26 December 2013

Allahuakhbar~


Assalamualaikum..

Allahuakhbar!
Ya Allah.. Moga aku membuat keputusan yang betul..
Walaupun aku tahu ada hati yang disakiti..
But I have to.

Astaghfirullahalazim..
Aku tak mampu lagi nak menjaga hati semua orang
Hati ni dan jiwa ni.. terseksa..

Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Maaf..

Moga Allah jua beri kekuatan pada aku..
Aku bukanlah yang terbaik..
Yang dapat membahagiakan semua orang...
Allah... Sakitnya~

Sakit yang dah lama dipendam..
Ya Allah.. ampuni aku sekiranya keputusan ini mengecewakan ramai pihak..
Hanya padaMu kuserahkan segalanya..:'(

Post ke-200..
Ini...
Aku redha Ya Allah..
Andai ini adalah yang terbaik untuk kedua-duanya..
PetunjukMu ku pohon lagi.. 

25 December 2013

Kasih SayangMu Tuhan...



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

23 December 2013

Arwah Aki Seman


Assalamualaikum..

Lupa... Dulu aku pernah tulis pasal sorang Aki ni.. Dia selalu buat aku touching.. Banyak jasa dia.. Dia la sikit-sikit bagi kasih sayang seorang 'ayah' dekat aku..


Tapi, raya ke-2 Aidilfitri ritu... Dia dah takde.. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman. Amin.

Ni link yang aku tulis dulu:
Aki Seman

Sedih... :(

Dalam keadaan Tak Pasti. Maaf..


Assalamualaikum..

Fuuhh! Tiup-tiup habuk.
Lama tak update.
Sebab takde cerita menarik nak share. :D

Cuma, sekarang ni..
Hati tengah gundah-gulana..
Erm.. Erm..

Sebab, sebab.
Ada perkara yang tak pasti sedang berlaku.
Jodoh.
Yep.
Saya taknak begitu yakin dan pasti.
Sebab Allah jua yang menentukan.

Masalah kita yang utama tulah..
Kita rasa orang tulah jodoh kita..
Orang tulah yang akan jadi pemimpin kita..
Walhal semua tu tak pasti lagi.

Kenapa bongkak yakin sangat?
Astaghfirullahalazim...

Aku lupa, Allah jualah yang berhak dan berkuasa membolak-balik kan hati manusia.
Mungkin aku tak disayangi lagi..
Mungkin aku tak berharga lagi.. :(

Mungkin one day akulah orangnya yang akan mengecewakan ramai pihak.
Mungkin aku jugalah orang yang ditinggalkan.

Ya Allah.
Temukanlah aku dengan dia yang telah Kau jodohkan untukku.
Yang mana mengingatku kepadaMU.
Dan bukan yang melalaikan aku.

#Takpasti #Confused

26 November 2013

It was so sad...

I feel so sad..
Tak tahu macam mana nak story.
Memang better pendam, pendam dan pendam.
Kalau luah sekalipun macam mencurah air ke daun keladi sahaja.
Mungkin kalau kita dah takde baru nak dihargai agaknya.
Tak tahu la.
That's why saya rasa bosan.
Bosan mengulang apa yang dah dibagitahu..
Mungkin itu semua salah saya.
Saya gagal untuk faham situasi dan masalah orang lain.
Saya memang bersalah.
Tapi, I really hate when people choose to keep in silent as their solution.
For me, when keep in silent, there is no solution has been made.
And for sure, there is no improvement whether in relationship or works matter.
Thus, when they choose that way, I have my own way too.
I do hate when they cannot accept the fact and not even try to overcome their weakness.
Then, still blame on me.
Okay, I 'll accept that.
Until when we will stick on the same situation and the same issues?
That is what "bosan" means to me.
Yes, I really hate you if you are run away from the problems.
You told me before that, I was the person who always run away from the problems.
But now, what can I see is you are the one who always keep in quit and do nothing when problem arise.
You know how I felt??
.........

27 October 2013

#feelings!



Assalamualaikum.

Lama tak update. Sebabnya, malas lah. Dah takde sebab lain lagi. Lately, mood unstable sikit. Sebabnya, banyak assignment. Bila banyak, tak tahu nak mula yang mana. Memang kena buat list, much better. 

Bila mood unstable tu, erm faham-faham aje lah. Mulut ni memang terkunci habis. Malas nak bercakap and tak mahu diganggu. Duduk sorang-sorang, much better. Takut-takut menyakiti hati orang lain pulak. Berdiam lebih baik. Malas nak layan sangat borak-borak ni sebab dari situ bermulanya tendency untuk buka cerita-cerita yang takde kena-mengena ataupun orang kata, tak berfaedah. Lepas tu, meleret-leret cerita pasal orang lain. Bajet diri aku ni baguss sangat. 

