02 February 2013

Tak Dapat Kerja Lagi. :)

Assalamualaikum.

Sekejapnya, hari ni dah masuk 02/02/2013. Rasanya macam baru je 01/01/2013, tapi sekarang dah berada dalam bulan Februari. Dan terasa macam agak dah lama jugak aku dah habis degree. Budak-budak yang baru habis pun dah dapat kerja awal dari aku. Cuma aku je yang masih terkapai- kapai sibuk ke sana ke mari, isi borang itu dan ini. Print resume, fotostat ic, fotostat surat beranak, fotostat sijil-sijil, dan berulang-alik ke pejabat post. Post segala benda yang diperlukan untuk aku apply kerja-kerja kosong yang ada.

Namun begitu, hasilnya masih lagi sepi. Sepi tanpa sebarang khabar berita lagi. Makin aku cuba untuk bersabar, makin aku bertambah risau dan bimbang. Dah banyak kali juga aku cuba untuk memberi semangat pada diri, tapi kadang-kadang aku tak mampu nak kawal perasaan dan emosi yang selama ni membelenggu. Bukan aku tak cuba untuk cari kerja sementara dulu, tapi kalau nak ulang- alik dari rumah ke bandar Temerloh tu, aku takde transport. Sudahlah jauhnya saje dari rumah ke bandar dah 25km. Nak harapkan bas City Liner tu yang hanya ada satu saja, memang jawabnya aku tak akan sampai ke tempat kerja pada waktunya. Bas tu cuma ada dalam pukul 10 pagi. One- way ke bandar. Petang pun ada dalam pukul 1 petang aje. Nak naik teksi, pun lebih kurang sama je. Mahu berjam-jam menunggu. Apatah lagi nak mengharapkan teksi ada di awal waktu pagi. Memang itu satu harapann je la. Ditambah pula dengan aku ni yang masih lagi sedang mengumpul wang ringgit untuk ambil lesen yang entah bila aku akan dapat.

Mungkin ianya kelihatan macam satu alasan je. Terpulanglah. Kalau mereka yang selalu berkata-kata tu boleh tolong aku takpe la jugak. Tapi, tak habis-habis nak perli aku. Selagi aku boleh bersabar, aku akan telan je kata-kata tu. Jangan aku meletop sudahlah. Nanti tak pasal-pasal pulak bergaduhh. Aisehh. Korang ada transport, boleh la senang cakap.

Dan tipulah, kalau aku cakap aku tak jeles bila tengok kawan-kawan lain dah ada kerja. Memang perasaan jeles tu ada. Tapi, takpe. Itu rezeki diorang. Dan diorang deserved untuk apa yang diorang dapat kan. Hari-hari aku tak berenggang dengan handphone sebab nak tunggu kot-kot ada mana-mana syarikat atau organisasi call suh datang interview ke. Tapi, memang handphone tu senyap sunyi takde nada dering berbunyi dan takde nombor dari mana-mana yang call buat masa ni. Kalau dulu ada la jugak.

Sekali lagi aku selalu cakap pada diri sendiri “Takpe, kila. Takpe kila. Takpe kila”. Kadang- kadang sampai terrmengalir air mata. Bukan aku ni taknak tolong mak, tapi rezeki untuk aku dapat kerja belum jugak datang-datang lagi setakat ni. Aku pun takde lah apply semua jawatan “pegawai”. Macam lah aku ni pandai buat kerja sangat kan. Kebanyakannya, aku apply jawatan biasa-biasa je yang aku rasa aku mampu pikul tanggungjawab tu. Biarlah, belajar dari bawah dulu pun takpe.

Yelah. Orang bercakap memang lah senang dan aku pun tak mampu nak zip atau pun stapler mulut diorang tu. Cakaplah apa yang orang nak cakap. “Aku dah lali”. Haha. Kental betul jiwa ni, kemaiinnn. Hehe. *Konon*

Cuma satu je yang mampu beri aku semangat. Aku masih lagi berpegang dan percaya pada ketentuan Allah SWT. Dia lah yang memberi dan Dia juga lah yang berkuasa menentukan nasib, hidup, jodoh, masa depan, dan lain-lain dalam kehidupan aku ni. Dan aku percaya bukan manusia yang menentukan rezeki aku. Kalau aku dipilih sekalipun untuk jawatan tu, si pemilih tu hanya perantara saje sebab yang pastinya Allah jualah yang pilih. Dah kalau ditakdirkan bukan aku, maka bukan akulah jawabnya. Selagi aku mampu untuk berusaha, aku akan terus berusaha.

