Assalamualaikum
Ramai adik-adik yang masih study di Universiti tertanya-tanya "betul ke jurusan Psikologi susah nak dapat kerja?". Especially, adik-adik junior SHY.
Kakak answered YES dik. Ini kenyataan yang bukannya berniat untuk menakutkan. Tapi, rasanya adik-adik lagi beruntung sebab subjek yang adik-adik semua belajar lagi banyak, terutamanya subjek Kaunseling.
Dulu kami hanya belajar Kaunseling untuk 1 sem. "Introduction to Counseling". Tapi, semua tu dah pun berlalu. Nak menyalahkan pihak Universiti pun tak boleh. Amatlah difahami bahawasanya course Psikologi IO agak baru di UTM tu. Normal lah, benda baru adalah sedikit cacat celanya. Tapi, alhamdulillah rasanya dah banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pihak fakulti. It is much more better for adik-adik, In Shaa Allah.
Walaupun memang timbul isu kesukaran untuk mendapatkan kerja, adik-adik please don't be worry. Sekarang ni terus fokus pada belajar. Belajar sungguh-sungguh jangan takut pada benda di masa depan yang kita tak tahu apa akan terjadi. Just prepare yourself to be one of the most quality psychology student.
Jangan risau sangat walaupun harus risau. Fokus pada apa yang adik-adik buat sekarang. Usaha yang baik-baik, fikir yang baik-baik dan doa yang baik-baik. In Shaa Allah, yang baik-baik jugak akan datang.
Sebenarnya, kalau nak cakap pasal kerja tu, ianya bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau dapat student 1st class sekalipun, kalau dah ditakdirkan oleh Allah itu bukan rezeki kita lagi, it's mean NO. Memang bukan untuk kita. Sama lah jugak, kalau kita ni bukan top student time degree, tapi kalau Allah dah kata kerja tu untuk kita, maka ianya memang untuk kita.
Jangan risau kalau dah graduated, tapi dapat kerja lambat. Sekali lagi, itu adalah NORMAL buat zaman sekarang. Sebab akak sendiri pun menganggur selama 7 bulan. Tekanan menganggur sememangnya lagi dasyat dari tekanan belajar. Tak percaya? One day you will knock your head.
Adik-adik, nak dapat offer belajar senang, tapi nak dapat offer kerja it is quite difficult. Unless, you have prepared yourself with good communication skills, presentation skills, your confident level, or your problem solving skills, it will help you.
Kalau pihak fakulti atau universiti ada anjurkan apa-apa bengkel atau seminar berkenaan grooming, interview ke atau career fair ke, just GO! Jangan merungut, sebab semua tu membantu sebenarnya untuk prepare diri menjadi orang yang lebih berkualiti. Now, I understand the hidden reason why UTM asked us to take degree +++ or professional courses seperti "how to get yourself employed, OSH, pengurusan kewangan dan sebagainya. Again, itu semua membantu.
Memang sekarang time belajar, rasa malas nak pergi. Busy la, nak buat PSM dan assignment2 lain yang berlambak tu la. Tapi, apa salahnya spent sikit masa untuk pergi dengar added knowledge kan? Tapi, kalau taknak dan malas jugak, takpe. As long as kita rajin cari-cari dekat internet, buku, majalah dan sebagainya berkaitan tips-tips kehidupan selepas alam belajar. Tapi, sampai bila-bila pun we still continue to be a 'student' of our life.
Adik-adik, kalau dapat peluang atau tawaran sambung belajar, itu pun okey apa. REZEKI jugak kan? Tapi, kita semua ada pilihan masing-masing sama ada nak sambung belajar atau terus nak mencari kerja. Tapi, jangan la pulak setakat cari je kerja tu, usahakan sampai dapat, tapi pada masa yang sama jangan tutup pintu rezeki orang lain.
Apa yang penting, BERUSAHA, BERDOA, DAN BERTAWAKAL kepada Allah. Bila fikir yang baik-baik, automatically we will attract benda yang baik-baik jugak sebenarnya datang pada kita. In Shaa Allah. Tak percaya, cubalah!
Memang benar sekali apa yang Farah Lee pesan, letakkan 100% pergantungan kepada Allah. In Shaa Allah, ada saja pertolongan yang Allah akan bagi. Bermacam cara. Subhanallah! Teruslah bersangka baik dengan kehidupan di sekeliling kita, but at the same time try to improve our self. Improve apa? Depends pada diri kita, kita kekurangan dari segi apa. We learn about introspection right? Then, practise!
Teringat juga pesanan daripada seorang sahabat, ukhti Saidatul Akmal. Kekeke.
"When we want something, go for it. Sometimes, it is not that we are not confident with our self, but we are too afraid of failing.!"
In Shaa Allah, semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kehidupan kita sehari-hari sehinggalah kita di sana nanti. Aamiin.
No comments:
Post a Comment