30 December 2012

Running Man

Dulu-dulu, aku tak tahu pun Running Man tu ape. Ni semua kerja si Fatim Nasuha. Haha. Dia la yang suh amek Running Man dalam pendrive dia tu. Mula-mula aku malas je nak amek. Tapi tup-tup tengok ada je folder Running Man kat dekstop. Haih, Fatim, Fatim.

So, oleh kerana kebetulan time tu nak rest dari buat assignment, aku pun testing bukak 1 per 1 folder Running Man yang ada kat dekstop tu. Sebelum ni, pernah cakap kat Fatim "ish..aku x minat sangat kalau TV show yang macam gini..macam serabut je..".. Okey, lepas je bukak ........ "kekekekeke... hahahaha....hahahaha... hehehehhee... hihihihihi..."

Gelak sorang-sorang aku dalam bilik tu. Start daripada tu aku mula la eager je nak cari episod-episod Running Man yang aku takde. Hmph. Ape lagi, balik je kelas memang terus terkam laptop tengok Running Man dulu. PSM, aku jeling pun tak. Hehe. Sampai aku kunci pintu bilik tak mau orang kacau aku tengok Running Man. Haissh. Fanatik sungguh time tu.

Tapi, aku takdelah sampai nak memuja Running Man tu. Huu. Tapi, rasenya memang bestlah Running Man! Daebakk!. Okey, panjangnya intro. Sudah, cukup sudah.

RUNNING MAN!
 

Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Haha, Kim Jong Kook, Song Ji hyo, Kang Gary, Joong Ki. Mula-mula dulu kan ada Joong Ki. Tapi, aku tak berapa suka dia, walaupun diakui rupanya memang cute. Hehe. Paling kelakor rasenya Kwang Soo la. Haha. Gary tu pulak jenis tak pandai nak menipu. Nampak sangat lah dia suka Ji Hyo. Dan memang tak boleh jadi spy. Wakaka. Jae Suk, pandai cover line. Haha pulak kalau dah datang prangai gile-gile dia, hmmmph memang lah. Kanak-kanak betol. Ji Suk Jin paling kesian. Jong Kook payah benor nak kalahkan dia. Tapi, episod yang latest ni dia macam selalu kalah dengan Kwang Soo. Haha. Yeah!

Tapi, dalam banyak-banyak episod, aku paling suka time Jae Suk dengan Gary tolong sorang nenek ni dengan cucu dia nak turun bukit. Padahal time tu diorang ada mission nak kena buat. Time tu dalam hati "waaa... bagusnya.." Dan dalam episod yang sama jugak, time diorang kena lontar coffee cup masuk dalam tong sampah tu, kalau korang noticed, Jae Suk kutip balik ais-ais yang jatuh atas lantai dekat tong sampah tu. Yela, kalau nak ikutkan dia tu kan artis, tapi maintain nilai-nilai yang macam gitu. Kan kotor nak kutip balik dari lantai masuk dalam tong sampah.

Itulah. Jangan kita tengok nak gelak-gelak je sebenarnya. Cuba try noticed benda-benda positif yang boleh dicontohi. Banyak sebenarnya. Tapi, bab yang diorang makan b**i tu tak yah ikut lah. Nak muntah pulak aku tengok. Haha.

Ariyoss.


No comments:

Post a Comment