Showing posts with label Belajar. Show all posts
Showing posts with label Belajar. Show all posts

19 August 2013

Status Terkini


Okey. Assalamualaikum.

Belum lambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah dan silap. Semoga amal ibadah diberi ganjaran pahala. Aamin.

Raya-raya jugak, tapi kita semua sekarang memang sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. Mari doakan ramai-ramai supaya kemenangan berpihak kepada penyokong Dr. Mursi. Doakan pertumpahan darah digantikan dengan kedamaian. Moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang di sana. Moga Dr. Mursi dibebaskan, kembali mentadbir dan memimpin negara di sana. Hikmah terbesar; moga kita selaku umat Islam kembali bersatu-padu mempertahankan agama dan hak kita. 

Tak lupa juga doakan saudara-mara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Doakan, doakan, doakan. :)

Perkembangan peribadi terkini, InshaAllah 29hb Ogos ni akan mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UKM. Saya amek course Master of Education (Guidance & Counselling). Matlamat utamanya, nak guide diri sendiri dulu. Doakan. :)

Semoga bila keluar nanti, mampu jadi orang berguna yang berbakti pada masyarakat dan umat Islam sejagat. 

Takde apa yang menarik lagi nak share. Itu je setakat ini. Mohon doa kawan-kawan.

Oh, ye. Lupa, hari ni birthday Halim (24 tahun) dan Adik Ain (6 tahun). HAPPY BIRTHDAY to both of them!

Terima kasih.


30 May 2013

Aku Keliru..

Assalamualaikum..


Aku confused jugaklah sama ada nak beli kereta atau pun tidak.
Hati, berat kepada rasa nak tangguh dulu.
Sebab kalau Allah izin, aku nak pergi UKM sambung belajar bulan September nanti.
Tapi.. Sementara menunggu nak ke bulan itu, aku nak ulang-alik kerja macam agak susah jugak.
Sebab.. Kerja aku banyak kena pergi buat program di luar.
Jadi.. Aku pun tak tahu dan tak pasti lagi.
Kalau ikut pendapat mak, "beli"..
Tapi, takut-takut nanti pergi belajar tak mampu pula nak bayar bulan-bulan.
Oh, aku tak tahuu..


Semoga Allah beri rezeki.
Aku dari dulu nak sambung belajar ke UKM tu.
Moga Allah, berkati niat-niat yang itu.
Aku harap, ada yang terbaik di sebalik kesukaran yang sekarang ini.


Aku, nak kumpul duit gaji.
Moga Allah iringi niat yang ini dengan keizinanNya.
Harap-harap aku tak diterminate sebelum waktunya.
Supaya aku dapat kumpul duit untuk bayar yuran semester 1.
Aamiin.


24 March 2013

Aku melihat Kau.



Orang kata... “Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...”


Baru-baru ini, aku ternampak kelibat orang yang aku pernah kenal suatu masa dulu. Dah tersangat lain dari dulu kala.


Dah tak segagah seperti dulu. Dah tak sekuat seperti dulu. Dah tak sesihat seperti dulu. Dah tak seceria seperti dulu. Dah tak berupaya bercakap seperti dulu. Dah tak berupaya berjalan seperti dulu. Wajah yang ceria, wajah yang selalu tersenyum dah terbenam dek terserlahnya kesedihan dan kesuraman.


Aku..


Terkesima melihatkan perubahan yang seperti itu. Tak aku dapat bayangkan hidup nya yang dahulu dah bertukar wajah.


Aku..


Termuhasabah seketika. Tersentak aku melihat keadaan kau.

Aku..


Hanya mampu memandang dari kejauhan. Hanya doa aku iringkan agar kau setabah manusiawi lain yang ditimpa ujian yang hampir serupa.


Aku..


Berharap, supaya kau terus melangkah gagah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Moga Allah kurniakan kekuatan supaya kau lebih bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari.


Aku..


Terasa sedih melihat keadaan kau yang sekarang. Memang benarlah, kuasa Tuhan (Allah SWT) tak dapat untuk kita tidakkan. 



Oleh itu, mari kita sama-sama beringat, rezeki, kesihatan dan kesenangan Allah boleh berikan kepada kita bila-bila masa, dan Allah jua berkuasa untuk menariknya bila-bila masa. Sebagai hamba, marilah mensyukuri apa yang ada disekeliling kehidupan kita. Di samping itu, berusaha jugalah untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan berguna. Dari segi apa? Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu hidup sebegini..


