Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Aku dah ada di KL.
Perasaan? Macam-macam.
First time experience memang rasa tak best sikitlah sebab tak biasa kot
Rasa nak balik, nak nangis semua adalah. Hua3. Macam budak-budak sekolah lah pulak. *Whatever~*
Huu. Risau banyak sangat aku ni. Patutlah cepat tua.
Walau apa pun, Alhamdulillah housemate sementara ni semua baik-baik belaka. Siap ada sesi taaruf lagi. Menangis aku. Hii.. Owh, okey. Maluu nak cerita dekat sini.
Nak tahu something? Aku tak start training lagi. Sebab rupa-rupanya nama aku tersenarai dalam intake bulan Mac ni. Sama ada awal ataupun tengah bulan. Jadi, terpaksa tunggu sikitlah. Ayoo. *Dalam hati rasa nak marah sebab apesal lah orang tu tak bagitau awal-awal kan?* Gggrr..
Tapi, apa yang berlaku Allah dah susun dan pasti ada hikmahnya kan..
Walaupun aku selalu rasa nak menangis, tapi muncul kawan-kawan baru yang ada di sekeliling yang turut sama mejadi trigger kekuatan untuk terus bertapak. Walaupun aku bertatih sebenarnya.
Err. Tak lupa juga kepada kawan-kawan lama yang selalu beri support. Tenkiuu so much! Alhamdulillah, moga Allah membalas jasa baik kalian dengan seribu satu kebaikan. In Shaa Allah.
Terutama family. *Sobss.. Sobss..*
Mungkin banyak sangat rasa bimbang membuatkan aku jadi tak tentu hala.
Berkecamuk.
Astaghfirullahalazim.
Walaupun pada permulaan ni aku agak blurr dan rasa macam *tak best! * Tak best! Tapi, aku kena jugak face benda-benda ni semua.
Aku takkan boleh lalui semua benda yang terjadi dan berlaku kalau Allah tak berikan aku kekuatan.
Whatever it is, when things happen, just let it be. We, have to face it whether we are strong enough or not. But, for sure we have our own protector. *Allah SWT*.
Cukuplah setakat ini sahaja lalutan untuk update kali ini. Lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku merungut dan merapu. Allah tak suka. Kan?
P/S: Dah tak boleh nak update selalu. Laptop rosak. :( Ni pun pinjam laptop housemate.
Don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness..
26 February 2013
23 February 2013
Debar-debar*
Assalamualaikum.
Kenapa rasa berdebar-debar? Sejak 3,4 hari yang lalu asyik berdebar je. Dup dap dup dap dup dap, laju je jantung ni. Tidur pun rasa macam sesak nafas. Bila buat something, tak berapa nak fokus. Fikiran tu entah ke mana pergi melayang. Hmm. What's going on? Apa yang aku fikirkan sebenarnya. Maybe terlebih risau nak duduk dan bekerja di tempat yang aku memang tak biasa kot.
Perasaan takut, cuak, nerves semua ada. My life akan menjadi lebih mencabar sebab aku kena buat semua benda sendiri. Berdikari.
Astaghfirullahalazim. Awat la aku asyik berdebar-debar cam tu. Percaya je yang Allah sentiasa ada bersama aku. Kan?
In Shaa Allah. Segalanya akan okey. Kena atasi jugak perasaan-perasaan yang kurang enak tu. Semuanya gangguan. Buang, buang. Fikir benda-benda baik, In Shaa Allah perkara-perkara baik jugak yang akan datang.
Harapnya, semua berjalan dengan lancar. Dan kalau tak lancar sekalipun, moga Allah bantu aku untuk cari jalan keluar yang terbaik.
Hoho. Homesick lah aku lepas ni. Gggrrr....
21 February 2013
Jangan takut, adik-adikku Sayang.
Assalamualaikum
Ramai adik-adik yang masih study di Universiti tertanya-tanya "betul ke jurusan Psikologi susah nak dapat kerja?". Especially, adik-adik junior SHY.
Kakak answered YES dik. Ini kenyataan yang bukannya berniat untuk menakutkan. Tapi, rasanya adik-adik lagi beruntung sebab subjek yang adik-adik semua belajar lagi banyak, terutamanya subjek Kaunseling.
