30 January 2013

Aduhaii Emak

Errkkss! Mak aku dah kenapa. Tiba-tiba semalam tanya bila aku nak kahwin? Aduhai emak. Awat tak bagi statement "Kila, bulan depan nikah". Hahahaha.

Faris dah balik rumah

Assalamualaikum.

Hey. Hey. Hey. Hey. Apa khabar kamu semua? Hehe. Mood happy ni. Alhamdulillah. Faris dah discharge hari ni. Dah balik rumah dah. Semalam operate tampal kulit peha pada tangan, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Cuma after keluar dari bilik bedah tu, dia ada muntah-muntah sikit. Kesan ubat bius sebelum tu. Tapi, lepas tu dia dah okey semula, cuma dia banyak tido la semalam.

Dan hari ni dah ada dekat rumah dah dia. Terhincut-hincut jalan sebab sakit kat peha tu. Okey, itu sahajalah update Faris. In Shaa Allah, nanti akan sembuh sepenuhnya. :) Terima kasih kepada saudara-mara, kaum- kerabat, orang-orang kampung, kawan-kawan umi dan abah dia yang sentiasa ambil berat dan ambil tahu perkembangan Faris. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

28 January 2013

Tak Ada Tajuk

Aaargghh! Mengantuk! Mengantuk! Sejak berulang-alik dari rumah ke hospital dan dari hospital ke rumah ni, badan jadi tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Pagi-pagi buta pukul 3, doktor atau misi sibuk je kejut suh bangun. Nak ambik darah lah, nak masuk ubatlah. Nak bagi ubatlah. Masalahnya, yang dia p kejut aku apesai? Haha. Kejut je lah Mat Faris terusss. Haissh.

Natijahnya, tidur kami berdua sering terganggu. Walaupun dah tidur awal dalam pukul 10 malam, pukul 12 tengah malam kami dikejutkan balik. “Kak, kak. Bangun, bagi Faris makan ubat”. Haishh. Liat betoi aku nak bangun. Tapi, apekan daya terrpaksaa jua. Kalau aku tak bangun, Mat Faris lagilah liat nak bangun. Hahaha. Lepas tu, dalam pukul 5 pagi pun kami dikejutkan lagi, makan ubat. Huhu. Tapi, hal kecik je tu. Ada lagi masa sejam untuk tidur sebelum bangun Subuh.

Errr. Ehem, ehem. Aku ada dapat pelawaan dari member untuk follow trip penyokong pasukan Pahang ke Singapore nanti. Macam dia mau belanja je?? Haha. Huaaa! Nak pergi! Memang nak tengok lawan bola Live tu! Mahu! Mahu! Tapi, disebabkan beberapa kekangan, tak dapatlah aku nak follow. Sobss. Sobss. Aku punya passport pun dah mati, lagipun no money no trip la kan? Kui3. Ada satu lagi alasan kenapa tak dapat follow. Biarlah rahsia. Alasan berattt punyerrr.. :D

Huiih. Cepat la dapat kerja. Bosan dah ni tak buat apa-apa. Asyik mengupdate blog aje. Huhu. Hmm. Takpelah, ada la tu rezekinya nanti. In Shaa Allah. Mudah-mudahan yer.

Oh, lupa. Besok Mat Faris kena operate sikit nak tampal kulit peha pada tangan dia tu. Doakan keselamatan dia yer. Tenkiu. Hari ni mood dia, Alhamdulillah. Owesemm habisss! Ambik darah dah tak nangis, cuci luka pun dah tak nangis. Steady gituu. Yeeehaaa!

P/S: Duk hospital, sangat lah kena menjaga hati. Sebab ramainya doktor-doktor muda hensem-hensem! Hihihihihi..

26 January 2013

Let's Doa

Ya ALLAH I ask for a Mercy from You by which You will guide my heart, settle my affairs, remove my worries, protect me from what is unseen to me, forgive my sins, purify my deeds, inspire me with wisdom, avert calamities from me, and protect me from every evil.

Ameen Ya ALLAH

KEBIMBANGAN

Zaman ini, terlalu banyak kebimbangan yang membelenggu masyarakat di negara kita. Terutamanya, para ibu bapa. Bimbang mengenai perkara apa? Ya, ketika ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan adik William Yau Zhen Zhong. Bukan hilang untuk sementara tapi kini hilang di pandangan mata untuk selama-lamanya. Ramai pihak tampil membantu mencari, tahniah diucapkan kerana masih ada kesedaran untuk memberikan bantuan dan sokongan. Namun, tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana segala-galanya telah pun terjadi. Takziah diucapkan kepada keluarganya. Amatlah diharapkan agar keluarga adik Zhen Zong tabah dan kuat mengharungi situasi sebegini. Diakui, ianya bukan mudah. Malah, akan mengambil masa yang agak lama bagi emosi mereka sekeluarga untuk pulih kembali.

Daripada kes-kes yang pernah berlaku, banyak iktibar yang boleh diambil sebagai pengajaran. Ibu bapa khususnya, perlu lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan anak-anak walau di mana mereka berada. Kecuaian akan mengundang padah. Walaupun kita tidak nafikan bahawasanya manusia ini ada detik kelalaiannya dan kecuaiannya. Namun, langkah berjaga-jaga haruslah diambil agar perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi, sebagai umat Islam hendaklah kita meletakkan kebergantungan yang utama kepada Allah SWT. Sentiasa minta semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kita. Allah lah satu-satunya tempat untuk kita bergantung di saat kita susah, senang, gundah gelana, tertekan dan sebagainya.