21 March 2013

Si Peluka Hati


Assalamualaikum

 Orang selalu kata, benda yang dah berlalu jangan diungkit-ungkit lagi. Tapi, kenapa agak-agaknya kita suka membawa kembali cerita- cerita @ peristiwa yang lalu? Kadang-kadang kita tak fikir @ dah memang orang kata taknak ambik tahu langsung dah benda-benda lama, tapi... Ada jugak orang yang mengungkitnya. Kadang- kadang juga, orang lain dah tak kisah dan tak ambik port pun kisah-kisah lama, tapi diri kita ni pulak yang selalu terkenang-kenang dan tersebut-sebut.

Hmmm.. Kenapa ya?

Kalau saya, saya memang susah nak terima kalau ada orang yang depan kita dia baik, tapi belakang duk bercerita itu ini kisah-kisah lama kita pada orang lain. Yang mana hasilnya..... Membuatkan saya sakit hati.. Yes, saya maafkan.. Tapi, kalau dah banyak kali ulang perbuatan yang sama, apa guna kemaafan yang dia pinta-pinta selama ni?

Oleh kerana itu, hati terlalu sempit nak terimanya kembali. Walaupun bila berdepan, memanglah kita boleh je nak bercakap dan berbual macam biasa. Tapi, jauh di sudut hati.. "Aku berkecil hati".. 

Saya ada rasa sakit hati sebab dia suka bercerita seolah- olah saya lah manusia paling binasa dekat alam muka bumi ini. Seolah- olah, perbuatan saya lah yang paling teruk dan hina sekali. Walhal, dia juga pernah melakukan sesuatu yang lebih kurang sama. Dia lupa agaknya? 

Kedua-dua kami perlu mencari bagaimana untuk mengubat hati. Mencari penawar kepada racun berduri. Sebab aku dah takkan lagi percaya pada "backstabber" si peluka hati..


12 March 2013

Stress Mencari Kerja & Menghadapi Interview?

Assalamualaikum.

Adakah anda merasa tertekan mencari kerja? Sehingga kini tak dapat-dapat lagi? Susahnya... Baiklah, hari ini saya akan cuba berkongsi sedikit maklumat yang dirasai boleh membantu kawan-kawan semua. Atas permintaan kawan-kawan, saya share apa yang saya tahu je ya? Sebab saya takdelah arif mana.

First, kita kena tahu dekat mana nak cari iklan-iklan jawatan kosong. Zaman sekarang dah senang, gunakan internet. Cari laman-laman web yang mengiklankan jawatan kosong seperti berikut;

(Ini sebahagian sahaja, ada banyak lagi)

ATAU

Boleh cari dalam akhbar-akhbar seperti;
Harian Metro
New Straits Time
Utusan Harian
dan lain-lain

Dan bila dah tahu, boleh la mencari jawatan-jawatan kosong yang anda rasa bersesuaian dan mampu untuk lakukan. Tips bila ingin memohon, pastikan anda sentiasa update info terkini mengenai jawatan kosong di laman web yang digunakan. Contohnya, melalui laman web MUDAH. MUDAH merupakan antara laman web yang senang untuk di akses dan setiap hari akan ada update mengenai jawatan kosong. Jadi, walaupun ada deadline bagi setiap permohonan jawatan tu, sila jangan tunggu lama. Kalau jawatan kosong tu diiklankan pada hari ini, terus je apply. Sebab In Shaa Allah, kalau anda layak anda akan dapat maklumbalas dengan sangat cepat. Tapi, kalau misalannya tarikh tutup iklan 30 Mac dan anda apply 29 Mac, nanti mesti takkan dapat apa-apa maklumbalas. Percayalah. Sebab sebelum anda apply dah terlalu ramai candidates lain yang apply.

Interview
Okey, bila dah dapat panggilan interview sila pastikan anda dalam keadaan bersedia. Bersedia dari segi:
  • Macam mana nak jawab soalan interview dengan baik
          - Biasanya, soalan yang akan ditanya:
            * Sila perkenalkan diri anda (study background & working experiences)
            * Kenapa awak apply jawatan ini?
            * Why we should hire you?
            * Awak jurusan Engineering, tapi kenapa apply jawatan ini?
            * Bagaimana awak nak mengaplikasikan apa yang awak belajar  ke dalam pekerjaan ini?
            * Apakah hobi awak atau kegiatan masa lapang?
            * Apakah kekuatan dan kelemahan awak?
            * Apa sumbangan atau pencapaian yang awak boleh bagi kepada syarikat ini?
            * Jika awak diterima untuk jawatan ini, awak akan tinggal di mana? 
            * Bagaimana pula dengan urusan transportation?
            * Berapa jumlah gaji yang awak mahukan?
            * Dan lain-lain soalan yang berkemungkinan besar ditanya. 
               Boleh Checkitout di link ini : Interview Questions & Answers!
  • Dokumen yang diperlukan (Termasuk sijil-sijil)
  • Sila kaji serba sedikit mengenai syarikat/ organisasi yang anda mohon
  • Grooming 
  • Mengawal perasaan nerves, bimbang, takut dan cuak.
  • Sila bersedia juga untuk menjawab soalan aplikasi.
  • Sila datang awal ke tempat interview.
  • Speaking in English. Practise.

