31 December 2012

My Hand @_@

Alhamdulillah. Tapak tangan dah makin baik. Hehe. Tak sia-sia kena cucuk. :)

Before


After (Left Hand)

After (Right Hand)



Alahmdulillah. Dah makin okey. :D


30 December 2012

Tak mau kahwin lagi.. ;)

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni ramai nye orang bercakap pasal kahwin dengan aku. Rasa macam nak buat tanda soal banyak-banyak je. ?????? Hoho. Especially, kawan-kawan masa UTM dulu. Tahniah-tahniah pada yang dah selamat menjadi tunangan orang. Semoga kekal hendaknya sehingga ke syurga. Aamiin. 

Tapi, huuu tolonglah jangan tanya bila turn aku pulak. Adeh. Letih nak menjawab. Rasa-rasanya, kamu semua pun tahu kan apa yang akan berlaku semua dalam kuasa Allah SWT. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa lagi dah. Aku cuma boleh jawab "In Shaa Allah. Tapi, dalam perancangan ianya bukan sekarang".. Tapi, kalau dah nak ditakdirkan jugak aku kahwin sebelum aku betul-betul bersedia, what to-do?..

Hmm.. Kadang-kadang aku heran jugak kenapa mereka asyik bertanya.

Itulah. Anda-anda semua tu kenapa bertunang dulu??? Kenapa tak terus kahwin je??? Haaa.. Takut? Sebab tak bersedia lagi?? Hoho. Takpe-takpe, aku faham semua orang nak prepare dulu kan. Bukan duit aje yang nak di prepare kan. Macam- macam hal lagi. Anda semua pun sedia maklum. Aku pun macam gitu jugaklah. Walaupun aku ni bukanlah alim mane, tapi aku pun nak jugak jadi macam anda semua. Wanita baik, solehah. Rajin, bijak. Tapi, macam aku ni ha nak transform amek masa dan berdikit-dikit. Tak bolehlah nak expect aku totally change 100%, 360 degree terus jadi ustazah. 

Dan pihak lelaki tu lagilah kena bersedia. Bukan kewangan semata-mata. Agama tu yang penting. That's why masa aku perlukan lagi 5-7 tahun lagi kot.. hahah.. (Perancangannya). Tipulah kalau ada orang yang tak nak kahwin. :P Aku pun pelik jugak, kenapa orang ramai macam terkejut, " 5-7 tahun?!!! Lamenya!! " Eeeiii... Korang tahu tak yang 5 tahun tu sekejap je?? Habis, yang korang semua tu nak kahwin awal-awal kenapa?? Haaa.. Mesti korang nak elakkan benda-benda tak elok kan? Good. Good. =) Masing-masing ada reason masing- masing kan. Jadi, janganlah gelabah pulak ye. Sabar. Sabar ye. :)




Aku pun sebenarnya rasa tak selesa dengan relationship yang tak halal ni. Huu.. Aku pun mengharapkan seorang suami yang mithali.

Lagi sekali, doakan kami dan fahami kami. Terima kasih. Sayang anda semua. :)

Running Man

Dulu-dulu, aku tak tahu pun Running Man tu ape. Ni semua kerja si Fatim Nasuha. Haha. Dia la yang suh amek Running Man dalam pendrive dia tu. Mula-mula aku malas je nak amek. Tapi tup-tup tengok ada je folder Running Man kat dekstop. Haih, Fatim, Fatim.

So, oleh kerana kebetulan time tu nak rest dari buat assignment, aku pun testing bukak 1 per 1 folder Running Man yang ada kat dekstop tu. Sebelum ni, pernah cakap kat Fatim "ish..aku x minat sangat kalau TV show yang macam gini..macam serabut je..".. Okey, lepas je bukak ........ "kekekekeke... hahahaha....hahahaha... hehehehhee... hihihihihi..."

Gelak sorang-sorang aku dalam bilik tu. Start daripada tu aku mula la eager je nak cari episod-episod Running Man yang aku takde. Hmph. Ape lagi, balik je kelas memang terus terkam laptop tengok Running Man dulu. PSM, aku jeling pun tak. Hehe. Sampai aku kunci pintu bilik tak mau orang kacau aku tengok Running Man. Haissh. Fanatik sungguh time tu.

Tapi, aku takdelah sampai nak memuja Running Man tu. Huu. Tapi, rasenya memang bestlah Running Man! Daebakk!. Okey, panjangnya intro. Sudah, cukup sudah.

RUNNING MAN!
 

Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Haha, Kim Jong Kook, Song Ji hyo, Kang Gary, Joong Ki. Mula-mula dulu kan ada Joong Ki. Tapi, aku tak berapa suka dia, walaupun diakui rupanya memang cute. Hehe. Paling kelakor rasenya Kwang Soo la. Haha. Gary tu pulak jenis tak pandai nak menipu. Nampak sangat lah dia suka Ji Hyo. Dan memang tak boleh jadi spy. Wakaka. Jae Suk, pandai cover line. Haha pulak kalau dah datang prangai gile-gile dia, hmmmph memang lah. Kanak-kanak betol. Ji Suk Jin paling kesian. Jong Kook payah benor nak kalahkan dia. Tapi, episod yang latest ni dia macam selalu kalah dengan Kwang Soo. Haha. Yeah!

Tapi, dalam banyak-banyak episod, aku paling suka time Jae Suk dengan Gary tolong sorang nenek ni dengan cucu dia nak turun bukit. Padahal time tu diorang ada mission nak kena buat. Time tu dalam hati "waaa... bagusnya.." Dan dalam episod yang sama jugak, time diorang kena lontar coffee cup masuk dalam tong sampah tu, kalau korang noticed, Jae Suk kutip balik ais-ais yang jatuh atas lantai dekat tong sampah tu. Yela, kalau nak ikutkan dia tu kan artis, tapi maintain nilai-nilai yang macam gitu. Kan kotor nak kutip balik dari lantai masuk dalam tong sampah.

Itulah. Jangan kita tengok nak gelak-gelak je sebenarnya. Cuba try noticed benda-benda positif yang boleh dicontohi. Banyak sebenarnya. Tapi, bab yang diorang makan b**i tu tak yah ikut lah. Nak muntah pulak aku tengok. Haha.

Ariyoss.


28 December 2012

Marah Lagi

Lately aku sangat cepat marah. Padahal tu bisikan syaitan. Haissh. Tadi pun dah ada rasa nak marah. Itupun sebab kawan tu tak reply mesej dan tak angkat phone. Huu. Aku biasanya akan cepat marah kalau aku risau. Biasanya aku risau pasal sesuatu yang penting dan mustahak. Lagipun sekarang banyak benda yang tak boleh nak dibuat dengan keadaan tangan yang macam gini. Itu yang agak stress tu.

Aku tahu mesti ada sebab kenapa dia tak reply dan tak angkat phone. Tapi, itu ler kurangnya sikap penyabar dalam diri. Alik-alik dah menyusahkan kawan-kawan yang lain. Hu. Tak bagus betul aku ni.

Tapi takpe. Take it as a lesson. Lain kali jangan buat lagi. Mesti belajar control emosi. Ape ntah aku melalut. 

Dah banyak kali aku cuba lawan minda negatif ni. Tapi, selalu tak berjaya. Mungkin iman belum cukup kuat. Aku selalu rasa susahnya nak kawal nafsu amarah ni. Dah selalu juga cuba apply tips-tips seperti tarik nafas, berzikir, tenangkan fikiran dan lain-lain. Tapi selalu jugak tak berhasil.

Sampai 1 ketika aku macam dah tak tahu nak buat apa. Tapi, aku tak boleh la nak berputus asa macam tu je. Mungkin aku kena cuba lagi dan lagi. Lagi dan lagi. Walau memakan masa agaknya.

Aku pun tak faham kenapa aku selalu panas baran..... Rasenya jarang sekali aku cakap molek-molek... Aku pun tak tahu macam mana la orang boleh besabar dengan aku. Kadang-kadang tu rasa menyesal juga. Walaupun aku mintak maaf, tp still akan repeat sikap yang sama.

Hm. Takpelah. In Shaa Allah. Aku cuba jugalah.

27 December 2012

Merebus Baju

Salam. Hari ni, tak banyak benda sangat aku buat. Banyak tido. Tak tahu kenapa rasa letih je. Okey. Tadi aku baru je selesai merebus baju-baju aku yang dah dipakai. Ape? Rebus baju? Ye. Ye. Ye. Rebus baju. Doktor tu yang suruh. Nak matikan kuman katanya. Cepat la kudis buta ni elok. Adoi. Hehe. 




 

26 December 2012

Lucky~

Do you hear me?
Talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

Kudis Buta??

Salam. Hari ni pegi klinik sebab kudis-kudis tu dah makin teruk! Macam makin merebak je. Jadi, jumpa Doktor yang baik hati tu. Haa. Ape lagi, kena cucuk dekat tuuuuut*. Aaaisshh! Doktor tu kata, "dik... awak ni dah kena KUDIS BUTA!".. Ya Tuhan. 

Kamu-kamu tahu ke kudis buta tu apa? Tak tahu Google je la. Macam aku ni kena kudis butalah. Lepas cucuk, Doktor bagi ubat. Ubat lagi??! Hmph! Banyak pulak tu. Siap dengan sabun mandi lagi. Total tadi kena bayor RM126! Erks. Termasuk ubat demam mak sekali. Ayoyo. Hm, xpelah. Harap- harap serasi lah dengan ubat tu semua. 

Ada 1 losyen klinik tu bagi, kena pakai. Lepas pakai, keesokan harinya aku tak boleh mandi! Haha. Aku suka la part tak payah mandi tu. Sebab aku ni takdelah rajin mana nak mandi. Kih3. Pengotor! Wewee~ Tapi, sebenarnya bukan aku malas mandi. Al-maklumlah, dengan keadaan tangan yang bengkak-bengkak, bernanah dan berkudis macam gini, aktiviti mandi tu jadi slow motion belaka. Nak pegang sabun pun tak boleh. Nak buka paip pun susah sikit. Kebiasaannya, time mandi dalam 15 minit je. Tapi, sekarang dah up jadi 1 jam. Huhu.

Ape boleh buat? Nasib badan ye tak? Besabau aje la..

Okey, tata. Nanti kita story the mory lagi yer.

25 December 2012

Makin Banyak

Assalamualaikum. Hati ni ada rasa sedih sikit sebab baru balik dari UTM. Bukan sedih sebab dah kena balik rumah. Tapi, sedih sebab lepas ni dah agak payah nak berjumpa dengan member-member kat sana. Hm. Takpelah. Sedih lagi 1 adalah disebabkan bintik-bintik bernanah ni dah makin merebak banyak di telapak tangan. Sakit. Tapi, tahankan aje la. Ingat balik ni nak cucuk ubat. Dah makin teruk, risau pulak. 

Selalu tanya kenapa ye selalu je lepas 1, 1 penyakit datang. Ada je. Tak dinafikan memang aku tak menjaga kesihatan dan amalan. Serve your right! 

Tapi, takpelah. Sekarang tengah berusaha nak mengubat benda alah ni. Tawakal aje la. Aku redha je walau apa jua yang jadi dan berlaku. Orang memang lah boleh cakap apa saja. Tersentap dengan ayat yang diperkatakan seseorang " kifarah dosa. jangan sampai jadi bala ".

Lepas ni, nak mendiamkan diri dari alam Facebook dan Handphone. Mau berehat. Jangan kacau saya. Apa-apa update pun mungkin di blog sahaja. 

21 December 2012

Misteri-Misteri

Salam. Kamu- kamu, sila jangan baca kalau kamu- kamu ada masalah ketakutan melampau ye. Hari ni Mak Jemah nak share cerita kehidupan Mak Jemah yang dilanda beberapa perkara yang kadang-kala menjadikan Mak Jemah penakut. Hehe, (amboih, MAK JEMAH kau!). Entry- entry sebelum ni aku ada share beberapa cerita berkaitan kejadian misteri kan? Tapi, tu semua sebahagian a.k.a secebis je. Ni ada lagi la sambungannya.. Dah bersedia?? Let's go!
*
*
*
*
Okey. Sebelum ni aku ada tulus entry pasai masa kecik-kecik aku selalu dengar orang bagi salam kat luar rumah, tapi bila g tengok, takde orang. Ingat tak? (Tak hengat sudahhh! Haha) Ni ha aku bagi link entry tersebut : BEBERAPA KEJADIAN MISTERI. Jadi, benda-benda tu tak berhenti kat situ je, sampai aku masuk UTM pun still diganggu macam tu. Masa dekat UTM dulu aku stay bilik 
1) UA1 1042
2) UA1 1092

Bilik UA1 1042 tu, okey. Takde pape. Tapi, bilik UA1 1092 tu macam seram sikit. Kalau petang-petang lepas Asar, selalu la aku dengar ade orang bagi salam kat tingkap ataupun ade orang panggil-panggil nama aku macam berbisik gitu. "kilaaaaaaa...~ shakilaaaa...~" (Kalau nak lagi seram bunyi nye, mai jumpe aku. Aku bisik kat telinga korang!) Haha. Mungkin akan ada yang kata 'eleh... ni mesti kerja budak-budak yang duk bilik dekat dengan ko ni'... Kalau korang jadi aku, korang akan tahu. Sebab suara tu bukan suara Saidatul atau pun Raidah. Saidatul dengan Raidah tak pernah buat kerja menyakat gitu. Melainkan aku je yang selalu kacau diorang kat tingkap bilik diorang tu ha. Gpun benda tu kerap sangat, sampai aku jadi lali dan buat tak tau je. Macam mana aku yakin bukan kawan-kawan yang menyakat? Sebab setiap kali ada orang bagi salam tu, aku cepat2 g tengok kat tingkap tu, tapi takde orang pun. Mula-mula aku ingatkan aku berhalusinasi ke ape. Tapi, lepas salam-salam tu aku tak pernah jawab, die dah pandai panggil nama pulak dahhh.. Haihh. Tak tahan aku. Seram woo. Kalau die menjerit panggil nama aku tu xpe jugak. Ni mesti nak jugak berbisisk kat telinga ni ha.. Hadooiii.

Kalau duk kat dalam bilik tu sorang-sorang, selalu rasa macam ade orang sedang menenung dan memerhatikan aku. Kirenya perasaan tu macam ade orang duk kat satu penjuru bilik, duduk secara statik sambil khusyuk perhatikan aku. Haa, gitulah yang aku rase. Kadang-kadang tu memang seriau jugak. Tapi, aku buat tak tahu je. Cuba alih perasaan takut tu dengan bukak audio orang mengaji. Rasa kurang sikit seriau tu.

Dan! Yang lagi best! Ada 1 malam tu, aku ltih sangat. Sebelum pukul 10 dah start nak tido dah. Baru je nak terlelap, tiba-tiba tilam aku tu melendut betul-betul dekat perut aku. Kirenya macam ade orang duduk. Tapi, takde orang pun. Serta-merta meremang bulu roma aku. Ngaaaa... Aku pun cuak-cuak la jugak. Terus terkumat- kamit aku mengaji. Fuuhh.

Hm. Okeylah. Bersambung lagi nanti! Tata.

20 December 2012

Beri reward pada diri sendiri =)

Salam. Hehe. Sila jangan jemu. Rasa macam dah hari-hari aku update blog. Tak kisah kan? Tak pe kan? Ye la. Sementara tak busy lagi, okey jugak menghabiskan masa berblog. Hehe. Hari ni aku ikut mak keluar beli barang-barang dapur. Then, jalan punya jalan... Masuk kedai tu masuk kedai ni.. Akhirnya! Mataku terrpandang satu benda yang tergantung dalam sebuah kedai. Wahh! Cantiknya! Terus cakap kat mak. "Mak, nak beli beg lah! Hehe." Mak kata "ikut awaklah".. Hoyey! Hoyey! Aku pun cakap lagi.... "Tapi, nak bayar sendiri.." Hehe.. Aku tak mau la mak aku yang bayar. Dah lama nak beli beg sebenarnya. Dulu, mak mau belanja. Tapi, aku refuse. Nak tunggu ada duit sendiri la mak, baru nak beli. Hehe. Nak tengok tak? Cantik tak?! Cantik tak?! Keh3.. 

Tadaaaa!!!!

Hehe. Ni kirenya beli sebagai reward kepada diri sendiri. Reward untuk apa? Ade la. =P Tak salah pun sekali sekala 'membeli' untuk diri sendiri. Harga beg ni? Hehe. Murah je, RM30 (dalam hati, issshh... kenapa x bawah RM20?? kedekut punye pasal)... Memandangkan ada 1 je tadi, terus grab! Yeye! Alhamdulillah. Akhirnya, terkota jua hajat nak memiliki beg comey-comey yang baru. =)


19 December 2012

Rezeki, Alhamdulillah.

 Assalamualaikum,

Just sharing you one thing! We cannot expect how the way Allah gives us REZEKI. Rezeki is not all about the money! Sometimes, when people smile at you, it is also a rezeki. Please do not fall into jealousy easily when other people get more than you. They deserved it! And we deserved it too. We, for sure will have our own rezeki one day whether it comes early or late than other. Allah Maha Adil. Setiap kesenangan dan kesusahan yang diberikan semuanya tu adalah ujian untuk kita semua. Redhalah dengan apa yang berlaku. Let it goes on Allah's 'hand'. Allah knows better. Believe it. What we can do is, just put our effort on what we want. If you want to be the best, bet the best! Chaiyok!

Okey,

HAPPY BIRTHDAY!
to
FAIRUZ FADHILAH BINTI IBHARIM
(my sister)

Saranghae. :)




14 December 2012

Alergik

Assalamualaikum. Mesti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati pasal referee perlawanan bola sepak malam tadi kan? Hehe. Itu la aku pun turut merasakan benda yang sama jugak! Pagi tadi buka FB ramai benor yang mencarut-carut. Haissh. Tak baik tauuu. Tapi, tulah kalau referee tak adil, hancur 1 game tu. Main la baik dan disiplin macam mana sekali pun, memang keseluruhan game tu akan hancuss. Tapi, xpo la nak wat lagu mana lagi. Bukan rezeki Malaysia pun nak menang. Tak dinafikan Thailand tu memang kuat pun sebenarnya. Malaysia kena rajin training lagi kot. Selama nengok bola ni, aku notice sesuatu lah. SAFEE SALI! Aaaaa.. Kenapa dia dah x perform macam dulu? Sedihnya. Mungkin sebab kecederaan dia? Atau dia ada masalah lain? Bila tengok dia, macam ada sesuatu yang sedang membelenggu kehidupan dia. Wallahualam. Itu, aku tak pasti. Tapi, apa yang nak dikatakan di sini adalah baru sekarang aku nampak kehidupan yang diibaratkan seperti roda tu macam mana. Roda sentiasa berputar. Atas, bawah. Atas, bawah. Dulu, Safee Sali dibanggakan sebagai penyerang berbisa negara. Tapi, sekarang performance dia dah x sama macam dulu. Tapi, mungkin akan datang dia akan bangkit semula kan?

Okey, habis pasal bola. 

Ni ceq nak habaq mai. Keterukan alergik sedang menyerang aku! Aaaaaaaa.. Tak percaya? Mai-mai tengok:




Masa untuk berpantang kembali sudah bermula.

Ariyoss.

Love,
shakila

12 December 2012

Selalu Tak Dapat Feedback

Salam. Feedback pasai apa pulak nih? I'm little bit disappointed with someone. Saya kan jenis yang memang tak konfiden dengan diri sendiri, jadi selalulah minta pendapat-pendapat orang lain. Tapi, orang-orang tersebut bukanlah sembarangan orang. Orang yang berpengalaman mengenai apa yang ditanya. Malangnya, dan sedihnya benda yang tak penting mereka bagi feedback sungguh-sungguh. Tapi, benda yang penting bagi saya, senyap- sunyi. No answers. So, I guest maybe it is important to me, but not for them. Never mind. Tak boleh nak salahkan mereka ye tak? Hehe. So, tak perlu rasanya nak mengharapkan sangat orang bagi feedback apa yang kita tanya. Pelan-pelan cuba berfikiran positif pada diri sendiri dan juga orang lain. Pelan-pelan yakin dengan diri ye.

Ariyoss...

Love,
shakila

11 December 2012

Resipi 1: Roti Bersalut Tepung

Salam. Nak berkongsi sikit resipi yang muncul dan terpacul dengan tiba-tiba. Kebetulan time tu perut berdondang- sayang dan takde pape makanan untuk dikudap-kudap.  Hehe. So, tiba-tiba je rasa nak try buat roti bersalut tepung! Sonang aje. Maybe uollss dah pernah buat kot. Tapi resipi ni I tak copy dari mana-mana tau. Buat apa yang terlintas aje. Hehe. Bahan-bahan nye seperti berikut:

1. Roti 

2. Telur


3. Tepung Goreng Ayam


Haa. Kan udah diberitahu, senang je bahan-bahan dia. TIGA je! 
Cara nak membuatnya pula :

1. Potong kecil-kecil & comel-comel roti tadi. Boleh potong jadi 8 kepingan kecil ke. It's up to you kalau nak try!
2. Salutkan roti yang dah dipotong tadi dengan telur. Biasa saya guna 1 biji telur je untuk 2 keping roti.
3. Next, salutkan pula dengan tepung goreng ayam tadi. Kenapa saya guna tepung goreng ayam? Sebab ianya dah berperasa, ada pedas-pedas sikit, rasa dia okey la. Sedap!
4. Panaskan minyak. Goreng. 

~Selamat mencuba~

Love,
shakila

10 December 2012

IC baru!

Sudahkah anda semua menukar MyKad yang baru? Mesti gambar anda-anda semua nampak lebih berseri-seri sebab benda baru kan? Mesti la cantek-cantek belaka. Pagi tadi aku g amek MyKad baru yang dah siap! Ngee. Excited sebab MyKad yang sedia ada tu dah lama. Buat time form 3 (untuk kali ke-2) sebab dompet hilang dicuri dulu.  Dan lagi 1, jangan pergi buat last minit. Nanti konpem berpusu-pusu orang kat Jabatan Pendaftaran tu. Tukar la sekarang, takde la kelam kabut. Ececece. Promo pulaks kan. :D  

Berikut merupakan MyKad baru sayerr. Hehe. Jangan jeles tau!

MyKad lama. =)

Tadaaa! Dah tukar baru sikit. Ngee



Love,
shakila 

Jejaka Idaman

Hehehe. Jejaka idaman? Ade lagi ker? Helloo???....... Hmm, aku selalu la dengar kawan-kawan berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang mereka mahukan. Semua orang pasti ada. Paling common pun mesti ramai yang cakap mahukan lelaki beriman dan bertanggungjawab sebagai suami. Hoho. Ye tak? Aku tak pasti nak orang yang macam mana. Haha. Apa yang pasti, "lelaki yang baik" okey. Dan yang penting direstui. Hehe. :D  Sabar ye. Ada la perancangan nye nanti yang akan menyusul. Sekarang ni masing-masing fokus pada kerja dulu ye. Bak kata Dr. Muhaya "kena bina diri dulu".. Aaaa x gitu?

Wokey. Berbalik kembali kepada tajuk kita ye. Tadaaaaa! Di bawah ni antara ciri-ciri lelaki kesukaan aku! Yeaa!

  • Solat tak tinggal
  • Rajin p surau (Tanpa disuruh/ dipaksa)
  • Terus-terusan menyintai agama
  • Hormat orang tua (Bukan ibu bapa sendiri sahaja)
  • Bijak buat decision
  • Berjimat- cermat tanpa perlu menjadi kedekut
  • Tinggi dan kurus
  • Yang pasti bukan JAMBU! sawo matang okey lah. :D
  • Suka membantu orang lain
  • Tak mementingkan diri sendiri
  • Merendah diri
  • Bertangungjawab
  • Sporting
  • Pandai bersukan
  • Boleh mendidik dan menegur saya
  • Hensem (Ngeee..)
  • Suka bersabar
  • Dan lain-lain................. seperti berikut:



Hiasan semata-mata. Hehe. Yong Hwa! :)


Amboi! Banyak benor kan ciri-cirinya. Haha. Takdelah. Saja je gedik tulis senarai macam gitu. Agak macam mustahil lah nak dapat 100% seperti apa yang kita inginkan. Tengok balik pada diri, ada x ciri-ciri yang disenaraikan tu pada diri sendiri. Tak perlu rasanye nak kan yang terlalu menghampiri perfect. SUSAH! Sedangkan manusia itu memang tidak sempurna. Ada kekurangan dan kelebihan. Kita sendiri pun memang ada kekhilafan masing- masing. Usaha, doa dan tawakal lah. Moga Allah temukan kita dengan jodoh yang telah Allah tetapkan sebelum kita dilahirkan ke dunia ni lagi. Doa moga itulah jodoh yang terbaik. Minta Allah berikan apa yang terbaik untuk kita. In Shaa Allah. Mudah- mudahan segalanya dipermudahkan. Aameen.

Love,
shakila



09 December 2012

Support Malaysia!

Assalamulaikum! Hai geng. Jom sokong Harimau Malaya!! Aaaumm! Semoga Malaysia beroleh kemenangan malam ni! Gambate skuad Malaysia! Go Malaysia Go!


Love,
shakila


07 December 2012

30 November 2012

Pilih Kasih

"Mak tak sayang aku. Mak sayang dia je."
"Cikgu ni, tahu la saya x pandai, dia pandai. Selalu lebihkan dia je."

Senario yang selalu berlaku tak kira la dalam keluarga, persahabatan, di alam persekolahan, di tempat kerja atau sebagainya. Bila cakap soal pilih kasih, mesti ada 1 pihak yang akan terguris hati dan perasaan manakala pihak 1 lagi pula diberi layanan yang lebih baik sampai dia jadi suka hati!

Dulu, zaman kecik- kecik, aku selalu pikir yang mak asik nak lebihkan akak aku je. Apa dia nak semuanya dapat! Asik-asik aku jugak yang kena buat kerja rumah. Masa darjah 6 aku dah start kena memasak. Owh! Aku punye la sakit hati dan geram masa tu. Disebabkan prasangka tak baik tu, aku selalu jadi budak yang suka memberontak, merajuk, menangis, kurang ajar dan lain-lain. Mostly, aku pendam perasaan, tapi ada masa tertentu benda tu meletop! Masa kecik tu, kalau aku x buat kerja rumah konpem kena marah punya dengan mak! Jadi, selalu jugaklah aku lepaskan perasaan geram pada adik-adik. Batang penyapu yang aku pegang selalu jugaklah kena kat adik- adik aku. Aku memang dari kecik x reti nak kontrol perasaan marah dan panas baran tu. Mesti ramai x percaya. But, it was true. You should believe it. Ada jugaklah aku macam kurang ajar dengan abang aku. Sampai mak labelkan aku sebagai 'sombong' sebab asyik-asyik nak marah.

But then when I grew up, I realized that it is not 'pilih kasih'. As a mother, she knows who is her daughter. Mungkin masa kecik bukan sengaja mak nak suruh aku buat semua kerja-kerja rumah tu. Tapi, dia nak didik dan asuh aku supaya pandai menguruskan kebersihan rumah dan tempat tinggal walau di mana pun kita berada. Kesannya, dapat dilihat sampailah sekarang. Aku kurang gemar pada "ketidakkemasan" & "ketidakbersihan"! Yer. Katakan TIDAK! Tak tipu..

Dulu masa 1st year di UTM, aku ada roomate known as Abyka Ayien. Dia okey je. Cuma, masalahnya datang dari aku. Aku memang pandai-pandai dan suka-suka hati je kemas meja dan barang-barang dia. Last-last dia macam x suka kot. Aaaaa. Aku memang macam ni. Jenis tak kisah, high of willingness untuk kerja-kerja mengemas ni, walaupun tak dipinta. Sebab sebelum tu, time kat matrik KMNS, roomate aku known as Shoriya Aruni (sue) tak kisah kalau aku kemaskan meja, katil dan barang-barang dia. Lagi suka katanya.. (Rindu pulak kat sue).. Kiranya aku ingatkan mungkin takpelah aku repeat tabiat yang sama dekat UTM ni. Rupa-rupanya manusia ni tak sama shakila oii. Hehe. Kesian Ayien, sorry tauu.. :) Akhirnya, disebabkan takut Ayien marah, aku dah x usik dan dah x kemas barang-barang dia. Ngee. Ayien garang kot.

So, nak kata kat sini masa kecik-kecik memang kita tak matang lagi. Tingkahlaku semuanya mengikut perasaan. Belum reti lagi nak berfikiran positif dan merasionalkan sesuatu perkara. Sepatutnya: semakin meningkat umur, semakin berkembang pemikiran kita. Dah cantik sangat ciptaan Allah SWT tu. Perkembangan dalam diri kita ini dijadikan selari antara satu sama lain dari sudut fizikalnya, biologikalnya, kinetiknya dan macam-macam lagi. Walaupun setiap daripada kita ada kekurangan masing- masing, tapi Allah selitkan kelebihan tertentu di sebalik kekurangan yang ada. Haa, Itulah aku masa kecik- kecik dulu. Jujurnya, aku ni memang panas baran dan cepat marah. Cuma, x ditunjukkan kepada kawan-kawan sebab dikhuatiri ramai yang akan berkecil hati. Antara orang yang selalu menjadi mangsa kekejaman kemarahan aku adalah Alem. Kesian tu memang kesian, tapi memang kalau nak marah dengan dia sorang je aku x boleh nak kontrol. Lepas gitu je la. Bung bang bung bang aku membebel. Kawan-kawan belum kenal lagi siapa Nur Shakila tu yang sebenarnya. Aku berlakon je depan korang. Keh3.

Aku belum cukup baik, tapi aku x nak jadi jahat. :)


Wow! Menarik!

Assalamualaikum.. Haa, nak bagitau ni. Saya macam tertarik nak buat 1 kajian yang bertajuk "Bolehkah manusia diprogramkan untuk menjadi pembunuh?"... Ngeee.. Baru-baru ni saya ada la tengok kat Discovery channel. Orang luar negara (lupe la negara mana), dah buat 1 kajian pasal tajuk ni la. Menarik gile. Tapi, saya tak berapa nak percaya sangat dengan hasil diorang, sebab bila dah masuk TV, kebanyakan input banyak yang dah diedit.

 "Bolehkah manusia diprogramkan menjadi pembunuh?!!"

Ok. Maksud 'diprogramkan' itu adalah diprogram menggunakan hipnosis. Dalam kajian tersebut, beberapa pakar iaitu pakar hipnosis (lupe nama dia), pakar pathalogy (lupa nama jugak), doktor perubatan, dan pakar psikologi bekerjasama. Nak menjayakan kajian ni, diorang memerlukan antara satu sama lain. Kenapa? Nanti I tell you why. Ngee. Kajian yang dibuat ni merupakan satu kajian eksperimental kepada manusia menggunakan hipnosis! Huu.

First step, diorang menjalankan pemilihan subjek kajian a.k.a responden kajian. Ramai yang sukarela nak jadi "bahan kajian", tapi, hanya 20 orang sahaja yang terpilih untuk level pemilihan yg seterusnya. Banyak tahapnya tau... Pengkaji-pengkaji ni sebenarnya nak pilih sorang je individu yang betul-betul compatible untuk kajian ni. Proses pemilihan diteruskan dengan sesi pra-hipnosis, iaitu proses hipnosis 'basic' dalam sebuah bilik yg dipasang video kamera.. Pakar hipnosis (Dr X) akan hipnosis la 20 org participants tu. Manakala, pakar2 yg lain duk kat sebuah bilik yg lain akan observe melalui kamera yg dipasang di bilik hipnosis tu. Mereka akan observe facial expression, body gesture, dan lain2 la. Hipnosis ni yang asas dan simple-simple je.. Dalam level pemilihan yang ini, mereka nak kenalpasti antara participants 20 orang tu, yg mana paling mudah untuk dihipnosiskan. Wow! Hasilnya, ada jugak yang menipu. Konon-konon diri mereka dah dihipnosis. Tapi, pakar-pakar ni semua tahu siapa yang menipu dan siapa yang benar2 dh dihipnosis. Ok, hasil pra-hipnosis tu, tinggal dalam 16 orang je yg berjaya ke peringkat pemilihan seterusnya.

Level seterusnya, 16 orang baki participants ni tadi akan dihipnosis sekali lagi. Semasa dalam hipnosis tu, mereka diberi gambaran pergi ke sebuah restoran, dan tiba-tiba merasa panas yang teramat sangat dan menyebabkan mereka membuka kesemua pakaian kecuali 'pants'.. Ok. Lepas diberi gambaran sebegitu, mereka kemudiannya, dibawa betul2 ke restoran. Result: Memang hipnosis tu ada yg betul2 menjadi. Ada la 4 orang yang betul-betul dihipnosis. Yang selebihnya tu cuma berpura-pura. Macam mana tahu? Again. Kamera tersembunyi. Hehe. Melalui observation dr pakar-pakar la.  Yang kelakar tu, ada la sorang participant perempuan tu, masa dia tanggalkan pakaian dia (except pants) sempat lagi jeling-jeling org sekeliling. Maybe dia rasa malu. Menurut pakar- pakar tersebut, kalau org tu betul2 dihipnosis, mereka xkan ada kesedaran untuk memerhati keadaan di sekeliling, yg diorang akan buat cumalah menurut apa saja "gambaran" yg dah diberikan semasa hipnosis tu.

Akhirnya, tinggal la 4 org sahaja. Ok, test yg seterusnya ialah keempat-empat mereka ni akan dimasukkan ke dalam satu tab mandi yg dipenuhi ais dan air, mengikut giliran masing-masing setelah diri mereka dihipnosis. Suhunya sangat sejuk. Tujuannya, adalah untuk melihat tindakbalas fizikal tubuh badan terhadap suhu. Kan pengkaji tu diorang nak cari individu yg betul-betul berjaya dihipnosis sepenuhnya, sebelum disedarkan balik. Jadi, mereka nak tengok lah sama ada suhu air yg sejuk dipenuhi ais tu memberi kesan atau pun x kepada tekanan darah, suhu badan, dan lain-lain, serta menganggu x hipnosis tu. Mungkin disebabkan suhu terlampau sejuk, effect pada otot mereka, jadi kejang dan seterusnya menganggu menyebabkan diorang tersedar dr hipnosis tu sebelum pakar sedarkan mereka. Masa juga akan diambil nak tengok berapa lama participant boleh duduk dalam air tu. Tapi, Dr. perubatan (Dr. S) x bagi participant tu duduk dlm air lebih 2 minit, takut effect kesihatan diorang. Dan untuk ukur tekanan darah apa semua, banyak la wayar2 dipasang pada participants tu. Banyak la teknologi2 digunakan. X reti nak sebut nama alatan yg digunakan. Ada monitor yg akan paparkan suhu badan mereka, tekanan darah dan lain-lain. Hipnosis pada ketika ini dilakukan dengan memberi arahan kepada calon iaitu: " Sekarang kamu akan masuk ke dalam tab mandi yg dipenuhi ais ini, tapi kamu tidak merasa sejuk, bahkan kamu selesa dengannya kerana suhunya yg suam"...
Resultnya: Antara 4 orang participants tu, hanya seorang sahaja yang berjaya sebab dia boleh duduk dalam ais tu selama 1 minit 5+ saat gitu.. dan tiada ketegangan pada otot-otot die, malah die berjaya mengekalkan tekanan darah dia. Sebab tu la dalam kajian ni perlukan kerjasama dr pakar2 tertentu sebab nak kawal benda- benda ni la..  yg lain-lain cuma mampu bertahan secara puratanya dalam 5+ saat gitu je.. Ini menunjukkan hipnosis kepada 3 participants tersebut terganggu. Means, while doing hypnosis process they will easily get distracted. So, this condition will destroy the experiment. So, macam mana mereka nak 'programkan' individu menjadi pembunuh?? Jadi, resultnya, hanya sorang je yg berjaya untuk menjadi responden bagi kajian ini iaitu Mr.X yg bekerja sebagai warden penjara. Muka die pun boleh tahan ganasnye.

Jap eh, sambung lagi nanti bila dah kembali rajin nak update pasal ni. :D

27 November 2012

Mengada-ngada.

Mengada-ngada terlebih.
Takutlah.
Tak retilah.
Heh!
Macam-macam alasan.
Mengaku je la diri tu penakut dan pengecut.
Sikit- sikit takut.
Ape daa..
Bila la nak berjaya dan membangun?
Low of self- confidence ??
OR
No self- confidence at all?!
So, build it up!
Starting now!
No more excuses please.

25 November 2012

Mereka sepatutnya Respect!

Sejak kebelakangan ni, saya macam tak berapa gemar nak tengok TV. Why? Why? Sebabnya... Saya rasa artis-artis kebanyakannya, x respect penonton yg ada tengok TV ni ha. Selamba je nak pakai terbuka sana, terbuka sini. Kontot sana kontot sini. Diorang kan public figure? Terpampang dalam TV apa yang diorang pakai. Rasa dah macam menonton artis-artis Barat pulak. Saya bukan nak hentam mereka, tapi macam dah keterlaluan. They should learn how to respect their audiences, by not showing the sexiness of their body to the public. Moga sama-sama diberi petunjuk dan dibukakan pintu hati untuk terima kebaikan. Aamiin.

P/S: I'm not perfect too. Just doing little thing that can bring good to us.

22 November 2012

Diketuk Dididik

Hati ini kadangkala perlu diketuk dgn ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pd ‘kesukaan’, tapi juga selesa dgn ‘kesakitan’..
Ya ALLAH, give me eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad and a soul that never loses faith. Ya ALLAH
Master of all Creation, Forgive us all for our sins, and guide us to the right path. The path of your chosen ones. Bless the Muslim Ummah and have mercy
upon us.


Aamiin Ya ALLAH!
 

19 November 2012

Doalah.. =(

Allahu akbar! Malu rasanya kepada saudara seislam yang sedang berjuang di tanah air mereka yang ketika ini sedang bergelodak dengan ancaman dan serangan daripada Yahudi Laknatullah! Bila-bila masa saja mereka boleh terkorban akibat bedilan-bedilan dan bom-bom yang dilepaskan kepada mereka.

Satu perkara yang paling saya kesalkan ialah, dulu saya tak pernah nak ambil tahu pasal GAZA, Palestin dan lain-lain. Saya cuma dengar-dengar macam tu je. Alasan yang sering saya berikan ialah “tak sanggup nak tengok penderitaan mereka”.
Astagfirullahalazim..

Kalau tak ambil tahu, tak tengok video-video dan gambar-gambar ke, macam mana nak tahu???? Ini, sibuk dengan dunia dan kehidupan sendiri semata-mata. Lupa pada saudara seagama. Cubalah tonton video-video kehidupan mereka di sana, pasti akan mengalir air mata. Tapi, apalah sangat air mata kita ini jika nak dibandingkan dengan air mata derita mereka di sana.

Mereka di sana amat amat amat memerlukan bantuan daripada kita sebagai saudara mereka. Jika tak mampu dari segi fizikal dan wang ringgit.. Berdoalah. Berdoalah. Allah.

Letakkan diri kita ini di tempat mereka. Rasai. Rasai apa yang dirasakan oleh mereka. Rasai ketakutan, kesusahan dan pergelutan emosi mereka. Bayangkan itu adalah kita! Allahu akbar!
Saya tak tahulah, kalau ada juga orang yang mempersoalkan kenapa kena boikot Mc’d dan barangan-barangan jenama tertentu. Tolong, jangan sumbangkan wang ringgit kita kepada mereka. Lebih baik gunakan wang tersebut untuk membantu umat Islam di Gaza..

Ketika ini, saya merasa tak sanggup untuk mengupdate apa-apa kisah peribadi, keseronokan dan kegembiraan yang dirasai kita di Malaysia ini, sedangkan mereka di sana bergelut dengan peperangan yang bukan dicetuskan oleh mereka. 

Mari sama- sama improve diri, perbaiki hubungan dengan pencipta kita, perbanyakkan doa. Agar Allah beri kekuatan kepada mereka untuk menentang tentera Yahudi Laknatullah.

Lailahaillallah..
Tangisan kami di sini, tak sederita tangisan mereka di sana.
Allahu akbar!
Ya Allah..
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami,
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza,
Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza.
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami.
Aamiin.

17 November 2012

Pray for GAZA!

Allahu akbar! Kehidupan kami ini terlalu selesa. Mereka pula saban hari berdepan dengan peluru-peluru, bom-bom dan tembakan-tembakan. Ya Allah, selamatkan mereka. Jika terkorban, syahidkan mereka Ya Allah..

 Always make do'a for them

16 November 2012

Takde apa yang lebih menarik

Dengan rasa rendah diri, ingin sekali saya katakan bahawasanya takde ape yg lebih menarik melainkan sayang dan perhatian Allah kepada kita. UjianNya menunjukkan yang diri kita ini dipandang Allah. Maka, bersyukurlah. Tika diri ini jauh dariNya, muncul sesuatu yang menarik kembali diri ini berada di landasan. 
Allahu akbar!
Allah Maha Besar!
Allah Yang Maha Agung!
Apa yang dilalui baru-baru ini, amat menakutkan saya. Terasa dekat dengan mati, seolah-olah ia memanggil-manggil, tapi Allah jua yang lebih tahu. Takut kerana terlalu sedikit amalan yang dilakukan. Sungguh saya takut. Semoga Allah beri kesempatan untuk saya melakukan amal kebaikan. Kasih sayang Allah sangat hebat dan indah! Subhanallah. Indah sangat. Jika kita punyai kesedaran, air mata pasti akan mengalir. Kita selalu melakukan dosa sama ada sedar atau tidak, tapi Allah selalu beri ruang dan peluang.  Apa pun yang berlaku, kita perlu kembali kepada fitrah mencintai Allah dan Rasul. Semoga Allah merahmati kehidupan diri ini dan seluruh umat Islam. Aamin.




15 November 2012

Hospitalized

Bilik rawatan emergency


Wad ke-3: Tempat masuk air dengan amek darah. Sakit! Hehe.

Dah senyum-senyum sikit, tapi malam tu sakit datang balik


Keluarga datang melawat

Wad ke-2: Muka saya pucat

Anak-anak sedare yang xdapat naik tengok makteh

Mak jadi nurse. Huhu. Time ni baru lepas pindah wad dari bilik rawatan emergency. Dah x berdaya nak duduk.

Ni kena amek darah lagi.

Masuk air
Ni waktu pukul 3pagi: Amek darah lagi untuk kali yang ke-5. Dekat subuh Dr. India pulak datang. Amek darah lagi..