Selain itu, antara kebimbangan lain pada hari ini ialah kes penderaan kanak-kanak. Kenapa begitu banyak kes penderaan begini berlaku? Tidakkah kita sebagai manusia mempunyai pertimbangan dan perikemanusiaan? Kenapa mesti kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa? Saya beranggapan individu yang melakukan penyeksaan kepada kanak-kanak baik dari segi emosi, mental dan fizikal adalah mereka yang mempunyai masalah kejiwaan yang perlu diberi rawatan. Rawatan yang bagaimana? Lihat sahajalah, kebanyakan kes penderaan dilakukan oleh teman lelaki si ibu. Terdapat juga ibu bapa kandung yang tergamak melakukan perbuatan sama kepada anak mereka. Ibu bapa yang bagaimanakah mereka? Mereka adalah ibu bapa yang mengutamakan nafsu melebihi segalanya. Mereka adalah individu yang mentaati iblis lebih daripada mentaati Tuhan yang mencipta mereka. Mereka adalah ibu bapa yang menyanjungi tekanan lebih daripada pertimbangan.

Apa yang membimbangkan adalah, kebanyakan kes-kes sebegini berlaku berlatarbelakangkan ibu bapa yang tidak berpegang pada ajaran agama. Jika ibu bapa menjadi lebih seimbang dari segi rohani dan mental, In Shaa Allah kehidupan anak-anak akan menjadi lebih terurus, terpelihara dan selamat.

Tidak ketinggalan juga, kita sekali lagi beberapa hari yang lalu digemparkan dengan berita berkenaan kes pemerdagangan kanak-kanak. Menjual bayi. Ya, itu yang terjadi dalam negara kita ini yang dikatakan ‘negara selamat dan aman’ di dunia. Bagaimana sanggup seorang manusia menggelapkan hati nurani mereka dengan wang ringgit semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia? MasyaAllah.. Tidakkah mereka terfikir apa yang akan terjadi sekiranya itu adalah anak-anak mereka? Barangkali, disebabkan kanak-kanak dan bayi-bayi tersebut bukan milik mereka, maka tiada rasa prihatin dan perikemanusiaan dalam diri mereka.


Oleh itu, saya menyeru masyarakat terutamanya kita semua supaya menjadi manusia yang lebih prihatin dan berperikemanusiaan terhadap insan lain dengan mengamalkan sikap ambil berat dan ambil tahu terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Bantulah diri untuk menjadi seorang ‘insan’ kerana ianya lebih mulia.

Nauzubillah.. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang tidak diingini sebegini, sama ada menjadi mangsa atau sebagai pemangsa. Kita di akhir zaman, tidak mustahil esok adalah ‘hari mati’ untuk kita.

Sekian, terima kasih.

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul.. =)

Assalamualaikum..

First of all, "Salam Maulidur Rasul". Hari kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Allahuma solli 'ala sayyidina muhammad. In Shaa Allah, mari beramai-ramai perbanyakkan berselawat ye. =)

Okey. Malam ni time aku rest sekejap sebelum sambung duty aku pada esok hari. Duty menjaga Mat Payih lar. Hehe. Seronok jugak dapat duk kat hospital tu. Bukan seronok sebab Mat Payih sakit, tapi seronok tengok telatah budak-budak dalam wad kanak-kanak tu. Owsemmm habisss. Menjerit, merauungg, mengamuk, apa lagi? Hah. Itu memang dah kerja diorang. Yang paling best semua nak berebut-rebut, "kakak! kakak!". Haha, seronok nye. Perasan artist sekejappp aku. Hihi. Suruh aku kaler buku Upin & Ipin lah, ajak main Lego la.. Hmpph.. Aku pun melayannn je la.. "Canteklah kakak kaler, nak jugak!!! Kakak kaler la yang saya pulak!!".. Hoooiii.. Masing-masing berebut nak suh aku mengaler buku Upin & Ipin diorang kan. Haha. Tapi, seronok jugaklah sebenarnya.. Hari-hari jumpa Mat Payih, adik Bukhari, adik Irfan, adik Syafik, adik Omar, adik Saiful.. Dah jadi macam kanak-kanak pulak aku. Bila aku tak datang, masing-masing sibuk tanya kat abang ipar aku "kakak tak datang ke?".. Hehehe.. Senyum lebar aku bila tau budak-budak ni mencari aku. Hihihii.. Suka kawan dengan aku lah tu budak-budak tu. Layannnn..~ Hahahh.

Okey, update terkini Mat Payih, emotionally almost completely stable. Yeah, Alhamdulillah. Hehe. Tapi, next week tak tahulah pulak. Sebab next week kalau tak silap, hari Selasa dia ada operation untuk tampal kulit peha ke tangan dia. Doktor kata kalau tak tampal, nanti akan amek masa almost one year untuk completely sembuh tangan dia. Doakan Muhammad Faris cepat sembuh ye. Time kasih. =) Tahun ni dia nak UPSR. Dah dekat 3 minggu tak pergi sekolah tu. Risau pulak.

Hari ni, ada gambar Mat Payih lagi kalau korang sudi nak jenguk. Nak jenguk di Hospital Temerloh ni jauh pulak kan? Hehe.


