Salam. Hari ni pegi klinik sebab kudis-kudis tu dah makin teruk! Macam makin merebak je. Jadi, jumpa Doktor yang baik hati tu. Haa. Ape lagi, kena cucuk dekat tuuuuut*. Aaaisshh! Doktor tu kata, "dik... awak ni dah kena KUDIS BUTA!".. Ya Tuhan.
Kamu-kamu tahu ke kudis buta tu apa? Tak tahu Google je la. Macam aku ni kena kudis butalah. Lepas cucuk, Doktor bagi ubat. Ubat lagi??! Hmph! Banyak pulak tu. Siap dengan sabun mandi lagi. Total tadi kena bayor RM126! Erks. Termasuk ubat demam mak sekali. Ayoyo. Hm, xpelah. Harap- harap serasi lah dengan ubat tu semua.
Ada 1 losyen klinik tu bagi, kena pakai. Lepas pakai, keesokan harinya aku tak boleh mandi! Haha. Aku suka la part tak payah mandi tu. Sebab aku ni takdelah rajin mana nak mandi. Kih3. Pengotor! Wewee~ Tapi, sebenarnya bukan aku malas mandi. Al-maklumlah, dengan keadaan tangan yang bengkak-bengkak, bernanah dan berkudis macam gini, aktiviti mandi tu jadi slow motion belaka. Nak pegang sabun pun tak boleh. Nak buka paip pun susah sikit. Kebiasaannya, time mandi dalam 15 minit je. Tapi, sekarang dah up jadi 1 jam. Huhu.
Ape boleh buat? Nasib badan ye tak? Besabau aje la..
Okey, tata. Nanti kita story the mory lagi yer.
No comments:
Post a Comment