Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

10 April 2013

Bersyukur tak?



Assalamualaikum..


Saya harap semua orang yang membaca apa yang saya tulis sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik, sentiasa berada dalam kesyukuran dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. In Shaa Allah, aamiin..


Bila duduk tempat orang, walaupun senegeri terasa juga asingnya dan terasa juga segala yang dilakukan kena bergerak dengan sendiri.. Disebabkan perasaan yang terasing dan perlunya berdikari sendiri, fikiran dan ingatan mulalah melayang-layang teringat bagaimana diri ini mampu berdiri dengan adanya kawan-kawan yang baik dianugerahkan Allah SWT sewaktu zaman belajar dulu.. Kemana-mana, nak buat apa mesti akan ajak kawan-kawan..
Walaupun ada manis dan ada pahitnya kenangan bersama kawan-kawan, tapi semua tulah yang mengajar macam mana nak terus bergerak ke depan..


Sekarang.. Terasa jugaklah sunyinya.. Maka, selalulah teringat pada kawan-kawan se-UTM; Saidatul Akmal, Affie Nadia, Norain Ali, Raidah Razak, Azura Aris, Abyka Ayien, Shila Yunus, Junaidah Yusof, Kak Indah, Farah Hanim, A’qilah, Mira Palapes, Khalilah, Fatim Nasuha, dan ramai lagi.. Tak lupa juga kawan-kawan yang dah lama menjadi tulang belakang saya; Atiqah, Hazwani dan Nadia.. Nama-nama ini selalu ada ketika saya perlukan bantuan dan pertolongan mereka.. Bukan itu sahaja, ketika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran mereka selalu mengingatkan saya..


Tak ada kata lain yang nak dikatakan... Hanya..... Rinduu..


Hmm.. Saya tak tahulah, nak cakap macam mana.. Kalau saya asyik cerita masalah itu dan ini dalam blog ni, seolah-olah saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada.. Sebenarnya, saya selalu rasa macam saya sorang-sorang je dekat sini.. Fikiran dah mula jadi negatif.. Walaupun mula-mula masuk, saya dah positifkan diri, tapi.... Tak semudah itu.. Benda-benda negatif yang saya tak pernah nak fikir dan bayangkan pun masih ada jugak orang yang selalu bercerita benda-benda yang tak elok pada saya.. “Shakila, awak kena hati-hati sikit... Diorang tu bukan baik sangat.. Jadi, jangan percaya sangat dengan mereka.. Entah-entah diorang tu cuma nak korek-korek rahsia je dari awak..” Kalau boleh, saya tak mahulah fikiran dan diri saya dipenuhi dengan benda-benda negatif macam ni!.. Huu.. Tak mau!!Ya Allah, Nauzubillahiminzalik.. :(


Bila saya rasa banyaknya perasaan terpendam dalam diri, lepas solat tu saya menangis lah! Huuu... Dah tak tahann.. Time tulah, saya baru boleh muhasabah diri balik.. 


“Mana ada saya sorang-sorang dekat sini.. Ada lagi sedara-mara kan.. Nanti dalam kubur lagilah... seorang diri...”


“Yang sebenarnya, Allah memang nak aku belajar berdikari.. Takdelah mengharapkan bantuan kawan-kawan 100%.. Apa yang lebih bagus.... Sebenarnya, Allah nak didik aku yang pergantungan dan pengharapan itu perlu diletakkan padaNya 100%...”


“Kebiasaannya... Aku selalu membesar-besarkan musibah dan ujian melebihi nikmat yang Allah beri.. Selalu rasa tak ada itu dan tak ada ini.. Selalu rasa tak cukup itu dan tak cukup ini..Aku nak ke kalau Allah tarik nikmat sebelah mata, dan gantikannya dengan segunung permata?.. Aku nak ke kalau Allah tarik nikmat sebelah kaki, dan gantikannya dengan selautan intan berlian?.. Yang mana aku nak?.. Masih tak cukup lagi ke nikmat yang aku terima?.. Astaghfirullahalazim..”


