29 September 2013

Childish A.K.A kebudak-budakan


Helo. Helo. Helo. Assalamualaikum.
Baru rasa lega sikit sebab first task Research Method hampir siap. Tinggal video je tak buat lagi.
Tak buat lagi sebab laptop ni kalau rakam video, sound dia sangat slow.
Jadi, hold dulu.

Kenapa tajuk di atas macam tu? Sebab, sebab, sebab itu adalah realitinya. That's the fact lah kot yang aku terpaksa hadap dekat sini. Why? Aku pun tak tahu lah kenapa kakak-kakak dalam kelas tu suka kata aku budak-budak. Sebab umur aku paling muda ke? Aku pun tak tahu la. Maybe betul la kot aku tak matang agaknya. (Aku rasa nak sepak mulut orang tu). Haha. Walaupun tak berani.

Dia tak tahu la tu ini adalah isu SENSITIF! Sensitif okey. Okey, okey. Baiklah, Mungkin aku kot yang tak faham realitinya dia ada mulut dan boleh cakap apa sahaja. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku pun ada perasaan. Eh, ada ke? Haha.

Tapi.. Aku rasa dia lagi budak-budak dari aku. Aku rasa la. Aku rasa.

Dah, takkan la aku nak pergi operate muka ni buat pembedahan plastik pulak nak bagi nampak matang sikit. Ape daaa.

Tak apelah. Dah name pun manusia. Sila belajar untuk terima kekurangan orang lain ye. Dia yang selalu cakap macam tu dek kerana kekurangan dia yang tak tahu nak menjaga hati dan perasaan orang lain.



Childish pun childish lah. Awet muda sikit. Hihi.
Besabor aje la. :)

28 September 2013

Nak Buat Macam Mana Ek?


Aduuhh.. Aku tak pasti lah sama ada aku ni trauma ke apa.. Haha. Sakit, sakit, sakit lagi hati ni. Aku selalu didatangi dalam mimpi apa yang jadi masa kerja dulu. Rasanya, tak perlu diberitahu pun dekat mana. I hate it! Sebut je nama tempat tu, segala benci datang bertandang. Memang, dulu aku benci perbuatan. Tapi, at the end dengan orang-orang tu aku benci sekali.

Susah. Susah. Memang susah kalau nak memaafkan. Nak mintak maaf senang je. Tapi, nak memaafkan tu memang sangat-sangat-sangat susah. So, please. Aku pun tak tahu lah. Bila aku tertengok gambar mereka-mereka itu, serta-merta aku akan blok segala benda-benda baik (ada ke?) yang diorang ada. Sebab, benda-benda jahat diorang buat tu lagi banyak dalam memory ni.

Kawan aku kata, aku kena belajar untuk memaafkan. Kalau tak, aku tak akan tenang. Mungkin betul jugak. Tapi, susah. Macam yang aku cakap tadi lah. Ambik masa.

Yes, aku bukan baik mana pun. Tapi, aku just nak cakap:

UNTIL TODAY AKU BENCI KAU, KAU DAN KAU! AKU TAK RELA & TAK REDHA DENGAN SETIAP APA YANG KAU, KAU DAN KAU CAKAP DEPAN ATAU BELAKANG AKU.

3 most hated person. They were them!

Aku, benci orang yang suka menipu.
Aku, benci, orang yang menindas orang lain hanya semata-mata nak capai apa yang dia nak.
Aku, benci orang yang bacul dan penakut. Cakap belakang.
Aku, benci orang yang cakap tak serupa bikin.
Aku, benci orang yang suka menganiaya orang lain.
Aku, benci orang yang berpura-pura baik. !


Please 3 of you go away from my mind! Menganggu hidup aku.

#kesanpsikologiapayangberlakuemosidankognitif

Ya Allah, ampunkan aku kerana belum mampu memaafkan 3 orang itu. Hanya kepadaMu aku memohon petunjuk agar dilembutkan hati ini untuk memaafkan. Lembutkan hati ini, Ya Allah. :(




27 September 2013

Kesiankan sahabat, doakan dia.


Dalam aku tenggelam dengan perasaan gembira,
tak aku sangka seorang sahabat sedang berduka.
Ternyata hatinya ketika ini sedang berkecamuk dan gundah gulana.
Aku, turut  sama merasa sedih dan dukacita.
Apa yang terdetik selama ini, disahkan benar dengan cerita itu.

Sebagai sahabat, aku tak mampu membantu untuk memulangkan apa yang dia hilang.
Tapi, aku cuma mampu berdoa, moga Allah bagi kekuatan pada dirinya.



23 September 2013

Trypophobia!


Eeeiii. Eeeiii. Eeeiii. Geli, geli, geli, geli dan geli geli geli! Aku rasa adrenalin dalam badan ni laju je mengalir. Aku rasa macam nak gigit, nak potong, nak kerat-kerat nak siat-siat kulit aku sendiri kalau nampak gambar yang ada benda bintik-bintik banyak. Geliii!! Contohnya, telur ikan, telur katak, lubang-lubang kecik, eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Kalau aku tertengok gambar macam tu, konpem denyutan jantung aku ni laju giler. Aku rasa macam seriau, macam berderau darah. Eeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Mulalah ni haa aku nak menekan keyboard kuat-kuat. Aku rasa kalau ada pen atau pensel ke time aku tertengok gambar tu, konpem patah- riuk pen tu aku kerjakan.

Korang search la sendiri Trypophobia tu apa. Eeeeiii. Geli-geleman aku!