Dulu kami hanya belajar Kaunseling untuk 1 sem. "Introduction to Counseling". Tapi, semua tu dah pun berlalu. Nak menyalahkan pihak Universiti pun tak boleh. Amatlah difahami bahawasanya course Psikologi IO agak baru di UTM tu. Normal lah, benda baru adalah sedikit cacat celanya. Tapi, alhamdulillah rasanya dah banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pihak fakulti. It is much more better for adik-adik, In Shaa Allah.
Walaupun memang timbul isu kesukaran untuk mendapatkan kerja, adik-adik please don't be worry. Sekarang ni terus fokus pada belajar. Belajar sungguh-sungguh jangan takut pada benda di masa depan yang kita tak tahu apa akan terjadi. Just prepare yourself to be one of the most quality psychology student.
Jangan risau sangat walaupun harus risau. Fokus pada apa yang adik-adik buat sekarang. Usaha yang baik-baik, fikir yang baik-baik dan doa yang baik-baik. In Shaa Allah, yang baik-baik jugak akan datang.
Sebenarnya, kalau nak cakap pasal kerja tu, ianya bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau dapat student 1st class sekalipun, kalau dah ditakdirkan oleh Allah itu bukan rezeki kita lagi, it's mean NO. Memang bukan untuk kita. Sama lah jugak, kalau kita ni bukan top student time degree, tapi kalau Allah dah kata kerja tu untuk kita, maka ianya memang untuk kita.
Jangan risau kalau dah graduated, tapi dapat kerja lambat. Sekali lagi, itu adalah NORMAL buat zaman sekarang. Sebab akak sendiri pun menganggur selama 7 bulan. Tekanan menganggur sememangnya lagi dasyat dari tekanan belajar. Tak percaya? One day you will knock your head.
Adik-adik, nak dapat offer belajar senang, tapi nak dapat offer kerja it is quite difficult. Unless, you have prepared yourself with good communication skills, presentation skills, your confident level, or your problem solving skills, it will help you.
Kalau pihak fakulti atau universiti ada anjurkan apa-apa bengkel atau seminar berkenaan grooming, interview ke atau career fair ke, just GO! Jangan merungut, sebab semua tu membantu sebenarnya untuk prepare diri menjadi orang yang lebih berkualiti. Now, I understand the hidden reason why UTM asked us to take degree +++ or professional courses seperti "how to get yourself employed, OSH, pengurusan kewangan dan sebagainya. Again, itu semua membantu.
Memang sekarang time belajar, rasa malas nak pergi. Busy la, nak buat PSM dan assignment2 lain yang berlambak tu la. Tapi, apa salahnya spent sikit masa untuk pergi dengar added knowledge kan? Tapi, kalau taknak dan malas jugak, takpe. As long as kita rajin cari-cari dekat internet, buku, majalah dan sebagainya berkaitan tips-tips kehidupan selepas alam belajar. Tapi, sampai bila-bila pun we still continue to be a 'student' of our life.
Adik-adik, kalau dapat peluang atau tawaran sambung belajar, itu pun okey apa. REZEKI jugak kan? Tapi, kita semua ada pilihan masing-masing sama ada nak sambung belajar atau terus nak mencari kerja. Tapi, jangan la pulak setakat cari je kerja tu, usahakan sampai dapat, tapi pada masa yang sama jangan tutup pintu rezeki orang lain.
Apa yang penting, BERUSAHA, BERDOA, DAN BERTAWAKAL kepada Allah. Bila fikir yang baik-baik, automatically we will attract benda yang baik-baik jugak sebenarnya datang pada kita. In Shaa Allah. Tak percaya, cubalah!
Memang benar sekali apa yang Farah Lee pesan, letakkan 100% pergantungan kepada Allah. In Shaa Allah, ada saja pertolongan yang Allah akan bagi. Bermacam cara. Subhanallah! Teruslah bersangka baik dengan kehidupan di sekeliling kita, but at the same time try to improve our self. Improve apa? Depends pada diri kita, kita kekurangan dari segi apa. We learn about introspection right? Then, practise!
Teringat juga pesanan daripada seorang sahabat, ukhti Saidatul Akmal. Kekeke.
"When we want something, go for it. Sometimes, it is not that we are not confident with our self, but we are too afraid of failing.!"
In Shaa Allah, semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kehidupan kita sehari-hari sehinggalah kita di sana nanti. Aamiin.
Ya Allah, Guide Us to The Right Path
Susun atur Allah adalah yang paling
cantik dan terbaik
Tiada 1 pun designer ataupun architect
kehidupan yang mampu lawan seni bina dan keagungan penyusunan Allah.