Well, mungkin sebab tengah ‘cuti’ ni angin je satu badan. Rasa berasap je sekarang ni. Pantang orang salah cakap sikit, pantang orang annoying sikit, habis aku jadi menyampah. 

Sekarang dah macam tak fokus. Tak tahu apa yang mengganggu. Common Shakila! Balik semula pada perjuangan yang asal! Jangan hanyut, jangan hanyut. Astagfirullahalazim..

Belajar, belajar. Fokus belajar. Master dah ni. Jangan main-main. Orang lain, ada cita-cita tinggi menggunung belaka. Ko? Asik berangan nak jadi surirumah sepenuh masa je kerja nya. Tak bercita-cita langsung. Jangan la biarkan orang label ko sebagai ‘lari dari masalah’. Yes, there was one person labelled me as that. 

Thank you. I appreciated your words. Make me realised, what was your thought. But then, later please jangan blame atau questioning why I treat you badly. 

Tak tahu kenapa sekarang ni sangat rasa diri sendiri ni dah makin selfish. Malas nak ambik tahu pasal orang. Malas nak ambik berat. Bercakap ikut sedap mulut. Malas nak tolong dan sebagainya yang berkaitan dengan my trying to get far from peoples. Aku noticed, sekarang aku dah macam bina barrier ataupun gap dengan orang sekeliling. Aku rasa macam aku dah makin cuba menjauhkan diri dari orang sekeliling. 

Aku tak tahu kenapa, aku nak jauhkan diri. Sebab, aku rasa serabut yang amat. Mungkin ke ni semua effects apa yang jadi dulu masa kerja? Aaah. Badigol betul la. Samdol. Menyampah sungguh la bila sebut pasal kerja yang dulu tu. Just get out!!


08 October 2013

Sesuap Nasi


Assalamualaikum..

Apa yang ada dengan sesuap nasi? Dengan sesuap nasi itu lah, kita mendapat sedikit tenaga daripada rezeki yang Allah bagi walaupun kadarnya sedikit. Dapat juga nikmat merasa makan selepas merasa kelaparan.

Dan nikmat yang paling bernilai bilamana anak-anak mendapat sentuhan kasih sayang daripada suapan nasi ibu ke dalam mulutnya. What happen kalau masa kita bayi@ kecik-kecik dulu, mak kita tinggalkan kita dan tak beri apa-apa makanan kepada kita even sesedut susu badan? Ada tak orang lain yang nak jaga dan memberi sedikit kekenyagan kepada kita?

Walaupun berada dalam kehidupan yang miskin dan susah, ibu bapa yang bertanggungjawab akan memastikan anak-anak nya tidak lapar & kebulur. Mereka akan berusaha mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak. Walau hanya nasi berlaukkan air garam.

Sedih...

Sedih sekiranya masih ada lagi ibu bapa yang tidak menghargai rezeki terbesar yang Allah berikan kepada mereka iaitu "anak-anak"..

Sedih melihatkan berita akhbar yang melaporkan kes pengabaian 6 orang anak kecil baru-baru ini.
Sanggup ibu & bapa meninggalkan mereka dalam kelaparan.




Dulu, kami juga hidup susah. Walaupun takde beras dan lauk nak makan, mak kait buah kelapa muda je bagi kami makan. At least, jangan tinggalkan anak-anak.

#Rindumaksayangmak

03 October 2013

Apa Sebenarnya..


Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dan hati.
Monolog selalu bermonolog..
Hmm..
Aku rasa aku kena pergi sesi kaunseling kot..

01 October 2013

Where are you?


Assalamualaikum.

Bila stalk FB kawan-kawan, teringat dekat sorang kawan ni.
Rasa rindu pulak. Haha.
Tak tahu dia di mana.
Semoga Allah melindungi kehidupan dia.

Hope one day, that friend will text me.

I miss the moment with you. Huhu.

29 September 2013

Childish A.K.A kebudak-budakan


Helo. Helo. Helo. Assalamualaikum.
Baru rasa lega sikit sebab first task Research Method hampir siap. Tinggal video je tak buat lagi.
Tak buat lagi sebab laptop ni kalau rakam video, sound dia sangat slow.
Jadi, hold dulu.

