30 September 2012

B O S A N

i'M NOT OKAY!
Rasa bosan yang teramat.
Nothing to do.
I'm going crazy already.
Haha.
Bored made me emotionally unstable.
Easily heart broken.
Easily to get angry.
I don't want to talk about anything.
I fall in deep jealousy too.
Menyampah.
(~_~)

26 September 2012

Nak Jadi Ciikgguuuuu! =(

Menjadi cikgu merupakan salah satu dari cita-cita aku dari dulu lagi.
Aku dah usaha apply untuk ambil jurusan perguruan ni.
Dah pegi interview semua.
Tapi, masa tu x berapa nak cerdik lagi.
Result matrik pun teruk kalau nak dibandingkan dengan candidates lain yang datang interview.
Macam-macam la kekurangan.
Akhirnya, tak dapat jugak.
Perasaan sedih tu hanya tuhan je yang tahu.
Sampailah sekarang, bila dengar orang lain dapat jadi cikgu, mesti aku JELES!
Lagi-lagi kalau dapat tahu yang budak-budak perangai lagi teruk dari aku dapat jadi cikgu.
Huaaaa!
Mungkin aku memang tak layak untuk jadi cikgu agaknya.
Dapat jadi cikgu sekolah swasta pun aku dah gembira sangat, ;(
Tapi, hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya kan?
So, aku redha.
Aku percaya Allah dah aturkan yang lebih baik daripada apa yang aku nak.
Mungkin apa yang aku nak tu akan menjahanamkan diri, who knows?
And again: Only Allah SWT knows everything that we don't know.
Keadaan menjadi semakin tertekan bila mana banyak jawatan kosong yang dah diapply, tapi masih takde apa-apa jawapan.
Kalau ada pun cuma 3 je gitu la.
Alhamdulillah, at least ada jugak.
Sekurang-kurangnya, adalah sinar harapan sikit.
=)
Dan, soalan yang paling tak berapa disukai bila orang ramai bertanya...
"Dah keja ke? Keja kat mana?..."
Ooooh.. Sangatlah sensitif!
Malas nak jawab.
Make me feel frustrated again and again because of THAT questions!

"Wahai orang ramai yang sudi mengambil berat akan kehidupan saya, mari sama-sama bersabar dengan saya ye. InsyaAllah, saya akan dapat kerja jugak 1 hari nanti... Don't worry.."

Thanks.

25 September 2012

Menoreh Getah! ^_^

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Lately, dah tak berapa nak rajin update blog.
Hehe.
Sebab saya dah kurang masa.
Pagi saya pegi menoreh getah dengan mak.
Balik noreh, sibuk kemas-kemas rumah.
Tengok TV.
Main game.
Online search-search jawatan kosong.
Tengok-tengok tertido!
Haha.
Malam pulak, tido je.
Hoii macam sibuk sangat je.
Tett!
Sekarang ni, dah mulalah belajar menoreh.
Mula-mula, nak pegang pahat pun x reti.
Disebabkan degil, nak buat jugak!
Tengok-tengok....
Haa! Boleh pon.
Lalalala.
Syukur, alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya, ada la jugak kepandaian buat kerja-kerja kampung.
Apa yang akan berlaku pada masa akan datang kita tak tahu.
Ni kiranya macam persediaan jugaklah untuk berdikari.
Memang seriously, dalam fikiran ingat menoreh getah tu senang je.
Hah! amek kau! 
Dah la aku ni pendek, ada jugak pokok getah yang pelan die tinggi aku x sampai nak toreh.
Ohoii.
Mak gelak-gelak je.
Adehh.
Malu pun ada.
Budak keluaran universiti tak pandai menoreh getah!!
Maluu kott..
So, jangan ingat budak U dah pandai semua benda yer~
=)



22 September 2012

Beberapa Kejadian Misteri 3

Huuiii...
Banyaknya misteri?
Oho.
Ini sekadar 1 perkongsian.
Semoga kita lebih menambahkan iman di dada.