You know what?
I believe that!
We, as human can organized and arranged
everything accordingly to what we want
But without Allah’s permission, we can’t
get it.
And we can’t deny it.
Understand?!
I don’t know why
I believe that!
I’m not lying to you.
When you believe with Allah
Your life will goes smoothly
In Shaa Allah
Let’s started with our thinking
We always adored with people’s perception
Yes or no?
Let me tell you
For me, my answer is definitely YES.
For me, my answer is definitely YES.
Until one day, no one will helping you
Your mouth will suddenly saying
“Ya Allah..”
Your mouth will suddenly saying
“Ya Allah..”
Where we put Allah?
As long as we remembered of Allah,
Allah will guide and save us.
And I believe
We need to change our life
I’m too afraid with what is going on
around me
If you want to see clearly about life
Travel.
Don’t stick on your place only
When you see there are too many obstacles
and challengers in front of the life
Then again your mouth will say
“Ya Allah..”
YA
ALLAH! Guide me. Guide me. Guide and tight me, oh Ya Allah!
I’m too afraid
If I fall into the life of hell in this
world
I’ll fall into the real life of hell in
the akhirat.
I don’t know what to say
But I pray
May Allah protect and guide us to the
right path
Ya Allah. Please. Please...
=’(
20 February 2013
Perasaan Tak Menentu Hala
Assalamualaikum.
Currently, berada di rumah.
Fuhhh. Sepanjang perjalanan dari KL ke rumah, fikiran melayang-layang entah ke mana.
Selesai usaha mendapatkan kerja, ada 1 lagi benda yang agak merisaukan jugak sebenarnya.
Aku takde transport. Lesen pun takde. Kalau nak pergi kerja agak merana la jugak.
Tapi, tu perkara kecik je.
Harap-harap diorang tempatkan aku kat TTDI, Damansara tu.
Jadi, takdelah aku risau sangat.
Kalau kat Jalan Semarak, aku risau sikit lah.
Sekarang, macam tak boleh fikir sangat lah.
Cepat la sikit orang Kelly Agency tu.
Kata nak call dan update.
Fikiran ni macam tak boleh nak fokus.
Risau.
Astaghfirullahalazim.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Selamatkanlah aku dari segala bahaya.
Berilah aku petunjuk dan jalan keluar kepada masalah yang aku terpaksa hadapi.
Nangis sekejap!
###~~~~~
Rasa susah hati.
Tapi, aku yakin Allah akan bantu sebagaimana aku yakin Allah akan beri rezeki aku untuk dapat kerja.
In Shaa Allah.
Ke aku sebak sebenarnya ni??
Sebak sebab nanti lama tak dapat jumpa adik Adam dengan adik Ain?
Mak lagi..
Sobsss..Sobsss..
Tapi!
Aku rasa memang aku kena betul-betul berdikari sekarang ni.
Nerves!
Takut semua ada.
Ya Allah...
Mudahkanlah..
Mudahkanlah..
Mudahkanlah..
Urusan kehidupanku selepas ini..
Aamiin..
Currently, berada di rumah.
Fuhhh. Sepanjang perjalanan dari KL ke rumah, fikiran melayang-layang entah ke mana.
Selesai usaha mendapatkan kerja, ada 1 lagi benda yang agak merisaukan jugak sebenarnya.
Aku takde transport. Lesen pun takde. Kalau nak pergi kerja agak merana la jugak.
Tapi, tu perkara kecik je.
Harap-harap diorang tempatkan aku kat TTDI, Damansara tu.
Jadi, takdelah aku risau sangat.
Kalau kat Jalan Semarak, aku risau sikit lah.
Sekarang, macam tak boleh fikir sangat lah.
Cepat la sikit orang Kelly Agency tu.
Kata nak call dan update.
Fikiran ni macam tak boleh nak fokus.
Risau.
Astaghfirullahalazim.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Selamatkanlah aku dari segala bahaya.
Berilah aku petunjuk dan jalan keluar kepada masalah yang aku terpaksa hadapi.
Nangis sekejap!
###~~~~~
Rasa susah hati.
Tapi, aku yakin Allah akan bantu sebagaimana aku yakin Allah akan beri rezeki aku untuk dapat kerja.
In Shaa Allah.
Ke aku sebak sebenarnya ni??
