09 February 2013

Kami outing!


Assalamualaikum.

Tadi aku keluar dengan Wani, Tikah dan Nadia. Diorang ni kawan sejak dari Tadika KEMAS lagi. Hehe. Tapi, Tikah dia baru baik demam jadi dia macam agak tak bermaya sikit. Otw balik baru dia high-per semula! Hiii. Rasanya macam agak dah lama jugak kami tak keluar sama-sama. Makan-makan, lepas tu balik. Keluar pukul 10 pagi, tapi tak tahulah kenapa mesti pukul 4 lebih jugak kami otw balik ke rumah. Haha. 





Sepanjang keluar tu, aku amat amat amat berharap dalam hati supaya diorang tak tanya apa-apa soalan pasal “kerja” ataupun “sekarang buat apa je?” Huaaa. Kalau soalan tu ditanya jugak, menangis dalam hatilah jawabnya. 

Tapi, aku gagahkan jugak diri sendiri untuk bersedia mengawal emosi, kata-kata dan sebagainya sekiranya soalan-soalan tu keluar dari mulut diorang. Err. Bukan tak mahu jawab, tapi soalan tu soalan palinggg beratt buat masa sekarang. Sarat dengan pelbagai cerita di sebaliknya. 

Tapi, nak buat macam mana aku tahu kawan-kawan aku 3 orang tu semua nya jenis ambil berat dan ambil tahu. Jadi, aku boleh terima lah kalau diorang tanya. Apa yang penting diorang cukup understanding, Alhamdulillah. Diorang takdelah tanya sampai buat aku stress.  

Dan, diorang takdelah bising-bising suh aku apply sana, apply sini. Sebab aku dah usaha setiap hari menjenguk kerja kosong, tapi bukan setakat aku jenguk je aku apply yer. 

Semalam x-roomate (Mas) masa kat KMNS chat dekat FB. Dia bagi aku kata semangat, katanya;

               “..Eheh. Jangan lah macam tu. Kila jangan give up lagi ye. Allah tahu apa yang terbaik utk hamba hamba die kannn. Yg penting kite kene tawakal disepanjang jalan dan jangan lupe usaha yang terbaik..”

Bila dia cakap macam tu, macam biasa la aku ni. Haha. Nangis tak tentu pasal. Aku pun tak tahu lah kenapa aku kadang-kadang kuat, kadang-kadang aku jadi lemah. Tapi, bila datang kawan-kawan beri semangat, barulah rasa kekuatan tu datang balik. Tapi, aku takdelah letak pergantungan tu pada kawan-kawan. Aku masih percaya pada ketentuanNya. Cuma, itulah bila diri dirundung dengan perasaan yang pelbagai, semangat jadi tak tentu. 

Aku yakin, kelambatan dan kelewatan yang Allah beri tu pastinya ada sesuatu yang terbaik yang dah Allah susunkan untuk aku. Takpe, sedih pun sedih lah. Nangis pun nangis lah. Sebab aku tak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku. Aku jadi tertanya-tanya apa yang Allah dah sediakan pada masa depan aku. Aku cuma mampu berusaha, berusaha, berusaha, dan berdoa agar Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Biarlah, diperli sekalipun. Tak kisah dah.

Kalau nak tahu, tekanan tak dapat kerja lagi membebankan kalau nak dibandingkan dengan tekanan masa belajar. Tapi, apalah sangat. Ujian yang sekecil semut ni, patutnya tak mematahkan semangat kan? Kata budak psikologi. Hehe.

Ya Allah, aku sedia menunggu apa sahaja yang telah Engkau tetapkan untukku. Tak ada lain yang dapat membantu aku, melainkan pertolongan dariMu Ya Allah, Ya Tuhanku.

So, people please don’t talk banyak-banyak, just pray for me, okeyh?! Hehe. ^^,

Tengah excited sebab esok nak pergi majlis tunang member time sekolah menengah dulu. Hihi. 



08 February 2013

Forgive to forget


“Sometimes the reason we can't forgive is that we don't see our own flaws. We spend our lives holding onto the wrongs others have done to us; but we don't see all the wrongs we have also done to others. No one is perfect. And we are all in desperate need of forgiveness--from God and from the people. Forgive...so that you too may be forgiven.”

Indeed, it was so true. =(

Manusia: Maaf dipinta atas segala kesilapan aku yang lalu. Moga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT selalu.

