Adakah anda merasa tertekan mencari kerja? Sehingga kini tak dapat-dapat lagi? Susahnya... Baiklah, hari ini saya akan cuba berkongsi sedikit maklumat yang dirasai boleh membantu kawan-kawan semua. Atas permintaan kawan-kawan, saya share apa yang saya tahu je ya? Sebab saya takdelah arif mana.
First, kita kena tahu dekat mana nak cari iklan-iklan jawatan kosong. Zaman sekarang dah senang, gunakan internet. Cari laman-laman web yang mengiklankan jawatan kosong seperti berikut;
(Ini sebahagian sahaja, ada banyak lagi)
ATAU
Boleh cari dalam akhbar-akhbar seperti;
Harian Metro
New Straits Time
Utusan Harian
dan lain-lain
Dan bila dah tahu, boleh la mencari jawatan-jawatan kosong yang anda rasa bersesuaian dan mampu untuk lakukan. Tips bila ingin memohon, pastikan anda sentiasa update info terkini mengenai jawatan kosong di laman web yang digunakan. Contohnya, melalui laman web MUDAH. MUDAH merupakan antara laman web yang senang untuk di akses dan setiap hari akan ada update mengenai jawatan kosong. Jadi, walaupun ada deadline bagi setiap permohonan jawatan tu, sila jangan tunggu lama. Kalau jawatan kosong tu diiklankan pada hari ini, terus je apply. Sebab In Shaa Allah, kalau anda layak anda akan dapat maklumbalas dengan sangat cepat. Tapi, kalau misalannya tarikh tutup iklan 30 Mac dan anda apply 29 Mac, nanti mesti takkan dapat apa-apa maklumbalas. Percayalah. Sebab sebelum anda apply dah terlalu ramai candidates lain yang apply.
Interview
Okey, bila dah dapat panggilan interview sila pastikan anda dalam keadaan bersedia. Bersedia dari segi:
- Macam mana nak jawab soalan interview dengan baik
* Sila perkenalkan diri anda (study background & working experiences)
* Kenapa awak apply jawatan ini?
* Why we should hire you?
* Awak jurusan Engineering, tapi kenapa apply jawatan ini?
* Bagaimana awak nak mengaplikasikan apa yang awak belajar ke dalam pekerjaan ini?
* Apakah hobi awak atau kegiatan masa lapang?
* Apakah kekuatan dan kelemahan awak?
* Apa sumbangan atau pencapaian yang awak boleh bagi kepada syarikat ini?
* Jika awak diterima untuk jawatan ini, awak akan tinggal di mana?
* Bagaimana pula dengan urusan transportation?
* Berapa jumlah gaji yang awak mahukan?
* Dan lain-lain soalan yang berkemungkinan besar ditanya.
Boleh Checkitout di link ini : Interview Questions & Answers!
- Dokumen yang diperlukan (Termasuk sijil-sijil)
- Sila kaji serba sedikit mengenai syarikat/ organisasi yang anda mohon
- Grooming
- Mengawal perasaan nerves, bimbang, takut dan cuak.
- Sila bersedia juga untuk menjawab soalan aplikasi.
- Sila datang awal ke tempat interview.
- Speaking in English. Practise.
Sedikit rumusan berkenaan INTERVIEW
Kenapa kena susah-susah untuk prepare skrip apa yang perlu dijawab? Saya tak kata kita kena ikut 100% skrip, tapi sekurang-kurangnya kita dah ada idea dan point-point apa yang perlu dijawab. Sebab tak semestinya soalan-soalan yang kita spot tu kena! Apa yang penting, jangan terlalu fikir yang penemuduga akan tanya soalan yang rumit dan susah-susah. Biasanya, mereka akan tanya soalan yang simple-simple sahaja, tapi perlukan jawapan yang BERNAS tanpa meninggi diri! Walaupun time interview adalah waktu untuk kita promote diri, tapi sila tunjukkan yang kita ni orangnya berhemah. Apa yang penting, sila jujur dan jangan sesekali menipu! Once, kita kantoi menipu, konpem-konpem awal-awal lagi dah kena reject. Sebab kebiasaannya panel penemuduga adalah individu yang berpengalaman.
Tapi, janganlah risau sangat. In Shaa Allah, semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Make sure masa introduce diri jangan asyik cakap pasal berapa orang adik-beradik, duduk kat mana, sekolah rendah kat mana dan benda-benda lain yang tak perlu. Make it simple but valuable untuk penemuduga punya first impression! Unless, kalau ditanya.. Kenalah jawab..
Selain itu, bila ditanya mengenai KELEMAHAN diri anda, jangan jawab benda-benda yang akan buat penemuduga akan reject anda. Sila bagi jawapan yang memang menunjukkan kelemahan anda, tapi pada masa yang sama ianya boleh dianggap sebagai kekuatan anda.
Kemudian ada 1 soalan yang bagi saya soalan itu adalah soalan 'trick'.. Apa hobi awak? Kalau ditanya soalan ini, hati-hati jawab. Jangan jawab, 'saya suka hang-out dengan kawan, karaoke, tengok wayang atau suka-sukalah, lepak-lepak menghabiskan masa'.. Kalau betul hobi anda adalah hang-out dengan kawan-kawan, pastikan jawapan anda macam ini "saya suka berjumpa dengan kawan-kawan dan melakukan beberapa aktiviti bersama-sama seperti jungle tracking, melakukan observation tingkahlaku manusia, belajar menunggang kuda, belajar berenang, dan lain-lain yang bermanfaat.." Sebab mungkin barangkali, mereka nak detect atau cuba kenal pasti sosial kita di luar macam mana. :)
Okey.. itu sahaja untuk kali ni. In Shaa Allah, kalau ada apa-apa nanti saya update lagi.
No comments:
Post a Comment