kami lupe abah dah xde..dh xde sape yg akan bwk kami ronda2 keliling kg..sbb vespa biru abah dh terbelah dua..huu..sygnye…=(…bestnya bile teringat cerita dulu2..wt aku sedar asal usul aku..


Tapinya..sejak akhir2 ni je teringat kt abah..dh lame idup xde abah..yela..umor 5 taon aku da xde die..aku masuk tadika pun mane ade sape2 anta..jln kaki lalu semak..takut..sbb kwn2 slalu kate ade hantu..+ ba alif ba ya..huhu..nsb baek ade wani hari2 balik dr tadika die ngn arwah wek(nenek) die akan pandang aku sampai aku lintas semak belukar 2 sampai abes…jd xde la aku takut sgt…ye la mase 2 bru je nk masuk 6 tahun..g tadika jalan kaki sorg2..cian kt mak kena jage adik kt umah..adik kecik je mase 2..

start skola dr darjah 1 sampay la skrg..aku xpnh dihantar oleh org yg bernama ‘abah’..kdg2 2 sampai termengalir air mate sbb rase kehilangan.. yela rase sayu bile tgok org lain g skola ayah hantar…balik asrama ayah anta..ayah bg duit blnje..ayah tye itu dan ini..tp aku xde sume 2..baru2 ni ckali lg air mate 2 mengalir..xbole thn da..sebak rase.. aku nk g training ping pong umah mber..ayah die amek..ayah die training..bile dlm kereta die borak2 ngn ayah die..gurau2 ngn ayh die..mesti best perasaan die..bahagie..bling2..indahnyer..huhu..kn best kalau aku ade abah yg bole jd teman untuk aku bercerita..kongsi ape yg aku buat..Ya Allah..bestnye…

Wlupape pun..aku berharap aku mampu menjadi anak yg baek..smoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah..smoga abah tenang berada di sana…NUR SHAKILA BT IBHARIM adalah suatu hadiah yg terindah yg abah dah bagi untuk kila sepnjang hayat..time kasih abah…^_^