19 February 2013

Alhamdulillah! Kasihnya Allah.


Assalamualaikum.

Kepada rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog ni, terima kasih layan cerita-cerita karut aku. Rindu aku tak? Hehe.

Semalam 18/02/2013, aku ada attend satu sesi interview untuk position Celcom Customer Service dekat AHP Building, Damansara. Mula-mula, memang jadi kebiasaan lah kita akan rasa nerves, takut, tak konfiden dan sebagainya. Aku pun sampai satu tahap rasa nak cabut lari balik. Tapi tu dah macam satu tindakan yang bodoh pulak kan kalau nak buat macam tu.

Jadi, aku dah bertekad interview kali ni, aku nak buat betul-betul dan sungguh-sungguh. Jadi, beberapa hari sebelum interview aku ada la kesempatan sikit nak study dan prepare kemungkinan soalan yang ditanya dan juga jawapan yang patut diberi. Dengan penuh rasa berkobar-kobar aku google tips-tips interview. Alhamdulillah, memang sangat membantu. Nanti, In Shaa Allah aku akan share tips sikit berdasarkan experience aku ye. Mudah-mudahan bergunalah untuk semua.

Oleh sebab sesi interview semalam dikelolai oleh agency recruitment, memang interview tu agak mencabar jugaklah. Interview tu ambil masa dalam 3 jam gitu. Start exam, exam, exam, exam, test, test, test, typing test dan etc. Kakak aku dah kelaparan dah menunggu kat luar tu. Oh, lupa untuk menambahkan kekuatan dan semangat aku bawak geng! Hehe. Aku bawak Tikah teman aku. Tikah kan happy go lucky gitu, jadi aku takdelah rasa nerves sangat. Hilang sikit fokus kepada nerves tu. Walaupun nerves tu still ada.

Aku teruskan cakap pada diri yang "aku boleh buat, jangan sia-siakan". Walaupun, kerja sebagai Customer Service gajinya takdelah sebesar mana, tapi boleh tahan jugaklah basic, elaun, dan bonus yang dia bagi. Lagipun dia ada bagi training. Dan aku percaya aku boleh buat kerja tu dengan baik, In Shaa Allah. So, I decided untuk habiskan jugak interview ni.

Dan, alhamdulillah! Berkat kesabaran selama ni akhirnya, Nur Shakila Binti Ibharim bukan lagi seorang penganggur dah. Syukur sangat- sangat. Bila Allah kata, kerja tu untuk Nur Shakila, maka Allah jadikan ia untukku. Subhanallah. Menangis aku semalam bila diberitahu, "Shakila, congratulation! You has been accepted for this position!".. Erkss.. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa, cuma air mata je yang bergenang dan kata-kata syukur dipanjatkan kepada Allah yang memberi rezeki. (Tapi, encik yang jaga aku semalam tu kan....................... HENSEM betoiii!) Haha.

Itulah, selama ni aku bergelumang dengan tekanan pasal tak dapat kerja. Banyak yang dah diusahakan. Jadi, bila dapat ada rasa macam 1 nikmat dan kelegaan. Akhirnya, susah payah kita selama ni mendapat hasil di hujungnya. Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-hambaNya. Maka, berdoalah dan mohonlah kepadaNya. Yang penting, jangan putus asa.

So, kawan-kawan. "Having a degree in Psychology, doesn't mean we have to be a Psychologist!"

Why not we try to apply our basic psychological background to the other job as long as it is suitable. Memandangkan zaman sekarang ni kita susah nak dapat kerja. Don't be too choosy. Otherwise, we'll get nothing. Melainkan kita ni betul-betul hebat, dan betul-betul mampu nak buat kerja yang gajinya besar-besar tu, jadi takde masalah. Tapi, kalau kita ni jenis yang buat kerja hangat-hangat tahi kucing, tapi nak kerja bergaji besar, tak tahulah boleh tahan sampai bila. Just be prepared that every work will have their own stress. Nak gaji besar, stress pun besarlah.

It is good to start from the bottom first. In Shaa Allah, jika kita bekerja dengan sungguh-sungguh, one day we can develop our career. Kerjalah dengan sungguh-sungguh dengan niat yang betul dan baik Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Okey, boleh?

Aku pun takut jugak nak kerja sebab aku tak biasa dengan KL ni. Maklum sajalah kos hidup pun tinggi. Tapi, In Shaa Allah aku akan cubalah kawal segala perbelanjaan dan jadi rajin bekerja sementara tak kahwin lagi ni kan. Ni la masanya nak push diri saving duit sikit kan.

26/02/2013 ni, In Shaa Allah aku akan start kerja. Tapi kena training dulu 3 minggu. Time kasih kepada semua yang selalu mendoakan dan terus-terusan memberi support.

3 comments:

  1. shakila!!!! tahniah!!alhmndulillah..taqdir yang mansi selepas perjalanan yang panjang.^^ doakan kita kat sini juga.

    ReplyDelete
  2. nanti cuti2 dtgla bilik kita.hehe...dah duk k.l tu.haha..kita x brpa nk berani sgt g kl.hahaha :P

    ReplyDelete
  3. time kasih ain.. alhamdulillah..
    oh, psl dtg blik ain tu.. In Shaa Allah.. hehe

    ReplyDelete