Cool.. Main game je.. Hari ni dah tak menangis.. Alhamdulillah, dah makin kuat budak ni. :)

Hari ni berair sikit. Semalam dia banyak minum air agaknya.



Rilek je. Moga Mat Payih jadi lelaki yang kuat.

Seronok dapat turun bawah, jumpa adik. Dah lama terperuk kat atas dalam wad.


Sekian sahaja untuk hari ini. Nanti jumpa lagi. Take care! :)

23 January 2013

Revealed!

Assalamualaikum..

Okey.. Ambik masa sikit yang ada ni untuk update.. Of course hot news pasai Mat Payih lagi.. Jap lagi lepas Asar nak p hospital lagi.. Oooo.. Banyak nye "lagi".. Hahah.

Semalam update gambar-gambar Mat Payih.. Tapi, macam biasa je kan?? Kan?? Kan?? Okey, tadi pagi Doktor bukak dah balutan Mat Payih.. Dan! Yang paling best, Mat Payih suh amek gambar tangan dia.. Mata aku pun O_O... Bulat macam tak percaya.. "Pucuk dicita ulam mendatang".. Setiap kali doktor bukak balutan dia, aku dah bersiap sedia dengan handset, "camera".. Hehehe.. Selalu takde peluang dan tak dapat kebenaran Mat Payih.. Apa pun, respect giler la sebab Mat Payih kuat! Alhamdulillah...

Baiklah.. Aku nak share gambar yang aku amek pagi tadi.. Siapa yang tak kuat semangat JANGAN TENGOK!! Dah bagi amaran kan???!!!. Nak tengok jugak? Kuatkan semangat yerr... Dan, doakan Muhammad Faris... Tenkiu... =)





Tujuan gambar ini diupload adalah untuk memberi peringatan sekiranya adik-adik, atau anak-anak mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan segera bawa mereka untuk dapatkan rawatan. Macam Mat Payih, terrrrlambatt sikit.. Huu.. Jadi, kalau lambat terukk sikit la perubatannya.. Terpaksa lalui "kesakitan" dulu baru "kesembuhan" di akhirnya..

22 January 2013

Menabur Fitnah

Second update untuk hari ini.

"Menabur Fitnah".. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DAN LAIN-LAIN.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Aku jadi hairan kenapa ada orang yang sanggup menabur fitnah dan menghebah- hebahkan cerita yang tak ada kebenaran mengenai individu lain.. Kalau tak suka, kata saja tak suka. Kalau dengki, kata saja dengki. Tak perlu rasanya buat-buat cerita. Keluarga aku pernah kena suatu ketika dulu bilamana ada seorang manusia ini yang membawa cerita kononnya kakak aku berkahwin sebab dah mengandung. Kesan daripada cerita tu, mak aku marah giler-giler pada kakak aku. Akhirnya, terbukti kakak aku suci daripada fitnah tu. Setahun lepas berkahwin, baru kakak aku melahirkan anak sulung dia. Bilamana Allah nak tunjuk kekuasaanNya, anak saudara si penabur fitnah tu yang sebenarnya mengandung anak luar nikah. Semoga kita semua jadikannya iktibar dan pengajaran. Kesannya, kami jadi tak percaya pada makcik tu lagi sampai sekarang. Titik noktah. =(

Mat Payih Lagi

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Rasa macam dah lama tak update, walaupun baru 5 hari. Hehe. Rindu pada blog ini.. Sorii. Sorii. Mungkin sebab sebelum ni hari-hari aku update, tu pasal walaupun 5 hari terasa lama..

Aku menghilang ke mana selama 5 hari tu? Ooh.. Aku bz ulang- alik ke hospital.. Jaga dan menjenguk Mat Payih kesayangan tu la.. Hehe.. Alhamdulillah, secara emosinya dia dah makin baik.. Dah mula nak bergurau senda.. Tapi, tangan dia baru ada sedikit improvement lah kata doktor.. Lambat sikit baiknya, tapi In Shaa Allah akan tumbuh balik kulit dan daging yang dipotong masa operation dulu.. Dulu, emosi dia tak stabil.. Setiap kali dia tengok tangan dia, dia akan tanya "abah... macam ni ke tangan saya?..."... Kemudian, dia akan menangis, meraung-raung..

3 hari yang lepas, that was the first time aku beranikan diri untuk tengok sendiri lengan dia lepas doktor bukak balutan.. Sebelum bukak tu, bukan main hepy lagi Mat Payih.. Siap ajak aku lawan main game lagi.. Tupp, tupp.. Doktor datang nak tengok tangan.. Masa doktor bukak tu, dia dah start mengalir air mata.. Tak lama lepas tu, menangis.. Mungkin terasa ngiluu sebab aircond sangat sejuk time tu.. Cuba korang bayangkan tangan korang di hiris, nampak daging merah-merah tu.. Lepas tu terdedah pada suhu aircond yang sejuk.. Uuuu.. Ngilu tak? Hehe.. Agak susah la nak tenangkan dia, kebetulan time tu aku yang jaga. Bila kita suruh dia bersabar, nak tahu apa jawapannya?? "BUKAN MAKTEH YANG SAKIT..SAYA YANG RASA SAKIT..".. Oh, okey.. Dalam hati pun mengiyakan sebenarnya.. Memang kita boleh cakap macam-macam untuk bantu tenangkan dia, tapi sakit tu dia yang rasa kan?.. Hmm.. Kesian jugak..

