30 November 2012

Wow! Menarik!

Assalamualaikum.. Haa, nak bagitau ni. Saya macam tertarik nak buat 1 kajian yang bertajuk "Bolehkah manusia diprogramkan untuk menjadi pembunuh?"... Ngeee.. Baru-baru ni saya ada la tengok kat Discovery channel. Orang luar negara (lupe la negara mana), dah buat 1 kajian pasal tajuk ni la. Menarik gile. Tapi, saya tak berapa nak percaya sangat dengan hasil diorang, sebab bila dah masuk TV, kebanyakan input banyak yang dah diedit.

 "Bolehkah manusia diprogramkan menjadi pembunuh?!!"

Ok. Maksud 'diprogramkan' itu adalah diprogram menggunakan hipnosis. Dalam kajian tersebut, beberapa pakar iaitu pakar hipnosis (lupe nama dia), pakar pathalogy (lupa nama jugak), doktor perubatan, dan pakar psikologi bekerjasama. Nak menjayakan kajian ni, diorang memerlukan antara satu sama lain. Kenapa? Nanti I tell you why. Ngee. Kajian yang dibuat ni merupakan satu kajian eksperimental kepada manusia menggunakan hipnosis! Huu.

First step, diorang menjalankan pemilihan subjek kajian a.k.a responden kajian. Ramai yang sukarela nak jadi "bahan kajian", tapi, hanya 20 orang sahaja yang terpilih untuk level pemilihan yg seterusnya. Banyak tahapnya tau... Pengkaji-pengkaji ni sebenarnya nak pilih sorang je individu yang betul-betul compatible untuk kajian ni. Proses pemilihan diteruskan dengan sesi pra-hipnosis, iaitu proses hipnosis 'basic' dalam sebuah bilik yg dipasang video kamera.. Pakar hipnosis (Dr X) akan hipnosis la 20 org participants tu. Manakala, pakar2 yg lain duk kat sebuah bilik yg lain akan observe melalui kamera yg dipasang di bilik hipnosis tu. Mereka akan observe facial expression, body gesture, dan lain2 la. Hipnosis ni yang asas dan simple-simple je.. Dalam level pemilihan yang ini, mereka nak kenalpasti antara participants 20 orang tu, yg mana paling mudah untuk dihipnosiskan. Wow! Hasilnya, ada jugak yang menipu. Konon-konon diri mereka dah dihipnosis. Tapi, pakar-pakar ni semua tahu siapa yang menipu dan siapa yang benar2 dh dihipnosis. Ok, hasil pra-hipnosis tu, tinggal dalam 16 orang je yg berjaya ke peringkat pemilihan seterusnya.

Level seterusnya, 16 orang baki participants ni tadi akan dihipnosis sekali lagi. Semasa dalam hipnosis tu, mereka diberi gambaran pergi ke sebuah restoran, dan tiba-tiba merasa panas yang teramat sangat dan menyebabkan mereka membuka kesemua pakaian kecuali 'pants'.. Ok. Lepas diberi gambaran sebegitu, mereka kemudiannya, dibawa betul2 ke restoran. Result: Memang hipnosis tu ada yg betul2 menjadi. Ada la 4 orang yang betul-betul dihipnosis. Yang selebihnya tu cuma berpura-pura. Macam mana tahu? Again. Kamera tersembunyi. Hehe. Melalui observation dr pakar-pakar la.  Yang kelakar tu, ada la sorang participant perempuan tu, masa dia tanggalkan pakaian dia (except pants) sempat lagi jeling-jeling org sekeliling. Maybe dia rasa malu. Menurut pakar- pakar tersebut, kalau org tu betul2 dihipnosis, mereka xkan ada kesedaran untuk memerhati keadaan di sekeliling, yg diorang akan buat cumalah menurut apa saja "gambaran" yg dah diberikan semasa hipnosis tu.