Kenapa tajuk di atas macam tu? Sebab, sebab, sebab itu adalah realitinya. That's the fact lah kot yang aku terpaksa hadap dekat sini. Why? Aku pun tak tahu lah kenapa kakak-kakak dalam kelas tu suka kata aku budak-budak. Sebab umur aku paling muda ke? Aku pun tak tahu la. Maybe betul la kot aku tak matang agaknya. (Aku rasa nak sepak mulut orang tu). Haha. Walaupun tak berani.

Dia tak tahu la tu ini adalah isu SENSITIF! Sensitif okey. Okey, okey. Baiklah, Mungkin aku kot yang tak faham realitinya dia ada mulut dan boleh cakap apa sahaja. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku pun ada perasaan. Eh, ada ke? Haha.

Tapi.. Aku rasa dia lagi budak-budak dari aku. Aku rasa la. Aku rasa.

Dah, takkan la aku nak pergi operate muka ni buat pembedahan plastik pulak nak bagi nampak matang sikit. Ape daaa.

Tak apelah. Dah name pun manusia. Sila belajar untuk terima kekurangan orang lain ye. Dia yang selalu cakap macam tu dek kerana kekurangan dia yang tak tahu nak menjaga hati dan perasaan orang lain.



Childish pun childish lah. Awet muda sikit. Hihi.
Besabor aje la. :)

28 September 2013

Nak Buat Macam Mana Ek?


Aduuhh.. Aku tak pasti lah sama ada aku ni trauma ke apa.. Haha. Sakit, sakit, sakit lagi hati ni. Aku selalu didatangi dalam mimpi apa yang jadi masa kerja dulu. Rasanya, tak perlu diberitahu pun dekat mana. I hate it! Sebut je nama tempat tu, segala benci datang bertandang. Memang, dulu aku benci perbuatan. Tapi, at the end dengan orang-orang tu aku benci sekali.

Susah. Susah. Memang susah kalau nak memaafkan. Nak mintak maaf senang je. Tapi, nak memaafkan tu memang sangat-sangat-sangat susah. So, please. Aku pun tak tahu lah. Bila aku tertengok gambar mereka-mereka itu, serta-merta aku akan blok segala benda-benda baik (ada ke?) yang diorang ada. Sebab, benda-benda jahat diorang buat tu lagi banyak dalam memory ni.

Kawan aku kata, aku kena belajar untuk memaafkan. Kalau tak, aku tak akan tenang. Mungkin betul jugak. Tapi, susah. Macam yang aku cakap tadi lah. Ambik masa.

Yes, aku bukan baik mana pun. Tapi, aku just nak cakap:

UNTIL TODAY AKU BENCI KAU, KAU DAN KAU! AKU TAK RELA & TAK REDHA DENGAN SETIAP APA YANG KAU, KAU DAN KAU CAKAP DEPAN ATAU BELAKANG AKU.

3 most hated person. They were them!

Aku, benci orang yang suka menipu.
Aku, benci, orang yang menindas orang lain hanya semata-mata nak capai apa yang dia nak.
Aku, benci orang yang bacul dan penakut. Cakap belakang.
Aku, benci orang yang cakap tak serupa bikin.
Aku, benci orang yang suka menganiaya orang lain.
Aku, benci orang yang berpura-pura baik. !


Please 3 of you go away from my mind! Menganggu hidup aku.

#kesanpsikologiapayangberlakuemosidankognitif

Ya Allah, ampunkan aku kerana belum mampu memaafkan 3 orang itu. Hanya kepadaMu aku memohon petunjuk agar dilembutkan hati ini untuk memaafkan. Lembutkan hati ini, Ya Allah. :(




27 September 2013

Kesiankan sahabat, doakan dia.


Dalam aku tenggelam dengan perasaan gembira,
tak aku sangka seorang sahabat sedang berduka.
Ternyata hatinya ketika ini sedang berkecamuk dan gundah gulana.
Aku, turut  sama merasa sedih dan dukacita.
Apa yang terdetik selama ini, disahkan benar dengan cerita itu.

Sebagai sahabat, aku tak mampu membantu untuk memulangkan apa yang dia hilang.
Tapi, aku cuma mampu berdoa, moga Allah bagi kekuatan pada dirinya.



23 September 2013

Trypophobia!


Eeeiii. Eeeiii. Eeeiii. Geli, geli, geli, geli dan geli geli geli! Aku rasa adrenalin dalam badan ni laju je mengalir. Aku rasa macam nak gigit, nak potong, nak kerat-kerat nak siat-siat kulit aku sendiri kalau nampak gambar yang ada benda bintik-bintik banyak. Geliii!! Contohnya, telur ikan, telur katak, lubang-lubang kecik, eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Kalau aku tertengok gambar macam tu, konpem denyutan jantung aku ni laju giler. Aku rasa macam seriau, macam berderau darah. Eeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Mulalah ni haa aku nak menekan keyboard kuat-kuat. Aku rasa kalau ada pen atau pensel ke time aku tertengok gambar tu, konpem patah- riuk pen tu aku kerjakan.

