31 December 2012

My Hand @_@

Alhamdulillah. Tapak tangan dah makin baik. Hehe. Tak sia-sia kena cucuk. :)

Before


After (Left Hand)

After (Right Hand)



Alahmdulillah. Dah makin okey. :D


30 December 2012

Tak mau kahwin lagi.. ;)

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni ramai nye orang bercakap pasal kahwin dengan aku. Rasa macam nak buat tanda soal banyak-banyak je. ?????? Hoho. Especially, kawan-kawan masa UTM dulu. Tahniah-tahniah pada yang dah selamat menjadi tunangan orang. Semoga kekal hendaknya sehingga ke syurga. Aamiin. 

Tapi, huuu tolonglah jangan tanya bila turn aku pulak. Adeh. Letih nak menjawab. Rasa-rasanya, kamu semua pun tahu kan apa yang akan berlaku semua dalam kuasa Allah SWT. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa lagi dah. Aku cuma boleh jawab "In Shaa Allah. Tapi, dalam perancangan ianya bukan sekarang".. Tapi, kalau dah nak ditakdirkan jugak aku kahwin sebelum aku betul-betul bersedia, what to-do?..

Hmm.. Kadang-kadang aku heran jugak kenapa mereka asyik bertanya.

Itulah. Anda-anda semua tu kenapa bertunang dulu??? Kenapa tak terus kahwin je??? Haaa.. Takut? Sebab tak bersedia lagi?? Hoho. Takpe-takpe, aku faham semua orang nak prepare dulu kan. Bukan duit aje yang nak di prepare kan. Macam- macam hal lagi. Anda semua pun sedia maklum. Aku pun macam gitu jugaklah. Walaupun aku ni bukanlah alim mane, tapi aku pun nak jugak jadi macam anda semua. Wanita baik, solehah. Rajin, bijak. Tapi, macam aku ni ha nak transform amek masa dan berdikit-dikit. Tak bolehlah nak expect aku totally change 100%, 360 degree terus jadi ustazah. 

Dan pihak lelaki tu lagilah kena bersedia. Bukan kewangan semata-mata. Agama tu yang penting. That's why masa aku perlukan lagi 5-7 tahun lagi kot.. hahah.. (Perancangannya). Tipulah kalau ada orang yang tak nak kahwin. :P Aku pun pelik jugak, kenapa orang ramai macam terkejut, " 5-7 tahun?!!! Lamenya!! " Eeeiii... Korang tahu tak yang 5 tahun tu sekejap je?? Habis, yang korang semua tu nak kahwin awal-awal kenapa?? Haaa.. Mesti korang nak elakkan benda-benda tak elok kan? Good. Good. =) Masing-masing ada reason masing- masing kan. Jadi, janganlah gelabah pulak ye. Sabar. Sabar ye. :)




Aku pun sebenarnya rasa tak selesa dengan relationship yang tak halal ni. Huu.. Aku pun mengharapkan seorang suami yang mithali.

Lagi sekali, doakan kami dan fahami kami. Terima kasih. Sayang anda semua. :)

Running Man

Dulu-dulu, aku tak tahu pun Running Man tu ape. Ni semua kerja si Fatim Nasuha. Haha. Dia la yang suh amek Running Man dalam pendrive dia tu. Mula-mula aku malas je nak amek. Tapi tup-tup tengok ada je folder Running Man kat dekstop. Haih, Fatim, Fatim.

So, oleh kerana kebetulan time tu nak rest dari buat assignment, aku pun testing bukak 1 per 1 folder Running Man yang ada kat dekstop tu. Sebelum ni, pernah cakap kat Fatim "ish..aku x minat sangat kalau TV show yang macam gini..macam serabut je..".. Okey, lepas je bukak ........ "kekekekeke... hahahaha....hahahaha... hehehehhee... hihihihihi..."

Gelak sorang-sorang aku dalam bilik tu. Start daripada tu aku mula la eager je nak cari episod-episod Running Man yang aku takde. Hmph. Ape lagi, balik je kelas memang terus terkam laptop tengok Running Man dulu. PSM, aku jeling pun tak. Hehe. Sampai aku kunci pintu bilik tak mau orang kacau aku tengok Running Man. Haissh. Fanatik sungguh time tu.

