Assalamualaikum.
Lama tak update. Sebabnya, malas lah. Dah takde sebab lain
lagi. Lately, mood unstable sikit. Sebabnya, banyak assignment. Bila banyak,
tak tahu nak mula yang mana. Memang kena buat list, much better.
Bila mood unstable tu, erm faham-faham aje lah. Mulut ni
memang terkunci habis. Malas nak bercakap and tak mahu diganggu. Duduk
sorang-sorang, much better. Takut-takut menyakiti hati orang lain pulak.
Berdiam lebih baik. Malas nak layan sangat borak-borak ni sebab dari situ bermulanya
tendency untuk buka cerita-cerita yang takde kena-mengena ataupun orang kata,
tak berfaedah. Lepas tu, meleret-leret cerita pasal orang lain. Bajet diri aku
ni baguss sangat.
Well, mungkin sebab tengah ‘cuti’ ni angin je satu badan. Rasa
berasap je sekarang ni. Pantang orang salah cakap sikit, pantang orang annoying
sikit, habis aku jadi menyampah.
Sekarang dah macam tak fokus. Tak tahu apa yang mengganggu.
Common Shakila! Balik semula pada perjuangan yang asal! Jangan hanyut, jangan
hanyut. Astagfirullahalazim..
Belajar, belajar. Fokus belajar. Master dah ni. Jangan
main-main. Orang lain, ada cita-cita tinggi menggunung belaka. Ko? Asik
berangan nak jadi surirumah sepenuh masa je kerja nya. Tak bercita-cita
langsung. Jangan la biarkan orang label ko sebagai ‘lari dari masalah’. Yes,
there was one person labelled me as that.
Thank you. I appreciated your words. Make me realised, what
was your thought. But then, later please jangan blame atau questioning why I
treat you badly.
Tak tahu kenapa sekarang ni sangat rasa diri sendiri ni dah
makin selfish. Malas nak ambik tahu pasal orang. Malas nak ambik berat. Bercakap
ikut sedap mulut. Malas nak tolong dan sebagainya yang berkaitan dengan my
trying to get far from peoples. Aku noticed, sekarang aku dah macam bina
barrier ataupun gap dengan orang sekeliling. Aku rasa macam aku dah makin cuba
menjauhkan diri dari orang sekeliling.
Aku tak tahu kenapa, aku nak jauhkan diri. Sebab, aku rasa
serabut yang amat. Mungkin ke ni semua effects apa yang jadi dulu masa kerja? Aaah.
Badigol betul la. Samdol. Menyampah sungguh la bila sebut pasal kerja yang dulu
tu. Just get out!!
No comments:
Post a Comment