Kipas On di Offkan

Haa..
Begini ceritanya...
Ada satu pagi tu di Kolej 9 UTM Skudai...
Lepas subuh, dalam pukul 6.30 pagi macam tu, 
aku g basuh telekong.
Basuh pakai tangan je.
Basah lejut telekong aku.
Aku pun perah- perah kain telekong tu supaya kurang sikit airnya dengan harapan nanti balik kelas tengahari dah boleh guna untuk Zohor.
So, aku pun gayut la telekong tu dekat batang penyapu yang diletakkan antara 2 almari dalam bilik.
Betul- betul dekat dengan kipas.
Saja taknak sidai kat luar (di ampaian) sebab takut hujan.
Maklum sajalah cuaca tak menentu.
So, pasang kipas laju-laju speed 5.
Then, aku siap-siap nak g ke kelas. 
Kelas pukul 8 pagi pulak tu..
Sejukkkk...
Kipas laju..
Huu..
Bila dah siap- siap, aku pun menuju ke pintu bilik.
Tapi, sebelum keluar sempat lagi aku toleh ke suis lampu dan kipas.
Lampu memang dah tutup dari tadi.
"Okay, kipas memang sengaja taknak tutup. Biar la. Kang boleh jugak telekong aku kering..."
Hmph...
Waktu tu memang jelas kipas masih on.
Speed 5.
Sebab aku tak off.
Jadi, aku pun keluar dan kunci pintu bilik, pegi kelas~
Tapi, kelas abeh pukul 10 lebih.
Sebab lepas tu dah takde kelas.
Lecturer takde pulak.
Kalau tak, tengahari la aku balik bilik pulak.
Jadi, aku pun g balik kolej 9.
Singgah di arked dengan Azu dan Ayien beli makanan tengahari.
Diorang nak makan kat bilik aku.
Ok.
Dah sampai bilik.
Bukak pintu.
Aku masuk.
Ajak Ayien dengan Azu masuk.
Letak makanan kat bawah, alas dengan surat khabar.
Dalam hati kata..
"Panasnye.. Bukak kipaslah.."
Aku pun g la nak tekan suis kipas..
Terpandang speed kipas tu.
Tiba-tiba**
"Eh... kenapa speed dia 3 je.. tadi kan 5??"
Hmm..
Biarlah..
Aku pun tekan ON.
Bila dah duduk mengadap makanan,  barulah terperasan something..
Aku pun jerit!
Azuuuu!!!
Azu pun macam terkejut.
"Tadi, masa nak g kelas kite tak tutup kipas. Memang tak tutup. Sengaja. Sebab nak bagi telekong kering..."
Aku pun cepat- cepatlah rasa telekong tu.
Eh?
KERING!
Pelik.
Getah kat pinggang kain telekong tu pun
KERING!
Padahal hari tu mendung.
Bilik aku pulak memang tak menghadap matahari..
Huu..
Sebelum ni pun memang dah penah jadi.
Aku tak off, ada orang offkan.
Aku tak on, ada orang onkan.
Yang paling seram bila..
Ada satu malam tu aku tido..
Tapi tak tutup lampu..
Sebab aku takut.
Aku nak bilik aku terang!
Hahahaha..
Sebab penakut, aku akan pastikan pintu bilik dikunci.
Aku memang akan kunci bilik sebelum tido.
Kecuali kalau aku tertido tanpa sedar.
Dekat dalam pukul 6.15 pagi, aku terbangun.
Jeng! Jeng! Jeng!
Bilik i gelap tauuu...
Uuuuuu...
Dalam hati pun berkata..
"Eh? Sape pulaklah yang tutupkan lampu untuk aku ni?....."