Aku tak dapat nak amek gambar tangan dia, sebab dia marah sudahh.. huu.. Entah macam mana la aku boleh berani tengok.. Semua orang yang datang tengok time tu menunjukkan ekspresi muka ngeri sambil ketap bibir dan menampakkan kerut-kerut di dahi.. Ayat yang biasa keluar dari mulut pelawat "Ya Allah..." Mungkin sebab kita rasa seram kan.. Tapi, In Shaa Allah akan sembuh jua.. Agak lama jugak Mat Payih meraung suruh doktor balut semula tangan dia.. Dia tak sanggup nak tengok dah.. Tapi, time tu doktor pulak lambat balut sebab nak tunggu doktor pakar masukkan tiub pada tangan dia tu untuk sedut air bisa dan darah-darah kotor..

Okeylah.. Kat bawah ni adalah beberapa gambar kat hospital untuk tatapan anda.


Kuning tu span yg doktor guna untuk serap darah dgn air



Nampak span kuning dgn biru dlm lengan? Kalau angkat span tu, akan nampak daging mat payih. =(






17 January 2013

Mery

Salam.

Hai semua.. Kat sebelah ni kakak aku yer.. Single-mingle lagi tu.. Hehe.. Muka kami tak sama kan? Aku anak angkat? Haissshh.. Bukanlah! Memang wajah kami jauh beza, malah takde iras-iras pun.. Mungkin sebab aku ikut muka ayah, dan akak banyak amek muka mak agaknya.. Mungkinlah.. Aku pun tak tahu.. Dah Allah jadikan kami lain, lainlah kan.. Heee.. 

Okey.. Kenapa tiba-tiba update entry pasai dia pulak nih? Hihi.. Sebab tadi petang dia baru balik ke KL.. Jadi, I xdek kawan kat rumah ni nak berjimba-jimba.. Hahah! Sunyi sepi sikit suasana.. Ooh, tiap kali dia mau pulang ke KL, dalam hati ni agak touching la jugak yang sebenaunya.. Haha.. Saja pura-pura cool macam takde pape kan..

Lately, akak aku ni macam sensitif sikit bila orang asik tanya dia pasal kawin.. Mungkin sebab kawan-kawan sekeliling dia dah ramai yang mendirikan rumah tangga, tinggal dia sorang je. Ye. Ye. Aku terrsangattt lah paham perasaannya itu.. Walaupun kadang-kadang aku pun turut sama buat-buat tak paham.. Haha.. Dia selalu layannn je bila orang tanya dia macam-macam pasal kahwin.. Tapi, kalau korang nak tahu.. Dia sebenarnya cuba bersabar dengan pertanyaan anda semua.. Kalau nak diikutkan rasa geraammm, mau tertekan dia rasanya.. Haih, manusia di sekeliling macam tak tahu je yang jodoh tu kan Allah SWT dah tetapkan dan dah aturkan bila masa, tarikh, dan hari dia akan berkahwin.. Bising je.. Hahah! 

Jadi, sila lah berhenti menanyakan soalan-soalan berkenaan hal tersebut ye.. Kami tahu dan faham anda di luar sana mengambil berat..
Terima kasih..

Lalutan hari ini

Assalamulaikum.

Hoho. Aku macam tak tahu je nak update ape kan. Tapi, hati tetap rasa nak mengupdate. Hihi. Hmmmm.. Update pasal Mat Faris lah. Masuk hari ni, dah 6 hari dia kat hospital. Rasa macam lama lagi dia kat sana sebab luka belahan pada tangan dia x jahit-jahit lagi. Belahan atas dan bawah. Kenapa x jahit lagi? Kata doktor, nak bantu kurangkan bengkak. Dan Alhamdulillah, dah makin surut bengkaknya. Cuma, rasa kesian la dekat dia sebab hari-hari kena cuci luka tu. Jawabnya, meraung lagi la dia.. "Doktor jahat! Doktor jahat!.." Ada sorang makcik tu tengok Mat Faris kena cuci lengan dia, amek kau! Termuntah-muntah makcik tu. Huuu. Tapi, uminya kata semalam dia tak meraung dah kena cuci. Tapi, dia jadi bad mood pulak sebab terasa sakit agaknya lepas lengan dia kena balut. Semalam pun dia dah start sekolah dalam hospital memandangkan macam lama je kena stay hospital tu.

Okey, update seterusnya. Sekarang aku dah takde kredit. Malas nak topup. Biarlah tak payah nak bertopup-topup sangattt. Malas aku nak bermesej-mesej. Nak berchatting-chatting pun aku malas. Haha. So, harap maklum la ye kenapa aku tak reply. MALAS! Rasa macam best pulak hidup membawa diri tanpa khabar berita. Konon.

Okey. Update yang ke-3. Sila jangan nak harap asik aku je yang nak kena faham perasaan orang lain. Pengsan la aku kalau macam gitu. Haha. Ye ye je kan sampai pengsan. Kalau taknak faham aku, kalau taknak bersabar dengan aku, sila pergi jauh-jauh. Berambusss! Senang cerita. Harap maaf, jika terkasar bahasa atau terguris rasa. Aku pun dah lama terguris-guris. Haha. Titik noktah. Jika tak paham, tak payah paham. Senang? Ye senang. Pergi main jauh-jauh. Shuuhhh!

Baiklah. Hari ni banyak kerja yang perlu dibuat. Selamat tinggal alam maya untuk hari ini. Kita akan bertemu lagi esok hari, mungkin? Mungkin. Bye bye.

