04 September 2012

Kenduri

02/09/2012

Hari ni kenduri di rumah. Perggh. Punya lah penat buat kerja-kerja kenduri. Banyak benda kena buat. Mau tak sakit belakang aku. Huhu. Mula-mula, rasa nak mengamuk jugak pada orang yang banyak membebel dan mengomen, suruh itu suruh ini, sedangkan dia tak buat apa-apa pun. Tahunya, ke hulu dan kehilir. 

Aku tak kisah nak buat kerja banyak-banyak, janji takde orang yang ganggu. Ganggu yang macam mana? First, Tanya macam-macam. Seperti: “Kenapa potong bawang macam 2? Kenapa tak itu. Kenapa tak ini? Dan macam-macam lagi…” Sudah la bertanya banyak, tapi taknak membantu. Perghh! Sakit hati eden. Kalau la boleh time tu, nak je jerit………. Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. boleh tolong pergi main jauh-jauh tak??? SEMAK!! Haha.

Tapi, tak boleh sebenarnya nak cakap macam tu pun. At the end, aku tahan jugak hati yang membara ni dengan membebel sorang diri sambil buat muka ketat. Huhu.

Untuk kenduri yang dah sekian lama tak berkenduri ni, aku macam sangat terkejut dan terharu lah kepada Puan Zainon bersama suami dan anaknya kerana sudi datang dari jauh semata-mata nak berkenalan dengan keluarga aku. Segan! 

Terima kasih juga kepada orang-orang kampung dan sanak saudara yang banyak membantu. Akhirnya, aku malam tu terpukang tido. Penat punya pasal. Tapi, apa boleh buat abang dan Adam Harith punya pasal. =)

No comments:

Post a Comment