31 March 2013

Nak undi apa haaaa?


Assalamualaikum.


Confused! Confused! Tak tahu siapa yang betul dan siapa yang menyatakan kebenaran. Masing-masing dengan propaganda masing-masing!


Hmph! Tak suka betul dengan propaganda! Propaganda memang mampu memanipulasi fikiran manusia.


Pihak sini kata begini, pihak sana berkata begitu.. Pung pang pung pang*.. Alik-alik, aku jugaklah yang menjadi mangsa kekeliruan. Aisehh.


Taknak mengundi kang! Huh. Bosan. Tak sudah-sudah. Macam takde penyudahnya. Entah sampai bila.


Tengoklah nanti macam mana. Tanda je lah dekat lambang apa yang aku suka. Haha.


So, tak payah sibuk-sibuk nak berkempen dengan aku. Malas je nak dengar. Buat semak!


30 March 2013

Rest Time!


Assalamualaikum.


Hari ini hari Sabtu. Ooyeahh! Jadi, saya cuti! Hehe. Lega~ Semalam dekat office rasa serabut sangat. Bukan serabut sebab banyak kerja, tapi disebabkan tak tahu nak buat apa. Huu. Saya memang jenis yang akan jadi pening, bilamana ada banyak kerja-kerja yang bercampur- aduk. Maka, saya pun dah ter’confused’. Selagi tak faham, selagi tu saya akan tanya. Haha. Biar semua orang rimas. Nak cakap saya lampi pun takpe. I like! Hehe.


Satu lagi, selagi saya belum betul-betul faham dengan skop kerja sebenar saya, selagi tu saya takkan mampu nak fokus untuk buat tugasan sampingan. Jadi, saya amat berharap bos akan faham ye. Kang saya tak buat kerja, bos marah pulak. Sebab tulah, saya kena faham dan tahu betul-betul apabenda yang saya kena buat sebenar-benarnya. Maka, janganlah diserabutkan kepala saya dengan kerja-kerja yang bukan dalam bidang kuasa saya. Mahirkan dan fahamkan saya dengan main tugasan saya dulu la ye.


Hmm. Tadi, saya pergi Gambang Water Park. Tiba-tiba ada seorang pakcik ni tegur saya. Katanya. “Eh! Kenapa macam kenal je awak ni!!”... Amboi-amboi, excitednya pakcik! Saya pun apa lagi.... “PAKCIK!!!! DATANG DENGAN SAPE??”.. Hoho.. Suami Puan Marzilah ex-pengetua Kolej 9, UTM Skudai dulu ada dekat Gambang Water Park?? Hoho.. Macam tak percaya... Saya pun tercari-cari lah Puan Marzilah dekat situ. Nasib baik jumpa. Haha. Kami pun borak-borak lah. Semua ada. Anak-anak Puan Marzilah, Syahir, Syafiq, Anis, dan sorang lagi tak ingat namanya beserta juga menantu Puan. Borak-borak, amek gambar. Rindu dekat puan lama tak jumpa. Handsome betoi anak dia. Hahahahahahaha..


Saya pun lepas tu masuklah dalam taman tema air tu. Seronok jugaklah. Huhu. Memang best! Tapi, lenguh belakang.. Hmm...



:)

26 March 2013

First Day!


Assalamualaikum

Sunyinya rasa bila ahli keluarga takde depan mata. Hati dah basah-basah je. Susah betul nak kering. Huhu. Alhamdulillah, tadi hari pertama aku bekerja.

Perasaan, hmph! Ala-ala macam first time masuk praktikal dulu. Tapi, okey sikit la. Haha. Memang aku la orang yang paling cuak, paling nerves, paling tak tahu, paling blurr.. Semua akulah! Macam-macam lah perasaan ada.

Tapi, aku takdelah excited mana. Biasa-biasa je. Tadi, banyak benda la belajar, tapi masalahnya susah betul nak masuk dalam kepala ni. Entah kenapa! Haha. Blurr tak kesudah. Aku akan slow sikitlah buat kerja baru-baru masuk ni. Lantaklah. Haha. Lanyak je. Janji buat kerja baik-baik. Slow pun takpe. Kan? Kan?

Besok dah start la jalan kaki pergi balik kerja. Harap-harap boleh kurus! *mission jalan kaki, itu la* Apa yang penting, semoga Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik aku ke/dari tempat kerja. Semoga aku mampu buat kerja dengan baik dan cekap. In shaa Allah..

Jadi, kenalah pelan-pelan kayuh. Semua orang start kerja akan bermula dari ZERO. Zero kan boleh jadi HERO. Hero kan boleh jadi PRO.. Hehe..

Doakan saya.. =)

24 March 2013

Aku melihat Kau.



Orang kata... “Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...”