Korang search la sendiri Trypophobia tu apa. Eeeeiii. Geli-geleman aku!

Aku lagi rela tengok gambar tangan orang kena potong ke, cedera parah berdarah-darah ke dari tengok gambar gituuuuuuuuuuuuuuuuu.. Aisshh!

#rajinpemalasberanganitujetahu


Assalamualaikum.

Baru lepas google-google. Kononnya nak cari bahan untuk kelas esok, tapi nak cari benda lain, benda lain pulak dijumpai. Hehe. Biasalah tu. Last-last, dapat cari sejemput je apa yang nak dicari. Tapi, hokeyyy la dari takdek.

Semalam Allah bagi kesempatan dan rezeki pergi kuliah agama. Kuliah Dr. Maza. Wow! I'm totally amazed! Bukan rasa terpegun dengan beliau as "lelaki", tapi terpegun dengan pengaruh dan ketokohan beliau. Sangat berbeza dari yang lain. Bukan itu sahaja, ramai kot orang yang datang. Penuh satu dewan.

Semoga next time boleh pergi lagi. Banyak benda boleh belajar. Rasa rendah diri sebab banyak benda tak tahu. Haha. Aku pun tak tahu lah kenapa hati ni macam kena tarik nak berubah. Tapi, aku malas nak layan sangat, sebab biasalah aku ni. Selalu "hangat-hangat tahi ayam je". Aku just follow the flow je la dulu. Orang ajak, aku pergi. Malas nak beria-ria. Biar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak gitu?

Tapi, aku sekarang malas nak guna konsep "berubah". Bila aku guna konsep tu, buat aku rasa berat dan malas. Aku pun jadi menyampah. Jadi, aku guna konsep "belajar". That's better, aku rasa.

Makanya, tak yah la beria-ria lagi. Slow- slow tambah-tambah apa yang takde.

Aiiiih. Melalut mengada-ngada pulak dekat sini. Aku nak cakap benda lain, benda lain pulak aku tulis. Gitulah sokmo.

Aku ni pemalas pulak sejak 2, 3 menjak ni. Aacanerr kerja nak siap? Huhu. Berangan je reti. Hihi. Mestilah, berangan nak kahwin. Haha. *Gatal*. Aku berangan je.




Tapi, orang kata takbaik sangat kalau asyik berangan je. Lebih baik berdoa kot. Jadi, kena rajin berdoa la ye. Semoga urusan nak kahwin tu dipermudahkan Allah dalam kemuliaan. Amiin. Jadi jangan sape-sape nak kata aku GATAL. Haha. Sebab, aku tak gatal ye. Aku takde kurap. Aku ada alergik je.


Makanya, sebelum mengada-ngada nak bernikah, aku kena belajar betul-betul supaya nanti dapat praktik ilmu ke alam nyata. Jadi kalau gitu, kena la habiskan study dan sungguh-sungguh belajar yerk. Nanti boleh grad sekali lagi. Yeah! Mudah-mudahan Allah izinkan.




21 September 2013

Grab the beautiful life!



No matter how hard it is, I have to try.
The time ticking too fast.
Oh, no!
Back then, I wasted my whole life.
No aims, no ambitious.
Just followed the flow.
Then, myself flew away.

I’m here right now.
Yes, I’m ready.
Insha-Allah.


#Biarlah dikatakan terpaksa melakukan kebaikan daripada rela melakukan kejahatan.


18 September 2013

Adjustment


Aku sekarang berada di UKM.
Life was like heaven!
Heaven sebab kelas tak banyak dan tak selalu ada.
Assignment pun tak banyak.
Date line pun lambat lagi.
Tapi..
Ada benda yang dirisaukan jugaklah yang sebenarnya.
Studying in Master level is not the same as Degree level.
Banyak benda yang tak sama dan berbeza.
It is quite challenging because most of the time, I need to study by myself.
I need to search for the extra information related to the enrolled subject.
And for sure, benda yang paling merisaukan ialah pembahagian masa.
Bila rasa diri terlalu free, kurang tekanan, mulalah kemalasan muncul.

Haihh. Tak boleh. Tak boleh.
Bahaya!
Nak atau taknak kena adjust dan start enjin.
Kena ubah pemikiran
Maknanya kena berfikir luar dari kebiasaan
Agaknya la kot.
Banyak benda kena adjust.
Huhu.