Take care, manusia.

15 January 2013

Cik Kak Oii, jangan pentingkan diri boleh??

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Baiklah, hari ini aku cuma nak update cerita pasal semalam. Okey, semalam aku buat apa? Semalam aku teman kakak aku kat hospital jaga anak dia "Mat Faris". Oleh kerana tiba-tiba ada pak guard naik kat wad kanak-kanak dan kemudiannya menyuruh aku keluar sebab tak boleh 2 orang jaga pesakit katanya, maka aku pun keluar dengan hati membuak-buak rasa nak tumbuk je pak guard tu. Haih!. Ggrr..

Tapi, aku paham lah. Tu dah memang kerja dia kan. Jadi, aku pun pergi la surau sebab dah tak tahu mana nak tuju. Maka, duduk dalam surau tengok-tengok sekeliling surau sambil hati berkata-kata, "emm, kemasnya surau ni.. bagus, bagus..".. Aku pun laju je tangan pegang handphone, amek gambor.

Kemudian, masuk pula seorang wanita dengan tergesa-gesa untuk solat Zuhur. Macam mana aku tahu dia nak solat Zuhur? Hahah! Bagus punya soalan. Sebab jam time tu baru pukul 2.30 petang. Takkan dia nak solat Asar kot.. Wanita itu masuk dengan muka yang mencuka masamnya.. Aku kononnya senyum-senyum la kat wanita tu. Tapi, hampeh. Cuka jugak yang dia bagi. Haha. Okey lah tu. Daripada dia bagi jeling kan. Hati pun berkata-kata la lagi, "masamnya orang ni.. dia sedih kot mungkin suami/ anak/ sedara-mara dia sakit.."..

Okey. Kemudian, wanita tu pun pegi amek wudhuk. Amek telekong. Amek sejadah. Kali ni, tergesa-gesa lagi. Then, dia solat. Lepas solat, dengan tergesa-gesa lagi dia bukak telekong, lipat kain telekong, letak dekat rak. *Ternganga-nganga aku menengoknya*.. Kemudian, dia melipat sejadah. Jap lagi aku tunjuk macam mana dia lipat telekong dan sejadah. Start dari amek wudhuk sampai la lipat sejadah semuanya tergesa-gesa kecuali tettttt! Hah. Ada maso pulak wanita tu duk depan cermin 3,4 minit pakai tudung. Bersolek-solek. Hmmm...

Baiklah. Nampak gambor kat atas ni? Ada beza kan A dengan B? Masa mula-mula aku masuk tu A tu la yang aku amek gambar. Kemas kan?  B tu adalah telekong yang dilipat oleh wanita itu. Kain tu, dia bolot-bolot gitu je. Aku dah mula rasa tak senang hati. Geram melanda diri. Haha. *Sila lipat semula sebagaimana anda mengambilnya.* Ada faham??

Manakala gambar A pula merupakan sejadah yang dilipat oleh wanita tersebut. *Macam tak percaya je benda ni jadi depan aku. Macam kebetulan je. Mungkin nak suh aku pesan-berpesan kepada kawan-kawan semua*.. Jadi, kalau memang dah takde masa atau MALASS sangat nak melipat sejadah, letaklah elok-elok. Kasi nampak kemas sikit macam gambar di B tu! Yang A tu buruk benor cik kak oii.

Okey, point utama nak bagitau kat sini adalah, jangan pentingkan diri sendiri untuk beribadat. Apa maksudnya? Ok, anda beruntung kerana menjadi orang yang beribadat dalam surau yang kemas dan bersih. Manakala, orang seterusnya beribadat dalam surau yang dah diselerakkan oleh anda! Bagus bukan?! Apakah perasaan anda bila anda sudah penat-penat mengemas rumah, tiba-tiba orang lain selerakkan? Marah kan?!

Mungkin anda mengejar masa, tapi rasanya tak menjadi 1 kesalahan untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kekemasan surau/ masjid *tempat kita solat tu kan*.. Ya, memang akan ada cleaner yang akan cuci, kemas dan bersihkan. Tapi, apa pula tanggungjawab anda sebagai pengguna? Apa guna anda bersolat, tapi di akhirnya buat perangai macam tu.

Mungkin pada pandangan orang lain ini isu yang kecik. Suka hati koranglah! Bagi aku, benda ni tak boleh diamalkan. Aku memang pantang! Eeeii. Tak paham akuu. Jujurnya, memang aku nak tegur je wanita tu. Tapi, melihatkan air muka dia yang macam tengah bermasalah tu, tak jadi. Doa dalam hati je, moga dia sedar suatu hari nanti.

Okey. Kalau tak boleh nak tegur si pelaku, orang seterusnya yang nampak, tolonglah kemaskan telekong dan sejadah tu. Biar surau/ masjid kita kemas dan bersih. Kalau x, nanti kita jugak yang sibuk duk complaint kotorlah, busuklah, tak kemaslah, itulah, inilah. Bagi penampor sebijik baru tahu. Hahaha. *justkidding*.

Aku boleh share kat sini pasal *wanita itu* sebab aku tak kenal dia, dia tak kenal aku dan korang yang baca pun tak kenal dia. Apa yang pasti, kita satu rumpun, SEAGAMA!

P/S: Marilah bersama-sama menjaga kebersihan walau di mana jua anda berada, terutamanya tempat kita beribadat. =)

Sekian sahaja, cerita SENSASI  untuk hari ini. 


