30 November 2012

Wow! Menarik!

Assalamualaikum.. Haa, nak bagitau ni. Saya macam tertarik nak buat 1 kajian yang bertajuk "Bolehkah manusia diprogramkan untuk menjadi pembunuh?"... Ngeee.. Baru-baru ni saya ada la tengok kat Discovery channel. Orang luar negara (lupe la negara mana), dah buat 1 kajian pasal tajuk ni la. Menarik gile. Tapi, saya tak berapa nak percaya sangat dengan hasil diorang, sebab bila dah masuk TV, kebanyakan input banyak yang dah diedit.

 "Bolehkah manusia diprogramkan menjadi pembunuh?!!"

Ok. Maksud 'diprogramkan' itu adalah diprogram menggunakan hipnosis. Dalam kajian tersebut, beberapa pakar iaitu pakar hipnosis (lupe nama dia), pakar pathalogy (lupa nama jugak), doktor perubatan, dan pakar psikologi bekerjasama. Nak menjayakan kajian ni, diorang memerlukan antara satu sama lain. Kenapa? Nanti I tell you why. Ngee. Kajian yang dibuat ni merupakan satu kajian eksperimental kepada manusia menggunakan hipnosis! Huu.

First step, diorang menjalankan pemilihan subjek kajian a.k.a responden kajian. Ramai yang sukarela nak jadi "bahan kajian", tapi, hanya 20 orang sahaja yang terpilih untuk level pemilihan yg seterusnya. Banyak tahapnya tau... Pengkaji-pengkaji ni sebenarnya nak pilih sorang je individu yang betul-betul compatible untuk kajian ni. Proses pemilihan diteruskan dengan sesi pra-hipnosis, iaitu proses hipnosis 'basic' dalam sebuah bilik yg dipasang video kamera.. Pakar hipnosis (Dr X) akan hipnosis la 20 org participants tu. Manakala, pakar2 yg lain duk kat sebuah bilik yg lain akan observe melalui kamera yg dipasang di bilik hipnosis tu. Mereka akan observe facial expression, body gesture, dan lain2 la. Hipnosis ni yang asas dan simple-simple je.. Dalam level pemilihan yang ini, mereka nak kenalpasti antara participants 20 orang tu, yg mana paling mudah untuk dihipnosiskan. Wow! Hasilnya, ada jugak yang menipu. Konon-konon diri mereka dah dihipnosis. Tapi, pakar-pakar ni semua tahu siapa yang menipu dan siapa yang benar2 dh dihipnosis. Ok, hasil pra-hipnosis tu, tinggal dalam 16 orang je yg berjaya ke peringkat pemilihan seterusnya.

Level seterusnya, 16 orang baki participants ni tadi akan dihipnosis sekali lagi. Semasa dalam hipnosis tu, mereka diberi gambaran pergi ke sebuah restoran, dan tiba-tiba merasa panas yang teramat sangat dan menyebabkan mereka membuka kesemua pakaian kecuali 'pants'.. Ok. Lepas diberi gambaran sebegitu, mereka kemudiannya, dibawa betul2 ke restoran. Result: Memang hipnosis tu ada yg betul2 menjadi. Ada la 4 orang yang betul-betul dihipnosis. Yang selebihnya tu cuma berpura-pura. Macam mana tahu? Again. Kamera tersembunyi. Hehe. Melalui observation dr pakar-pakar la.  Yang kelakar tu, ada la sorang participant perempuan tu, masa dia tanggalkan pakaian dia (except pants) sempat lagi jeling-jeling org sekeliling. Maybe dia rasa malu. Menurut pakar- pakar tersebut, kalau org tu betul2 dihipnosis, mereka xkan ada kesedaran untuk memerhati keadaan di sekeliling, yg diorang akan buat cumalah menurut apa saja "gambaran" yg dah diberikan semasa hipnosis tu.

Akhirnya, tinggal la 4 org sahaja. Ok, test yg seterusnya ialah keempat-empat mereka ni akan dimasukkan ke dalam satu tab mandi yg dipenuhi ais dan air, mengikut giliran masing-masing setelah diri mereka dihipnosis. Suhunya sangat sejuk. Tujuannya, adalah untuk melihat tindakbalas fizikal tubuh badan terhadap suhu. Kan pengkaji tu diorang nak cari individu yg betul-betul berjaya dihipnosis sepenuhnya, sebelum disedarkan balik. Jadi, mereka nak tengok lah sama ada suhu air yg sejuk dipenuhi ais tu memberi kesan atau pun x kepada tekanan darah, suhu badan, dan lain-lain, serta menganggu x hipnosis tu. Mungkin disebabkan suhu terlampau sejuk, effect pada otot mereka, jadi kejang dan seterusnya menganggu menyebabkan diorang tersedar dr hipnosis tu sebelum pakar sedarkan mereka. Masa juga akan diambil nak tengok berapa lama participant boleh duduk dalam air tu. Tapi, Dr. perubatan (Dr. S) x bagi participant tu duduk dlm air lebih 2 minit, takut effect kesihatan diorang. Dan untuk ukur tekanan darah apa semua, banyak la wayar2 dipasang pada participants tu. Banyak la teknologi2 digunakan. X reti nak sebut nama alatan yg digunakan. Ada monitor yg akan paparkan suhu badan mereka, tekanan darah dan lain-lain. Hipnosis pada ketika ini dilakukan dengan memberi arahan kepada calon iaitu: " Sekarang kamu akan masuk ke dalam tab mandi yg dipenuhi ais ini, tapi kamu tidak merasa sejuk, bahkan kamu selesa dengannya kerana suhunya yg suam"...
Resultnya: Antara 4 orang participants tu, hanya seorang sahaja yang berjaya sebab dia boleh duduk dalam ais tu selama 1 minit 5+ saat gitu.. dan tiada ketegangan pada otot-otot die, malah die berjaya mengekalkan tekanan darah dia. Sebab tu la dalam kajian ni perlukan kerjasama dr pakar2 tertentu sebab nak kawal benda- benda ni la..  yg lain-lain cuma mampu bertahan secara puratanya dalam 5+ saat gitu je.. Ini menunjukkan hipnosis kepada 3 participants tersebut terganggu. Means, while doing hypnosis process they will easily get distracted. So, this condition will destroy the experiment. So, macam mana mereka nak 'programkan' individu menjadi pembunuh?? Jadi, resultnya, hanya sorang je yg berjaya untuk menjadi responden bagi kajian ini iaitu Mr.X yg bekerja sebagai warden penjara. Muka die pun boleh tahan ganasnye.

Jap eh, sambung lagi nanti bila dah kembali rajin nak update pasal ni. :D

No comments:

Post a Comment