Kenapa diorang selalu tanya seolah-olah diorang tak faham benda ni? Diorang kan lagi tua dari aku, lagi banyak makan garam dalam hidup kan? Why? Why? Huu. Sediihh. Aaah, tiba-tiba nak sedih. Apa la sangat dengan kata-kata orang tu kan. Nanti dah dapat kerja, diamlah mulut-mulut tu semua. Hehe.

So, sekarang aktiviti harian macam biasalah. Jadi anak dara sunti yang paling rajin tolong mak buat kerja- kerja rumah. Haha. Bangun pagi- pagi kemas rumah, basuh kain baju, sidai kain baju, sapu sampah, buang sampah, mop lantai, lipat baju, lap habuk, siram pokok bunga dan sebagainya lah. Haaa! Rajin kan?? Hahahaha. Lalalalala. Weksss!

Ada aku kisahh? Cewahh. Oopss! Salah bual! Hahaha.

P/S: Meroyan agaknya.




30 January 2013

Aduhaii Emak

Errkkss! Mak aku dah kenapa. Tiba-tiba semalam tanya bila aku nak kahwin? Aduhai emak. Awat tak bagi statement "Kila, bulan depan nikah". Hahahaha.

Faris dah balik rumah

Assalamualaikum.

Hey. Hey. Hey. Hey. Apa khabar kamu semua? Hehe. Mood happy ni. Alhamdulillah. Faris dah discharge hari ni. Dah balik rumah dah. Semalam operate tampal kulit peha pada tangan, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Cuma after keluar dari bilik bedah tu, dia ada muntah-muntah sikit. Kesan ubat bius sebelum tu. Tapi, lepas tu dia dah okey semula, cuma dia banyak tido la semalam.

Dan hari ni dah ada dekat rumah dah dia. Terhincut-hincut jalan sebab sakit kat peha tu. Okey, itu sahajalah update Faris. In Shaa Allah, nanti akan sembuh sepenuhnya. :) Terima kasih kepada saudara-mara, kaum- kerabat, orang-orang kampung, kawan-kawan umi dan abah dia yang sentiasa ambil berat dan ambil tahu perkembangan Faris. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.

28 January 2013

Tak Ada Tajuk

Aaargghh! Mengantuk! Mengantuk! Sejak berulang-alik dari rumah ke hospital dan dari hospital ke rumah ni, badan jadi tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Pagi-pagi buta pukul 3, doktor atau misi sibuk je kejut suh bangun. Nak ambik darah lah, nak masuk ubatlah. Nak bagi ubatlah. Masalahnya, yang dia p kejut aku apesai? Haha. Kejut je lah Mat Faris terusss. Haissh.

Natijahnya, tidur kami berdua sering terganggu. Walaupun dah tidur awal dalam pukul 10 malam, pukul 12 tengah malam kami dikejutkan balik. “Kak, kak. Bangun, bagi Faris makan ubat”. Haishh. Liat betoi aku nak bangun. Tapi, apekan daya terrpaksaa jua. Kalau aku tak bangun, Mat Faris lagilah liat nak bangun. Hahaha. Lepas tu, dalam pukul 5 pagi pun kami dikejutkan lagi, makan ubat. Huhu. Tapi, hal kecik je tu. Ada lagi masa sejam untuk tidur sebelum bangun Subuh.

Errr. Ehem, ehem. Aku ada dapat pelawaan dari member untuk follow trip penyokong pasukan Pahang ke Singapore nanti. Macam dia mau belanja je?? Haha. Huaaa! Nak pergi! Memang nak tengok lawan bola Live tu! Mahu! Mahu! Tapi, disebabkan beberapa kekangan, tak dapatlah aku nak follow. Sobss. Sobss. Aku punya passport pun dah mati, lagipun no money no trip la kan? Kui3. Ada satu lagi alasan kenapa tak dapat follow. Biarlah rahsia. Alasan berattt punyerrr.. :D

Huiih. Cepat la dapat kerja. Bosan dah ni tak buat apa-apa. Asyik mengupdate blog aje. Huhu. Hmm. Takpelah, ada la tu rezekinya nanti. In Shaa Allah. Mudah-mudahan yer.