21 September 2012

Jangan Tanya Pasal Kerja ---> STRESS


Fuuh.
Hari ni stress betul.
Stress kenapa la agaknya ye? Hu.
Aku stress setiap kali orang tanya…
“Eh, kila. Dah dapat kerja ke belum…? Haa.. Awak mintak la kat situ, mintak kat sini, and bla* bla* bla*…. Jangan malas-malas mintak.. Isi je pape borang yang ada…”
Dalam hati pun berkata….
“Sabor aje la………ggrrr”
Huhu..
Mana taknya, bukan aku tak mintak, dah banyak aku mintak.
Huu.
Tapi, belum rezeki lagi..
Sedih tau..
=(

20 September 2012

Jumpa jugak Cikgu Jijul Akhirnye~ Haha

Wah.
Sekian lama aku mencari
Akhirnya jumpa jugak Facebook Cikgu Jijul
Haha

Dulu time sekolah MZMS, mula-mula cikgu datang
aku tak suka betul.
Mesti aku mengelak
kalau nampak dia time nak training ping pong petang-petang.

Entah.
Time tu aku tak suka cikgu-cikgu lelaki yang muda-muda.
Haha.
Anti betul aku!
(Gila agaknya aku ni... hoho)

Last-last, cikgu tu jugaklah yang baik dengan aku
Tapi, tak lebih as student and teacher only yer.
Lagipun cikgu dah kahwin dan dah ada anak pun.
Alhamdulillah..
Tumpang gembiralah untuk cikgu.

Rasa lega bila dapat mintak maaf
Pasal apa?
(Biarlah rahsia....)
=)


Beberapa Kejadian Misteri 2

Assalamualaikum.
Haa. Ni kiranye macam sambungan lah kepada entry yang lalu yang bertajuk "Beberapa Kejadian Misteri"
Huhu.
Misteri ker??
Misteri la sangat bagi aku.
Hihi..

Okey, meh nak sambung cerita lagi..
Tapi, kebanyakannya berlaku di UTM.
Aku pun tak tahulah kenapa.
Hmm.

Kaki Digigit:

Wokeyy.. Time kejadian, aku tido. Masa tu dah dekat pukul 10 malam gitu lah. 
Tapi, aku tak ingat dengan spesifiknya time tu pukul berapa.
Ok.
Aku tido dengan nyenyaknya...
Suddenly!
Oucchh! Benda apa yang gigit ibu jari kaki aku ni????
Rasa dia macam rasa kena gigit dengan nyamuk, tapi ini lagi ngilu dan geli gitu.
Aku bangun. Tengok takde pun nyamuknya.
Haih. Aku pun tido balik.
Bangun keesokannya, aku dah rasa lain macam pada kaki aku.
Aku pandang bawah, tengok..............
*Kaki aku bengkak!!!*
Hadooiii...
Masa tu aku cuak dah sebab time tu sebenarnya tengah sibuk giler dengan program khidmat masyarakat sedili. 
Aku pulak jadi SU.
Wow. Ni memanglah dugaan namanya.
Dah la esok tu kena pegi meeting dengan orang-orang kat Sedili.
Aku boleh je berjalan, tapi kaki sebelah kanan ni kena diseret-seret la. 
Memang bengkak tu ngiluuu gile rasa.
Sakit pun yer jugak.
Makin lama makin bengkak.
Aku skip kelas banyak hari dalam 1 minggu tu.
(Terpaksa,)
Then, masa pergi meeting kat Sedili tu adalah sorang pegawai HEMA ni ikut kitaorang jugak.
Dari mula aku turun van tu dia asyik pandang-pandang.
Pelik agaknya, aku jalan berdencot-dencot.
Masa nak balik tu lah baru dia tanya.
"Eh, kenapa dengan kaki awak tu?"
Aku pun cakaplah.... "Bengkak."
"Eh, teruk dah ni.. Macam ni, esok pagi kalau awak nak berurut datang umah saya dekat KTC tu.. Bawaklah kawan perempuan lagi sorang teman.. Saya boleh tolong.. Saya pandai urut.."
(Lupa nak bagitahu, peagawai HEMA tu lelaki)
Aku pun terpinga-pinga.
*Boleh ke? Takpe ke? Dia kan lelaki?*
Tapi, mengenangkan keadaan kaki yang semakin membengkak aku pun terpaksalah pegi pagi esoknya ditemani Kak Jue.
Kesian Kak Jue kena bangun pagi teman aku.
So, masa g berurut tu (urut kaki je ye.. jangan pk bukan-bukan) encik tu tanya macam-macam.
"Awak ada langkah longkang tak? Lalu bawah pokok ke? G mana-mana tempat yang memang kawasan Jin bermain-main ke?" 
Aku pun terus "Errr... Takdelah pulak.. Jatuh pun takde.. Kaki terkehel pun tak.." Masa tu lupa pulak nak bagitahu yang aku rasa ada benda gigit kat ibu jari tu sebelum kaki tu bengkak.
Encik tu pun cakap la lagi....
"Erm.. Biasanya orang dapat bengkak-bengkak yang tak diketahui puncanya, dia mungkin pernah buat makhluk lain tu marah... Tapi, xyah risau la.. Insyaallah, takde pape ni" 
Then, encik tu sambung cerita lagi pasal ada budak UTM tu bengkak dekat tuut* dia pasal kencing kat pokok. Macam-macam lagi la encik tu cerita pasal benda-benda misteri ni.
Encik tu die macam nak cakap something dengan aku, tapi die tak cakap.
Die cume cakap, kaki aku ni angin.
Hmph. Pelik jugak aku.