Tapi, aku takdelah sampai nak memuja Running Man tu. Huu. Tapi, rasenya memang bestlah Running Man! Daebakk!. Okey, panjangnya intro. Sudah, cukup sudah.

RUNNING MAN!
 

Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Haha, Kim Jong Kook, Song Ji hyo, Kang Gary, Joong Ki. Mula-mula dulu kan ada Joong Ki. Tapi, aku tak berapa suka dia, walaupun diakui rupanya memang cute. Hehe. Paling kelakor rasenya Kwang Soo la. Haha. Gary tu pulak jenis tak pandai nak menipu. Nampak sangat lah dia suka Ji Hyo. Dan memang tak boleh jadi spy. Wakaka. Jae Suk, pandai cover line. Haha pulak kalau dah datang prangai gile-gile dia, hmmmph memang lah. Kanak-kanak betol. Ji Suk Jin paling kesian. Jong Kook payah benor nak kalahkan dia. Tapi, episod yang latest ni dia macam selalu kalah dengan Kwang Soo. Haha. Yeah!

Tapi, dalam banyak-banyak episod, aku paling suka time Jae Suk dengan Gary tolong sorang nenek ni dengan cucu dia nak turun bukit. Padahal time tu diorang ada mission nak kena buat. Time tu dalam hati "waaa... bagusnya.." Dan dalam episod yang sama jugak, time diorang kena lontar coffee cup masuk dalam tong sampah tu, kalau korang noticed, Jae Suk kutip balik ais-ais yang jatuh atas lantai dekat tong sampah tu. Yela, kalau nak ikutkan dia tu kan artis, tapi maintain nilai-nilai yang macam gitu. Kan kotor nak kutip balik dari lantai masuk dalam tong sampah.

Itulah. Jangan kita tengok nak gelak-gelak je sebenarnya. Cuba try noticed benda-benda positif yang boleh dicontohi. Banyak sebenarnya. Tapi, bab yang diorang makan b**i tu tak yah ikut lah. Nak muntah pulak aku tengok. Haha.

Ariyoss.


28 December 2012

Marah Lagi

Lately aku sangat cepat marah. Padahal tu bisikan syaitan. Haissh. Tadi pun dah ada rasa nak marah. Itupun sebab kawan tu tak reply mesej dan tak angkat phone. Huu. Aku biasanya akan cepat marah kalau aku risau. Biasanya aku risau pasal sesuatu yang penting dan mustahak. Lagipun sekarang banyak benda yang tak boleh nak dibuat dengan keadaan tangan yang macam gini. Itu yang agak stress tu.

Aku tahu mesti ada sebab kenapa dia tak reply dan tak angkat phone. Tapi, itu ler kurangnya sikap penyabar dalam diri. Alik-alik dah menyusahkan kawan-kawan yang lain. Hu. Tak bagus betul aku ni.

Tapi takpe. Take it as a lesson. Lain kali jangan buat lagi. Mesti belajar control emosi. Ape ntah aku melalut. 

Dah banyak kali aku cuba lawan minda negatif ni. Tapi, selalu tak berjaya. Mungkin iman belum cukup kuat. Aku selalu rasa susahnya nak kawal nafsu amarah ni. Dah selalu juga cuba apply tips-tips seperti tarik nafas, berzikir, tenangkan fikiran dan lain-lain. Tapi selalu jugak tak berhasil.

Sampai 1 ketika aku macam dah tak tahu nak buat apa. Tapi, aku tak boleh la nak berputus asa macam tu je. Mungkin aku kena cuba lagi dan lagi. Lagi dan lagi. Walau memakan masa agaknya.

Aku pun tak faham kenapa aku selalu panas baran..... Rasenya jarang sekali aku cakap molek-molek... Aku pun tak tahu macam mana la orang boleh besabar dengan aku. Kadang-kadang tu rasa menyesal juga. Walaupun aku mintak maaf, tp still akan repeat sikap yang sama.

Hm. Takpelah. In Shaa Allah. Aku cuba jugalah.

27 December 2012

Merebus Baju

Salam. Hari ni, tak banyak benda sangat aku buat. Banyak tido. Tak tahu kenapa rasa letih je. Okey. Tadi aku baru je selesai merebus baju-baju aku yang dah dipakai. Ape? Rebus baju? Ye. Ye. Ye. Rebus baju. Doktor tu yang suruh. Nak matikan kuman katanya. Cepat la kudis buta ni elok. Adoi. Hehe. 