Socially, aku kena belajar step by step untuk develop semula trust dengan rakan-rakan
Dulu masa dekat UTM, ada peristiwa yang pernah terjadi menyebabkan aku macam agak susah nak percaya ataupun create bonding yang terlalu close dengan siape-siape saje.
Maybe, sebab itulah kot aku prefer untuk stay di bilik single. Takde roomate.
Lone ranger. Sebab, diri yang penakut.

Tapi, dekat UKM ni aku ada roomate.
So, kena lah belajar sesuaikan diri dari tak beroomate kepada situasi beroomate.
Hehe. Best jugak ada roomate.

Dan pelbagai lagi adjustment yang perlu dilakukan.
Especially keadaan environment di UKM ni yang mana tak sama la dengan UTM.

#peace.


08 September 2013

Mengantuk...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah ada dekat UKM Bangi! Heehee.
Malam tadi duk mengemas barang-barang sampai pukul 1 pagi!
Tido lambat, mengantuk.
Dah cuba tido, tapi tak boleh tido.
Biaselah tempat baru. Haha.
Jap lagi ada taklimat, mengantuk ni.
Macam mana la kejap lagi.
Tersengguk-sengguk. Huhu.

Ok, sekian.

#happy#syukur#sayu#terharu#hiduplebihbercitacita#

22 August 2013

X-ray time!


Assalamualaikum.


Tadi busy pergi buat medical check-up. Macam biasalah prosedur kalau nak pergi belajar. Huhu.
Check mata, gigi, x-ray dan macam-macam lagi. Tapi aku pergi Medical check-up dekat Klinik Kesihatan aje. Sebab, nak jimat duit. Kena bayar RM20 je.


Tapi, aku tak lepas urine test! Huu.. Katanya, aku kurang minum air masak. Alaa. Dah kena pergi test lagi sekali pulak hari lain. :( Tak apelah.


Time x-ray lah paling aku kurang gemar. Sebab, sebab, sebab. Eeeeeeiiii tak selesa sungguh la aku. Orang perempuan mesti faham dan tahu kot, kalau nak x-tray kite kena buat hape. Huu.


Setiap kali pergi x-tray, mesti juru x-tray tu LELAKI! Huuuuuuuuuuuuuu...


I hate it! Huaaaaaaaaaaaaaa.


Oh, lupa pulak. HAPPY BIRTHDAY to adik and Lin! :)


21 August 2013

PTPTN


Assalamualaikum.


Isu PTPTN baru-baru ni ternyata hangat jugak yer. Walaupun aku tak perlu bayar pinjaman PTPTN tu, tapi aku turut sama rasa nak marah lah kalau kerajaan jadi nak memasukkan rekod peminjam PTPTN ke sistem CCRIS. Sebabnya, aku pun faham kesan dan akibatnya kalau rekod tu dah termasuk dalam CCRIS. Sudah lah ramai di kalangan kaum muda yang terbeban, nak ditambah lagi beban yang sebegitu.


Aisshhh.


Tapi, semua dari kita tahu yang setiap hutang atau pinjaman perlu dibayar balik. So, bayar aje lah. Yang dah bekerja tu, jangan ler buat-buat tak reti yer... Bayar sikit-sikit pun apa lah salahnya. Huhu. Tak kan tak tahu bayar RM50 je sebulan pun takpe. Tak mampu RM50, bayar aje la RM10. At least bayaran balik pinjaman tu berjalan.


Bab interest yang PTPTN kenakan tu, hmmppphh. Dok tahu lah nak komen menda. Tapi, apa-apa pun, dengar katanya pasal CCRIS tu tak jadi. Mujurlah.




P/S: Agak bagus jugak KJ ni. Nampak lah berguna. Banyak jugak isu yang dia fight untuk orang-orang muda. Huhu. Keep it up! Lepas ni, moga-moga dia boleh buat sesuatu pasal isu-isu sosial anak-anak muda pulak. Berehhhh.


19 August 2013

Status Terkini


Okey. Assalamualaikum.

Belum lambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah dan silap. Semoga amal ibadah diberi ganjaran pahala. Aamin.

Raya-raya jugak, tapi kita semua sekarang memang sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. Mari doakan ramai-ramai supaya kemenangan berpihak kepada penyokong Dr. Mursi. Doakan pertumpahan darah digantikan dengan kedamaian. Moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang di sana. Moga Dr. Mursi dibebaskan, kembali mentadbir dan memimpin negara di sana. Hikmah terbesar; moga kita selaku umat Islam kembali bersatu-padu mempertahankan agama dan hak kita. 