“Aku selalu kata, letihlaa pergi balik kerja jalan kaki.. Penat!.. Aku selalu lupa yang ada orang di dunia ini tak ada kaki untuk mereka berjalan, tak dapat merasa nikmat menggunakan keupayaan mereka.. Susahnya untuk aku beringat, dan berfikir baik dengan nikmat yang Allah beri.. Aku selalu nampak susah daripada senang.. Aku selalu lalai untuk menegur diri bahawasanya, ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya.. Jalan kaki, oraite apa kan?.. Boleh exercise, jimat duit belanja untuk minyak, pergi kerja pun On-time dan banyak lagi kebaikan yang boleh aku dapat.. Walaupun kadang-kadang, aku selalu rasa takut bila berjalan kaki sorang diri, tapi.. Pada masa yang sama, perasaan takut tu membuatkan aku jadi rajin nak berdoa setiap pagi supaya Allah selamatkan aku dari sebarang bahaya, celaka dan kejahatan manusia.. Aku jadi lebih kerap nak mengamalkan bacaan ayat Qursi.. Jadi, aku berharap aku akan meletakkan pergantungan pada Allah..”


Saya.. Selalu leka.. Saya.. Selalu lalai.. Saya harap, ujian-ujian yang Allah bagi akan menjadi nikmat-nikmat kehidupan yang perlu dirasai supaya saya lebih berani dan membuat sesuatu dengan seikhlas hati..


Saya.. Taknak kejar duit.. Saya taknak kejar kaya dengan harta-benda.. Saya, tak tahulah.. Sebab  saya takut dengan ujian berbentuk nikmat.. :(


Moga Allah tak jauhkan saya dari kasih sayangNya.. Saya tahu, Allah sayang saya!!! Perlu untuk saya bersyukur..bersyukur... Terima kasih Allah..


Saranghae, Allah!


Tulis, macam-macam boleh tulis..
Cakap, macam-macam boleh cakap..
Senang...
Tapi, susah...

24 March 2013

Aku melihat Kau.



Orang kata... “Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...”


Baru-baru ini, aku ternampak kelibat orang yang aku pernah kenal suatu masa dulu. Dah tersangat lain dari dulu kala.


Dah tak segagah seperti dulu. Dah tak sekuat seperti dulu. Dah tak sesihat seperti dulu. Dah tak seceria seperti dulu. Dah tak berupaya bercakap seperti dulu. Dah tak berupaya berjalan seperti dulu. Wajah yang ceria, wajah yang selalu tersenyum dah terbenam dek terserlahnya kesedihan dan kesuraman.


Aku..


Terkesima melihatkan perubahan yang seperti itu. Tak aku dapat bayangkan hidup nya yang dahulu dah bertukar wajah.


Aku..


Termuhasabah seketika. Tersentak aku melihat keadaan kau.

Aku..


Hanya mampu memandang dari kejauhan. Hanya doa aku iringkan agar kau setabah manusiawi lain yang ditimpa ujian yang hampir serupa.


Aku..


Berharap, supaya kau terus melangkah gagah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Moga Allah kurniakan kekuatan supaya kau lebih bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari.


Aku..


Terasa sedih melihat keadaan kau yang sekarang. Memang benarlah, kuasa Tuhan (Allah SWT) tak dapat untuk kita tidakkan. 



Oleh itu, mari kita sama-sama beringat, rezeki, kesihatan dan kesenangan Allah boleh berikan kepada kita bila-bila masa, dan Allah jua berkuasa untuk menariknya bila-bila masa. Sebagai hamba, marilah mensyukuri apa yang ada disekeliling kehidupan kita. Di samping itu, berusaha jugalah untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan berguna. Dari segi apa? Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu hidup sebegini..


12 March 2013

Si Penggoda: "Aku Benci Kau"

Si penggoda itu
Memang kerjanya menghasut dan menggoda
Godaannya menewaskan diri-diri
Kalau kuat akan sedar semula
Kalau lemah sampai bila pun tak akan sedar sudah digoda..

Aku..
Selalu tergoda
Tergoda dengan prasangka
Aku..
Benci bila si penggoda berjaya menghasut aku!
Berulang kali aku kata, "aku benci"..
berulang kali juga kau tak pernah lelah menggoda..
Sudah nama pun kau "penggoda" manusiawi.

Aku..
BENCI KAU!

Seorang Ayah Ampuni Pembunuh Anaknya Jika BERJAYA HAFAL ALQURAN


Agak-agak, kat Malaysia ada tak kisahnya sebegini....

Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.




Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya

Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.

Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi disitu mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.

Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.

Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.

Sumber Artikel:
:http://billyinfo.blogspot.com/2013/03/seorang-ayah-ampuni-pembunuh-anaknya.html#ixzz2NKCpPlwx

09 March 2013

Getah Skrap

Assalamualaikum.

Hari ni punya aktiviti.. "Angkat getah".. Hehe. Wangiii~








Money, money!

07 March 2013

Ujian Belaka

 
Assalamualaikum.

