08 October 2013

Sesuap Nasi


Assalamualaikum..

Apa yang ada dengan sesuap nasi? Dengan sesuap nasi itu lah, kita mendapat sedikit tenaga daripada rezeki yang Allah bagi walaupun kadarnya sedikit. Dapat juga nikmat merasa makan selepas merasa kelaparan.

Dan nikmat yang paling bernilai bilamana anak-anak mendapat sentuhan kasih sayang daripada suapan nasi ibu ke dalam mulutnya. What happen kalau masa kita bayi@ kecik-kecik dulu, mak kita tinggalkan kita dan tak beri apa-apa makanan kepada kita even sesedut susu badan? Ada tak orang lain yang nak jaga dan memberi sedikit kekenyagan kepada kita?

Walaupun berada dalam kehidupan yang miskin dan susah, ibu bapa yang bertanggungjawab akan memastikan anak-anak nya tidak lapar & kebulur. Mereka akan berusaha mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak. Walau hanya nasi berlaukkan air garam.

Sedih...

Sedih sekiranya masih ada lagi ibu bapa yang tidak menghargai rezeki terbesar yang Allah berikan kepada mereka iaitu "anak-anak"..

Sedih melihatkan berita akhbar yang melaporkan kes pengabaian 6 orang anak kecil baru-baru ini.
Sanggup ibu & bapa meninggalkan mereka dalam kelaparan.




Dulu, kami juga hidup susah. Walaupun takde beras dan lauk nak makan, mak kait buah kelapa muda je bagi kami makan. At least, jangan tinggalkan anak-anak.

#Rindumaksayangmak

No comments:

Post a Comment