29 September 2013

Childish A.K.A kebudak-budakan


Helo. Helo. Helo. Assalamualaikum.
Baru rasa lega sikit sebab first task Research Method hampir siap. Tinggal video je tak buat lagi.
Tak buat lagi sebab laptop ni kalau rakam video, sound dia sangat slow.
Jadi, hold dulu.

Kenapa tajuk di atas macam tu? Sebab, sebab, sebab itu adalah realitinya. That's the fact lah kot yang aku terpaksa hadap dekat sini. Why? Aku pun tak tahu lah kenapa kakak-kakak dalam kelas tu suka kata aku budak-budak. Sebab umur aku paling muda ke? Aku pun tak tahu la. Maybe betul la kot aku tak matang agaknya. (Aku rasa nak sepak mulut orang tu). Haha. Walaupun tak berani.

Dia tak tahu la tu ini adalah isu SENSITIF! Sensitif okey. Okey, okey. Baiklah, Mungkin aku kot yang tak faham realitinya dia ada mulut dan boleh cakap apa sahaja. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku pun ada perasaan. Eh, ada ke? Haha.

Tapi.. Aku rasa dia lagi budak-budak dari aku. Aku rasa la. Aku rasa.

Dah, takkan la aku nak pergi operate muka ni buat pembedahan plastik pulak nak bagi nampak matang sikit. Ape daaa.

Tak apelah. Dah name pun manusia. Sila belajar untuk terima kekurangan orang lain ye. Dia yang selalu cakap macam tu dek kerana kekurangan dia yang tak tahu nak menjaga hati dan perasaan orang lain.



Childish pun childish lah. Awet muda sikit. Hihi.
Besabor aje la. :)

No comments:

Post a Comment