Last sekali........
Dah siap urut-urut kaki tu,
Encik tu cakap...
"Saye pelik tengok awak ni, kalau orang lain datang berurut dengan saya konpem terjerit-jerit sebab sakit.. Baik lelaki atau perempuan.. Tapi awak ni pulak macam tak sakit pun, tapi kaki bukan main lagi bengkaknya.."
Oooh... baru aku perasan yang memang aku tak rasa sakit pun..
Time berurut tu memanglah kuat jugak encik tu tekan-tekan. Tapi, memang tak sakit.
Rasa sakit setiap kali berjalan sebelum g berurut tu lah. Habis kaki ni ha aku seret-seret.
Lepas g berurut tu, Alhamdulillah malam tu aku dah boleh g jalan ke Giant.
Secara kebetulan jumpa pulak encik tu.
Borak-borak.
Encik tu pun cakaplah...
"Dah boleh jalan dah? Cepat pulak ek..."

Hoo.. Begitulah al-kisahnya.
Tapi, aku takdelah nak cakap yang ada *benda* gigit ibu jari kaki aku tu.
Cuma, itu memang apa yang dilalui dan dirasai lah.
Sehingga bengkak dan aku terpaksa heret dan seret kaki kanan aku.
Hmm. Pape pun hakikat kejadian alam ni ketentuannya di tangan Allah SWT.
=)

to be continued.... 

19 September 2012

Aduhaii Handphone.. Bikin Aku Sedih...

Waaaa.. Hari ni aku rasa macam nak nangis sangat-sangat.
Banyak betul perkataan 'bodoh betul handset ni' keluar dari mulut aku.
(nampak sangat aku yang bodoh sebab cakap handset tu bodoh kan....huhu)
Aku nak nangis sebab baru je 2 minggu yang lalu mak bagi duit RM120 untuk baiki handphone tu.
Dan handphone tu dah pun elok semula.
Tapi, tadi tiba-tiba je dia jadi macam dulu balik.
Lepas dibaiki, aku jaga elok dan tak pernah terjatuh pun lagi.
Oh, sedih.
Baru je terlintas dekat fikiran beberapa saat sebelum kerosakan berlaku 'janganlah handphone ni rosak lagi, aku syg betol kat die.. dah la tengah takde duit ni.. nasib baiklah mak ade.. sungguh-sungguh mak suh aku g baiki handphone tu...'
Tapi, nak buat macam mana.
Tengah tolak slide nak reply mesej,
tup-tup bergegar-gegar gambor kat screen tu..
Lama-lama, terus gelap-gelita.
Sedih...
Aku sayang sangat kat handphone tu..
Sebab dia kaler PINK*
Huu..
Lagipun batery die tak kong lagi boleh tahan 3 hari x caj.
Dia baru je setahun dengan aku.
Tupun aku gune tak sampai setahun jugak, sebab rosak dah 2kali.
Yela, dulu aku ni ganas.
Turun naik bas g kelas.
Terjatuh-jatuh handphone.