Akhirnya, tinggal la 4 org sahaja. Ok, test yg seterusnya ialah keempat-empat mereka ni akan dimasukkan ke dalam satu tab mandi yg dipenuhi ais dan air, mengikut giliran masing-masing setelah diri mereka dihipnosis. Suhunya sangat sejuk. Tujuannya, adalah untuk melihat tindakbalas fizikal tubuh badan terhadap suhu. Kan pengkaji tu diorang nak cari individu yg betul-betul berjaya dihipnosis sepenuhnya, sebelum disedarkan balik. Jadi, mereka nak tengok lah sama ada suhu air yg sejuk dipenuhi ais tu memberi kesan atau pun x kepada tekanan darah, suhu badan, dan lain-lain, serta menganggu x hipnosis tu. Mungkin disebabkan suhu terlampau sejuk, effect pada otot mereka, jadi kejang dan seterusnya menganggu menyebabkan diorang tersedar dr hipnosis tu sebelum pakar sedarkan mereka. Masa juga akan diambil nak tengok berapa lama participant boleh duduk dalam air tu. Tapi, Dr. perubatan (Dr. S) x bagi participant tu duduk dlm air lebih 2 minit, takut effect kesihatan diorang. Dan untuk ukur tekanan darah apa semua, banyak la wayar2 dipasang pada participants tu. Banyak la teknologi2 digunakan. X reti nak sebut nama alatan yg digunakan. Ada monitor yg akan paparkan suhu badan mereka, tekanan darah dan lain-lain. Hipnosis pada ketika ini dilakukan dengan memberi arahan kepada calon iaitu: " Sekarang kamu akan masuk ke dalam tab mandi yg dipenuhi ais ini, tapi kamu tidak merasa sejuk, bahkan kamu selesa dengannya kerana suhunya yg suam"...
Resultnya: Antara 4 orang participants tu, hanya seorang sahaja yang berjaya sebab dia boleh duduk dalam ais tu selama 1 minit 5+ saat gitu.. dan tiada ketegangan pada otot-otot die, malah die berjaya mengekalkan tekanan darah dia. Sebab tu la dalam kajian ni perlukan kerjasama dr pakar2 tertentu sebab nak kawal benda- benda ni la..  yg lain-lain cuma mampu bertahan secara puratanya dalam 5+ saat gitu je.. Ini menunjukkan hipnosis kepada 3 participants tersebut terganggu. Means, while doing hypnosis process they will easily get distracted. So, this condition will destroy the experiment. So, macam mana mereka nak 'programkan' individu menjadi pembunuh?? Jadi, resultnya, hanya sorang je yg berjaya untuk menjadi responden bagi kajian ini iaitu Mr.X yg bekerja sebagai warden penjara. Muka die pun boleh tahan ganasnye.

Jap eh, sambung lagi nanti bila dah kembali rajin nak update pasal ni. :D

27 November 2012

Mengada-ngada.

Mengada-ngada terlebih.
Takutlah.
Tak retilah.
Heh!
Macam-macam alasan.
Mengaku je la diri tu penakut dan pengecut.
Sikit- sikit takut.
Ape daa..
Bila la nak berjaya dan membangun?
Low of self- confidence ??
OR
No self- confidence at all?!
So, build it up!
Starting now!
No more excuses please.

25 November 2012

Mereka sepatutnya Respect!

Sejak kebelakangan ni, saya macam tak berapa gemar nak tengok TV. Why? Why? Sebabnya... Saya rasa artis-artis kebanyakannya, x respect penonton yg ada tengok TV ni ha. Selamba je nak pakai terbuka sana, terbuka sini. Kontot sana kontot sini. Diorang kan public figure? Terpampang dalam TV apa yang diorang pakai. Rasa dah macam menonton artis-artis Barat pulak. Saya bukan nak hentam mereka, tapi macam dah keterlaluan. They should learn how to respect their audiences, by not showing the sexiness of their body to the public. Moga sama-sama diberi petunjuk dan dibukakan pintu hati untuk terima kebaikan. Aamiin.

P/S: I'm not perfect too. Just doing little thing that can bring good to us.

22 November 2012

Diketuk Dididik

Hati ini kadangkala perlu diketuk dgn ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pd ‘kesukaan’, tapi juga selesa dgn ‘kesakitan’..
Ya ALLAH, give me eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad and a soul that never loses faith. Ya ALLAH
Master of all Creation, Forgive us all for our sins, and guide us to the right path. The path of your chosen ones. Bless the Muslim Ummah and have mercy
upon us.


Aamiin Ya ALLAH!
 