06 February 2013

Jatuh Bangun


Jatuh, bangun 
Jatuh, bangun 
Bangun, kau jatuh 
Jatuh, kau bangun 
Sampai bila harus jatuh, bangun? 
Sampai bila mesti bangun, jatuh?
Jatuh, jatuh, jatuh ghaibkan
Sesudahnya kau harus bangun, bangun
Susah, susah, susah.
Susah jadi pendekar
Apa lagi pahlawan 
Kecilnya perang kau tak mampu lawan
Jatuh lagi, tapi tak bangun 
Rebah, makna kau jatuh
Apa tembok yang boleh jadi perisai?
Apa peluru yang padu jadi senjata? 
Digigit sekadar semut 
Hujungnya kau latah
Latah itu yang bawa kau rebah, dan jatuh. 
Harapnya tiada tersungkur.


05 February 2013

Mimpi

Assalamualaikum

Selamat pagi wahai manusia! Mulakan hari dengan Bismillah. Semoga hari ini hari yang baik-baik buat kita semua. In Shaa Allah.

Baiklah, pagi-pagi macam ni aku rasa macam nak telling- telling you all pasai mimpi lah. Yerr.. Mimpi-mimpi yang aku pernah alami yang aku kira ianya meninggalkan seribu satu misteri. Cewahhh. Takdela misteri mana pun.

Kawan-kawan aku ada pesan, kalau mimpi buruk jangan cerita dekat orang. Hmm. Tapi, mimpi-mimpi aku tu aku tak tahulah nak kategorikan dia sebagai apa. Mimpi-mimpi tu selalu berulang, kadang-kadang berlarutan 3-4 hari berturut-turut. Aku sebenarnya tercari-cari tafsir mimpi kot-kot kalau ada. Tapi, aku tak jumpa la. =(

1. Masa Sebelum Sakit
  • Sebelum aku sakit dulu, aku selalu mimpi pasal bayi. First, aku mimpi ada bayi menangis dekat beranda luar rumah aku. Kami satu rumah pun kecoh pergi cari. Then, mak jumpa mak ambik bayi tu, dukung. Lama-lama, kami semua jadi sayang pada bayi tu. Kami terus decide untuk jaga dia. Tapi, takde apa-apa aktiviti menyusukan bayi dalam mimpi tu. (Mimpi yang sama berulang sekali lagi beberapa minggu selepas mimpi first ni)
  • Kemudian, beberapa bulan lepas mimpi first tu aku mimpi lagi. Kali ni dia punya sambungan pulak. Dalam mimpi tu, bayi tadi dah membesar lebih kurang dalam umur 6/7 tahun. Kiranya, dia macam dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Tapi, dia bukan budak baik. Korang pernah tengok movie budak kecik yang sangat psiko tak? Ala, yang boleh bunuh orang tu? Haa, macam tulah dia. Kami semua macam terpaksa buat-buat sayang pada dia lepas dia dah makin membesar. Dia sangat psiko. (Aku macam pelik jugak, boleh ke mimpi kita ada sambungan? Cantik pulak tu bayi tu dah membesar)
  • Mula-mula tu aku buat tak tahu je pasal mimpi ni. Tapi, kemudian kakak aku call cerita dia dapat mimpi yang hampir sama. Tapi, dia lagi dasyat. Siap mimpi menyusukan bayi tu lagi. 
  • Selain daripada mimpi pasal bayi, aku pun pernah mimpi pasal ular. Ular tu sentiasa ada di mana-mana je aku pergi. Kadang-kadang dia menyamar jadi getah paip. Asik nak follow aku je. Dalam mimpi tu lah. Apa yang menariknya, kakak aku pun mimpi pasal ular jugak.
  • Okey. Yang aku paling ngeri bilamana aku mimpi pasal Tsunami. Mimpi pertama pasal tsunami, ianya berlaku dekat paya. Adik Ain ada sekali dalam mimpi tu. Kami berdua main cari-cari ikan dalam paya tu. Tapi, tiba-tiba air dalam paya tu macam bergelodak, dan aku tahu tsunami nak datang. Air paya tu makin naik, aku cepat-cepat tarik adik ain naik bukit tinggi. Puas kami daki bukit tu. Tapi, kami tak berdaya dan akhirnya ditenggelami jugak oleh tsunami tu tadi.
  • Mimpi ke-2 pasal Tsunami, berlaku kat dalam tasik. Tak tahulah tasik kat mana. Jenuh aku nak melarikan diri dari air besar tu, tapi tak berjaya jugak.
  • Then, mimpi ke-3 pasal Tsunami berlaku kat laut. Aku pergi bercuti dengan member-member 3shy. Tengah seronok-seronok mandi laut tu, tiba-tiba ombak besar datang. Lepas kena hempas dengan ombak tu, kami hidup lagi. Tapi, kami terapung-apung atas laut tu. Ombak tu datang makin besar, makin besar.
  • Dan, sekali lagi kakak aku pun mimpi pasal benda yang sama, TSUNAMI!
2. Lepas keluar hospital
  • Masa aku sakit dulu, malam-malam aku susah nak tido sebab kepala sentiasa berdenyut-denyut. Slalu jugaklah aku meracau-racau. Mak yang tido kat sebelah pun tak boleh nak tido asik kena kejutkan aku je.
  • Hari aku keluar dari hospital, malam tu aku dah boleh tido dah. Mak pun dah rasa lega. Tapi, aku ada mimpi pasal ada orang kejar nak bunuh aku. Orang tu siap bawak pistol nak tembak aku. Aku cubalah menjerit mintak tolong, tapi suara tak keluar dan tersekat-sekat. Last2, aku cuma boleh jerit Allahu akhbar! Tiba-tiba, aku terbangun sebab dengar mak panggil nama aku. (Mimpi ni berulang tiga malam berturut-turut) 
Hu. Aku pun tak pastilah sama ada mimpi-mimpi tu semua sebagai petanda, ataupun gangguan tido semata-mata. Tapi, ustaz yang aku jumpa tu cakap mimpi tu ada yang gangguan dan ada yang sebagai petanda. Wallahualam. Kalau ada siapa-siapa yang tahu pasal tafsir mimpi, bagitahulah yer. 