Tak lupa juga doakan saudara-mara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Doakan, doakan, doakan. :)

Perkembangan peribadi terkini, InshaAllah 29hb Ogos ni akan mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UKM. Saya amek course Master of Education (Guidance & Counselling). Matlamat utamanya, nak guide diri sendiri dulu. Doakan. :)

Semoga bila keluar nanti, mampu jadi orang berguna yang berbakti pada masyarakat dan umat Islam sejagat. 

Takde apa yang menarik lagi nak share. Itu je setakat ini. Mohon doa kawan-kawan.

Oh, ye. Lupa, hari ni birthday Halim (24 tahun) dan Adik Ain (6 tahun). HAPPY BIRTHDAY to both of them!

Terima kasih.


28 July 2013

Aku Malu


Selalu aku rasa aku dah bijak dan aku dah pandai
Aku lupa nak lihat apa yang aku dungu dan aku bodoh di sebaliknya

Selalu aku sibuk nak tengok dan lihat kekurangan orang lain
Sedangkan aku tak tahu yang Allah Maha Berkuasa merubah orang lain menjadi lebih baik dari aku
Silapnya, aku lalai lagi melihat kesilapan diri

Yang mana
Banyaknya dan ramainya mereka yang sudah terkecil hati
Tak aku peduli
Ampun, maaf aku pinta

Malunya aku bila dikenangkan terlalu banyak kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri
Memang benar, ada sesuatu yang Allah telah rancangkan.

12 July 2013

Salam Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa.
Jangan lupa kaut banyak-banyak pahala dengan berusaha menambah banyak-banyak amal ibadah.

Hehe.

Take care!

09 July 2013

Buuuuuu...


Assalamualaikum..


Saya geram sungguh la  dengan orang yang pandaiii sangat cakap itu dan ini, tapi bila berdepan dengan orang yang sepatutnya diam tak berkata apa. Hah?!

Kalau belakang, bukan main lagi pung pang pung pang cakap itu dan ini. Macam dia laaa yang paaaliiinggg pandai kan. Diaaa laaa yang palinggg bagusss.. Okey.. Fine, it's okay.

Selama ini saya hormat, tapi kalau dah banyak kali pijak kepala saya,  memang saya pun naik hangin! Lepas tu, bila nak minta tolong bukan main lagi ayat paling manis keluar. Dah toreh, luka dan berdarah boleh pulak kau gedek-gedek bodek-bodek kat aku. Hmpmhh.. Padahal kau tikam aku dari belakang kan.

Tapi, setiap kali kau datang minta tolong... Entah kenapa la hati ni selalu rasa kesian... Huuuuaaaaa! Aku bajet nak brutal sikit dengan kau, tapi aku ni dalam hati ada taman pulak! Haha.

Apa-apa pun lepas ni, aku nak pergi dah dari tempat ni. Jadi, janganlah muncul lagi orang-orang macam ni. Kalau muncul pun, moga-moga aku dapat faced dengan solusi yang berhemah dan terbaik.


Tenkiuu!


08 July 2013

Tuju ke Depan

Yesss...!
Larii.. Lariii.. Pergiii.. Pergii!!
Jangan duduk tempat yang tak membina.
Take your step forward!
Move on!!!

Kalau terlalu diikut kata orang, sampai bila-bila kita duduk ditakuk yang lama & sama.
Kita pun ada cita-cita sendiri.
Maka, usaha itu lebih baik


05 July 2013

Pemimpin Terbaik

Assalamualaikum

Saya sedih sebenarnya.
Tapi.. Saya yakin dan pasti, akan ada hikmah terbesar apa yang terjadi pada Dr Morsi baru-baru ni.
In shaa Allah.
Allah Maha Mengetahui.

Kan best kalau Malaysia ada pemimpin yang macam ini. Berani dari segala segi.
Pegang Agama lebih dari segalanya.

May Allah protect him and his family.. :)

I LOVE YOU MORSI !!


03 July 2013

Belum Lagi Yep!

Assalamualaikum

Err.. Err.. Rasa macam terpanggil pulak nak cakap pasal satu perkara ni.
Saya, belum lagi nak bertunang atau kahwin.
Kenapa lah ramai sangat yang bertanya.
InshaaAllah, kalau ada, ada la berita yang akan dikhabarkan.
Sekian, terima kasih.

30 May 2013

Aku Keliru..

Assalamualaikum..