Aku lagi rela tengok gambar tangan orang kena potong ke, cedera parah berdarah-darah ke dari tengok gambar gituuuuuuuuuuuuuuuuu.. Aisshh!

#rajinpemalasberanganitujetahu


Assalamualaikum.

Baru lepas google-google. Kononnya nak cari bahan untuk kelas esok, tapi nak cari benda lain, benda lain pulak dijumpai. Hehe. Biasalah tu. Last-last, dapat cari sejemput je apa yang nak dicari. Tapi, hokeyyy la dari takdek.

Semalam Allah bagi kesempatan dan rezeki pergi kuliah agama. Kuliah Dr. Maza. Wow! I'm totally amazed! Bukan rasa terpegun dengan beliau as "lelaki", tapi terpegun dengan pengaruh dan ketokohan beliau. Sangat berbeza dari yang lain. Bukan itu sahaja, ramai kot orang yang datang. Penuh satu dewan.

Semoga next time boleh pergi lagi. Banyak benda boleh belajar. Rasa rendah diri sebab banyak benda tak tahu. Haha. Aku pun tak tahu lah kenapa hati ni macam kena tarik nak berubah. Tapi, aku malas nak layan sangat, sebab biasalah aku ni. Selalu "hangat-hangat tahi ayam je". Aku just follow the flow je la dulu. Orang ajak, aku pergi. Malas nak beria-ria. Biar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak gitu?

Tapi, aku sekarang malas nak guna konsep "berubah". Bila aku guna konsep tu, buat aku rasa berat dan malas. Aku pun jadi menyampah. Jadi, aku guna konsep "belajar". That's better, aku rasa.

Makanya, tak yah la beria-ria lagi. Slow- slow tambah-tambah apa yang takde.

Aiiiih. Melalut mengada-ngada pulak dekat sini. Aku nak cakap benda lain, benda lain pulak aku tulis. Gitulah sokmo.

Aku ni pemalas pulak sejak 2, 3 menjak ni. Aacanerr kerja nak siap? Huhu. Berangan je reti. Hihi. Mestilah, berangan nak kahwin. Haha. *Gatal*. Aku berangan je.




Tapi, orang kata takbaik sangat kalau asyik berangan je. Lebih baik berdoa kot. Jadi, kena rajin berdoa la ye. Semoga urusan nak kahwin tu dipermudahkan Allah dalam kemuliaan. Amiin. Jadi jangan sape-sape nak kata aku GATAL. Haha. Sebab, aku tak gatal ye. Aku takde kurap. Aku ada alergik je.


Makanya, sebelum mengada-ngada nak bernikah, aku kena belajar betul-betul supaya nanti dapat praktik ilmu ke alam nyata. Jadi kalau gitu, kena la habiskan study dan sungguh-sungguh belajar yerk. Nanti boleh grad sekali lagi. Yeah! Mudah-mudahan Allah izinkan.




21 September 2013

Grab the beautiful life!



No matter how hard it is, I have to try.
The time ticking too fast.
Oh, no!
Back then, I wasted my whole life.
No aims, no ambitious.
Just followed the flow.
Then, myself flew away.

I’m here right now.
Yes, I’m ready.
Insha-Allah.


#Biarlah dikatakan terpaksa melakukan kebaikan daripada rela melakukan kejahatan.


18 September 2013

Adjustment


Aku sekarang berada di UKM.
Life was like heaven!
Heaven sebab kelas tak banyak dan tak selalu ada.
Assignment pun tak banyak.
Date line pun lambat lagi.
Tapi..
Ada benda yang dirisaukan jugaklah yang sebenarnya.
Studying in Master level is not the same as Degree level.
Banyak benda yang tak sama dan berbeza.
It is quite challenging because most of the time, I need to study by myself.
I need to search for the extra information related to the enrolled subject.
And for sure, benda yang paling merisaukan ialah pembahagian masa.
Bila rasa diri terlalu free, kurang tekanan, mulalah kemalasan muncul.

Haihh. Tak boleh. Tak boleh.
Bahaya!
Nak atau taknak kena adjust dan start enjin.
Kena ubah pemikiran
Maknanya kena berfikir luar dari kebiasaan
Agaknya la kot.
Banyak benda kena adjust.
Huhu.

Socially, aku kena belajar step by step untuk develop semula trust dengan rakan-rakan
Dulu masa dekat UTM, ada peristiwa yang pernah terjadi menyebabkan aku macam agak susah nak percaya ataupun create bonding yang terlalu close dengan siape-siape saje.
Maybe, sebab itulah kot aku prefer untuk stay di bilik single. Takde roomate.
Lone ranger. Sebab, diri yang penakut.

Tapi, dekat UKM ni aku ada roomate.
So, kena lah belajar sesuaikan diri dari tak beroomate kepada situasi beroomate.
Hehe. Best jugak ada roomate.

Dan pelbagai lagi adjustment yang perlu dilakukan.
Especially keadaan environment di UKM ni yang mana tak sama la dengan UTM.

#peace.


08 September 2013

Mengantuk...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah ada dekat UKM Bangi! Heehee.
Malam tadi duk mengemas barang-barang sampai pukul 1 pagi!
Tido lambat, mengantuk.
Dah cuba tido, tapi tak boleh tido.
Biaselah tempat baru. Haha.
Jap lagi ada taklimat, mengantuk ni.
Macam mana la kejap lagi.
Tersengguk-sengguk. Huhu.

Ok, sekian.

#happy#syukur#sayu#terharu#hiduplebihbercitacita#