22 August 2013

X-ray time!


Assalamualaikum.


Tadi busy pergi buat medical check-up. Macam biasalah prosedur kalau nak pergi belajar. Huhu.
Check mata, gigi, x-ray dan macam-macam lagi. Tapi aku pergi Medical check-up dekat Klinik Kesihatan aje. Sebab, nak jimat duit. Kena bayar RM20 je.


Tapi, aku tak lepas urine test! Huu.. Katanya, aku kurang minum air masak. Alaa. Dah kena pergi test lagi sekali pulak hari lain. :( Tak apelah.


Time x-ray lah paling aku kurang gemar. Sebab, sebab, sebab. Eeeeeeiiii tak selesa sungguh la aku. Orang perempuan mesti faham dan tahu kot, kalau nak x-tray kite kena buat hape. Huu.


Setiap kali pergi x-tray, mesti juru x-tray tu LELAKI! Huuuuuuuuuuuuuu...


I hate it! Huaaaaaaaaaaaaaa.


Oh, lupa pulak. HAPPY BIRTHDAY to adik and Lin! :)


21 August 2013

PTPTN


Assalamualaikum.


Isu PTPTN baru-baru ni ternyata hangat jugak yer. Walaupun aku tak perlu bayar pinjaman PTPTN tu, tapi aku turut sama rasa nak marah lah kalau kerajaan jadi nak memasukkan rekod peminjam PTPTN ke sistem CCRIS. Sebabnya, aku pun faham kesan dan akibatnya kalau rekod tu dah termasuk dalam CCRIS. Sudah lah ramai di kalangan kaum muda yang terbeban, nak ditambah lagi beban yang sebegitu.


Aisshhh.


Tapi, semua dari kita tahu yang setiap hutang atau pinjaman perlu dibayar balik. So, bayar aje lah. Yang dah bekerja tu, jangan ler buat-buat tak reti yer... Bayar sikit-sikit pun apa lah salahnya. Huhu. Tak kan tak tahu bayar RM50 je sebulan pun takpe. Tak mampu RM50, bayar aje la RM10. At least bayaran balik pinjaman tu berjalan.


Bab interest yang PTPTN kenakan tu, hmmppphh. Dok tahu lah nak komen menda. Tapi, apa-apa pun, dengar katanya pasal CCRIS tu tak jadi. Mujurlah.




P/S: Agak bagus jugak KJ ni. Nampak lah berguna. Banyak jugak isu yang dia fight untuk orang-orang muda. Huhu. Keep it up! Lepas ni, moga-moga dia boleh buat sesuatu pasal isu-isu sosial anak-anak muda pulak. Berehhhh.


19 August 2013

Status Terkini


Okey. Assalamualaikum.

Belum lambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah dan silap. Semoga amal ibadah diberi ganjaran pahala. Aamin.

Raya-raya jugak, tapi kita semua sekarang memang sedih dengan apa yang berlaku di Mesir. Mari doakan ramai-ramai supaya kemenangan berpihak kepada penyokong Dr. Mursi. Doakan pertumpahan darah digantikan dengan kedamaian. Moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang di sana. Moga Dr. Mursi dibebaskan, kembali mentadbir dan memimpin negara di sana. Hikmah terbesar; moga kita selaku umat Islam kembali bersatu-padu mempertahankan agama dan hak kita. 

Tak lupa juga doakan saudara-mara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia. Doakan, doakan, doakan. :)

Perkembangan peribadi terkini, InshaAllah 29hb Ogos ni akan mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UKM. Saya amek course Master of Education (Guidance & Counselling). Matlamat utamanya, nak guide diri sendiri dulu. Doakan. :)

Semoga bila keluar nanti, mampu jadi orang berguna yang berbakti pada masyarakat dan umat Islam sejagat. 

Takde apa yang menarik lagi nak share. Itu je setakat ini. Mohon doa kawan-kawan.

Oh, ye. Lupa, hari ni birthday Halim (24 tahun) dan Adik Ain (6 tahun). HAPPY BIRTHDAY to both of them!

Terima kasih.