Sebak sebab nanti lama tak dapat jumpa adik Adam dengan adik Ain?
Mak lagi..
Sobsss..Sobsss..
Tapi!
Aku rasa memang aku kena betul-betul berdikari sekarang ni.
Nerves!
Takut semua ada.
Ya Allah...
Mudahkanlah..
Mudahkanlah..
Mudahkanlah..
Urusan kehidupanku selepas ini..
Aamiin..
19 February 2013
Alhamdulillah! Kasihnya Allah.
Assalamualaikum.
Kepada
rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog ni, terima kasih layan cerita-cerita
karut aku. Rindu aku tak? Hehe.
Semalam
18/02/2013, aku ada attend satu sesi interview untuk position Celcom Customer
Service dekat AHP Building, Damansara. Mula-mula, memang jadi kebiasaan lah
kita akan rasa nerves, takut, tak konfiden dan sebagainya. Aku pun sampai satu
tahap rasa nak cabut lari balik. Tapi tu dah macam satu tindakan yang bodoh
pulak kan kalau nak buat macam tu.
Jadi, aku dah
bertekad interview kali ni, aku nak buat betul-betul dan sungguh-sungguh. Jadi,
beberapa hari sebelum interview aku ada la kesempatan sikit nak study dan
prepare kemungkinan soalan yang ditanya dan juga jawapan yang patut diberi.
Dengan penuh rasa berkobar-kobar aku google tips-tips interview. Alhamdulillah,
memang sangat membantu. Nanti, In Shaa Allah aku akan share tips sikit
berdasarkan experience aku ye. Mudah-mudahan bergunalah untuk semua.
Oleh sebab sesi
interview semalam dikelolai oleh agency recruitment, memang interview tu agak
mencabar jugaklah. Interview tu ambil masa dalam 3 jam gitu. Start exam, exam,
exam, exam, test, test, test, typing test dan etc. Kakak aku dah kelaparan dah
menunggu kat luar tu. Oh, lupa untuk menambahkan kekuatan dan semangat aku
bawak geng! Hehe. Aku bawak Tikah teman aku. Tikah kan happy go lucky gitu,
jadi aku takdelah rasa nerves sangat. Hilang sikit fokus kepada nerves tu.
Walaupun nerves tu still ada.
Aku teruskan
cakap pada diri yang "aku boleh buat, jangan sia-siakan". Walaupun,
kerja sebagai Customer Service gajinya takdelah sebesar mana, tapi boleh tahan
jugaklah basic, elaun, dan bonus yang dia bagi. Lagipun dia ada bagi training.
Dan aku percaya aku boleh buat kerja tu dengan baik, In Shaa Allah. So, I
decided untuk habiskan jugak interview ni.
Dan,
alhamdulillah! Berkat kesabaran selama ni akhirnya, Nur Shakila Binti Ibharim
bukan lagi seorang penganggur dah. Syukur sangat- sangat. Bila Allah kata,
kerja tu untuk Nur Shakila, maka Allah jadikan ia untukku. Subhanallah.
Menangis aku semalam bila diberitahu, "Shakila, congratulation! You has
been accepted for this position!".. Erkss.. Aku tak tahu nak bagi reaksi
apa, cuma air mata je yang bergenang dan kata-kata syukur dipanjatkan kepada
Allah yang memberi rezeki. (Tapi, encik yang jaga aku semalam tu
kan....................... HENSEM betoiii!) Haha.
Itulah, selama
ni aku bergelumang dengan tekanan pasal tak dapat kerja. Banyak yang dah
diusahakan. Jadi, bila dapat ada rasa macam 1 nikmat dan kelegaan. Akhirnya,
susah payah kita selama ni mendapat hasil di hujungnya. Allah sentiasa
memakbulkan doa hamba-hambaNya. Maka, berdoalah dan mohonlah kepadaNya. Yang
penting, jangan putus asa.
So, kawan-kawan.
"Having a degree in Psychology, doesn't mean we have to be a
Psychologist!"
Why not we try
to apply our basic psychological background to the other job as long as it is
suitable. Memandangkan zaman sekarang ni kita susah nak dapat kerja. Don't be
too choosy. Otherwise, we'll get nothing. Melainkan kita ni betul-betul hebat,
dan betul-betul mampu nak buat kerja yang gajinya besar-besar tu, jadi takde
masalah. Tapi, kalau kita ni jenis yang buat kerja hangat-hangat tahi kucing,
tapi nak kerja bergaji besar, tak tahulah boleh tahan sampai bila. Just be
prepared that every work will have their own stress. Nak gaji besar, stress pun
besarlah.
