25 December 2012

Makin Banyak

Assalamualaikum. Hati ni ada rasa sedih sikit sebab baru balik dari UTM. Bukan sedih sebab dah kena balik rumah. Tapi, sedih sebab lepas ni dah agak payah nak berjumpa dengan member-member kat sana. Hm. Takpelah. Sedih lagi 1 adalah disebabkan bintik-bintik bernanah ni dah makin merebak banyak di telapak tangan. Sakit. Tapi, tahankan aje la. Ingat balik ni nak cucuk ubat. Dah makin teruk, risau pulak. 

Selalu tanya kenapa ye selalu je lepas 1, 1 penyakit datang. Ada je. Tak dinafikan memang aku tak menjaga kesihatan dan amalan. Serve your right! 

Tapi, takpelah. Sekarang tengah berusaha nak mengubat benda alah ni. Tawakal aje la. Aku redha je walau apa jua yang jadi dan berlaku. Orang memang lah boleh cakap apa saja. Tersentap dengan ayat yang diperkatakan seseorang " kifarah dosa. jangan sampai jadi bala ".

Lepas ni, nak mendiamkan diri dari alam Facebook dan Handphone. Mau berehat. Jangan kacau saya. Apa-apa update pun mungkin di blog sahaja. 

4 comments:

  1. makin teruk ke mek..?? dah pegi klinik belum..??

    ReplyDelete
  2. baru g klinik pagi td. baru tau yg krim gamat tu buat die makin merebak. haha. td aku kena cocok kt punggung. aissh!

    ReplyDelete
  3. oh ye ke... sakit tak kena cucuk..??skarang dah makin ok ke tak..??

    ReplyDelete
  4. mau x sakit.. haha.. kebas2 aku rase smpai ke mlm.. alhamdulillah, dh makin okey.

    ReplyDelete