"Menabur Fitnah".. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah
al-Hujurat, ayat 6).
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari
syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang
suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa
menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat
merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah
menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah
menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT
SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DAN LAIN-LAIN.
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Aku jadi hairan kenapa ada orang yang sanggup menabur fitnah dan
menghebah- hebahkan cerita yang tak ada kebenaran mengenai individu
lain.. Kalau tak suka, kata saja tak suka. Kalau dengki, kata saja dengki. Tak perlu rasanya buat-buat cerita. Keluarga aku pernah kena suatu ketika dulu bilamana ada seorang manusia ini yang membawa cerita kononnya kakak aku berkahwin sebab dah mengandung. Kesan daripada cerita tu, mak aku marah giler-giler pada kakak aku. Akhirnya, terbukti kakak aku suci daripada fitnah tu. Setahun lepas berkahwin, baru kakak aku melahirkan anak sulung dia. Bilamana Allah nak tunjuk kekuasaanNya, anak saudara si penabur fitnah tu yang sebenarnya mengandung anak luar nikah. Semoga kita semua jadikannya iktibar dan pengajaran. Kesannya, kami jadi tak percaya pada makcik tu lagi sampai sekarang. Titik noktah. =(
No comments:
Post a Comment