Oh, lupa. Besok Mat Faris kena operate sikit nak tampal kulit peha pada tangan dia tu. Doakan keselamatan dia yer. Tenkiu. Hari ni mood dia, Alhamdulillah. Owesemm habisss! Ambik darah dah tak nangis, cuci luka pun dah tak nangis. Steady gituu. Yeeehaaa!

P/S: Duk hospital, sangat lah kena menjaga hati. Sebab ramainya doktor-doktor muda hensem-hensem! Hihihihihi..

26 January 2013

Let's Doa

Ya ALLAH I ask for a Mercy from You by which You will guide my heart, settle my affairs, remove my worries, protect me from what is unseen to me, forgive my sins, purify my deeds, inspire me with wisdom, avert calamities from me, and protect me from every evil.

Ameen Ya ALLAH

KEBIMBANGAN

Zaman ini, terlalu banyak kebimbangan yang membelenggu masyarakat di negara kita. Terutamanya, para ibu bapa. Bimbang mengenai perkara apa? Ya, ketika ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan adik William Yau Zhen Zhong. Bukan hilang untuk sementara tapi kini hilang di pandangan mata untuk selama-lamanya. Ramai pihak tampil membantu mencari, tahniah diucapkan kerana masih ada kesedaran untuk memberikan bantuan dan sokongan. Namun, tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana segala-galanya telah pun terjadi. Takziah diucapkan kepada keluarganya. Amatlah diharapkan agar keluarga adik Zhen Zong tabah dan kuat mengharungi situasi sebegini. Diakui, ianya bukan mudah. Malah, akan mengambil masa yang agak lama bagi emosi mereka sekeluarga untuk pulih kembali.

Daripada kes-kes yang pernah berlaku, banyak iktibar yang boleh diambil sebagai pengajaran. Ibu bapa khususnya, perlu lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan anak-anak walau di mana mereka berada. Kecuaian akan mengundang padah. Walaupun kita tidak nafikan bahawasanya manusia ini ada detik kelalaiannya dan kecuaiannya. Namun, langkah berjaga-jaga haruslah diambil agar perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi, sebagai umat Islam hendaklah kita meletakkan kebergantungan yang utama kepada Allah SWT. Sentiasa minta semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kita. Allah lah satu-satunya tempat untuk kita bergantung di saat kita susah, senang, gundah gelana, tertekan dan sebagainya.

Selain itu, antara kebimbangan lain pada hari ini ialah kes penderaan kanak-kanak. Kenapa begitu banyak kes penderaan begini berlaku? Tidakkah kita sebagai manusia mempunyai pertimbangan dan perikemanusiaan? Kenapa mesti kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa? Saya beranggapan individu yang melakukan penyeksaan kepada kanak-kanak baik dari segi emosi, mental dan fizikal adalah mereka yang mempunyai masalah kejiwaan yang perlu diberi rawatan. Rawatan yang bagaimana? Lihat sahajalah, kebanyakan kes penderaan dilakukan oleh teman lelaki si ibu. Terdapat juga ibu bapa kandung yang tergamak melakukan perbuatan sama kepada anak mereka. Ibu bapa yang bagaimanakah mereka? Mereka adalah ibu bapa yang mengutamakan nafsu melebihi segalanya. Mereka adalah individu yang mentaati iblis lebih daripada mentaati Tuhan yang mencipta mereka. Mereka adalah ibu bapa yang menyanjungi tekanan lebih daripada pertimbangan.

Apa yang membimbangkan adalah, kebanyakan kes-kes sebegini berlaku berlatarbelakangkan ibu bapa yang tidak berpegang pada ajaran agama. Jika ibu bapa menjadi lebih seimbang dari segi rohani dan mental, In Shaa Allah kehidupan anak-anak akan menjadi lebih terurus, terpelihara dan selamat.