It is good to
start from the bottom first. In Shaa Allah, jika kita bekerja dengan
sungguh-sungguh, one day we can develop our career. Kerjalah dengan
sungguh-sungguh dengan niat yang betul dan baik Bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Okey, boleh?
Aku pun takut
jugak nak kerja sebab aku tak biasa dengan KL ni. Maklum sajalah kos hidup pun
tinggi. Tapi, In Shaa Allah aku akan cubalah kawal segala perbelanjaan dan jadi
rajin bekerja sementara tak kahwin lagi ni kan. Ni la masanya nak push diri
saving duit sikit kan.
26/02/2013 ni,
In Shaa Allah aku akan start kerja. Tapi kena training dulu 3 minggu. Time
kasih kepada semua yang selalu mendoakan dan terus-terusan memberi support.
16 February 2013
Saranghae
I want to do this and I want to do that!
So many things I want to do!
I hope I can do all the things I want to do.
I pray may Allah will guide me to the right path.
So at the end, it will be good to everyone.
I hope everything will going smoothly.
I hope I can guide myself to be the good ummah.
I want to prepare myself, not to be a good girlfriend but to be a good wife.
So, please understand me if I can't be good to you for this time.
Both of us need to think about the future.
As I love you, I love myself too.
I love peoples around me, because they are too good to me.
May Allah protect us until the end of our day.
Saranghae..
So many things I want to do!
I hope I can do all the things I want to do.
I pray may Allah will guide me to the right path.
So at the end, it will be good to everyone.
I hope everything will going smoothly.
I hope I can guide myself to be the good ummah.
I want to prepare myself, not to be a good girlfriend but to be a good wife.
So, please understand me if I can't be good to you for this time.
Both of us need to think about the future.
As I love you, I love myself too.
I love peoples around me, because they are too good to me.
May Allah protect us until the end of our day.
Saranghae..
15 February 2013
I feel guilty
I feel guilty..
I think I've made trouble to someone..
I don't know what else to say, but I'm sorry..
I'm hoping everything gonna be alright..
Alright for you and alright for me..
I love you!
I think I've made trouble to someone..
I don't know what else to say, but I'm sorry..
I'm hoping everything gonna be alright..
Alright for you and alright for me..
I love you!
Surat Dari Hati Kecil Untuk Abah
Aku berharap abah balik..
Gila
apa? Abah kan dah takde. Macam mana nak balik semula. Huu.
Tak
tahu lah kenapa hari ni aku berangan-angan nak abah balik. Jaga kami semua.
Kenapa abah tinggalkan kitaorang semua terkontang-kanting kat sini? Abah tak
tahu ke kitaorang susah abah takde? Kenapa abah biarkan mak yang tanggung semua
nya? Eeeeiii. Tak reti-reti ke nak balik? Bila abah takde semua benda mak nak
kena pikul. Abah tak kan tak tahu anak-anak abah ni semua suka menyusahkan mak?
Suka buat perangai, suka lawan mak. Kalau abah ada, baru kami ni reti nak
takut. Boleh jugak abah pukul dan rotan kami ni supaya tak degil.
Abah
tahu tak, aku ni anak perempuan? Selalu kena berhati-hati dan berwaspada ke
mana saje aku nak pergi. Kalau abah ada, boleh jugak abah jadi pelindung. Boleh
jugak abah pastikan keselamatan anak-anak abah. Tapi, aku terpaksa beranikan
diri untuk buat semua benda tanpa abah. Walaupun aku perempuan, aku beranikan
jugak diri. Aku kuatkan jugak diri yang tak berapa nak kuat ni.
Kalau
abah ada, takdelah aku nak ke mana-mana minta kawan yang temankan. Pastinya aku
akan pilih abah untuk temankan. Takdelah aku akan menyusahkan kawan-kawan. Abah
tahu tak, aku malu setiap kali aku minta pertolongan dari kawan-kawan? Abah
tahu takkkkkk??? Huu.
Abah
tahu tak, aku teringin nak abah ada di sisi setiap kali aku sedih, setiap kali
aku rasa nak menangis. Setiap kali aku rasa tak berdaya, setiap kali aku rasa
kecewa. Kalau boleh, aku nak abah lah jadi orang pertama dengan mak yang akan
dengar berita-berita gembira dari aku. Dulu masa konvo abah tak ada. Mak duduk
dalam dewan sorang-sorang, abah pergi mana? Sepatutnya kerusi sebelah mak abah
yang duduk. Eeeeiii.