Aku confused jugaklah sama ada nak beli kereta atau pun tidak.
Hati, berat kepada rasa nak tangguh dulu.
Sebab kalau Allah izin, aku nak pergi UKM sambung belajar bulan September nanti.
Tapi.. Sementara menunggu nak ke bulan itu, aku nak ulang-alik kerja macam agak susah jugak.
Sebab.. Kerja aku banyak kena pergi buat program di luar.
Jadi.. Aku pun tak tahu dan tak pasti lagi.
Kalau ikut pendapat mak, "beli"..
Tapi, takut-takut nanti pergi belajar tak mampu pula nak bayar bulan-bulan.
Oh, aku tak tahuu..


Semoga Allah beri rezeki.
Aku dari dulu nak sambung belajar ke UKM tu.
Moga Allah, berkati niat-niat yang itu.
Aku harap, ada yang terbaik di sebalik kesukaran yang sekarang ini.


Aku, nak kumpul duit gaji.
Moga Allah iringi niat yang ini dengan keizinanNya.
Harap-harap aku tak diterminate sebelum waktunya.
Supaya aku dapat kumpul duit untuk bayar yuran semester 1.
Aamiin.


05 May 2013

Pertama Kali Mengundi!!


Assalamualaikum...


Weeee.. Hari ni, first time aku pergi mengundi.. Hahahaha.. Well, takde feeling mana sangat lah.. Biasa-biasa je.. Malas nak beriya-riya.. Apa yang penting, "time mengundi", itu saja.. Hihiihih..



Jari yang dicalit! Ahah.


Provok la macam mana sekalipun, caci-maki la apa sekalipun, hujah la apa sahaja, kemukakan la apa saje bukti pun... Undi tetap aku yang decide, nak undi siapa! Hehehehehhe...


Aku undi siapa? Haha.. Ade lahhh.. Undi kan rahsia..



03 May 2013

Si Penipu, Nanti terbelit Lidahmu

Assalamualaikum..


Lama tak update. Why? Because I'm lazy. Dan, aku kurangnya mood untuk mengupdate entri-entri yang terkini. Dek kerana ketiadaan mood tersebut, maka tiadalah cerita-cerita yang terpapar dimuka blog ini.


Today.. Apa yang pernah aku mimpi, betul-betul berlaku. Tapi, tak boleh di share di sini. Ada certain benda yang boleh di share, tapi ada yang tak boleh.


Hmm.


Puas aku bertanya mencari jawapan pada diri, "kenapa ada juga manusia suka menipu untuk meraih apa yang nak dicapainya?"..


Sehinggakan mahu menjebakkan aku sekali. Tidaaakkkkkkk! Aku mohon semoga Allah lindungi aku dari menjadi seorang penipu dan seorang yang suka berkata dusta. Aamiin.. Tolong bantu, doakan saya.. :)


Hari ni kerja memang best! Yesss. Dimarahi kerana berkata benar. Dikatakan selfish bila berkata benar! Hahahaha. Tak kesahlahhh.. Buat apa nak jaga hati "si penipu", sedangkan "yang ditipu" selalu diperkotak-katikkan oleh "si penipu".


Salah kot berkata benar??? Huhu.. Whatever.. I believe dengan buat baik dibalas baik.. Alhamdulillah, Allah bagi kawan-kawan kerja yang baik-baik semua... :)


10 April 2013

Bersyukur tak?



Assalamualaikum..


Saya harap semua orang yang membaca apa yang saya tulis sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik, sentiasa berada dalam kesyukuran dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. In Shaa Allah, aamiin..


Bila duduk tempat orang, walaupun senegeri terasa juga asingnya dan terasa juga segala yang dilakukan kena bergerak dengan sendiri.. Disebabkan perasaan yang terasing dan perlunya berdikari sendiri, fikiran dan ingatan mulalah melayang-layang teringat bagaimana diri ini mampu berdiri dengan adanya kawan-kawan yang baik dianugerahkan Allah SWT sewaktu zaman belajar dulu.. Kemana-mana, nak buat apa mesti akan ajak kawan-kawan..
Walaupun ada manis dan ada pahitnya kenangan bersama kawan-kawan, tapi semua tulah yang mengajar macam mana nak terus bergerak ke depan..


Sekarang.. Terasa jugaklah sunyinya.. Maka, selalulah teringat pada kawan-kawan se-UTM; Saidatul Akmal, Affie Nadia, Norain Ali, Raidah Razak, Azura Aris, Abyka Ayien, Shila Yunus, Junaidah Yusof, Kak Indah, Farah Hanim, A’qilah, Mira Palapes, Khalilah, Fatim Nasuha, dan ramai lagi.. Tak lupa juga kawan-kawan yang dah lama menjadi tulang belakang saya; Atiqah, Hazwani dan Nadia.. Nama-nama ini selalu ada ketika saya perlukan bantuan dan pertolongan mereka.. Bukan itu sahaja, ketika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran mereka selalu mengingatkan saya..


