11 September 2012

Quotes for today..


Berhenti membanding-bandingkan diri dengan orang lain.  Tapi, jika terus-terusan membandingkan, diri akan berkejar-kejaran. Kenapa? Bila rasa diri tak hebat dan setanding dengan individu lain, mula kita rasa "aku kena jadi macam dia ni.." Usaha, usaha, usaha. "Kenapa aku tak dapat pun apa yang dia dapat?...."Kenapa aku x jadi macam dia pun?" Kenapa? Bila kite berkejaran untuk menjadi seperti orang lain, kita tak kan jumpa siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang dilakukan bukan atas siapa diri kita. Tapi, hanya kerana "apa yang aku inginkan" dan "nak jadi hebat macam orang tu".. 

Ada orang bila membandingkan, dirinya akan jadi lebih termotivasi untuk berjuang ke hadapan. Kalau anda tersentap dengan bandingan itu seterusnya menjadi orang yang luar biasa, tak mengapa..Tapi, bagaimana pula yang membandingkan dirinya dengan orang lain, terus-terusan menjadi lemah. Rasa tak mampu. "Takpela.. Aku tak mampu.. Biarla hidup aku begini"... 

Jadi, lebih baik menjadi diri sendiri yang selalu berusaha memperbaiki diri tanpa menjadikan kata-kata manusia duniawi sebagai pembantut kejayaan diri. Kita akan mudah jatuh rebah seandainya tersekat dengan kata-kata manusia. Lebih baik mendengar kata-kata Allah swt. Kita manusia ni, berbagai-bagai pandangan. Tanyalah kepada sekeliling dunia sekalipun akan pendapat mereka. Tapi,akhirnya ianya akan berbalik dan kembali kepada diri kita. Kita penentu apa yang kita mahukan. 

Aku pun sebenarnya, selalu tak boleh nak buat decision sendiri. Selalu bertanya pendapat. Tapi, mesti akan ada rasa tak berpuas hati dengan pendapat orang lain sebab kebanyakannya tak sama dengan apa yang aku rasa dan apa yang aku mahukan untuk diri sendiri. Rasanya, tak salah untuk buat keputusan sendiri selagi ianya tak salah dari segi undang-undang dunia dan yang paling penting ianya tak salah dari syariat Islam. Kenapa perlu rasa takut untuk memilih. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. Manusia nyata berbeza antara satu sama lain. =)


No comments:

Post a Comment