1st time rosak, sebulan aku tunggu baru siap.
Macam handphone mahal sangat je lama diorang nak baiki.
Kali ke-2 rosak anta baiki terus siap sehari tu jugak.
Tapi, sekarang...
Dia rosak lagiiiiiiiiiiiii....
Huuu...
Sampai aku rasa nak hayun je dia ke dinding!
Haih. Tapi, tak boleh. Aku kata aku sayang dia. Allah nak uji lah sejauh mana tahap sayang aku kat dia. Allah nak tengok sebanyak mana yang aku sanggup spend kan untuk HP tu.

Kalaulah aku guna HP 3310 tu je, mungkin dah banyak duit aku boleh dermakan untuk orang-orang yang memerlukan. Ini tak, sibuk nak handphone cantek-cantek, tapi selalu jugak rosak. =( 
Balik-balik banyak jugak duit yang keluar nak baiki saje.

Jadi, nak menenangkan diri ni. Aku pun yakinkan diri....
'Ini ujian kecil... Ini ujian kecil...'

Jadi, jangan beli handphone Sony Ericsson. Dia cantik, tapi cepat rosak compared to NOKIA. 
(Tapi, Nokia mahal la.. hehe)

18 September 2012

Tukar Status di Facebook!

Hoola! Semalam aku ada la terbaca satu post ni pasal yang perhubungan antara kita dengan bakal kita tu perlu disenyapkan. Maksudnya, tidak perlu untuk diheboh-hebohkan. Lebih-lebih lagi berkaitan hal ehwal pertunangan. Tapi, bila sudah berkahwin, maka ianya perlulah untuk diumumkan dan dimaklumkan.

Okay. So, aku pun curious lah nak tahu kenapa kalau bertunang tak boleh nak kecoh-kecoh especially kat Facebook.

Jadi, dengan sengaja semalam aku pun mengada-ngada la sekejap pegi tukar status aku di Facebook kepada Engaged!. Haah! Amek kau. Tak sempat 1 minit pun dah ade yang like dan komen. Ramai pulaklah yang menge'wish' (Tahniah2x...) Haha..

Dek kerana dah macam semakin ramai yang menge'like' dan mengomen, aku pun jadi seram sejuk. Haih. Macam mana la agaknya orang yang dah bertunang tu share2 dengan sukarelanya dekat facebook yer? Maluunye..

Mungkin sebab aku olok-olok tu yang aku cuak tu. Tapi... Perasaan tu lain macam sebenarnye bila mengheboh-hebohkan. Rasa macam pipi ni tiba-tiba jadi tebal gituu. Haha.

Okey. By the way, sebenarnya bagi pendapat aku la. Kenapa tak perlu menghebohkan pertunangan adalah kerana satu benda yang sangat biasa kita dengar.
"Kalau tak jadi....................Maluuuuuuuuuuu..."
Siapa yang malu?
"Diri sendiri"
"Keluarga kedua-dua belah pihak"
"Menimbulkan pemikiran -ve kepada diri kita dan tunang kita"
dan akan...........
"Menimbulkan terlalu banyak pertanyaan dan persoalan daripada kawan-kawan dan orang ramai"
Kemudian,
akan timbul la desas- desus seperti.............
"Eleh...dulu bukan main havoc dekat Facebook cerita dia bertunang, tup2 tak jadi... Buat malu jer..."

