Assalamualaikum
Selamat pagi wahai manusia! Mulakan hari dengan Bismillah. Semoga hari ini hari yang baik-baik buat kita semua. In Shaa Allah.
Baiklah, pagi-pagi macam ni aku rasa macam nak telling- telling you all pasai mimpi lah. Yerr.. Mimpi-mimpi yang aku pernah alami yang aku kira ianya meninggalkan seribu satu misteri. Cewahhh. Takdela misteri mana pun.
Kawan-kawan aku ada pesan, kalau mimpi buruk jangan cerita dekat orang. Hmm. Tapi, mimpi-mimpi aku tu aku tak tahulah nak kategorikan dia sebagai apa. Mimpi-mimpi tu selalu berulang, kadang-kadang berlarutan 3-4 hari berturut-turut. Aku sebenarnya tercari-cari tafsir mimpi kot-kot kalau ada. Tapi, aku tak jumpa la. =(
1. Masa Sebelum Sakit
- Sebelum aku sakit dulu, aku selalu mimpi pasal bayi. First, aku mimpi ada bayi menangis dekat beranda luar rumah aku. Kami satu rumah pun kecoh pergi cari. Then, mak jumpa mak ambik bayi tu, dukung. Lama-lama, kami semua jadi sayang pada bayi tu. Kami terus decide untuk jaga dia. Tapi, takde apa-apa aktiviti menyusukan bayi dalam mimpi tu. (Mimpi yang sama berulang sekali lagi beberapa minggu selepas mimpi first ni)
- Kemudian, beberapa bulan lepas mimpi first tu aku mimpi lagi. Kali ni dia punya sambungan pulak. Dalam mimpi tu, bayi tadi dah membesar lebih kurang dalam umur 6/7 tahun. Kiranya, dia macam dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Tapi, dia bukan budak baik. Korang pernah tengok movie budak kecik yang sangat psiko tak? Ala, yang boleh bunuh orang tu? Haa, macam tulah dia. Kami semua macam terpaksa buat-buat sayang pada dia lepas dia dah makin membesar. Dia sangat psiko. (Aku macam pelik jugak, boleh ke mimpi kita ada sambungan? Cantik pulak tu bayi tu dah membesar)
- Mula-mula tu aku buat tak tahu je pasal mimpi ni. Tapi, kemudian kakak aku call cerita dia dapat mimpi yang hampir sama. Tapi, dia lagi dasyat. Siap mimpi menyusukan bayi tu lagi.
- Selain daripada mimpi pasal bayi, aku pun pernah mimpi pasal ular. Ular tu sentiasa ada di mana-mana je aku pergi. Kadang-kadang dia menyamar jadi getah paip. Asik nak follow aku je. Dalam mimpi tu lah. Apa yang menariknya, kakak aku pun mimpi pasal ular jugak.
- Okey. Yang aku paling ngeri bilamana aku mimpi pasal Tsunami. Mimpi pertama pasal tsunami, ianya berlaku dekat paya. Adik Ain ada sekali dalam mimpi tu. Kami berdua main cari-cari ikan dalam paya tu. Tapi, tiba-tiba air dalam paya tu macam bergelodak, dan aku tahu tsunami nak datang. Air paya tu makin naik, aku cepat-cepat tarik adik ain naik bukit tinggi. Puas kami daki bukit tu. Tapi, kami tak berdaya dan akhirnya ditenggelami jugak oleh tsunami tu tadi.
- Mimpi ke-2 pasal Tsunami, berlaku kat dalam tasik. Tak tahulah tasik kat mana. Jenuh aku nak melarikan diri dari air besar tu, tapi tak berjaya jugak.
- Then, mimpi ke-3 pasal Tsunami berlaku kat laut. Aku pergi bercuti dengan member-member 3shy. Tengah seronok-seronok mandi laut tu, tiba-tiba ombak besar datang. Lepas kena hempas dengan ombak tu, kami hidup lagi. Tapi, kami terapung-apung atas laut tu. Ombak tu datang makin besar, makin besar.
- Dan, sekali lagi kakak aku pun mimpi pasal benda yang sama, TSUNAMI!
2. Lepas keluar hospital
- Masa aku sakit dulu, malam-malam aku susah nak tido sebab kepala sentiasa berdenyut-denyut. Slalu jugaklah aku meracau-racau. Mak yang tido kat sebelah pun tak boleh nak tido asik kena kejutkan aku je.
- Hari aku keluar dari hospital, malam tu aku dah boleh tido dah. Mak pun dah rasa lega. Tapi, aku ada mimpi pasal ada orang kejar nak bunuh aku. Orang tu siap bawak pistol nak tembak aku. Aku cubalah menjerit mintak tolong, tapi suara tak keluar dan tersekat-sekat. Last2, aku cuma boleh jerit Allahu akhbar! Tiba-tiba, aku terbangun sebab dengar mak panggil nama aku. (Mimpi ni berulang tiga malam berturut-turut)
Hu. Aku pun tak pastilah sama ada mimpi-mimpi tu semua sebagai petanda, ataupun gangguan tido semata-mata. Tapi, ustaz yang aku jumpa tu cakap mimpi tu ada yang gangguan dan ada yang sebagai petanda. Wallahualam. Kalau ada siapa-siapa yang tahu pasal tafsir mimpi, bagitahulah yer.
kila, i wanna share something with u, wait ya
ReplyDeleteokey. tenkiu bebeh..
ReplyDeletet i tgok... :)