Subhanallah.
Alhamdulillah.
Panggilan-panggilan
yang ditunggu-tunggu selama ni dah pun tiba. Walaupun ianya hanya sekadar
panggilan untuk interview, tapi benda tu buat aku rasa lebih bersemangat dan
tak putus harap gitu lah. Hari ni pun ada lagi dua call suruh datang interview,
hari Isnin 18hb nanti. Macam bertubi-tubi pulak orang suruh datang interview. Syukur,
Alhamdulillah. Kawan-kawan, doakan yer? Mana la tau kot2 ada rezeki dapat kerja,
boleh lah aku belanja korang semua gula-gula ke kan.. Hehe.
Bila
aku didatangi dengan banyak panggilan interview, jadi confused pulak nak pergi
yang mana satu. Tapi, nak pergi semua macam tak berkesempatan. Jadi terpaksa
pilih yang mana rasa rela dan bahagia nak pergi. Hehe. Errr, takpe kan? Keputusan
dapat ke tak dapat tu, biarlah Allah yang menentukan. Aku redha je. Kalau tak
dapat, usaha lagi. Ye dak?
In Shaa Allah selagi terdaya, berusaha lah. Jangan putus asa. Doa dan tawakal. Itulah apa yang selalu dipesan oleh kawan-kawan. Time kasih. :)
No comments:
Post a Comment