Mood sekarang tengah sedih jugak lah yang sebenarnya. Tapi... Kalau nak difikirkan buat apa la nak sedih-sedih disebabkan kegagalan manusia lain untuk buat kerja dengan baik. Kita semua tak sempurna, walaupun ada lah jugak perasaan marah dan kecewa dengan mereka. :(

So, apa boleh buat. Benda tu boleh diusahakan lagi kan? Mungkin aku ada tersalah doa kot.

Housemate ada pesan hari tu, katanya;

"Allah akan menguji setiap apa yang kita doakan. Contohnya, kita selalu berdoa moga Allah berikan kesabaran dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan hidup.. Jadi, one day Allah akan uji. Bagaimana? Contoh, Siti pergi ke Mekah menunaikan Haji bersama ibunya. Di sana, dia selalu berdoa moga Allah berikan kesabaran kepadanya. Tapi, semasa di sana Siti selalu diuji kesabarannya bilamana dia selalu dimarahi oleh ibunya walaupun tanpa sebab.."

P/S: Ujian yang bertimpa menunjukkan Allah sayang.. Ada kebaikan di sebalik apa yang berlaku. 
 
 
 

02 March 2013

"Good thing.."


Ehem. Ehem.

Facebook! Memang rata-rata di antara kita menjadikannya sebagai tempat memunggah lelah hidup duniawi.

Berbagai perasaaan dikongsikan, malah ianya mendapat sambutan sang pembaca dan komentar-komentar tegar di alam maya.

Namun, bukan Facebook semata-mata, banyak lagi persinggahan alam maya yang lainnya.
Sebut sahaja Blogger, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Pasti, ramai yang tahu.

Tapi..
Kenapa harus isu rumahtangga dijadikan bahan utama penceritaan di alam maya ini? Jika isu yang diutarakan mendidik rohani dan akal, harus jualah ianya diangkat sebagai pengajaran.

Isu dalam selimut, tidur berteman, semuanya ingin dikongsikan.
Kebiasaannya perangai excited manusia bergelar wanita itu;

“Syukur sangat-sangat! Kalau dahulu, tidur sorang-sorang tapi sekarang dah ada cinta hati yang menemani di sebelah setiap malam..”

Erks! Tidakkah, ianya mendatangkan perasaan annoying? *Mungkin aku saje yang begitu*.
Akal fikir mencari apa relevannya berkongsi ke-excited-an yang ‘itu’.

Walhal, ada perkara yang lebih manis mungkin lebih bermanfaat untuk dikongsi.
Jarang sekali aku melihat;

“Syukur sangat-sangat! Kalau dahulu, solatku berteman sendiri tapi sekarang sudah ada insan sejati yang mengimami tahajud sujudku di setiap malam..”

Ya, well what’s the problem sharing live in the beautiful marriage, right? Erm.. You think. I don’t know the exact answers.

But, mostly people were really like to share about ‘ke-excited-an yang itu’ kepada manusia alam maya ini. Well, it is not my bussiness actually.

But, don’t forget... We need to tell the ‘good’ thing about marriage which is contain the ‘good value’ rather than the little ‘nonsense’.

Tak tahu ada orang faham atau ke tidak, perkara yang cuba disampaikan.

I guess I’m not good enough yet, so I’ve to do some ‘searching and finding’ again and again.

Gambar Hiasan Semata-mata :)



21 February 2013

Ya Allah, Guide Us to The Right Path



Susun atur Allah adalah yang paling cantik dan terbaik
Tiada 1 pun designer ataupun architect kehidupan yang mampu lawan seni bina dan keagungan penyusunan Allah.
You know what?
I believe that!

We, as human can organized and arranged everything accordingly to what we want
But without Allah’s permission, we can’t get it.
And we can’t deny it.
Understand?!

I don’t know why
I believe that!
I’m not lying to you.

When you believe with Allah
Your life will goes smoothly
In Shaa Allah

Let’s started with our thinking
We always adored with people’s perception
Yes or no?

Let me tell you
For me, my answer is definitely YES.

Until one day, no one will helping you
Your mouth will suddenly saying
“Ya Allah..”

Where we put Allah?
As long as we remembered of Allah,
Allah will guide and save us.

And I believe
We need to change our life
I’m too afraid with what is going on around me

If you want to see clearly about life
Travel.
Don’t stick on your place only
When you see there are too many obstacles and challengers in front of the life
Then again your mouth will say
“Ya Allah..”

 YA ALLAH! Guide me. Guide me. Guide and tight me, oh Ya Allah!