Hmmmm... So?
Senyapkan pertunangan anda adalah perkara yang baik.
Biarlah family,sedara mara dan kawan-kawan rapat je yang tahu..

Ini menurut pandangan aku je.. Hehe.. Selagi anda boleh jaga perhubungan pertunangan tu, maka tiada masalah. InsyaAllah.

Tak lama selepas tu, disebabkan dah semakin ramai yang mengelike dan mengomen, aku tukar balik lah status tu. It was just an experiment! Hehe.
=)

17 September 2012

Haryati Hamzah

Okey. Sebelum ni dijanjikan untuk cerita kenapa tiba-tiba nama Ustaz Azhar, Yatt Hamzah dan Abby Abadi bermain-main dalam hidup aku.

Okey. Baiklah. Tapi, hari ni nak cakap pasal sorang je dulu. Hehe. HARYATI HAMZAH a.k.a Yatt Hamzah.

Ada beberapa perkara mengenai artis ni yang menyentuh hati dan perasaan sebenarnya. Ramai yang sedia maklum beliau telah pun berhijrah dengan berhijab. Jadi, alhamdulillah... Maniss sangat..

Apa yang menarik ialah............
Aku suka dengan cara penyampaian sharing moment dia di mana-mana majlis ilmu mengenai penghijrahan beliau.
Dia x terburu-buru bercerita, tapi setiap perkara diceritakan dengan penuh hikmah dan berhemah.
Setiap cerita yang disampaikan mampu membuatkan kita sebagai wanita ni menitiskan air mata.

Tak percaya??? You should believe it...

Banyak lagi video-video mengenai Yatt.. Setiap kali dia cerita mengenai detik penghijrahannya, pasti terketar-ketar menahan sebak. Huu. Oleh sebab itu, setiap kali mendengar apa yang dia sampaikan, mesti rasa nak menangis. Kita pun akan terasa.

Dan aku suka dia sebab dia pergi kelas agama. Dia cari ilmu dulu sebelum menyampaikan. =)


16 September 2012

Menghitung Hari Konvokesyen

Hmm. Pasti ramai di kalangan kawan-kawan satu Universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia Skudai tak sabar-sabar menghitung hari untuk konvokesyen yang aku kira dah memang tak lama pun lagi. Insyaallah, dengan izinNya..

Ini senior SHY. Kak Siti. =)

Haa. Aku agak mesti dah ramai yang sibuk:

1) “Alamak…. Nak pakai baju apa yer nanti?...”
2) “Eh, kasut kena pakai yang macam mana ek?... Nak kena g cari ni…”
3) “Jubah kena ambik bile?? Duk piker pulak, saiz ape aku nak ambik ek…?”
4) “Sesi kite bile?...........Alaaaa… Nape kita tak dapat Raja Zarith Sofea yang sampaikan………..?”
5) “Weh, raptai WAJIB datang tau…..”
6) “Alamak!!!!.... Scholars Inn dah penuh la!!!.... Mana mak bapak aku nak stay ni……………????”
7) “Huu.. AKu dah gemok!! Malu la nak jumpe kawan-kawan….”
8) “ Nak bawak kamera ni… Nak gambar dengan tettt.. nak gambar dengan tuttt…**..”
9) “ Duit nak kena bawak cukup ni… Nak beli bunga tuk kawan-kawan..”
10) “Tak sabau nye nak jumpe kawan-kawan! Rinduuu…….”

Hehe. Begitulah. Aku pun turut memikirkan perkara yang sama. Macam-macam ada dalam kepala ni. Insyaallah, aku punya sesi jatuh pada 14hb Oktober 2012. Alhamdulillah..

Mood: Berangan-angan membayangkan aku berjalan di atas pentas DSI yang besau tu sambil pakai jubah besar merah dengan topi besar tu.. Hehe..

P/S: Shhhh. Jangan kacau.. hehe..