Tak ada kata lain yang nak dikatakan... Hanya..... Rinduu..


Hmm.. Saya tak tahulah, nak cakap macam mana.. Kalau saya asyik cerita masalah itu dan ini dalam blog ni, seolah-olah saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada.. Sebenarnya, saya selalu rasa macam saya sorang-sorang je dekat sini.. Fikiran dah mula jadi negatif.. Walaupun mula-mula masuk, saya dah positifkan diri, tapi.... Tak semudah itu.. Benda-benda negatif yang saya tak pernah nak fikir dan bayangkan pun masih ada jugak orang yang selalu bercerita benda-benda yang tak elok pada saya.. “Shakila, awak kena hati-hati sikit... Diorang tu bukan baik sangat.. Jadi, jangan percaya sangat dengan mereka.. Entah-entah diorang tu cuma nak korek-korek rahsia je dari awak..” Kalau boleh, saya tak mahulah fikiran dan diri saya dipenuhi dengan benda-benda negatif macam ni!.. Huu.. Tak mau!!Ya Allah, Nauzubillahiminzalik.. :(


Bila saya rasa banyaknya perasaan terpendam dalam diri, lepas solat tu saya menangis lah! Huuu... Dah tak tahann.. Time tulah, saya baru boleh muhasabah diri balik.. 


“Mana ada saya sorang-sorang dekat sini.. Ada lagi sedara-mara kan.. Nanti dalam kubur lagilah... seorang diri...”


“Yang sebenarnya, Allah memang nak aku belajar berdikari.. Takdelah mengharapkan bantuan kawan-kawan 100%.. Apa yang lebih bagus.... Sebenarnya, Allah nak didik aku yang pergantungan dan pengharapan itu perlu diletakkan padaNya 100%...”


“Kebiasaannya... Aku selalu membesar-besarkan musibah dan ujian melebihi nikmat yang Allah beri.. Selalu rasa tak ada itu dan tak ada ini.. Selalu rasa tak cukup itu dan tak cukup ini..Aku nak ke kalau Allah tarik nikmat sebelah mata, dan gantikannya dengan segunung permata?.. Aku nak ke kalau Allah tarik nikmat sebelah kaki, dan gantikannya dengan selautan intan berlian?.. Yang mana aku nak?.. Masih tak cukup lagi ke nikmat yang aku terima?.. Astaghfirullahalazim..”


“Aku selalu kata, letihlaa pergi balik kerja jalan kaki.. Penat!.. Aku selalu lupa yang ada orang di dunia ini tak ada kaki untuk mereka berjalan, tak dapat merasa nikmat menggunakan keupayaan mereka.. Susahnya untuk aku beringat, dan berfikir baik dengan nikmat yang Allah beri.. Aku selalu nampak susah daripada senang.. Aku selalu lalai untuk menegur diri bahawasanya, ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya.. Jalan kaki, oraite apa kan?.. Boleh exercise, jimat duit belanja untuk minyak, pergi kerja pun On-time dan banyak lagi kebaikan yang boleh aku dapat.. Walaupun kadang-kadang, aku selalu rasa takut bila berjalan kaki sorang diri, tapi.. Pada masa yang sama, perasaan takut tu membuatkan aku jadi rajin nak berdoa setiap pagi supaya Allah selamatkan aku dari sebarang bahaya, celaka dan kejahatan manusia.. Aku jadi lebih kerap nak mengamalkan bacaan ayat Qursi.. Jadi, aku berharap aku akan meletakkan pergantungan pada Allah..”


Saya.. Selalu leka.. Saya.. Selalu lalai.. Saya harap, ujian-ujian yang Allah bagi akan menjadi nikmat-nikmat kehidupan yang perlu dirasai supaya saya lebih berani dan membuat sesuatu dengan seikhlas hati..


Saya.. Taknak kejar duit.. Saya taknak kejar kaya dengan harta-benda.. Saya, tak tahulah.. Sebab  saya takut dengan ujian berbentuk nikmat.. :(


Moga Allah tak jauhkan saya dari kasih sayangNya.. Saya tahu, Allah sayang saya!!! Perlu untuk saya bersyukur..bersyukur... Terima kasih Allah..


Saranghae, Allah!


Tulis, macam-macam boleh tulis..
Cakap, macam-macam boleh cakap..
Senang...
Tapi, susah...