04 February 2013

Serba Tak Kena

Jika diluah, aku akan menjadi derhaka.
Jika aku pendamkan, aku akan mendapat dosa.

Kerna hati sering berbicara.
Tanpa ia bersuara.

Penghujung jalan, aku bisu.
Jadi tak tahu.

Berilah aku penunjuk jalan.
Agar aku tak lagi tak keruan.



MAJLIS PERASMIAN PENGGUNAAN BAHAN RANGSANGAN LATEKS BERASASKAN ETEFON

Assalamualaikum

Apa khabar? Sihatkah anda-anda semua wahai manusia? Pagi tadi aku ikut mak pergi satu majlis yang dianjurkan oleh pihak RISDA. Majlis perasmian penggunaan bahan rangsangan lateks berasaskan Etefon oleh Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal di kampung aku ni. Kampung Bukit Lada. Agak bangga jugaklah aku Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah datang ke kampung ni. Ramai ahli RISDA dari seluruh negeri datang seperti Perlis, Johor, Kelantan dan lain-lain. Agak ramai jugaklah. 

Tapi, hujan turun dengan sangat lebat. Tak berhenti-henti. Sejuukk! Habis basah lejut. Aku cuma tak suka ucapan daripada Dato' Seri. Itu je. Hehe. Sorry Dato' Seri.Walaupun ucapan tu bagus sebenarnya untuk meraih undi, tapi saya rasa kena lebih bijaksana lagilah. Yang datang tadi pun bukan semuanya penyokong Barisan Nasional. 

Hoho. Tapi, aku respect jugaklah sebab walaupun hujan, Dato' Seri nak jugak datang dan teruskan majlis. Daebakk! 

Yang paling best, majlis tu diadakan dalam kebun-kebun getah orang-orang kampung ni. Wallaweh, Dato' Seri. For sure, khemah-khemah tu semua ada la. Cantik betoii. Kesian jugaklah kepada pekerja-pekerja RISDA yang bertungkus-lumus membuat persiapan. Alik-alik, hujan. Nak wat lagu mana lagi, kita takleh nak jangka pagi tadi hujan. Hihi.

Tadi, kalau aku tak silap dengar, Dato' Seri dah pun luluskan untuk kampung ni dapat dewan serbaguna gitu dan beliau bagi sumbangan pada tabung PIBG sekolah berjumlah RM5000, katanya. Tapi, tak tahulah dah bagi ke belum. Alhamdulillah, rezeki kampung ni nak dapat dewan kan. Bolehlah nanti perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti bermanfaat ye dak? Panggil UAI datang ke, oraiitte jugak ye? Hehe. 

Ni, alih topik sikit. Hehe. Sejak adanya masjid baru beberapa tahun yang lalu, aku berasa bangga dengan ahli jawatankuasa Masjid di kampung ni yang selalu mengimarahkan masjid. Macam-macam aktiviti diorang adakan. Antaranya, Kem Anak Soleh yang aku kira memang mendapat sambutan dalam dan luar kampung. Kuliah agama pun selalu ada. Kebersihan persekitaran masjid pun sangat dijaga dengan rapi. Macam-macam lagi lah aktiviti yang diorang adakan. Tapi, takdelah sampai fokus untuk buat aktiviti macam ni je.  Apa yang lagi best, dah makin ramai orang kampung datang solat berjemaah setiap waktu. Syukur.

:)