09 September 2012

Tolonglah Faham

Mata memandang. Hati aku bara. Kenapa mesti orang cakap: “kila ni tak lama dah ni… Boleh kahwin dah kila ni…” Ish. Aku cukup tak suka. Lagi-lagi kalau orang tanya “bila lagi? Bila lagi nak bertunang?”.. 

Bila lagi???? AKU PUN TAKDE JAWAPAN UNTUK ITU BUAT MASA NI. Bukan matlamat aku yang utama untuk kahwin sekarang ni. Sila faham! Banyak benda lagi yang aku nak buat selain kahwin tu. BANYAK! Duit takde, aku nak kahwin mendanya? Memangla aku pun setuju yang kahwin tu membuka pintu rezeki. Aku tak nafikan pape tentang tu. 

Tapi, masalahnya kalau diri masih terkontang-kanting, masih penganggur nak kahwin apekebendanya?............(marah ni..) Kes cerai-berai tu kebanyakannya, punca masalah stress kewangan tak stabil dan lain-lain. So, aku ni dah la panas baran jugak orangnya. Kalau tertekan aje, habes lah kena maki hamun. 

Tak berapa suka bila sibuk je cakap pasal kahwin-kahwin dengan aku. Pandai-pandai suh aku kahwin. 

Takkan la kena terus cepat-cepat kahwin tak fikir soal lain.? Hmph. Tak payah la nak beriya-riya.

Bab cintan-cintun ni aku malas nak beriya-riya. Ala kadar je dah la.

Orang cakap aku SENTAP. So? Tunggu la time korang nanti. Baru tahu macam mana rasa. Suka pandang pelik-pelik. SO what? Benda ni satu proses yang normal apa. Helooo.. Aku dah berusia 22 tahun dah pun bukan budak-budak sekolah lagi. Kalau aku budak-budak sekolah lagi, boleh jugaklah time kenduri ri tu nak pandang pelik kat aku. Jaga anak awok tu sendiri. Dah la sekolah lagi. Miang. (Mood……GERAM).

Aku takde keinginan pun lagi nak mendirikan rumahtangga weh. Jauuhhh lagi perjalanannya. Tapi, kalau itu takdir yang Allah bagi apa aku boleh buat. Redha je la.
Haih. Susahnya nak bagi orang faham. Asik tahu kata aku ni gatal nak berlaki je. Hekk diorang. Entah pape. AKu tak beriya dengan halim, diorang pulak nak pk beriya-riya. Ooh, terima kasihlah sebab susah-susah je tolong pk-pk kan. Hmph!

Haishh. Kalau ikut perasaan marah tu.. Memang la marah. Tapi, tolong la. Aku ada plan aku sendiri. Time kasih pada yang ambil berat. =)

No comments:

Post a Comment