 

26 December 2012

Lucky~

Do you hear me?
Talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

Kudis Buta??

Salam. Hari ni pegi klinik sebab kudis-kudis tu dah makin teruk! Macam makin merebak je. Jadi, jumpa Doktor yang baik hati tu. Haa. Ape lagi, kena cucuk dekat tuuuuut*. Aaaisshh! Doktor tu kata, "dik... awak ni dah kena KUDIS BUTA!".. Ya Tuhan. 

Kamu-kamu tahu ke kudis buta tu apa? Tak tahu Google je la. Macam aku ni kena kudis butalah. Lepas cucuk, Doktor bagi ubat. Ubat lagi??! Hmph! Banyak pulak tu. Siap dengan sabun mandi lagi. Total tadi kena bayor RM126! Erks. Termasuk ubat demam mak sekali. Ayoyo. Hm, xpelah. Harap- harap serasi lah dengan ubat tu semua. 

Ada 1 losyen klinik tu bagi, kena pakai. Lepas pakai, keesokan harinya aku tak boleh mandi! Haha. Aku suka la part tak payah mandi tu. Sebab aku ni takdelah rajin mana nak mandi. Kih3. Pengotor! Wewee~ Tapi, sebenarnya bukan aku malas mandi. Al-maklumlah, dengan keadaan tangan yang bengkak-bengkak, bernanah dan berkudis macam gini, aktiviti mandi tu jadi slow motion belaka. Nak pegang sabun pun tak boleh. Nak buka paip pun susah sikit. Kebiasaannya, time mandi dalam 15 minit je. Tapi, sekarang dah up jadi 1 jam. Huhu.

Ape boleh buat? Nasib badan ye tak? Besabau aje la..

Okey, tata. Nanti kita story the mory lagi yer.

25 December 2012

Makin Banyak

Assalamualaikum. Hati ni ada rasa sedih sikit sebab baru balik dari UTM. Bukan sedih sebab dah kena balik rumah. Tapi, sedih sebab lepas ni dah agak payah nak berjumpa dengan member-member kat sana. Hm. Takpelah. Sedih lagi 1 adalah disebabkan bintik-bintik bernanah ni dah makin merebak banyak di telapak tangan. Sakit. Tapi, tahankan aje la. Ingat balik ni nak cucuk ubat. Dah makin teruk, risau pulak. 

Selalu tanya kenapa ye selalu je lepas 1, 1 penyakit datang. Ada je. Tak dinafikan memang aku tak menjaga kesihatan dan amalan. Serve your right! 

Tapi, takpelah. Sekarang tengah berusaha nak mengubat benda alah ni. Tawakal aje la. Aku redha je walau apa jua yang jadi dan berlaku. Orang memang lah boleh cakap apa saja. Tersentap dengan ayat yang diperkatakan seseorang " kifarah dosa. jangan sampai jadi bala ".

Lepas ni, nak mendiamkan diri dari alam Facebook dan Handphone. Mau berehat. Jangan kacau saya. Apa-apa update pun mungkin di blog sahaja. 

21 December 2012

Misteri-Misteri

Salam. Kamu- kamu, sila jangan baca kalau kamu- kamu ada masalah ketakutan melampau ye. Hari ni Mak Jemah nak share cerita kehidupan Mak Jemah yang dilanda beberapa perkara yang kadang-kala menjadikan Mak Jemah penakut. Hehe, (amboih, MAK JEMAH kau!). Entry- entry sebelum ni aku ada share beberapa cerita berkaitan kejadian misteri kan? Tapi, tu semua sebahagian a.k.a secebis je. Ni ada lagi la sambungannya.. Dah bersedia?? Let's go!
*
*
*
*
Okey. Sebelum ni aku ada tulus entry pasai masa kecik-kecik aku selalu dengar orang bagi salam kat luar rumah, tapi bila g tengok, takde orang. Ingat tak? (Tak hengat sudahhh! Haha) Ni ha aku bagi link entry tersebut : BEBERAPA KEJADIAN MISTERI. Jadi, benda-benda tu tak berhenti kat situ je, sampai aku masuk UTM pun still diganggu macam tu. Masa dekat UTM dulu aku stay bilik 
1) UA1 1042
2) UA1 1092