19 November 2012

Doalah.. =(

Allahu akbar! Malu rasanya kepada saudara seislam yang sedang berjuang di tanah air mereka yang ketika ini sedang bergelodak dengan ancaman dan serangan daripada Yahudi Laknatullah! Bila-bila masa saja mereka boleh terkorban akibat bedilan-bedilan dan bom-bom yang dilepaskan kepada mereka.

Satu perkara yang paling saya kesalkan ialah, dulu saya tak pernah nak ambil tahu pasal GAZA, Palestin dan lain-lain. Saya cuma dengar-dengar macam tu je. Alasan yang sering saya berikan ialah “tak sanggup nak tengok penderitaan mereka”.
Astagfirullahalazim..

Kalau tak ambil tahu, tak tengok video-video dan gambar-gambar ke, macam mana nak tahu???? Ini, sibuk dengan dunia dan kehidupan sendiri semata-mata. Lupa pada saudara seagama. Cubalah tonton video-video kehidupan mereka di sana, pasti akan mengalir air mata. Tapi, apalah sangat air mata kita ini jika nak dibandingkan dengan air mata derita mereka di sana.

Mereka di sana amat amat amat memerlukan bantuan daripada kita sebagai saudara mereka. Jika tak mampu dari segi fizikal dan wang ringgit.. Berdoalah. Berdoalah. Allah.

Letakkan diri kita ini di tempat mereka. Rasai. Rasai apa yang dirasakan oleh mereka. Rasai ketakutan, kesusahan dan pergelutan emosi mereka. Bayangkan itu adalah kita! Allahu akbar!
Saya tak tahulah, kalau ada juga orang yang mempersoalkan kenapa kena boikot Mc’d dan barangan-barangan jenama tertentu. Tolong, jangan sumbangkan wang ringgit kita kepada mereka. Lebih baik gunakan wang tersebut untuk membantu umat Islam di Gaza..

Ketika ini, saya merasa tak sanggup untuk mengupdate apa-apa kisah peribadi, keseronokan dan kegembiraan yang dirasai kita di Malaysia ini, sedangkan mereka di sana bergelut dengan peperangan yang bukan dicetuskan oleh mereka. 

Mari sama- sama improve diri, perbaiki hubungan dengan pencipta kita, perbanyakkan doa. Agar Allah beri kekuatan kepada mereka untuk menentang tentera Yahudi Laknatullah.

Lailahaillallah..
Tangisan kami di sini, tak sederita tangisan mereka di sana.
Allahu akbar!
Ya Allah..
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami,
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza,
Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza.
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami.
Aamiin.

17 November 2012

Pray for GAZA!

Allahu akbar! Kehidupan kami ini terlalu selesa. Mereka pula saban hari berdepan dengan peluru-peluru, bom-bom dan tembakan-tembakan. Ya Allah, selamatkan mereka. Jika terkorban, syahidkan mereka Ya Allah..

 Always make do'a for them

16 November 2012

Takde apa yang lebih menarik

Dengan rasa rendah diri, ingin sekali saya katakan bahawasanya takde ape yg lebih menarik melainkan sayang dan perhatian Allah kepada kita. UjianNya menunjukkan yang diri kita ini dipandang Allah. Maka, bersyukurlah. Tika diri ini jauh dariNya, muncul sesuatu yang menarik kembali diri ini berada di landasan. 
Allahu akbar!
Allah Maha Besar!
Allah Yang Maha Agung!
Apa yang dilalui baru-baru ini, amat menakutkan saya. Terasa dekat dengan mati, seolah-olah ia memanggil-manggil, tapi Allah jua yang lebih tahu. Takut kerana terlalu sedikit amalan yang dilakukan. Sungguh saya takut. Semoga Allah beri kesempatan untuk saya melakukan amal kebaikan. Kasih sayang Allah sangat hebat dan indah! Subhanallah. Indah sangat. Jika kita punyai kesedaran, air mata pasti akan mengalir. Kita selalu melakukan dosa sama ada sedar atau tidak, tapi Allah selalu beri ruang dan peluang.  Apa pun yang berlaku, kita perlu kembali kepada fitrah mencintai Allah dan Rasul. Semoga Allah merahmati kehidupan diri ini dan seluruh umat Islam. Aamin.