09 February 2013

Kami outing!


Assalamualaikum.

Tadi aku keluar dengan Wani, Tikah dan Nadia. Diorang ni kawan sejak dari Tadika KEMAS lagi. Hehe. Tapi, Tikah dia baru baik demam jadi dia macam agak tak bermaya sikit. Otw balik baru dia high-per semula! Hiii. Rasanya macam agak dah lama jugak kami tak keluar sama-sama. Makan-makan, lepas tu balik. Keluar pukul 10 pagi, tapi tak tahulah kenapa mesti pukul 4 lebih jugak kami otw balik ke rumah. Haha. 





Sepanjang keluar tu, aku amat amat amat berharap dalam hati supaya diorang tak tanya apa-apa soalan pasal “kerja” ataupun “sekarang buat apa je?” Huaaa. Kalau soalan tu ditanya jugak, menangis dalam hatilah jawabnya. 

Tapi, aku gagahkan jugak diri sendiri untuk bersedia mengawal emosi, kata-kata dan sebagainya sekiranya soalan-soalan tu keluar dari mulut diorang. Err. Bukan tak mahu jawab, tapi soalan tu soalan palinggg beratt buat masa sekarang. Sarat dengan pelbagai cerita di sebaliknya. 

Tapi, nak buat macam mana aku tahu kawan-kawan aku 3 orang tu semua nya jenis ambil berat dan ambil tahu. Jadi, aku boleh terima lah kalau diorang tanya. Apa yang penting diorang cukup understanding, Alhamdulillah. Diorang takdelah tanya sampai buat aku stress.  

Dan, diorang takdelah bising-bising suh aku apply sana, apply sini. Sebab aku dah usaha setiap hari menjenguk kerja kosong, tapi bukan setakat aku jenguk je aku apply yer. 

Semalam x-roomate (Mas) masa kat KMNS chat dekat FB. Dia bagi aku kata semangat, katanya;

               “..Eheh. Jangan lah macam tu. Kila jangan give up lagi ye. Allah tahu apa yang terbaik utk hamba hamba die kannn. Yg penting kite kene tawakal disepanjang jalan dan jangan lupe usaha yang terbaik..”

Bila dia cakap macam tu, macam biasa la aku ni. Haha. Nangis tak tentu pasal. Aku pun tak tahu lah kenapa aku kadang-kadang kuat, kadang-kadang aku jadi lemah. Tapi, bila datang kawan-kawan beri semangat, barulah rasa kekuatan tu datang balik. Tapi, aku takdelah letak pergantungan tu pada kawan-kawan. Aku masih percaya pada ketentuanNya. Cuma, itulah bila diri dirundung dengan perasaan yang pelbagai, semangat jadi tak tentu. 

Aku yakin, kelambatan dan kelewatan yang Allah beri tu pastinya ada sesuatu yang terbaik yang dah Allah susunkan untuk aku. Takpe, sedih pun sedih lah. Nangis pun nangis lah. Sebab aku tak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku. Aku jadi tertanya-tanya apa yang Allah dah sediakan pada masa depan aku. Aku cuma mampu berusaha, berusaha, berusaha, dan berdoa agar Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Biarlah, diperli sekalipun. Tak kisah dah.

Kalau nak tahu, tekanan tak dapat kerja lagi membebankan kalau nak dibandingkan dengan tekanan masa belajar. Tapi, apalah sangat. Ujian yang sekecil semut ni, patutnya tak mematahkan semangat kan? Kata budak psikologi. Hehe.

Ya Allah, aku sedia menunggu apa sahaja yang telah Engkau tetapkan untukku. Tak ada lain yang dapat membantu aku, melainkan pertolongan dariMu Ya Allah, Ya Tuhanku.

So, people please don’t talk banyak-banyak, just pray for me, okeyh?! Hehe. ^^,

Tengah excited sebab esok nak pergi majlis tunang member time sekolah menengah dulu. Hihi. 



No comments:

Post a Comment