14 January 2013

Life Must Go On

Susah
Senang
Derita
Sengsara
Sakit hati
Sedih
Geram
Dendam
Marah
Kecewa
Hampa
Pedih
Perit
Susah Hati
Risau
Keliru

"Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. ♥"

Life must go on.

13 January 2013

Muhammad Faris

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Update terkini, semalam saya sibuk di hospital teman kakak dan abang ipar. Anak saudara lelaki saya "Muhammad Faris" atau lebih dikenali sebagai "Mat Faris", mengalami fracture pada tulang di tangan dia. Dia bertahan menahan sakit selama lebih 9 hari. Pada permulaannya, dia bermain bola sepak sebagai keeper. Selepas bersunat, that's the first day dia turun padang untuk bermain bola. Pagi sebelum kejadian pada petang tu, dengan penuh bersemangatnya dia membasuh sarung tangan keeper, sebab petang nak main bola katanya.

Tapi, benda dah nak jadi kan. Lepas dia kena tu, dia tak terus balik rumah dia. Dia datang rumah saya dulu. "Nak tido sini", katanya. Bila hari dah makin malam, dia ada mengadu kat saya, katanya "makteh, tangan saya sakit".. Saya dengan terpinga-pinga, menjawab "oh, sakit kat mana. Meh makteh sapu minyak angin dulu..".. Jadi, saya pun tolonglah sapukan minyak pada tangan dan lengan dia. Malam tu dia tido macam biasa. Tapi, pagi esoknya dia dah macam lembik je. Dia baring dan tido je. Saya dah jadi macam pelik. Tanya dia, "Faris, sakit lagi ke tangan tu?"... Dia cuma angguk je. Bila saya rasa badan dia, "Ya Allah! Panasnya.."..

Terus call umi dengan abah dia bagitahu. Bawak pergi klinik, katanya terseliuh sikit dan dia demam sebab sakit pada tangan tu. Okey, balik rumah, makan ubat. Tapi, lepas 2 hari tangannya makin membengkak. Pergi lagi berubat tradisional pulak. "Berurut".. Lepas berurut, dia macam dah okey sikit. Tapi, sehari lepas tu tangannya membengkak dan makin membengkak lagi. Dia selalu menangis, kata "sakit".. Kemudian, bawak pergi klinik Sulaiman untuk X-ray. Doktor kat situ kata dia tak patah. Haih. Makin risau Umi dan Abah dia. Sebab tangan Faris makin membesar bengkaknya. Lebiih membimbangkan, tumbuh pulak bintik-bintik berair besar ala-ala macam melepuh gitu dan berair-air. Tangan Faris bengkaknya lebih besar daripada kaki dia. Disebabkan dia asyik menangis kata sakit, akhirnya Umi dan Abah bawak dia pagi semalam ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bila doktor di hospital check dan x-ray, rupa-rupanya tangan mat Faris ada fracture pada tulang. Jadi, disebabkan tangannya yang dah membengkak sampaikan bila kita pegang terasa keras dan bintik berair ala melepuh tadi dah main membesar, Doktor terus decide untuk buat operation pada tangan dia.

Secara psikologinya, Faris takut sebab segala apa yang nak dibuat masa operation diberitahu kepada Abahnya depan-depan Faris. Budak-budak memang takut. Dia asyik menangis cakap "takut..." Bila saya sampai kat wad sementara tu, Faris tengah menangis. Saya cuba pujuk dan tenangkan dia. Sebab saya memang rapat dengan dia. Rasa kat dada, denyutan jantung dia laju. Sebab dia takut. Mat Faris takut Doktor potong tangan dia. Huu. Sape-sape pun lah akan takut kan? Inikan pulak budak-budak baru darjah 6.

Faris masuk bilik bedah dalam pukul 2 gitu. Masa jururawat tolak dia masuk tu, Oh! Saya rasa sebak sangat. Doktor cakap dia akan dibius sepenuhnya, dan ini bermakna Faris tak akan sedar time operation tu. Jadi, doktor kata akan masukkan tiub untuk bantu pernafasan dia sebab Faris tak boleh nak bernafas sendiri. Waktu sedih sangat. Tengok Umi dan Abah dia risau je. Saya teman akak dan abang ipar kat luar bilik bedah tu. Lamanya, dekat 5 jam.

Dekat pukul 6 lebih macam tu, Faris ditolak keluar dari bilik bedah. Saya nampak balutan pada tangan dia banyak darah. Habis selimut pun terkena darah. Bila dah sampai wad kanak-kanak, nurse tukar balutan dia. Saya sedih bila dia tanya.."makteh, tak boleh makan dengan minum lagi ke?.." Huu. Sebab Faris kena puasa start 8pagi sebelum operation sampailah pagi ini. Muka Faris pucat, banyak hilang darah dan lapar. Tangan Faris dibelah untuk mengurangkan bengkak. Ada wire yang dimasukkan dalam tangan dia. Doktor jugak dah buang nanah yang berada dalam bengkak tu. 150CC nanah.

Mat Faris memang suka main bola. =)
Bengkak + Jangkitan Kuman
Usaha memujuk Mat Faris. 

Akhirnya. Baru keluar dari bilik bedah. Alhamdulillah.
 
Oleh itu, abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik yang gemar bersukan, berhati-hatilah semasa melakukan aktiviti anda. Macam Faris, nak ganti Apex punya pasai terlantar kat hospital sekarang.