Sedikit rumusan berkenaan INTERVIEW

Kenapa kena susah-susah untuk prepare skrip apa yang perlu dijawab? Saya tak kata kita kena ikut 100% skrip, tapi sekurang-kurangnya kita dah ada idea dan point-point apa yang perlu dijawab. Sebab tak semestinya soalan-soalan yang kita spot tu kena! Apa yang penting, jangan terlalu fikir yang penemuduga akan tanya soalan yang rumit dan susah-susah. Biasanya, mereka akan tanya soalan yang simple-simple sahaja, tapi perlukan jawapan yang BERNAS tanpa meninggi diri! Walaupun time interview adalah waktu untuk kita promote diri, tapi sila tunjukkan yang kita ni orangnya berhemah. Apa yang penting, sila jujur dan jangan sesekali menipu! Once, kita kantoi menipu, konpem-konpem awal-awal lagi dah kena reject. Sebab kebiasaannya panel penemuduga adalah individu yang berpengalaman.

Tapi, janganlah risau sangat. In Shaa Allah, semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Make sure masa introduce diri jangan asyik cakap pasal berapa orang adik-beradik, duduk kat mana, sekolah rendah kat mana dan benda-benda lain yang tak perlu. Make it simple but valuable untuk penemuduga punya first impression! Unless, kalau ditanya.. Kenalah jawab..

Selain itu, bila ditanya mengenai KELEMAHAN diri anda, jangan jawab benda-benda yang akan buat penemuduga akan reject anda. Sila bagi jawapan yang memang menunjukkan kelemahan anda, tapi pada masa yang sama ianya boleh dianggap sebagai kekuatan anda.

Kemudian ada 1 soalan yang bagi saya soalan itu adalah soalan 'trick'.. Apa hobi awak? Kalau ditanya soalan ini, hati-hati jawab. Jangan jawab, 'saya suka hang-out dengan kawan, karaoke, tengok wayang atau suka-sukalah, lepak-lepak menghabiskan masa'.. Kalau betul hobi anda adalah hang-out dengan kawan-kawan, pastikan jawapan anda macam ini "saya suka berjumpa dengan kawan-kawan dan melakukan beberapa aktiviti bersama-sama seperti jungle tracking, melakukan observation tingkahlaku manusia, belajar menunggang kuda, belajar berenang, dan lain-lain yang bermanfaat.." Sebab mungkin barangkali, mereka nak detect atau cuba kenal pasti sosial kita di luar macam mana. :)


Okey.. itu sahaja untuk kali ni. In Shaa Allah, kalau ada apa-apa nanti saya update lagi.

My true feeling when people using “AKU”

Dulu masa belajar di Universiti, pada awal kemasukan aku selalu lah guna kata ganti nama diri “AKU”. Dengan sesiapa sahaja aku gunakan “AKU” untuk membahasakan diri.
Kalau sekolah dulu aku selalu guna “kome”.

Tapi.....

Tak semua orang selesa bila kita menggunakan “AKU” apabila bercakap dengan mereka. Aku sendiri pernah jugaklah kena tegur dengan seorang kawan ni. Tanyanya, “kenapa guna AKU?, kasarlah..”

“Oh, kasar ke? Sorry.. Dah biasa..”.. Sebenarnya, takde niat di hati untuk berkasar bahasa ke apa. Tapi, dah terbiasa.

Start dekat UTM lah belajar guna “KITA” sebagai ganti kepada “AKU”.. Mula-mula rasa macam agak gedik jugaklah. “tak selesa”. Bila dah selalu ‘terpaksa’ guna, rasa macam sesuai pulak dengan karekter diri yang agak lembut (orang yang kata aku lembut.. aku tak kata).. Memang janggal pada permulaannya, tapi bila dah selalu guna okey je.

Tapi, kalau mengikutkan TATABAHASA Bahasa Melayu, “KITA” tu digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua. Tak percaya, jom refresh balik KATA GANTI NAMA DIRI di link berikut: Kata Ganti Nama Diri, Klik Sini

Cuma masalah sekarang... Bila orang lain yang menggunakan Kata Ganti Nama Diri “AKU” dengan aku, aku pulak yang selalu rasa “kasarnya orang ni...”, haha..

Well.. ^^,