Tidak ketinggalan juga, kita sekali lagi beberapa hari yang lalu digemparkan dengan berita berkenaan kes pemerdagangan kanak-kanak. Menjual bayi. Ya, itu yang terjadi dalam negara kita ini yang dikatakan ‘negara selamat dan aman’ di dunia. Bagaimana sanggup seorang manusia menggelapkan hati nurani mereka dengan wang ringgit semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia? MasyaAllah.. Tidakkah mereka terfikir apa yang akan terjadi sekiranya itu adalah anak-anak mereka? Barangkali, disebabkan kanak-kanak dan bayi-bayi tersebut bukan milik mereka, maka tiada rasa prihatin dan perikemanusiaan dalam diri mereka.


Oleh itu, saya menyeru masyarakat terutamanya kita semua supaya menjadi manusia yang lebih prihatin dan berperikemanusiaan terhadap insan lain dengan mengamalkan sikap ambil berat dan ambil tahu terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Bantulah diri untuk menjadi seorang ‘insan’ kerana ianya lebih mulia.

Nauzubillah.. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang tidak diingini sebegini, sama ada menjadi mangsa atau sebagai pemangsa. Kita di akhir zaman, tidak mustahil esok adalah ‘hari mati’ untuk kita.

Sekian, terima kasih.

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul.. =)

Assalamualaikum..

First of all, "Salam Maulidur Rasul". Hari kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Allahuma solli 'ala sayyidina muhammad. In Shaa Allah, mari beramai-ramai perbanyakkan berselawat ye. =)

Okey. Malam ni time aku rest sekejap sebelum sambung duty aku pada esok hari. Duty menjaga Mat Payih lar. Hehe. Seronok jugak dapat duk kat hospital tu. Bukan seronok sebab Mat Payih sakit, tapi seronok tengok telatah budak-budak dalam wad kanak-kanak tu. Owsemmm habisss. Menjerit, merauungg, mengamuk, apa lagi? Hah. Itu memang dah kerja diorang. Yang paling best semua nak berebut-rebut, "kakak! kakak!". Haha, seronok nye. Perasan artist sekejappp aku. Hihi. Suruh aku kaler buku Upin & Ipin lah, ajak main Lego la.. Hmpph.. Aku pun melayannn je la.. "Canteklah kakak kaler, nak jugak!!! Kakak kaler la yang saya pulak!!".. Hoooiii.. Masing-masing berebut nak suh aku mengaler buku Upin & Ipin diorang kan. Haha. Tapi, seronok jugaklah sebenarnya.. Hari-hari jumpa Mat Payih, adik Bukhari, adik Irfan, adik Syafik, adik Omar, adik Saiful.. Dah jadi macam kanak-kanak pulak aku. Bila aku tak datang, masing-masing sibuk tanya kat abang ipar aku "kakak tak datang ke?".. Hehehe.. Senyum lebar aku bila tau budak-budak ni mencari aku. Hihihii.. Suka kawan dengan aku lah tu budak-budak tu. Layannnn..~ Hahahh.

Okey, update terkini Mat Payih, emotionally almost completely stable. Yeah, Alhamdulillah. Hehe. Tapi, next week tak tahulah pulak. Sebab next week kalau tak silap, hari Selasa dia ada operation untuk tampal kulit peha ke tangan dia. Doktor kata kalau tak tampal, nanti akan amek masa almost one year untuk completely sembuh tangan dia. Doakan Muhammad Faris cepat sembuh ye. Time kasih. =) Tahun ni dia nak UPSR. Dah dekat 3 minggu tak pergi sekolah tu. Risau pulak.

Hari ni, ada gambar Mat Payih lagi kalau korang sudi nak jenguk. Nak jenguk di Hospital Temerloh ni jauh pulak kan? Hehe.


Cool.. Main game je.. Hari ni dah tak menangis.. Alhamdulillah, dah makin kuat budak ni. :)

Hari ni berair sikit. Semalam dia banyak minum air agaknya.



Rilek je. Moga Mat Payih jadi lelaki yang kuat.

Seronok dapat turun bawah, jumpa adik. Dah lama terperuk kat atas dalam wad.


Sekian sahaja untuk hari ini. Nanti jumpa lagi. Take care! :)