Baru-baru ini, aku ternampak kelibat orang yang aku pernah kenal suatu masa dulu. Dah tersangat lain dari dulu kala.


Dah tak segagah seperti dulu. Dah tak sekuat seperti dulu. Dah tak sesihat seperti dulu. Dah tak seceria seperti dulu. Dah tak berupaya bercakap seperti dulu. Dah tak berupaya berjalan seperti dulu. Wajah yang ceria, wajah yang selalu tersenyum dah terbenam dek terserlahnya kesedihan dan kesuraman.


Aku..


Terkesima melihatkan perubahan yang seperti itu. Tak aku dapat bayangkan hidup nya yang dahulu dah bertukar wajah.


Aku..


Termuhasabah seketika. Tersentak aku melihat keadaan kau.

Aku..


Hanya mampu memandang dari kejauhan. Hanya doa aku iringkan agar kau setabah manusiawi lain yang ditimpa ujian yang hampir serupa.


Aku..


Berharap, supaya kau terus melangkah gagah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Moga Allah kurniakan kekuatan supaya kau lebih bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari.


Aku..


Terasa sedih melihat keadaan kau yang sekarang. Memang benarlah, kuasa Tuhan (Allah SWT) tak dapat untuk kita tidakkan. 



Oleh itu, mari kita sama-sama beringat, rezeki, kesihatan dan kesenangan Allah boleh berikan kepada kita bila-bila masa, dan Allah jua berkuasa untuk menariknya bila-bila masa. Sebagai hamba, marilah mensyukuri apa yang ada disekeliling kehidupan kita. Di samping itu, berusaha jugalah untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan berguna. Dari segi apa? Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu hidup sebegini..


23 March 2013

Dah dapat kerja!


Assalamualaikum dan Selamat pagi!


Alhamdulillah, semalam dapat call dan diberitahu saya dah confirm dapat kerja! Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih juga kepada semua yang selalu mendoakan. :)


In Shaa Allah, next week hari Selasa kena lapor diri. Cuma sekarang, rasa berdebar-debar sebab this is my first experience dapat kerja yang betul-betul. Sebelum ni cuma ada pengalaman buat kerja-kerja biasa je. Paling banyak beri impact dan pelajaran ialah time praktikal di Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu. Memang banyak benda yang boleh dipelajari.


Semoga segala urusan kerja dan keselamatan saya sentiasa dipelihara oleh Allah SWT, dan begitu juga dengan anda semua. Aamiin.


Kerja di CELCOM tu saya dah tolak dah. Sebab Kelly Agency create problems yang menyebabkan saya jadi serik nak berurusan dengan mereka. Rasa teraniaya pun ada juga. Malas dah nak cerita pasal mereka. Harap-harap, mereka tak ulang benda yang sama pada orang lain.


Takpelah. Harap-harap urusan sehari-hari kita sentiasa dipermudahkan olehNya. Aamiin.


Take care!

21 March 2013

Si Peluka Hati


Assalamualaikum

 Orang selalu kata, benda yang dah berlalu jangan diungkit-ungkit lagi. Tapi, kenapa agak-agaknya kita suka membawa kembali cerita- cerita @ peristiwa yang lalu? Kadang-kadang kita tak fikir @ dah memang orang kata taknak ambik tahu langsung dah benda-benda lama, tapi... Ada jugak orang yang mengungkitnya. Kadang- kadang juga, orang lain dah tak kisah dan tak ambik port pun kisah-kisah lama, tapi diri kita ni pulak yang selalu terkenang-kenang dan tersebut-sebut.

Hmmm.. Kenapa ya?

Kalau saya, saya memang susah nak terima kalau ada orang yang depan kita dia baik, tapi belakang duk bercerita itu ini kisah-kisah lama kita pada orang lain. Yang mana hasilnya..... Membuatkan saya sakit hati.. Yes, saya maafkan.. Tapi, kalau dah banyak kali ulang perbuatan yang sama, apa guna kemaafan yang dia pinta-pinta selama ni?

Oleh kerana itu, hati terlalu sempit nak terimanya kembali. Walaupun bila berdepan, memanglah kita boleh je nak bercakap dan berbual macam biasa. Tapi, jauh di sudut hati.. "Aku berkecil hati".. 

Saya ada rasa sakit hati sebab dia suka bercerita seolah- olah saya lah manusia paling binasa dekat alam muka bumi ini. Seolah- olah, perbuatan saya lah yang paling teruk dan hina sekali. Walhal, dia juga pernah melakukan sesuatu yang lebih kurang sama. Dia lupa agaknya? 

Kedua-dua kami perlu mencari bagaimana untuk mengubat hati. Mencari penawar kepada racun berduri. Sebab aku dah takkan lagi percaya pada "backstabber" si peluka hati..