I’m too afraid
If I fall into the life of hell in this world
I’ll fall into the real life of hell in the akhirat.

I don’t know what to say
But I pray
May Allah protect and guide us to the right path
Ya Allah. Please. Please...
=’(



15 February 2013

Surat Dari Hati Kecil Untuk Abah


Aku berharap abah balik..

Gila apa? Abah kan dah takde. Macam mana nak balik semula. Huu. 

Tak tahu lah kenapa hari ni aku berangan-angan nak abah balik. Jaga kami semua. Kenapa abah tinggalkan kitaorang semua terkontang-kanting kat sini? Abah tak tahu ke kitaorang susah abah takde? Kenapa abah biarkan mak yang tanggung semua nya? Eeeeiii. Tak reti-reti ke nak balik? Bila abah takde semua benda mak nak kena pikul. Abah tak kan tak tahu anak-anak abah ni semua suka menyusahkan mak? Suka buat perangai, suka lawan mak. Kalau abah ada, baru kami ni reti nak takut. Boleh jugak abah pukul dan rotan kami ni supaya tak degil. 

Abah tahu tak, aku ni anak perempuan? Selalu kena berhati-hati dan berwaspada ke mana saje aku nak pergi. Kalau abah ada, boleh jugak abah jadi pelindung. Boleh jugak abah pastikan keselamatan anak-anak abah. Tapi, aku terpaksa beranikan diri untuk buat semua benda tanpa abah. Walaupun aku perempuan, aku beranikan jugak diri. Aku kuatkan jugak diri yang tak berapa nak kuat ni.

Kalau abah ada, takdelah aku nak ke mana-mana minta kawan yang temankan. Pastinya aku akan pilih abah untuk temankan. Takdelah aku akan menyusahkan kawan-kawan. Abah tahu tak, aku malu setiap kali aku minta pertolongan dari kawan-kawan? Abah tahu takkkkkk??? Huu.

Abah tahu tak, aku teringin nak abah ada di sisi setiap kali aku sedih, setiap kali aku rasa nak menangis. Setiap kali aku rasa tak berdaya, setiap kali aku rasa kecewa. Kalau boleh, aku nak abah lah jadi orang pertama dengan mak yang akan dengar berita-berita gembira dari aku. Dulu masa konvo abah tak ada. Mak duduk dalam dewan sorang-sorang, abah pergi mana? Sepatutnya kerusi sebelah mak abah yang duduk. Eeeeiii. 

Sepatutnya aku pergi sekolah, abah yang hantar. Tapi, abah pergi mana? Abah takde pun. Semuanya aku kena buat sendiri. Sejak dari bangku sekolah tadika lagi sampai lah sekarang, aku nak pergi interview pun abah takde teman aku. Abah tahu tak??? Aku takut bila kena jalan kaki pergi sekolah sorang-sorang? Abah tahu tak, aku takut nak pergi interview sorang-sorang? Abah tahu tak, aku terpaksa tebalkan muka tumpang kawan-kawan pergi sekolah? Aku selalu menyusahkan diorang, abah...

Abah, tahu tak aku selalu pinjam duit kawan-kawan bila aku takde duit? Aku tak sampai hati nak mintak pada mak. Abah tahu tak, mak banyak tanggungan? Siang malam mak menjahit, nak cari duit lebih, abah tahu tak? Kenapa abah tak tolong mak?? 

Abah tahu tak, aku perlukan doa abah di sepanjang hidup aku? Huu. Mana abah?? 

Abah.... Kenapa abah pergi? Huuu.. Abah tak kesian dekat anak abah ni ke? Aku perlukan abah untuk tegur aku. Aku perlukan abah untuk share apa masalah yang membelenggu aku. Aku perlukan ‘marah’ abah tu supaya aku jadi anak yang baik. Abah, tak tahu ke aku rindu kata-kata nasihat abah? 
Abah.. Tak tahu kenapa hari ni terasa aku ini banyak menyusahkan orang lain. Abah, tahu tak aku jadi geram dengan budak-budak yang kurang ajar dengan ayah diorang. Diorang tak reti nak beruntung. Ada ayah marah, tapi diorang tak puas hati. Ada ayah, tapi semuanya nak ayah diorang yang buat. Mengada-ngada. Belum lagi pasal duit. Semua benda nak claim dengan mak ayah masing-masing. Tak malu. Tak cukup lagi ke duit belanja selama ni yang mak ayah diorang dah bagi? Tahulah kaya, tapi kesianlah dekat mak ayah tu. Selfish sangat! Huh. 

