26 February 2013

Risau. Okey. Tak?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku dah ada di KL. 

Perasaan? Macam-macam.
First time experience memang rasa tak best sikitlah sebab tak biasa kot
Rasa nak balik, nak nangis semua adalah. Hua3. Macam budak-budak sekolah lah pulak. *Whatever~*
Huu. Risau banyak sangat aku ni. Patutlah cepat tua.
Walau apa pun, Alhamdulillah housemate sementara ni semua baik-baik belaka. Siap ada sesi taaruf lagi. Menangis aku. Hii.. Owh, okey. Maluu nak cerita dekat sini. 
Nak tahu something? Aku tak start training lagi. Sebab rupa-rupanya nama aku tersenarai dalam intake bulan Mac ni.  Sama ada awal ataupun tengah bulan.  Jadi, terpaksa tunggu sikitlah. Ayoo. *Dalam hati rasa nak marah sebab apesal lah orang tu tak bagitau awal-awal kan?* Gggrr..
Tapi, apa yang berlaku Allah dah susun dan pasti ada hikmahnya kan.. 
Walaupun aku selalu rasa nak menangis, tapi muncul kawan-kawan baru yang ada di sekeliling yang turut sama mejadi trigger kekuatan untuk terus bertapak. Walaupun aku bertatih sebenarnya.
Err. Tak lupa juga kepada kawan-kawan lama yang selalu beri support. Tenkiuu so much! Alhamdulillah, moga Allah membalas jasa baik kalian dengan seribu satu kebaikan. In Shaa Allah.
Terutama family. *Sobss.. Sobss..*

Mungkin banyak sangat rasa bimbang membuatkan aku jadi tak tentu hala.

Berkecamuk.
Astaghfirullahalazim.
Walaupun pada permulaan ni aku agak blurr dan rasa macam *tak best! * Tak best! Tapi, aku kena jugak face benda-benda ni semua.
Aku takkan boleh lalui semua benda yang terjadi dan berlaku kalau Allah tak berikan aku kekuatan.
Whatever it is, when things happen, just let it be. We, have to face it whether we are strong enough or not. But, for sure we have our own protector. *Allah SWT*. 

Cukuplah setakat ini sahaja lalutan untuk update kali ini. Lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku merungut dan merapu. Allah tak suka. Kan? 


P/S: Dah tak boleh nak update selalu. Laptop rosak. :( Ni pun pinjam laptop housemate. 




No comments:

Post a Comment