14 September 2012

Beberapa Kejadian Misteri

Many updates today~
For this entry, I would like to share about some of mysterious experiences I've been through as I am 22 now.
Cewah.
Tajuk macam gempak sangat je ceritanya.

1) Masa kecil- kecil:
When I was young, as usual at 2pm I will go to one of my grandfathers home to learn reciting Qur'an.
So, during my way back to home, suddenly I saw my mak and my youngest brother holding hands together to go somewhere which I don't know.... They walking together on the road but, not too far from me and just passes our home. I just can see their back. I recognized it was my mak because the clothes that woman wore. 
Then, I started to follow them........
But, I don't know why they walking too fast..
 I can't catch up them.
.....................................................................
Finally, they lost..
I struggling myself to find them by went to several houses in the kampung asking the villagers.
Villagers only said: "Takde pun...."
So, I just deciding to go back home..
When at home, I saw my mak was sewing...
And my brother was sleeping...

****************************************

2) Bila dah remaja sikit

This happen during my age at 15 or 16 something. 
At that time I was watching television and my mak at kitchen cook something to eat. The time was about 5pm. Whatever it was, it happen after Asar. 

Then, suddenly I heard someone give salam from outside home.
"Assalamualaikum............"
So, because I heard someone give salam outside, I thought that they were my relative or somebody want to sent their clothes to my mak. 
With loudly speaker, I screaming calling my mak.
"Makkkkkkkkkkk... ada orang datang...."
Then, my mak running from kitchen to room to wear tudung.
She went to the door and open it.....................
............................................
.............................................
......................................
Nothing...
Nobody....
And
No one outside...
............
***********************************************


to be continued...






Bercinta dengan AA!

Too many things I would like to write and updates today.
Wohaha.
Mengada-ngada.
Yaa. Memang aku mengada pun.
Hihi.

Wowo~
Tajuknya boleh buat my tett2 get jealous you know.
Haha.
But, please dun worry.
It was just a title.
Is it true?
(loading.................................)

Last few days, I slept quite late.
So, like the other days as a *penganggur terhormat*, I do some googling (oh, pandai-pandai cipta word sendiri) to search any job vacancies, 
then search for gosip-gosip terkini and searching for Ustaz Azhar, Yatt Hamzah and Abby Abadi.
Hoho. Why suddenly these three name wujud in my mind.? Sampaikan searching-searching for their stories meh?
Hehe.

Later I will tell you guys why. Ok?

So,
during that night I think too many artist stories I read.
Aaron Aziz, Awal Ashaari and etc.

Then..
I fall asleep without I realized it.
Tidoooooooooooo..
Sampai next day.
Maklumlah bendera Jepun dah naik. 
Haha.

Suddenly, I dreamed I fall in love with two hOt guys! Two okay! it was TWO!.
Both of them love me!! Love me! Haha
And I like a princess to them according to how they treat me in the mimpi story la.
Cewahh..
The ridiculous thing was the two hot man were Aaron Aziz and Awal Ashaari!
I was like "Oh my god"..............
So, in the dream both of them berebut for me.
Waa. you guys bayangkan hot artis Aaaron Aziz tu.
Tak boleh la nak cerita too details about the mimpi.
Hehe.
Again, I would like to keep some of the dream as a secret..

I woke up with a big smile in the morning because I met Aaron Aziz in the dream as my boyfriend.
Hakhakahak.. 
=)


13 September 2012

Farah Cantik. Farah gemok.



Semoga success selalu. =)

Dedikasi hati kepada Saidatul Akmal Sulong

Saidatul Akmal Sulong

 Alhamdulillah, Sai antara kawan yang paling baik yang pernah wujud dalam hidup kite.
Sai selalu menunjukkan contoh dan tauladan kepada kita
walaupun tanpa sepatah kata
Peribadimu yang kadangkala matang dan kadangkala keanak-anakan membuatkan kamu kelihatan............................... "ooh, clumsy nya perempuan ni".........Haha.. Ish, xla...
Nak cakap ni:
"Awok comel bile blur-blur..." Hehe..
You are owesome!
Why? Why?
Adelah.
Mana boleh bagitahu. Haha.
I will keep it as secret. =P

Kadang-kadang kite gelak kan Sai, sebab Sai sangatlah suka tido. Haha. Comel~ Ngeh3..
Memang tak boleh lupa..
Kita banyak sangat kenangan dengan Sai.
Rinduuuuuuuuuuu...