Bilik UA1 1042 tu, okey. Takde pape. Tapi, bilik UA1 1092 tu macam seram sikit. Kalau petang-petang lepas Asar, selalu la aku dengar ade orang bagi salam kat tingkap ataupun ade orang panggil-panggil nama aku macam berbisik gitu. "kilaaaaaaa...~ shakilaaaa...~" (Kalau nak lagi seram bunyi nye, mai jumpe aku. Aku bisik kat telinga korang!) Haha. Mungkin akan ada yang kata 'eleh... ni mesti kerja budak-budak yang duk bilik dekat dengan ko ni'... Kalau korang jadi aku, korang akan tahu. Sebab suara tu bukan suara Saidatul atau pun Raidah. Saidatul dengan Raidah tak pernah buat kerja menyakat gitu. Melainkan aku je yang selalu kacau diorang kat tingkap bilik diorang tu ha. Gpun benda tu kerap sangat, sampai aku jadi lali dan buat tak tau je. Macam mana aku yakin bukan kawan-kawan yang menyakat? Sebab setiap kali ada orang bagi salam tu, aku cepat2 g tengok kat tingkap tu, tapi takde orang pun. Mula-mula aku ingatkan aku berhalusinasi ke ape. Tapi, lepas salam-salam tu aku tak pernah jawab, die dah pandai panggil nama pulak dahhh.. Haihh. Tak tahan aku. Seram woo. Kalau die menjerit panggil nama aku tu xpe jugak. Ni mesti nak jugak berbisisk kat telinga ni ha.. Hadooiii.

Kalau duk kat dalam bilik tu sorang-sorang, selalu rasa macam ade orang sedang menenung dan memerhatikan aku. Kirenya perasaan tu macam ade orang duk kat satu penjuru bilik, duduk secara statik sambil khusyuk perhatikan aku. Haa, gitulah yang aku rase. Kadang-kadang tu memang seriau jugak. Tapi, aku buat tak tahu je. Cuba alih perasaan takut tu dengan bukak audio orang mengaji. Rasa kurang sikit seriau tu.

Dan! Yang lagi best! Ada 1 malam tu, aku ltih sangat. Sebelum pukul 10 dah start nak tido dah. Baru je nak terlelap, tiba-tiba tilam aku tu melendut betul-betul dekat perut aku. Kirenya macam ade orang duduk. Tapi, takde orang pun. Serta-merta meremang bulu roma aku. Ngaaaa... Aku pun cuak-cuak la jugak. Terus terkumat- kamit aku mengaji. Fuuhh.

Hm. Okeylah. Bersambung lagi nanti! Tata.

20 December 2012

Beri reward pada diri sendiri =)

Salam. Hehe. Sila jangan jemu. Rasa macam dah hari-hari aku update blog. Tak kisah kan? Tak pe kan? Ye la. Sementara tak busy lagi, okey jugak menghabiskan masa berblog. Hehe. Hari ni aku ikut mak keluar beli barang-barang dapur. Then, jalan punya jalan... Masuk kedai tu masuk kedai ni.. Akhirnya! Mataku terrpandang satu benda yang tergantung dalam sebuah kedai. Wahh! Cantiknya! Terus cakap kat mak. "Mak, nak beli beg lah! Hehe." Mak kata "ikut awaklah".. Hoyey! Hoyey! Aku pun cakap lagi.... "Tapi, nak bayar sendiri.." Hehe.. Aku tak mau la mak aku yang bayar. Dah lama nak beli beg sebenarnya. Dulu, mak mau belanja. Tapi, aku refuse. Nak tunggu ada duit sendiri la mak, baru nak beli. Hehe. Nak tengok tak? Cantik tak?! Cantik tak?! Keh3.. 

Tadaaaa!!!!

Hehe. Ni kirenya beli sebagai reward kepada diri sendiri. Reward untuk apa? Ade la. =P Tak salah pun sekali sekala 'membeli' untuk diri sendiri. Harga beg ni? Hehe. Murah je, RM30 (dalam hati, issshh... kenapa x bawah RM20?? kedekut punye pasal)... Memandangkan ada 1 je tadi, terus grab! Yeye! Alhamdulillah. Akhirnya, terkota jua hajat nak memiliki beg comey-comey yang baru. =)


19 December 2012

Rezeki, Alhamdulillah.

