19 August 2013

Status Terkini


Okey. Assalamualaikum.

Belum lambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah dan silap. Semoga amal ibadah diberi ganjaran pahala. Aamin.

Raya-raya jugak, tapi kita semua sekarang memang sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. Mari doakan ramai-ramai supaya kemenangan berpihak kepada penyokong Dr. Mursi. Doakan pertumpahan darah digantikan dengan kedamaian. Moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang di sana. Moga Dr. Mursi dibebaskan, kembali mentadbir dan memimpin negara di sana. Hikmah terbesar; moga kita selaku umat Islam kembali bersatu-padu mempertahankan agama dan hak kita. 

Tak lupa juga doakan saudara-mara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Doakan, doakan, doakan. :)

Perkembangan peribadi terkini, InshaAllah 29hb Ogos ni akan mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UKM. Saya amek course Master of Education (Guidance & Counselling). Matlamat utamanya, nak guide diri sendiri dulu. Doakan. :)

Semoga bila keluar nanti, mampu jadi orang berguna yang berbakti pada masyarakat dan umat Islam sejagat. 

Takde apa yang menarik lagi nak share. Itu je setakat ini. Mohon doa kawan-kawan.

Oh, ye. Lupa, hari ni birthday Halim (24 tahun) dan Adik Ain (6 tahun). HAPPY BIRTHDAY to both of them!

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment