21 December 2012

Misteri-Misteri

Salam. Kamu- kamu, sila jangan baca kalau kamu- kamu ada masalah ketakutan melampau ye. Hari ni Mak Jemah nak share cerita kehidupan Mak Jemah yang dilanda beberapa perkara yang kadang-kala menjadikan Mak Jemah penakut. Hehe, (amboih, MAK JEMAH kau!). Entry- entry sebelum ni aku ada share beberapa cerita berkaitan kejadian misteri kan? Tapi, tu semua sebahagian a.k.a secebis je. Ni ada lagi la sambungannya.. Dah bersedia?? Let's go!
*
*
*
*
Okey. Sebelum ni aku ada tulus entry pasai masa kecik-kecik aku selalu dengar orang bagi salam kat luar rumah, tapi bila g tengok, takde orang. Ingat tak? (Tak hengat sudahhh! Haha) Ni ha aku bagi link entry tersebut : BEBERAPA KEJADIAN MISTERI. Jadi, benda-benda tu tak berhenti kat situ je, sampai aku masuk UTM pun still diganggu macam tu. Masa dekat UTM dulu aku stay bilik 
1) UA1 1042
2) UA1 1092

Bilik UA1 1042 tu, okey. Takde pape. Tapi, bilik UA1 1092 tu macam seram sikit. Kalau petang-petang lepas Asar, selalu la aku dengar ade orang bagi salam kat tingkap ataupun ade orang panggil-panggil nama aku macam berbisik gitu. "kilaaaaaaa...~ shakilaaaa...~" (Kalau nak lagi seram bunyi nye, mai jumpe aku. Aku bisik kat telinga korang!) Haha. Mungkin akan ada yang kata 'eleh... ni mesti kerja budak-budak yang duk bilik dekat dengan ko ni'... Kalau korang jadi aku, korang akan tahu. Sebab suara tu bukan suara Saidatul atau pun Raidah. Saidatul dengan Raidah tak pernah buat kerja menyakat gitu. Melainkan aku je yang selalu kacau diorang kat tingkap bilik diorang tu ha. Gpun benda tu kerap sangat, sampai aku jadi lali dan buat tak tau je. Macam mana aku yakin bukan kawan-kawan yang menyakat? Sebab setiap kali ada orang bagi salam tu, aku cepat2 g tengok kat tingkap tu, tapi takde orang pun. Mula-mula aku ingatkan aku berhalusinasi ke ape. Tapi, lepas salam-salam tu aku tak pernah jawab, die dah pandai panggil nama pulak dahhh.. Haihh. Tak tahan aku. Seram woo. Kalau die menjerit panggil nama aku tu xpe jugak. Ni mesti nak jugak berbisisk kat telinga ni ha.. Hadooiii.

Kalau duk kat dalam bilik tu sorang-sorang, selalu rasa macam ade orang sedang menenung dan memerhatikan aku. Kirenya perasaan tu macam ade orang duk kat satu penjuru bilik, duduk secara statik sambil khusyuk perhatikan aku. Haa, gitulah yang aku rase. Kadang-kadang tu memang seriau jugak. Tapi, aku buat tak tahu je. Cuba alih perasaan takut tu dengan bukak audio orang mengaji. Rasa kurang sikit seriau tu.

Dan! Yang lagi best! Ada 1 malam tu, aku ltih sangat. Sebelum pukul 10 dah start nak tido dah. Baru je nak terlelap, tiba-tiba tilam aku tu melendut betul-betul dekat perut aku. Kirenya macam ade orang duduk. Tapi, takde orang pun. Serta-merta meremang bulu roma aku. Ngaaaa... Aku pun cuak-cuak la jugak. Terus terkumat- kamit aku mengaji. Fuuhh.

Hm. Okeylah. Bersambung lagi nanti! Tata.

2 comments:

  1. die nk kawan ngan ko tu shakila.... ko ni sombong xnk kawan ngan die plak..:p

    ReplyDelete
  2. haha. ape la ko ni shila. aku nk kwn dgn ko je

    ReplyDelete