Sepatutnya
aku pergi sekolah, abah yang hantar. Tapi, abah pergi mana? Abah takde pun.
Semuanya aku kena buat sendiri. Sejak dari bangku sekolah tadika lagi sampai
lah sekarang, aku nak pergi interview pun abah takde teman aku. Abah tahu
tak??? Aku takut bila kena jalan kaki pergi sekolah sorang-sorang? Abah tahu
tak, aku takut nak pergi interview sorang-sorang? Abah tahu tak, aku terpaksa
tebalkan muka tumpang kawan-kawan pergi sekolah? Aku selalu menyusahkan diorang,
abah...
Abah,
tahu tak aku selalu pinjam duit kawan-kawan bila aku takde duit? Aku tak sampai
hati nak mintak pada mak. Abah tahu tak, mak banyak tanggungan? Siang malam mak
menjahit, nak cari duit lebih, abah tahu tak? Kenapa abah tak tolong mak??
Abah
tahu tak, aku perlukan doa abah di sepanjang hidup aku? Huu. Mana abah??
Abah....
Kenapa abah pergi? Huuu.. Abah tak kesian dekat anak abah ni ke? Aku perlukan
abah untuk tegur aku. Aku perlukan abah untuk share apa masalah yang
membelenggu aku. Aku perlukan ‘marah’ abah tu supaya aku jadi anak yang baik.
Abah, tak tahu ke aku rindu kata-kata nasihat abah?
Abah..
Tak tahu kenapa hari ni terasa aku ini banyak menyusahkan orang lain. Abah,
tahu tak aku jadi geram dengan budak-budak yang kurang ajar dengan ayah
diorang. Diorang tak reti nak beruntung. Ada ayah marah, tapi diorang tak puas
hati. Ada ayah, tapi semuanya nak ayah diorang yang buat. Mengada-ngada. Belum
lagi pasal duit. Semua benda nak claim dengan mak ayah masing-masing. Tak malu.
Tak cukup lagi ke duit belanja selama ni yang mak ayah diorang dah bagi?
Tahulah kaya, tapi kesianlah dekat mak ayah tu. Selfish sangat! Huh.
Diorang
beruntung ada ayah yang bekerja keras tanggung kehidupan diorang sekeluarga.
Eleh..
Huhuhu..
Takpe
abah. Hakikatnya, abah tenanglah di sana. In Shaa Allah, aku akan doakan abah
hari-hari. Walaupun, aku belum capai tahap anak paling solehah dan mithali,
tapi aku akan usahakan.
Takpe
abah. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan? Allah itu Maha Pengasih, lagi Maha
Penyayang. Abah takde pun takpe. Abah tak payah risau sebab aku dah ada
pelindung. Hehe. Aku yakin dengan Dia abah. Dah hampir 18 tahun abah takde,
Dialah yang jaga aku abah. Time aku tido pun dia jaga aku abah. Apatah lagi
time aku sakit, dia nak hapuskan dosa-dosa aku abah. Aku rasa aku lagi selamat
dengan Dia abah. Alhamdulillah, time kasih Allah. Syukur, Alhamdulillah.
Takpe
abah. Bila abah takde, sebenarnya kami belajar berdikari. Mak pun jadi lebih
kuat dari dulu. Abah mesti tak tahu kan, yang mak sekarang ni dah ada muscle
dekat lengan dia. Dah boleh kalah dah Malik Noor tu. Urat-urat pada tangan mak,
dah boleh challenge urat-urat tangan abah dah. Hehe.
Takpe
abah. Walaupun abah takde, Alhamdulillah rezeki anak-anak abah dan mak murah.
Ngah dah kahwin, ada 3 orang anak dah. Suami ngah pun baik orangnya abah. Ngah
sekarang dah tak macam dulu. Ngah siap pakai stoking dah sekarang ni abah. Dulu,
ngah pun hidup susah jugak abah. Alaa, macam kita dulu-dulu. Hidup menumpang
dekat rumah orang. Abah ingat tak? Tapi, sekarang ngah dah ada rumah sendiri.