 Assalamualaikum,

Just sharing you one thing! We cannot expect how the way Allah gives us REZEKI. Rezeki is not all about the money! Sometimes, when people smile at you, it is also a rezeki. Please do not fall into jealousy easily when other people get more than you. They deserved it! And we deserved it too. We, for sure will have our own rezeki one day whether it comes early or late than other. Allah Maha Adil. Setiap kesenangan dan kesusahan yang diberikan semuanya tu adalah ujian untuk kita semua. Redhalah dengan apa yang berlaku. Let it goes on Allah's 'hand'. Allah knows better. Believe it. What we can do is, just put our effort on what we want. If you want to be the best, bet the best! Chaiyok!

Okey,

HAPPY BIRTHDAY!
to
FAIRUZ FADHILAH BINTI IBHARIM
(my sister)

Saranghae. :)




14 December 2012

Alergik

Assalamualaikum. Mesti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati pasal referee perlawanan bola sepak malam tadi kan? Hehe. Itu la aku pun turut merasakan benda yang sama jugak! Pagi tadi buka FB ramai benor yang mencarut-carut. Haissh. Tak baik tauuu. Tapi, tulah kalau referee tak adil, hancur 1 game tu. Main la baik dan disiplin macam mana sekali pun, memang keseluruhan game tu akan hancuss. Tapi, xpo la nak wat lagu mana lagi. Bukan rezeki Malaysia pun nak menang. Tak dinafikan Thailand tu memang kuat pun sebenarnya. Malaysia kena rajin training lagi kot. Selama nengok bola ni, aku notice sesuatu lah. SAFEE SALI! Aaaaa.. Kenapa dia dah x perform macam dulu? Sedihnya. Mungkin sebab kecederaan dia? Atau dia ada masalah lain? Bila tengok dia, macam ada sesuatu yang sedang membelenggu kehidupan dia. Wallahualam. Itu, aku tak pasti. Tapi, apa yang nak dikatakan di sini adalah baru sekarang aku nampak kehidupan yang diibaratkan seperti roda tu macam mana. Roda sentiasa berputar. Atas, bawah. Atas, bawah. Dulu, Safee Sali dibanggakan sebagai penyerang berbisa negara. Tapi, sekarang performance dia dah x sama macam dulu. Tapi, mungkin akan datang dia akan bangkit semula kan?

Okey, habis pasal bola. 

Ni ceq nak habaq mai. Keterukan alergik sedang menyerang aku! Aaaaaaaa.. Tak percaya? Mai-mai tengok:




Masa untuk berpantang kembali sudah bermula.

Ariyoss.

Love,
shakila

12 December 2012

Selalu Tak Dapat Feedback

Salam. Feedback pasai apa pulak nih? I'm little bit disappointed with someone. Saya kan jenis yang memang tak konfiden dengan diri sendiri, jadi selalulah minta pendapat-pendapat orang lain. Tapi, orang-orang tersebut bukanlah sembarangan orang. Orang yang berpengalaman mengenai apa yang ditanya. Malangnya, dan sedihnya benda yang tak penting mereka bagi feedback sungguh-sungguh. Tapi, benda yang penting bagi saya, senyap- sunyi. No answers. So, I guest maybe it is important to me, but not for them. Never mind. Tak boleh nak salahkan mereka ye tak? Hehe. So, tak perlu rasanya nak mengharapkan sangat orang bagi feedback apa yang kita tanya. Pelan-pelan cuba berfikiran positif pada diri sendiri dan juga orang lain. Pelan-pelan yakin dengan diri ye.

Ariyoss...

Love,
shakila

11 December 2012

Resipi 1: Roti Bersalut Tepung

Salam. Nak berkongsi sikit resipi yang muncul dan terpacul dengan tiba-tiba. Kebetulan time tu perut berdondang- sayang dan takde pape makanan untuk dikudap-kudap.  Hehe. So, tiba-tiba je rasa nak try buat roti bersalut tepung! Sonang aje. Maybe uollss dah pernah buat kot. Tapi resipi ni I tak copy dari mana-mana tau. Buat apa yang terlintas aje. Hehe. Bahan-bahan nye seperti berikut:

1. Roti 

2. Telur


3. Tepung Goreng Ayam


Haa. Kan udah diberitahu, senang je bahan-bahan dia. TIGA je! 
Cara nak membuatnya pula :

1. Potong kecil-kecil & comel-comel roti tadi. Boleh potong jadi 8 kepingan kecil ke. It's up to you kalau nak try!
2. Salutkan roti yang dah dipotong tadi dengan telur. Biasa saya guna 1 biji telur je untuk 2 keping roti.
3. Next, salutkan pula dengan tepung goreng ayam tadi. Kenapa saya guna tepung goreng ayam? Sebab ianya dah berperasa, ada pedas-pedas sikit, rasa dia okey la. Sedap!
4. Panaskan minyak. Goreng. 

