08 September 2012

Keputusannya

Bergenang air mata hari ni secara tiba-tiba? Entah kenapa hari ni rasa rindu pada kawan-kawan di UTM zaman degree dulu especially Saidatul. Haih. Sebab tu lah, aku malas sungguh nak mesej-mesej budak-budak ni. Mulalah nak bersayu-sayuan. Haih.

Semoga Saidatul beroleh ketenangan dengan apa yang dilakukan. Aamiin. =) 

Bila sebut pasal kawan-kawan, mesti ramai di kalangan diorang ni yang tengah daftar ataupun masih pk-pk lagi nak sambung atau tak.

Aku sendiri dah buat keputusan. Walaupun ramai sangat orang kampung dan sahabat yang nasihatkan aku sambung belajar, tapi entah kenapa memang tak rasa nak. Ramai yang kata: “rugi kalau tak pergi…”

Hm.. I keep on wondering. Ya, aku tahu itu rezeki yang Allah bagi dapat tawaran sambung PhD di UTM. Tapi, aku boleh pilih kan? Allah pun tak marah kan? Hu. Pada permulaan mendapat tawaran, memang bahu rasa berat. Bukan sahaja bahu, tapi, hati dengan badan-badan sekali rasa berat.

Aku tahu, mak bangga dengan apa yang aku dapat. Mesti mak punya cerita ni sampaikan ramai orang kampung tahu. Terpinga-pinga aku bila ditanya soal tawaran tu. Walaupun orang lain rasa bangga, entah kenapa aku rasa biase-biase je. Kalau aku accept, boleh jugaklah nak lemparkan senyuman kepada orang yang bertanya. Tapi, aku sendiri pun tak yakin. Terus-terang, memang kali ni aku betul-betul tak yakin. Kalau sebelum ni masa SPM, Matrik, Degree memang aku semangat sungguh belajar. Aku yakin. Tapi kali ni memang tak yakin.

Dan, Alhamdulillah. Mak tak memaksa. Mak memutuskan keputusan di bawah tangan aku sepenuhnya.

Istikharah dibuat. Moga benarlah itu keputusannya.
Maka, aku mengambil keputusan untuk menagguhkan dahulu tawaran tu setelah menimbang tara banyak aspek. PhD tak sama macam Degree. Jika diibaratkan seperti baru lepas UPSR terus pegi SPM..(ini pendapat aku jela berdasarkan apa yang aku rasa..) Lagipun adalah sebab-sebab tertentu yang lain kenapa tangguh.
Aku prefer untuk cari kerja dulu. 

Kepada kawan-kawan lain, semoga Berjaya! Semoga mereka semua kuat semangat.
Bagi aku…belajar tak semestinya kena berada dalam sekolah, university dan sebagainya. Dimana-mana pun boleh belajar. Asalkan ada guru. Siapa guru tu? Kita lah yang akan berdepan dengannya. Boleh jadi guru tu ialah pengalaman. Boleh jadi cikgu-cikgu. Boleh jadi persekitaran dan sebagainya lah.

Buatlah apa yang nak dibuat. Janji tak menyusahkan diri dan orang lain. Yang penting, jadi diri sendiri, dan tak perlu sangat nak dengar 100% cakap orang.

No comments:

Post a Comment