08 January 2013

Redha dengan apa yang berlaku

Assalamualaikum.

Tadi sedang menjengah di Facebook, saya tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Zizan Raja Lawak. Perkongsiannya adalah seperti berikut;

 

Mari bertanya kepada diri sendiri, pernahkah kita merasa kecewa? Kalau pernah, kecewa kerana apa? Diakui, saya sendiri banyak perkara yang mengecewakan berlaku dalam kehidupan ini. Tapi, sejak kebelakangan ini rasa kecewa itu adalah disebabkan pekerjaan. Ya, saya masih dan belum lagi mendapat pekerjaan tetap. Kalau diikutkan mahu sahaja saya membuka bisnes sendiri, tapi perlukan perancangan yang rapi. Lagipun, modal takdak. Memang boleh memohon pinjaman seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar dan sebagainya. Tapi, itulah tak semudah itu. Macam saya sendiri dah apply macam- macam kerja. Sama ada kerja-kerja yang berkaitan bidang saya ataupun yang sipi-sipi. Tapi, tak jugak dapat-dapat lagi. Rasa kecewa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih, tertekan, marah semua ada. 

Dek kerana perasaan yang tertekan, saya selalu menjadi individu yang pemarah. Semua benda jadi tak kena. Apa pun salah. Itu salah. Ini salah. Semuanya tak betul. Saya rasa amat tertekan bilamana ada orang cakap "dalam rumah ni ada penganggur berijazah". Sakitnya perasaan itu Allah jualah yang tahu. Bukannya saya tak berusaha. Saya sudah berusaha, malah sudahpun menghadiri beberapa sesi temuduga. Tapi, ianya masih lagi bukan rezeki saya. Walaupun hanya dipanggil untuk temu duga, itupun saya rasa amat bersyukur. Itu juga saya anggap sebagai rezeki.

Satu hari, saya dah tak boleh tahan lagi. Saya rasa amat marah sekali dengan orang yang suka 'busy body' cakap itu dan ini. Saya rasa tertekan sangat. Macam biasa, saya memang tak reti nak marah melalui percakapan. Perasaan kecewa, tertekan dan marah yang dipendam selama ini, meletop dengan mengalirnya air mata. Hu. Teresak-esak saya menahan perasaan. Itu je lah yang saya tahu bila marah.

Setelah menangis, saya rasa lega. Saya rasa seolah-olah diri ini telah di 'refresh' kembali. Bila emosi sudah menjadi stabil, saya mula fikir dan muhasabah diri balik. Saya bertanya pada diri, "sampai bila nak berfikiran negatif? Aku marah dengan siapa sebenarnya? Atau aku tak redha dengan ketentuan Allah SWT?". Start daripada itu, saya mula latih diri untuk redha setelah berusaha dan berdoa. Saya start latih diri saya untuk bersedia menerima kegagalan. Saya latih diri saya untuk lebih berfikiran terbuka dan menjadi lebih positif.

Alhamdulillah, sekarang saya menjadi lebih tenang. Ya, walau apa pun yang berlaku pastikan kita redha dengan apa jua yang Allah dah aturkan untuk kita. Marah-marah, kecewa, tertekan pun tiada guna kalau kita tak belajar untuk menerima ketentuanNya. Teruskan berusaha.



2 comments:

  1. Ade hikmahnya juga ko xdapat keje lagi... masa ni la ko nk berbakti pada ibu dan keluarga..tolong mak buat keje2 rumah...basuh2 punggan..lipat baju dll.... boleh temankan mak kat rumah.. berbakti pada orang tua... pahala dia besar tau.... Anyway...jangan stress2 sangat sebab xdapat keje.. insyaallah, rezeki Allah ada di mana-mana...

    ReplyDelete
  2. huhu. Ye, baiklah shila. In Shaa Allah.

    ReplyDelete