15 January 2013

Cik Kak Oii, jangan pentingkan diri boleh??

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Baiklah, hari ini aku cuma nak update cerita pasal semalam. Okey, semalam aku buat apa? Semalam aku teman kakak aku kat hospital jaga anak dia "Mat Faris". Oleh kerana tiba-tiba ada pak guard naik kat wad kanak-kanak dan kemudiannya menyuruh aku keluar sebab tak boleh 2 orang jaga pesakit katanya, maka aku pun keluar dengan hati membuak-buak rasa nak tumbuk je pak guard tu. Haih!. Ggrr..

Tapi, aku paham lah. Tu dah memang kerja dia kan. Jadi, aku pun pergi la surau sebab dah tak tahu mana nak tuju. Maka, duduk dalam surau tengok-tengok sekeliling surau sambil hati berkata-kata, "emm, kemasnya surau ni.. bagus, bagus..".. Aku pun laju je tangan pegang handphone, amek gambor.

Kemudian, masuk pula seorang wanita dengan tergesa-gesa untuk solat Zuhur. Macam mana aku tahu dia nak solat Zuhur? Hahah! Bagus punya soalan. Sebab jam time tu baru pukul 2.30 petang. Takkan dia nak solat Asar kot.. Wanita itu masuk dengan muka yang mencuka masamnya.. Aku kononnya senyum-senyum la kat wanita tu. Tapi, hampeh. Cuka jugak yang dia bagi. Haha. Okey lah tu. Daripada dia bagi jeling kan. Hati pun berkata-kata la lagi, "masamnya orang ni.. dia sedih kot mungkin suami/ anak/ sedara-mara dia sakit.."..

Okey. Kemudian, wanita tu pun pegi amek wudhuk. Amek telekong. Amek sejadah. Kali ni, tergesa-gesa lagi. Then, dia solat. Lepas solat, dengan tergesa-gesa lagi dia bukak telekong, lipat kain telekong, letak dekat rak. *Ternganga-nganga aku menengoknya*.. Kemudian, dia melipat sejadah. Jap lagi aku tunjuk macam mana dia lipat telekong dan sejadah. Start dari amek wudhuk sampai la lipat sejadah semuanya tergesa-gesa kecuali tettttt! Hah. Ada maso pulak wanita tu duk depan cermin 3,4 minit pakai tudung. Bersolek-solek. Hmmm...

Baiklah. Nampak gambor kat atas ni? Ada beza kan A dengan B? Masa mula-mula aku masuk tu A tu la yang aku amek gambar. Kemas kan?  B tu adalah telekong yang dilipat oleh wanita itu. Kain tu, dia bolot-bolot gitu je. Aku dah mula rasa tak senang hati. Geram melanda diri. Haha. *Sila lipat semula sebagaimana anda mengambilnya.* Ada faham??

Manakala gambar A pula merupakan sejadah yang dilipat oleh wanita tersebut. *Macam tak percaya je benda ni jadi depan aku. Macam kebetulan je. Mungkin nak suh aku pesan-berpesan kepada kawan-kawan semua*.. Jadi, kalau memang dah takde masa atau MALASS sangat nak melipat sejadah, letaklah elok-elok. Kasi nampak kemas sikit macam gambar di B tu! Yang A tu buruk benor cik kak oii.

Okey, point utama nak bagitau kat sini adalah, jangan pentingkan diri sendiri untuk beribadat. Apa maksudnya? Ok, anda beruntung kerana menjadi orang yang beribadat dalam surau yang kemas dan bersih. Manakala, orang seterusnya beribadat dalam surau yang dah diselerakkan oleh anda! Bagus bukan?! Apakah perasaan anda bila anda sudah penat-penat mengemas rumah, tiba-tiba orang lain selerakkan? Marah kan?!

Mungkin anda mengejar masa, tapi rasanya tak menjadi 1 kesalahan untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kekemasan surau/ masjid *tempat kita solat tu kan*.. Ya, memang akan ada cleaner yang akan cuci, kemas dan bersihkan. Tapi, apa pula tanggungjawab anda sebagai pengguna? Apa guna anda bersolat, tapi di akhirnya buat perangai macam tu.

Mungkin pada pandangan orang lain ini isu yang kecik. Suka hati koranglah! Bagi aku, benda ni tak boleh diamalkan. Aku memang pantang! Eeeii. Tak paham akuu. Jujurnya, memang aku nak tegur je wanita tu. Tapi, melihatkan air muka dia yang macam tengah bermasalah tu, tak jadi. Doa dalam hati je, moga dia sedar suatu hari nanti.

Okey. Kalau tak boleh nak tegur si pelaku, orang seterusnya yang nampak, tolonglah kemaskan telekong dan sejadah tu. Biar surau/ masjid kita kemas dan bersih. Kalau x, nanti kita jugak yang sibuk duk complaint kotorlah, busuklah, tak kemaslah, itulah, inilah. Bagi penampor sebijik baru tahu. Hahaha. *justkidding*.

Aku boleh share kat sini pasal *wanita itu* sebab aku tak kenal dia, dia tak kenal aku dan korang yang baca pun tak kenal dia. Apa yang pasti, kita satu rumpun, SEAGAMA!

P/S: Marilah bersama-sama menjaga kebersihan walau di mana jua anda berada, terutamanya tempat kita beribadat. =)

Sekian sahaja, cerita SENSASI  untuk hari ini. 


No comments:

Post a Comment