12 September 2012

Minta pada Dia, Dia bagi.


Assalamualaikum. Rajinnya, aku ni mengupdate blog. Nak buat macam mana, sebab tak tahu nak buat apa lagi dah. Jadi, jom-jom menyucikan hati. Hehe. Simple je caranya. Kadang-kadang, dengan kita hanya mendengar atau membaca kata-kata hikmah yang mengingatkan, automatik hati akan terjentik bersetuju dengan apa yang dikatakan. Betul? Tak betul pun takpelah. Sebab aku rasa betul. Hihi.

Kawan-kawan, kalau kita kaya.. Harta menimbun-nimbun.. Tapi disimpan.. Kayakah kita? Jawapannya, TAK sebenarnya. Kenapa? "Kalau simpan mesti la lagi kaya x luak pun.." Tapi, jangan kita lupa bahawasanya sebahagian dari harta yang kita miliki tu ada hak golongan tertentu. Lagipun Allah yang bagi pinjam kan? Kenapa mesti nak simpan-simpan sampai jadi kedekut? Harta tak boleh di bawa ke mati pun. Akhirnya, akan ditinggalkan juga..

Bila nama dah manusia, memang tak kan lari daripada melakukan kesilapan. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Ambil contoh yang paling senang:

1) Datang seorang kawan... "nak pinjam duit boleh tak?" kita pun jawab lah.. "boleh je, nak pinjam berapa ye?" erm...tak banyak, RM5 je.." Ok.

2) Kemudian, datang lagi sahabat tersebut sebulan kemudian. "Erm...aku nak pinjam barang ni boleh x?"..."Oh, ok..ameklah.."

3) Sahabat tadi datang lagi. "Aku sebenarnya nak pinjam kereta boleh tak? Nak g beli barang. Kalau guna, takpe lah"... "Pinjam kereta?Hmm...pukul berapa nak guna? nak guna sampai pukul berapa? nak g mana? Dengan sape? sorang je ke? Nak beli apa je?"...

4) Sahabat itu datang lagi. "Jah, boleh tak aku nak pinjam kereta ko lagi?"... " Erm... macam mane ye..  Aku nak gunalah.. Sorry."...(sedangkan time tu memang taknak g mana-mana pun)

Seperti Quotes kat dalam gambar kat atas tu "Manusia benci bila harta mereka diminta-minta".. Pernah tak, selalu sangat ada kawan-kawan yang datang pada kita dan suka sangat mintak tolong dengan kita? Datang berkali-kali pulak tu. What do you feel at that time? 

Bagi mereka yang -ve sikit:

1) "Asyik mintak tolong kat aku je.."
2) "Macam dah takde orang lain..."
3) "Ish die ni..rimas betul la.. Menyusahkan.."
4) "Dah takde tu buat la cara takde..Asyik nak pinjam dengan mintak kat orang je.."
5) "Padan muka ko, tak dapat pinjam kereta aku.."
6) "Nasib baik aku cakap aku nak guna.. Kalau tak, habis lah kereta aku.. Dah la dia bwk entah macam mana..."

Kawan-kawan, kita risau pasal cost yang akan ditanggung sekiranya berlaku kerosakan pada barang-barang kita kan? Kenapa nak risau? Yakin lah pada kawan kita tu yang dia akan gunakan barang kita sebaiknya. Yakin lah pada Allah yang akan selamatkan dia daripada berlakunya apa-apa perkara yang tak diingini semasa dia meminjam barang-barang kita. Kalau rosak sekalipun, kenapa kita tak boleh nak redha? itukan ketentuan yang dah Allah tentukan. Tahukah kita, bahawasanya apabila berlaku kerosakan terhadap harta benda kita, itu sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana Allah nak menyucikan apa yang kita ada. Contohnya; Kawan pinjam kereta...tapi accident..kita pun kena keluar duit untuk baiki semula kereta...pada mulanya, memang kita akan rasa terbeban, tapi teruslah berfikir bahawa semuanya milik Allah. Dia lagi berhak.

Jadi, mari sama-sama tukar kepada yang lebih +ve sikit seperti:

1) "Mungkin aku ini sedang diuji oleh Allah, baik aku tolong dia ni.."
2) "Dia sayang kat aku, sebab tu dia cari aku.. Aku kan kawan dia.. Kena lah tolong.."
3) "Kenapa aku perlu rimas dengan bantuan yang diperlukan oleh sahabat?.. Haih, xleh jadi ni.. Aku kena tolong.."
4) " Sesungguhnya, apa yang aku ada ini adalah nikmat yang aku perlu kongsikan dengan orang lain.. "
5) "Ko pinjam je kereta aku, hati-hati ye.. Aku taknak jadi pape kat ko.. Balik dengan selamat.. Kereta aku kemek takpe, jangan kawan aku sorang ni kemek.. Nanti dah tak cantiklah.. Hehe.."
6)  "Ya Allah, aku redha.. Selamatkanlah sahabatku.. Lindungilah dia.."

Haa. Susah tak sebenarnya? Tak kan? Jangan lupa tau, apa yang kita ada bukan milik kita sepenuhnya. Semuanya Allah bagi. =)

No comments:

Post a Comment