Diorang beruntung ada ayah yang bekerja keras tanggung kehidupan diorang sekeluarga. 

Eleh.. Huhuhu..

Takpe abah. Hakikatnya, abah tenanglah di sana. In Shaa Allah, aku akan doakan abah hari-hari. Walaupun, aku belum capai tahap anak paling solehah dan mithali, tapi aku akan usahakan. 

Takpe abah. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan? Allah itu Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Abah takde pun takpe. Abah tak payah risau sebab aku dah ada pelindung. Hehe. Aku yakin dengan Dia abah. Dah hampir 18 tahun abah takde, Dialah yang jaga aku abah. Time aku tido pun dia jaga aku abah. Apatah lagi time aku sakit, dia nak hapuskan dosa-dosa aku abah. Aku rasa aku lagi selamat dengan Dia abah. Alhamdulillah, time kasih Allah. Syukur, Alhamdulillah.

Takpe abah. Bila abah takde, sebenarnya kami belajar berdikari. Mak pun jadi lebih kuat dari dulu. Abah mesti tak tahu kan, yang mak sekarang ni dah ada muscle dekat lengan dia. Dah boleh kalah dah Malik Noor tu. Urat-urat pada tangan mak, dah boleh challenge urat-urat tangan abah dah. Hehe.
Takpe abah. Walaupun abah takde, Alhamdulillah rezeki anak-anak abah dan mak murah. Ngah dah kahwin, ada 3 orang anak dah. Suami ngah pun baik orangnya abah. Ngah sekarang dah tak macam dulu. Ngah siap pakai stoking dah sekarang ni abah. Dulu, ngah pun hidup susah jugak abah. Alaa, macam kita dulu-dulu. Hidup menumpang dekat rumah orang. Abah ingat tak? Tapi, sekarang ngah dah ada rumah sendiri. Cantik abah. Hehe. Alhamdulillah. Abang Ej pun dah ada kerjaya. Jadi cikgu. Cikgu Sains, Biologi. Abah bangga tak? Abang Ej dah buatkan rumah cantik sikit untuk mak dan kami semua duduk. Abang Ej pun dah kahwin, abah. Isteri dia cantik. Rapat pulak tu dengan mak. Abah, Abang Ej baru je tahun lepas dapat anak sulung, comell. Hehe. Adam Harith, nama dia. Alhamdulillah. Akak pulak, dah bekerjaya. Tercapai jugak hasrat dia nak jadi Interior Designer. Tapi, latest dia dah berhenti kerja tengah cari kerja kat tempat lain pulak. Aku? Aku dah grad bah, bulan 10 2012 dulu kat UTM. Aku amek Psikologi, abah. Hehe. Result aku, Alhamdulillah okey je abah. Tapi, lambat sikit dapat kerja. In Shaa Allah baru nak pergi interview, abah. Abang pulak, dah besar panjang sekarang abah. Dah tak putih macam dulu. Haha. Degil dia masih sama je. Bekeng. Ritu dia kerja, tapi baru berhenti. Alaa, macam abah tak tahu kan anak abah yang sorang tu kan tak boleh berenggang jauh-jauh dari mak. Last, adik. Abah tak sempat jumpa adik lagi kan? Adik gelap macam abah. Hitam-hitam manis gitu. Adik baru habis SPM abah. Tengah menunggu keputusan la tu. Ritu UPSR, adik dapat 5A, PMR dia dapat 8A abah. Tapi, SPM ni tak tahu lagi abah. Alhamdulillah, kami dah besar-besar belaka abah. 

Takpe abah. Memang, bila abah takde kami susah. Tapi, kalau tak susah kami tak belajar rasa bersyukur. Sesusah-susah kami, ada lagi orang lain yang lagi susah, kan abah? Susah lah yang mengajar kami untuk berusaha memperbaiki kehidupan.

Takpe abah. Bila abah dah takde, buat kami selalu jejakkan kaki ke kubur. Di mana disitu jugaklah tempat kami semua akan tinggal suatu hari nanti. Bila pergi jenguk abah, buat aku teringat akan mati. Sayu tu memanglah sayu. Tapi, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati kan abah. 

Astaghfirullahalazim..

“Abah, semoga abah tenang di sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam golongan orang yang Islam dan beriman. Semoga Abah dilindungi dari segala azab siksa. Moga kita sama-sama beroleh ganjaran syurga. Aamiin..”

Semoga kita jumpa lagi nanti, abah..