~Selamat mencuba~

Love,
shakila

10 December 2012

IC baru!

Sudahkah anda semua menukar MyKad yang baru? Mesti gambar anda-anda semua nampak lebih berseri-seri sebab benda baru kan? Mesti la cantek-cantek belaka. Pagi tadi aku g amek MyKad baru yang dah siap! Ngee. Excited sebab MyKad yang sedia ada tu dah lama. Buat time form 3 (untuk kali ke-2) sebab dompet hilang dicuri dulu.  Dan lagi 1, jangan pergi buat last minit. Nanti konpem berpusu-pusu orang kat Jabatan Pendaftaran tu. Tukar la sekarang, takde la kelam kabut. Ececece. Promo pulaks kan. :D  

Berikut merupakan MyKad baru sayerr. Hehe. Jangan jeles tau!

MyKad lama. =)

Tadaaa! Dah tukar baru sikit. Ngee



Love,
shakila 

Jejaka Idaman

Hehehe. Jejaka idaman? Ade lagi ker? Helloo???....... Hmm, aku selalu la dengar kawan-kawan berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang mereka mahukan. Semua orang pasti ada. Paling common pun mesti ramai yang cakap mahukan lelaki beriman dan bertanggungjawab sebagai suami. Hoho. Ye tak? Aku tak pasti nak orang yang macam mana. Haha. Apa yang pasti, "lelaki yang baik" okey. Dan yang penting direstui. Hehe. :D  Sabar ye. Ada la perancangan nye nanti yang akan menyusul. Sekarang ni masing-masing fokus pada kerja dulu ye. Bak kata Dr. Muhaya "kena bina diri dulu".. Aaaa x gitu?

Wokey. Berbalik kembali kepada tajuk kita ye. Tadaaaaa! Di bawah ni antara ciri-ciri lelaki kesukaan aku! Yeaa!

  • Solat tak tinggal
  • Rajin p surau (Tanpa disuruh/ dipaksa)
  • Terus-terusan menyintai agama
  • Hormat orang tua (Bukan ibu bapa sendiri sahaja)
  • Bijak buat decision
  • Berjimat- cermat tanpa perlu menjadi kedekut
  • Tinggi dan kurus
  • Yang pasti bukan JAMBU! sawo matang okey lah. :D
  • Suka membantu orang lain
  • Tak mementingkan diri sendiri
  • Merendah diri
  • Bertangungjawab
  • Sporting
  • Pandai bersukan
  • Boleh mendidik dan menegur saya
  • Hensem (Ngeee..)
  • Suka bersabar
  • Dan lain-lain................. seperti berikut:



Hiasan semata-mata. Hehe. Yong Hwa! :)


Amboi! Banyak benor kan ciri-cirinya. Haha. Takdelah. Saja je gedik tulis senarai macam gitu. Agak macam mustahil lah nak dapat 100% seperti apa yang kita inginkan. Tengok balik pada diri, ada x ciri-ciri yang disenaraikan tu pada diri sendiri. Tak perlu rasanye nak kan yang terlalu menghampiri perfect. SUSAH! Sedangkan manusia itu memang tidak sempurna. Ada kekurangan dan kelebihan. Kita sendiri pun memang ada kekhilafan masing- masing. Usaha, doa dan tawakal lah. Moga Allah temukan kita dengan jodoh yang telah Allah tetapkan sebelum kita dilahirkan ke dunia ni lagi. Doa moga itulah jodoh yang terbaik. Minta Allah berikan apa yang terbaik untuk kita. In Shaa Allah. Mudah- mudahan segalanya dipermudahkan. Aameen.

Love,
shakila



09 December 2012

Support Malaysia!

Assalamulaikum! Hai geng. Jom sokong Harimau Malaya!! Aaaumm! Semoga Malaysia beroleh kemenangan malam ni! Gambate skuad Malaysia! Go Malaysia Go!


Love,
shakila


07 December 2012