Walau apa pun, moga Allah beri kekuatan pada Muhammad Faris, Umi dan Abah dia.

Makteh sayang Mat Faris. =)

11 January 2013

Hobi: Membaca Novel



Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Hehe. Semoga anda semua sihat la hendaknya ye? Okey. Hari ni tak mau guna 'saya' lah. Sebab macam skema sangat je. Haha. Baiklah, mari menggunakan 'aku'. Senang sikit aku nak melalut.

Okey. Anda suka membaca novel? Hehe. Aku dulu time sekolah memang lah mengadap novel je kejanye. Lepas tu berangan-angan jumpa lelaki macam dalam novel tu kan. Yela, cerita cinta dalam novel biasanya mula-mula derita, akhirnya sweet gitteww. I like lah. Hahahaha. Tapi, tu zaman kecik-kecik dulu la. Kebanyakan novel semuanya bercerita pasai kisah cinta. Tapi, sekarang dah ramai penulis yang kreatif menghasilkan novel-novel yang pelbagai genre. Yang paling hot sekarang RAM. Kenal? Tak kenal? Hah, p google Ramlee Awang Murshid. Jumpa la nanti. Dia punya cerita memang lain dari yang lain.

Macam aku, kalau dah datang mood membaca novel, memang aku akan hadap novel tu sampai khatam. Biasanya dulu kalau ada novel baru, lepas je solat Subuh aku dah start membacanya sampai la ke petang. Aku berhenti pun time nak solat dengan makan je. Haha. Aku memang tak boleh nak berhenti lama-lama. Memang akan habiskan hari tu jugak. Hihi.

Hmm. Rasanya dah banyak novel yang aku baca. English pun ada. Tapi aku dah tak hengat tajuknya apa. Huhu. Biasanya novel yang aku baca penerbitnya ALAF 21 ataupun PTS. Banyak sangat novel yang best-best diorang keluarkan. Ngeee..

Ada sape nak bagi pinjam novel dia x?? Hehehe,,

CC: Shila Yunus, boleh tak nak pinjam?? Hihi.

10 January 2013

APPLY SEGERA!

Assalamualaikum.

REMINDER!

Kepada siapa-siapa yang mempunyai adik lepasan SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA atau setaraf dengannya, atau diri sendiri nak sambung belajar jangan lupa untuk membuat permohonan kemasukan di laman web rasmi KPT : http://upu.mohe.gov.my/upu.php. Ianya telah dibuka sekarang, bermula 7 Januari 2013 - 15 April 2013. Dan semua maklumat berkaitan boleh didapati di laman web tersebut. Tapi, sila pastikan anda telah membeli no unik ID terlebih dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan dengan anda sebelum membuat sebarang permohonan! Okey? Jadi, siapa- siapa yang ada adik tu, mai pakat ramai-ramai ingatkan. Adik  saya, kalau saya tak ingatkan agaknya melepas la jawabnya.

Saya jadi bersemangat tiba-tiba! Rasa macam saya pulak nak masuk U balik. Hahaha.

08 January 2013

Redha dengan apa yang berlaku

Assalamualaikum.

Tadi sedang menjengah di Facebook, saya tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Zizan Raja Lawak. Perkongsiannya adalah seperti berikut;

 

Mari bertanya kepada diri sendiri, pernahkah kita merasa kecewa? Kalau pernah, kecewa kerana apa? Diakui, saya sendiri banyak perkara yang mengecewakan berlaku dalam kehidupan ini. Tapi, sejak kebelakangan ini rasa kecewa itu adalah disebabkan pekerjaan. Ya, saya masih dan belum lagi mendapat pekerjaan tetap. Kalau diikutkan mahu sahaja saya membuka bisnes sendiri, tapi perlukan perancangan yang rapi. Lagipun, modal takdak. Memang boleh memohon pinjaman seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar dan sebagainya. Tapi, itulah tak semudah itu. Macam saya sendiri dah apply macam- macam kerja. Sama ada kerja-kerja yang berkaitan bidang saya ataupun yang sipi-sipi. Tapi, tak jugak dapat-dapat lagi. Rasa kecewa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih, tertekan, marah semua ada. 

Dek kerana perasaan yang tertekan, saya selalu menjadi individu yang pemarah. Semua benda jadi tak kena. Apa pun salah. Itu salah. Ini salah. Semuanya tak betul. Saya rasa amat tertekan bilamana ada orang cakap "dalam rumah ni ada penganggur berijazah". Sakitnya perasaan itu Allah jualah yang tahu. Bukannya saya tak berusaha. Saya sudah berusaha, malah sudahpun menghadiri beberapa sesi temuduga. Tapi, ianya masih lagi bukan rezeki saya. Walaupun hanya dipanggil untuk temu duga, itupun saya rasa amat bersyukur. Itu juga saya anggap sebagai rezeki.

Satu hari, saya dah tak boleh tahan lagi. Saya rasa amat marah sekali dengan orang yang suka 'busy body' cakap itu dan ini. Saya rasa tertekan sangat. Macam biasa, saya memang tak reti nak marah melalui percakapan. Perasaan kecewa, tertekan dan marah yang dipendam selama ini, meletop dengan mengalirnya air mata. Hu. Teresak-esak saya menahan perasaan. Itu je lah yang saya tahu bila marah.