Kalau boleh, nak je cakap:
Sai,,,,,,,,,,,,,,,,,,please don't get married...!
Cos, I'll lost you.
Eh, boleh ke cakap macam tu?
Huh! Mesti la x boleh! Apa da.

Walau pape pun, kite tahu yang sai tahu apa yang sai buat. 
Setiap orang ada kefahaman, prinsip dan pendirian masing-masing.
Sila berpegang pada tali yang digunakan yer Cik Sasai.

Please. Please. Don't get down by others words.
Kita support Sai pegi belajar pondok tu sebab kite teringin sangat nak ke sana jugak. =(
Tapi, hm.. 
By the way! This is your peluang~ Daftar PhD tu kan boleh tangguh. 
Why mesti ragu-ragu lagi?
Eeii...Hehe..  

Apa beza pondok dengan universiti?
Dua-dua tempat menuntut ilmu kan Sai..
Jadi, jangan risau ye...

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”

Sai buatlah apa yang Sai mahukan. Minta padaNya semoga diberi jalan keluar bagi setiap kesulitan. 

Kita ni tak pandai  apa pun. Hehe. Membebel pulak kat sini.

Cik Sasai, if you have anything to share, please do contact me. 
I'll be your personal counselor.
Please contact me.
Love you!
=)

Maaf-maaf. Saya memang tidak bertudung labuh dan tudung ni saya pinjam dengan sai. Sebab ada dinner with back to school theme. So, I didn't have any tudung sekolah to wear. I borrowed it from Sai's sister. Hope, there is no word "I main-mainkan pemakaian tudung labuh.. huu.." I'm hoping too I can wear such this nice tudung one day. =)


Sobbs sobss dalam hati..

Last last week, aku pegi la ronda-ronda 1 kampung naik motor dengan Adik Ain si "ekor panjang" sebab nak g ajak orang-orang datang kenduri. 

Then, singgah la rumah toki sedara, namanya Aki Seman.

Kila: Assalamualaikum.....! 
Anaknya: Waalaikumussalam..
Kila: Mak ada?
Anaknya: Maaaakkk!.......................kila datang.
Isteri Aki Seman: Awak datang mana? Kome tido tadi...

Salam salam....

Kila: Takde, datang dari rumah.. nak ajak Aki Seman sekeluarga datang rumah hari Ahad ni, ada kenduri sikit.
Aki Seman: Ngape?? ......... Awak nak bertunang ke? 
Kila: Eh, xde la aki. Lambat lagi kome nak bertunangnya... Hehe..

Tiba-tiba...

Aki Seman: OOoh.. Ingat kenduri awak nak bertunang... Hehehehehe.. (Aki gelak-gelak) .............................. Dan pada waktu tu, aki ketawa sambil tepuk-tepuk dan usap-usap bahu aku.

Tapp!*****

Pada waktu tu jugak, dek kerana tangan yang tepuk bahu aku tu, .............. tiba-tiba, ada satu perasaan sebak datang dengan tiba-tiba. Rasa rinduuu yang teramat sangat. Sebab aku dah lama sangat tak rasa belaian tapak tangan seorang ayah. Rasa kehilangan sesuatu yang orang lain ada, dan aku takde. Sobss.. Sobbss.. ABAHHHHHHHHHH........... =(  Ouhh~ Touching seketika time tu. Dah bergenang air mata tu. Tapi, macam biasalah, aku kan terer bab-bab cover line ni. 

Tapi, tengah menulis ni pun kesat-kesat air mata... =,(

I Love you too!