06 January 2013

Solat Ketika Sakit

Salam. Update lagi. :) Okey. Straight to the point. Ketika sakit, jangan lupa untuk menjaga solat juga yer kawan-kawan. Saya rasa basic dan pengetahuan tentang cara mengerjakan solat ketika sakit adalah tersangat, sangat penting! Sebab, datangnya sakit tu kita tak tahu bila dan kadangkala tak dapat langsung untuk dijangka. Ye, saya pernah mengalaminya. Terpaksa solat sambil duduk dan ada satu masa terpaksa solat baring melentang semasa sakit tak berdaya. Pengetahuan asas ini perlu dididik kepada anak-anak. Didik anak-anak jangan sesekali tinggalkan solat. Boleh? Dan, pengetahuan ini juga penting terutamanya apabila berhadapan dengan ahli keluarga yang sedang sakit, kita boleh bantu mereka menunaikan solat sekiranya mereka tidak tahu bagaimana cara mengerjakannya.


1. SOLAT SAMBIL DUDUK

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- Mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING
- Mengiring di atas rusuk kanan
- Muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG

- Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat. Jika ada perkara yang kurang difahami/ jelas, boleh rujuk pada yang lebih tahu. :)

Setakat ini sahaja untuk update hari ini.
Barakallah.

No comments:

Post a Comment