Cantik abah. Hehe. Alhamdulillah. Abang Ej pun dah ada kerjaya. Jadi cikgu. Cikgu
Sains, Biologi. Abah bangga tak? Abang Ej dah buatkan rumah cantik sikit untuk
mak dan kami semua duduk. Abang Ej pun dah kahwin, abah. Isteri dia cantik.
Rapat pulak tu dengan mak. Abah, Abang Ej baru je tahun lepas dapat anak
sulung, comell. Hehe. Adam Harith, nama dia. Alhamdulillah. Akak pulak, dah
bekerjaya. Tercapai jugak hasrat dia nak jadi Interior Designer. Tapi, latest
dia dah berhenti kerja tengah cari kerja kat tempat lain pulak. Aku? Aku dah
grad bah, bulan 10 2012 dulu kat UTM. Aku amek Psikologi, abah. Hehe. Result
aku, Alhamdulillah okey je abah. Tapi, lambat sikit dapat kerja. In Shaa Allah
baru nak pergi interview, abah. Abang pulak, dah besar panjang sekarang abah.
Dah tak putih macam dulu. Haha. Degil dia masih sama je. Bekeng. Ritu dia
kerja, tapi baru berhenti. Alaa, macam abah tak tahu kan anak abah yang sorang
tu kan tak boleh berenggang jauh-jauh dari mak. Last, adik. Abah tak sempat jumpa
adik lagi kan? Adik gelap macam abah. Hitam-hitam manis gitu. Adik baru habis
SPM abah. Tengah menunggu keputusan la tu. Ritu UPSR, adik dapat 5A, PMR dia
dapat 8A abah. Tapi, SPM ni tak tahu lagi abah. Alhamdulillah, kami dah
besar-besar belaka abah.
Takpe
abah. Memang, bila abah takde kami susah. Tapi, kalau tak susah kami tak
belajar rasa bersyukur. Sesusah-susah kami, ada lagi orang lain yang lagi
susah, kan abah? Susah lah yang mengajar kami untuk berusaha memperbaiki
kehidupan.
Takpe
abah. Bila abah dah takde, buat kami selalu jejakkan kaki ke kubur. Di mana
disitu jugaklah tempat kami semua akan tinggal suatu hari nanti. Bila pergi
jenguk abah, buat aku teringat akan mati. Sayu tu memanglah sayu. Tapi, setiap
yang bernyawa pasti akan merasai mati kan abah.
Astaghfirullahalazim..
“Abah,
semoga abah tenang di sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa abah. Semoga
Allah tempatkan abah dalam golongan orang yang Islam dan beriman. Semoga Abah
dilindungi dari segala azab siksa. Moga kita sama-sama beroleh ganjaran syurga.
Aamiin..”
Semoga
kita jumpa lagi nanti, abah..
14 February 2013
Getting Better
Assalamualaikum
May Allah blessed our day. Just want to update you about Faris's latest condition. He is getting better, syukur Alhamdulillah. Next week he will starting his day to school. But, he can't do writing yet.
May Allah blessed our day. Just want to update you about Faris's latest condition. He is getting better, syukur Alhamdulillah. Next week he will starting his day to school. But, he can't do writing yet.
Jangan Putus Asa Lagi
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Panggilan-panggilan
yang ditunggu-tunggu selama ni dah pun tiba. Walaupun ianya hanya sekadar
panggilan untuk interview, tapi benda tu buat aku rasa lebih bersemangat dan
tak putus harap gitu lah. Hari ni pun ada lagi dua call suruh datang interview,
hari Isnin 18hb nanti. Macam bertubi-tubi pulak orang suruh datang interview. Syukur,
Alhamdulillah. Kawan-kawan, doakan yer? Mana la tau kot2 ada rezeki dapat kerja,
boleh lah aku belanja korang semua gula-gula ke kan.. Hehe.
Bila
aku didatangi dengan banyak panggilan interview, jadi confused pulak nak pergi
yang mana satu. Tapi, nak pergi semua macam tak berkesempatan. Jadi terpaksa
pilih yang mana rasa rela dan bahagia nak pergi. Hehe. Errr, takpe kan? Keputusan
dapat ke tak dapat tu, biarlah Allah yang menentukan. Aku redha je. Kalau tak
dapat, usaha lagi. Ye dak?
In Shaa Allah selagi terdaya, berusaha lah. Jangan putus asa. Doa dan tawakal. Itulah apa yang selalu dipesan oleh kawan-kawan. Time kasih. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)