Setelah menangis, saya rasa lega. Saya rasa seolah-olah diri ini telah di 'refresh' kembali. Bila emosi sudah menjadi stabil, saya mula fikir dan muhasabah diri balik. Saya bertanya pada diri, "sampai bila nak berfikiran negatif? Aku marah dengan siapa sebenarnya? Atau aku tak redha dengan ketentuan Allah SWT?". Start daripada itu, saya mula latih diri untuk redha setelah berusaha dan berdoa. Saya start latih diri saya untuk bersedia menerima kegagalan. Saya latih diri saya untuk lebih berfikiran terbuka dan menjadi lebih positif.

Alhamdulillah, sekarang saya menjadi lebih tenang. Ya, walau apa pun yang berlaku pastikan kita redha dengan apa jua yang Allah dah aturkan untuk kita. Marah-marah, kecewa, tertekan pun tiada guna kalau kita tak belajar untuk menerima ketentuanNya. Teruskan berusaha.



Stalker yang Setia

Assalamualaikum.

Selamat pagi! :) Hari ini saya duduk di rumah je la. Kemas-kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, sapu sampah, basuh kain, lipat kain dan lain-lain. Ala, senang cerita saya buat semua kerja-kerja suri rumah tangga. Haha! Bezanya, tak ada suami. Dan tak buat kerja-kerja untuk suami. Hanya special untuk mak sahaja. Yes, saya sedang merajinkan diri untuk mak saya yer.

Okey, berbalik pada tajuk kita kali ini ye. Saya dapati sejak sebulan yang lalu, saya ada stalker yang setia mengunjungi blog ini. Yahoo! Tahniah kepada beliau kerana rajin menghabiskan waktu membaca entri-entri yang ditulis jari-jemari saya. Tapi, saya rasa bersalah pulak nak publish entri baru sebab takut nanti beliau akan membazir waktu membacanya. Hihi. Al-maklumlah, beliau seorang master student. Banyak kerja yang perlu dibuat.

Walaupun setakat ini, saya baru ada 3 orang followers, tapi saya tak pernah kisah dan peduli sangat. Saya cuma nak tulis dan nak share ape yang saya rasa, pendapat saya dan cerita-cerita kehidupan saya je. Dan mungkin ada jugak benda-benda yang bermanfaat untuk dikongsi. Mungkin ramai kawan-kawan tak tahu saya ada blog baru. Hehe. Saja nak senyap-senyap je. Sebab saya tak mau mengejar jumlah follower yang ramai. Tapi, kalau ada yang nak follow, saya berasa amat berbesar hatilah. Hehe. Welcome to the club lah diucapkan! :)

Baiklah, dek kerana stalker yang setia itu jugaklah saya jadi rajin nak mengupdate blog. Mesti beliau tertengok-tengok sama ada saya ada entri baru atau tak. Saya pun sama lah. Ada beberapa blog yang selalu menjadi tempat kegemaran untuk saya singgah di alam maya ini. Hehe. Sebab saya sukalah dengan penulisan dan bahan-bahan yang dikongsikan atau yang diceritakan. Termasuklah blog stalker yang setia itu "K.U.C.I.N.G.K.U.C.O.M.E.L."... Saya selalu stalk blog dia jugak. :D Okey, saya jugak selalu menanti "Islahul qulub" update entri terbaru. Tapi, nampaknya macam belum ada tanda-tanda atau bayang-bayang tuan empunya akan update. Busy la tu. Hehe.

In Shaa Allah, saya akan cuba kongsikan entri-entri bermanfaat kepada anda-anda semua selain daripada cerita-cerita peribadi. Jadi, terima kasih kerana mendatangkan semangat kepada saya! Hehe. 

I love my friends, but some of them I don't know how to show the love.

Ciri-ciri sahabat yang sejati
 
1. Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
2. Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
3. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
4. Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
5. Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda

6. Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
7. Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat


P/S: Syukur, saya ada ramai kawan-kawan seperti ciri-ciri tersebut. Terima kasih, :) Semoga kita semua pun mampu menjadi sebegitu cantik. :)

Saranghae.

07 January 2013

The goodness of honey dew

Doaku, harapanku, impianku, keinginanku.

Assalamualaikum.

Can I say something?? Haha. Tapi, kalau saya cakap mesti mak, kakak, abang dan adik-adik saya akan kata saya gatai. Ye. Ye. Saya nak kahwin! Haha. Bertambah-tambah stress la *jejaka* itu. Kui3. (Saya tau dia selalu stalk Blog ni, jadi biarkan dia membacanya. Kiki)

Tapi, saya sedar diri. Itu semua tak mungkin akan berlaku kecuali (dengan izinNya), kerana belum masanya lagi kot? Lagipun, mak sudah pesan awal-awal, kalau nak kahwin dapatkan kerja dulu. *Greenlight*. Hehe.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan ku untuk mendapat kerja yang baik-baik, tak perlu kerja yang hebat. Cukuplah sekadar mampu memberi kebaikan kepada aku sekeluarga, masyarakat dan masa depan kelak. Permudahkanlah jua urusan kami untuk menuju ke syurgaMu, Ya Allah."

 

Kawan-kawan, doakan kami ye. In Shaa Allah, kami sedang berusaha. Nanti, kalau dah sampai masa kami akan jemput. *Verangan*.

Mood: Sedang jeles, sebab 19hb Januari 2013 ni Norhidayah binti Megat Ramli (roomate masa dekat MZMS) nak kahwin dah. Hehe. Tahniah untuk Ieda! Barakallah.