06 January 2013

Happy Birthday Azu!

Assalamualaikum.

Syukur, Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberi kesihatan dan keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Hari ini juga merupakan hari istimewa. Istimewa buat Noor Azura binti Aris, kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-23!

Bila dikenangkan, rindu rasanya pada Azu. Rindu pada gelak tawanya yang mampu menggegarkan  satu blok kolej. Tak pernah aku jumpa orang yang gelak ketawa macam Azu kalau ada sesuatu perkara yang melucukan baginya. Telatah dan kata-katanya sering menghiburkan orang di sekelilingnya. Namun, tak semua apa yang dizahirkan Azu menunjukkan apa yang terkandung dalam hatinya. Dugaan, cubaan, ujian, musibah dan pelbagai masalah yang dihadapi, kelihatannya semakin mematangkan Azu sebagai seorang insan.

Mungkin kami dah tak rapat seperti dulu, tapi Azu tetap sahabat, rakan, kawan dan teman yang selalu ada dalam hati dan ingatan ini selagi Allah panjangkan usia. Kenangan-kenangan selama kita bertemu akan tetap terpahat dalam memori.(Mood: Sobss... sobss.. oh, sedih pula) :(

Buat Noor Azura Binti Aris;

Happy Birthday to you!
Kita doakan semoga Azu panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yang baik, dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa lindungi kehidupan Azu sekeluarga. Semoga Allah ketemukan jua Azu dengan jodoh yang terbaik.
Azu,
Jaga diri baik-baik.
Semoga Azu akan menjadi orang yang hebat-hebat dan tak gentar pada ujian dan dugaan.
Seandainya selama ini ada perbuatan-perbuatan kita yang tak senang di pandangan mata Azu, ataupun perbuatan dan tutur kata yang mengguris hati, ampun dan maaf dari kita.
Terima kasih kerana pernah menjadi teman suka dan duka.
Semoga Azu bahagia, ceria dan gembira selalu! 
Ooo, pecah pulak gambar bila dah masuk blog. Sorry.

2 comments:

  1. Shakila, thank you so very much! Kite tgh keje ni, nyelit jap baca post awak ni. Awak buat kite menangis kat tempat kerja dah ni. Hahaha. :") Terima kasih kila, awak tak pernah lupa birthday kita. Jujur kita cakap, setiap kali birthday since kita kenal awak, I always look forward wishes from you. Terima kasih kila sbb sudi jadi kawan dan sahabat kita. Sayang awak sampai bila2! <3

    ReplyDelete
  2. No biggie. Kite pun syg Azu jugak. In Shaa Allah. :)
    Take care. May this birthday bring happiness to you. Barakallah.

    ReplyDelete